Pendahuluan
Kajian ini ditulis
untuk menjelaskan pandangan dan sikap Khomeini terhadap beberapa perkara yang
ditulis dalam kitabnya terutama Kitab “al-Hukumah-al-Islamiyyah” atau “Wilayat
al-Faqih” dan “Kitab Kasyf al-Asrar”. Pandangan dan pendapat beliau perlu
dijelaskan kepada umum khususnya kepada umat Islam Malaysia yang bermazhab Ahli
Sunnah, semoga dengan penjelasan nanti, kita dapat mengetahui pandangan beliau
yang sebenar terhadap beberapa masalah yang menyentuh ajaran Islam.
Daripada
penjelasan ini nanti dapatlah kita mengambil kesimpulan adakah ajaran atau
pandangannya bersesuaian dengan pandangan Ahli Sunnah atau sebaliknya dan juga
kita boleh menilai siapa Imam Khomeini yang sebenar, kerana umat Islam di
Malaysia sekarang ini berbelah bagi pendapat mengenai beliau. Ada segolongan
mengatakan Khomeini seorang ‘ulama Syiah yang sesat lagi menyesatkan manakala
golongan lain pula mengatakan beliau adalah seorang mujaddid atau reforman,
seorang ulama agung yang mengguling kerajaan Shah Iran dan dapat menubuh
kerajaan Islam Iran di abad kedua puluh ini.
Untuk mengetahui
buah fikiran dan pendapat beliau maka perlu mengkaji hasil karya tulisannya
sendiri yang menjadi umum khususnya golongan Syiah Imamiyyah di Iran sekarang.
Tanpa kita mengetahui buah fikiran beliau yang sebenar, kita tidak dapat
membuat apa-apa komentar dan hukum terhadapnya. Untuk itu di bawah ini akan
dijelaskan secara ringkas antara isi kedua-dua buah kitab tersebut.
PENGENALAN RINGKAS KEDUA-DUA KITAB TERSEBUT
Khomeini adalah
seorang ulama besar golongan Syiah yang luas ilmu pengetahuan dan dia seorang
pemimpin yang dikenali di seluruh dunia. Beliau telah menghasilkan beberapa
buah kitab agama. Antara karya-karya tulisan beliau ialah: “Al-Hukumah
al-Islamiyyah” atau “Wilayatal-Faqih”, “Kitab Kasyf al-Asrar”, “Kitab Tahrir
al-Wasilah” dan lain-lain lagi.
Kitab “al-Hukumah
al-Islamiyyah” sebagaimana yang ada ditangan penulis dicetak di Beirut, Lubnan,
oleh percetakan “Muassasah al-‘ Alami, tanpa menyebut tahun ia dicetak. Kitab
ini adalah himpunan daripada beberapa tajuk kuliah agama yang disampaikan oleh
Khomeini kepada pelajar-pelajar agama di Najaf, di bawah tajuk ‘ Wilayah
al-Faqih ‘. Kuliah tersebut bermula pada 13 Zulqi’dah 1398H sehingga 1
Zulhijjah tahun yang sama. 1Tebal kitab ini adalah kira-kira 150 halaman, dan
mengandungi 49 tajuk-tajuk kecil. Antara tajuk-tajuk penting ialah penjelasan
mengenai pentingnya membentuk sebuah kerajaan Islam, menjelaskan hakikat
undang-undang Islam dalam kewangan, pertahanan, hukum-hukum jenayah,
menerangkan mengenai pemerintahan Islam dan syarat-syarat seorang pemerintah,
haram berhukum kepada pemerintah yang zalim, dan ulama adalah rujukan dalam
semua perkara dan lain-lain.
Kitab “Kasyf
al-Asrar” pula setakat yang penulis tahu, dicetak dalam dua bahasa, pertama
dalam bahasa Parsi (edisi asal) dan keduanya dalam bahasa Arab (edisi
terjemahan). Edisi asal dalam bahasa Parsi dicet’ak di Qum oleh percetakan Dar
Intisyarat Azadi dizaman revolusi. 2 Kitab asal berbahasa Parsi ini setebal
kira-kira 350 halaman. 3 Adapun edisi Bahasa Arab telah
diterjemahkan oleh Dr. Muhammad al-Bandari dan kata-kata aluannya ditulis oleh
Dr. Ahmad al-Khatib, seorang pensyarah dan Fakulti Syariah, Urnversiti Jordan.
Kitab ini setebal 344 halaman, di cetak oleh pencetakan Dar Ammar, Amman. Isi
kandungan kitab ini pada keseluruhannya mengandungi jawapan Khomeini terhadap
12 persoalan pokok yang dikemukakan kepadanya. Di antaranya mengenai Tauhid,
Imamah, kedudukan Fuqaha atau ulama Mujtahid, kerajaan dan tugasnya,
undang-undang, hukum Nasakh-Mansukh al-Quran dan al-Sunna, sebab-sebab orang
ramai menjauhi diri daripada menghayati agama dan lain-lain.
BEBERAPA PENDAPAT KHOMEINI DALAM KEDUA-DUA KITAB TERSEBUT
Di sini penulis
akan menulis kajian mengenai kedua-dua kitab tersebut. Oleh kerana kitab ini
besar, maka penulis hanya ingin menyebut beberapa pendapat dan pandangan beliau
yang nampak kontroversi sahaja. Kemudian selepas disebut tiap-tiap pendapat
beliau, penulis sertakan ulasan ringkas sebagai penjelas kepada pembaca
sekalian. Kajian ini akan dimulakan dengan kitab “al- Hukumah al-Islamiyyah”,
kemudian diikuti dengan kitab “Kasyf al-Asrar”.
A) PENDAPA T KHOMEINI DALAM ” AL-HUKUMAH AL-ISLAMIYY AH” DAN ULASAN
Setelah dikaji isi
kandungan kitab ini didapati terdapat beberapa pendapat Khomeini yang ganjil
tentang beberapa perkara seperti kedudukan imam-imam dan kelebihan mereka,
Khalifah-khalifah Islam terutama Khalifah Abu Bakar, Umar dan Othman r.a. dan
lain-lain lagi. Antara perkara yang perlu disebut di sini ialah:
i) KEDUDUKAN IMAM-IMAM
Mengenai perkara
ini Khomeini menyebut bahawa kedudukan mereka begitu tinggi sehingga melebihi
kedudukan para Rasul dan Malaikat, mereka juga dianggap tidak melakukan dosa
(ma’sum), semua kata-kata imam dan pendapatnya semuanya betul dan benar dan
tidak pernah salah, mereka tidak pemah lupa dan lalai. Makhluk seluruhnya
tunduk dan patuh kepada mereka. Sebelum dicipta alam ini mereka adalah cahaya
(Nur) yang duduk mengelilingi ‘Arasy Allah’. Tentang hal ini Khomeini berkata:
“Maka sesungguhnya
bagi imam-imam (ketua negara) itu mempunyai maqam dan kedudukan yang terpuji,
darjah yang tinggi dan mempunyai kuasa ‘Khalifah Takwiniyyah’ (kuasa yang
dilantik oleh Allah), segala atom-atom di dunia tunduk dan patuh kepada
kekuasaanNya.” 4
Beliau menyebut
lagi:
“Dan diantara
perkara penting dalam mazhab kita (mazhab Syiah), kita (beriktikad) bahawa
imam-imam kita mempunyai maqam, atau kedudukan yang tinggi yang tidak sampai ke
maqam tersebut oleh para Malaikat yang hampr (dekat dengan Allah) dan tidak
juga oleh para Nabi dan Rasul Allah”. 5
“Mengikut
riwayat-riwayat dan Hadith-hadith Rasulullah yang ada pada kita (orang-orang
Syiah), bahawa Rasulullah s.a.w dan semua Imam-Imam a.s., sebelum alam ini
dijadikan mereka semua adalah Nur, kemudian Allah menjadikan mereka
mengelilingi ‘Arsy-Nya dan Allah memberikan kepada mereka kedudukan yang paling
tinggi (tidak diketahui kedudukan yang paling tinggi itu melainkan Allah jua)
dan Malaikat Jibril berkata sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hadith Mi’raj,
jika aku hampiri sekadar satu jari lagi nescaya aku akan terbakar”. 6
Pada halaman lain
Khomeini ada menyebut':-
“Tidak tergambar
kepada kita bahawa para imam itu bersifat lalai dan lupa “. 7
Dan katanya lagi:-
Sesungguhnya
ajaran para Imam sama seperti ajaran-ajaran al-Quran yang bukan untuk sesuatu
generasi tertentu sahaja, bahkan ajaran itu untuk semua manusia di setiap
tempat dan masa hingga ke Hari Kiamat. Ia wajib dilaksanakan dan wajib diikuti.”8‑
Ulasan:
Daripada petikan
di atas jelas menunjukkan bahawa Khomeini menyanjung tinggi para imam dan
meletakkan mereka ke taraf yang paling tinggi mengatasi taraf nabi-nabi dan
malaikat. Alam seluruhnya tunduk kepada mereka, ajaran-ajaran dan buah fikiran
mereka disamakan dengan ajaran al-Quran. Setiap pendapat dan kata-kata mereka
mesti diikuti dan dilaksanakan dalam kehidupan. Ini berlawanan sekali dengan
pandangan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. serta pendapat ulama Ahli Sunnah
Wal-Jama’ah.
Ulama Ahli Sunnah
berpendapat bahawa tidak ada manusia yang lebih tinggi pangkat dan tarafnya
mengatasi taraf para nabi dan Rasul. Selepas Rasulullah s.a.w., maka Khulafa’
ar-Rasyidinlah orang yang paling mulia dan tinggi darjatnya, dan yang paling
mulia di kalangan mereka ialah Abu Bakar r.a. kemudian diikuti oleh Omar ibn
al-Khattab, Othman ibn Affan dan Ali ibn Abu Talib.
Tidak ada ajaran
yang lebih tinggi daripada ajaran al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w.
Kedua-dua ajaran tersebut adalah sumber utama hukum syara’ , manakala
sumber-sumber lain seperti Qias dan lain-lain diambil daripada al-Quran dan
hadis dan dijadikan sumber ketiga, keempat dan seterusnya.
Anggapan
mengatakan kata-kata imam sama dengan al-Quran dan lebih tinggi daripada hadith
adalah pendapat yang melampau yang dan tidak boleh diterima.
ii) KEDUDUKAN KHALIFAH AR-RASYIDIN DAN PENENTUAN PERLANTlKAN ALl
Perkara kedua
ialah mengenai kedudukan Khalifah ar-Rasyhidin dan beberapa orang sahabat
Rasulullah s.a.w. .Semasa membicarakan tentang ‘Kerajaan Islam ” Khomeini tidak
mengiktirafkan kerajaan ketiga-tiga Khalifah Abu Bakar, Umar dan Othman sebagai
khalifah Islam, bahkan beliau tidak menyebut langsung kerajaan di zaman
ketiga-tiga Khalitah tersebut. Beliau menganggap kerajaan Islam hanya ada pada
zaman Rasulullah dan di zaman Saidina Ali dan juga di zaman beberapa orang imam
mereka selepas itu, iaitu kerajaan dua belas Imam mereka. Beliau menganggap
Saidina Abu Bakar, Omar dan Othman r.a. telah merampas hak Saidina Ali. Juga
beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah diabaikan oleh sahabat-
sahabat lain dengan melantik Abu Bakar.
Mengenai perkara
di atas Khomeini menyebut antara lain:-
“Telah thabit
(tetap) pada syara’ dan pada akal bahawa sebagaimana pentingnya di zaman
Rasulullah s.a.w. dan di zaman Amirul-Mu’minin Ali bin Abu Talib r.a. mesti
adanya sebuah kerajaan Islam (maka perkara itu) masih berterusan penting adanya
sampai ke zaman kini”. 9
Di tempat lain
beliau membawa bukti Nabi menentukan Ali sebagai penggantinya dengan berkata:-
“Kami beriktikad
(dan percaya) dengan walayah, dan kami beriktikad dengan sesungguhnya bahawa
Nabi S.A.W. akan menentukan pengganfi selepasnya dan memang Baginda
melakukannya”. 10
Selepas beberapa
baris beliau menambah:-
“Dan demikianlah
Rasulullah s.a.w. melakukan perlantikan (Ali menjadi khalifah selepasnya). Jika
Baginda tidak melakukannya, maka Baginda tentunya tidak menyampaikan risalahnya
dan penentuan khalifah selepas itu bertujuan supaya khalifah melaksanakan
hukuman dan undang-undang (Allah), mengawalnya dan supaya melakukan keadilan
sesama manusia. Ini adalah merupakan satu usaha bagi menyempurnakan tugas
risalahnya”. 11
Di tempat lain
beliau membawa bukti Rasulullah s.a.w. telah melantik Ali dengan berkata:-
“Di Ghadir Khum
(setelah pulang daripada) menunaikan Haji Wida’, Nabi s.a.w. menentukan seorang
hakim (Imam) sebagai penggantinya (iaitu Ali), dan bermula dari sinilah
perselisihan faham mula tercetus di jiwa umat Islam, dan kalau sekiranya Nabi
s.a.w. hanya menentukan Amirul-Mi’minin Ali sebagai mufti, sebagai pentafsir
al-Quran atau sebagai seorang ulama yang menerangkan hukum hakam agama,
tentunya dia tidak ditentang oleh sesiapa pun, tetapi (kerana ditentukan
menjadi penggantinya) maka (Ali) ditentang, diperangi dan dibunuh”. 12
Beliau juga
menyebut:-
“Sesungguhnya
(Nabi s.a.w.) telah menentukan Amirul-Mu’minin sebagai wali (imam) untuk orang
ramai dan (bermula dari sini) berkekalanlah berpindahnya jawatan imam yang lain
sehingga sampai kepada imam al-Mahdi al-Muntazar a.s”. 13
Penentuan Ali
menjadi pengganti ini disebut lagi dalam kitab “Kasyf al-Asrar” dengan panjang
lebar.
Ulasan:
Daripada petikan
di atas jelaslah bahawa Imam Khomeini seolah-olah tidak mengiktiraf kerajaan
Khalifah ar-Rasyidin kecuali di zaman Ali sahaja dan beliau juga menetapkan
Sayyidina Ali telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai penggantinya,
tetapi jawatan itu dirampas oleh ketiga-tiga khalifah. Ini bererti bahawa
ketiga-tiga khalifah telah melakukan ( dosa )besar kerana melanggar hukum dan
ketetapan yang telah ditetapkan oleh Rasullah S.A.W. sedangkan yang sebenarnya
Baginda tidak pernah menentukan sedemikian dan khalifah tersebut tidak
bersalah. Hadith Ghadir Khum tidak boleh dijadikan hujah kerana beberapa sebab,
antaranya:-
1. Perkataan Maula
dalam ‘Hadith Ghadir Khum’ bukan bermaksud ‘khalifah atau Imam’ atau ‘ketua
negara’ tetapi mem beri maksud, ‘penolong’ atau ‘pembantu Baginda’. 14
Maksud yang
disebut ini disokong sendiri oleh al-Hasan al- Muthanna cucu Saidina Ali. Apabila
beliau ditanya, ” Adakah
tidak Rasulullah S.A.W. bersabda”:-
Sesiapa yang aku
ini penolongnya maka Ali adalah penolongnya.
Mendengar soalan
itu beliau menjawab:-
“Ya ! Akan tetapi,
demi Allah (dengan kata-kata itu) Rasullah s.a.w. tidak bermaksud (menentukan)
Ali menjadi Imam atau Khalifah. Jika Baginda mahu melantik dia menjadi
pengganti, tentu Baginda menyebut dengan terang, kerana Rasulullah selalu
berterus terang dengan orang Islam. Jika benarlah sebagaimana yang didakwa,
tentu Baginda berkata begini, Wahai manusia, ini adalah pemimpin kamu dan
pemerintah kamu selepas aku, maka hendaklah kamu semua mendengar kata-katanya
dan mematuhinya’. Demi Allah jika sekiranya Allah dan RasulNya telah memilih
Ali menjadi pengganti dan pemerintah kepada orang-orang Islam selepas Baginda,
tiba-tiba Ali meninggal tidak mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya tentu Ali
merupakan orang yang mula-mula sekali melanggar perintah Allah dan RasulNya.:” 15
Jika sekiranya apa
yang didakwa oleh Khomeini dan Syiah-syiah lain itu betul dan benar bahawa Nabi
telah menentukan Ali menjadi Khalifah dengan disaksi oleh ramai para sahabat,
maka mengapa mereka yang begitu ramai tidak membantah Saidina Omar dan Abu
Bakar serta sahabat-sahabat lain yang berada di Saqifah membincangkan mengenai
perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah ? Sedangkan kita tahu para sahabat
adalah antara umat Islam yang paling kuat mematuhi perintah Allah dan
Rasul-Nya. Kalau benarlah apa yang didakwa, tentu mereka bangkit menentang
keputusan tersebut. Manakala Sayyidina Ali sendiri pula tidak pernah
mengemukakan hujah dan bukti yang dia lebih berhak daripada Abu Bakar, Omar dan
Othman menjadi khalifah.
Semasa Ali tidak
memberi baiah kepada Abu Bakar diawal perlantikannya, dia tidak berhujah dengan
hadith itu bagi menuntut haknya menjadi khalifah. Ini semua membuktikan bahawa
Hadith Ghadir Khum tidak boleh menjadi hujah yang Rasulullah s.a.w. telah
menentukan Ali menjadi penggantinya sebaik sahaja Baginda wafat.
iii) TIDAK MENGIKTlRAF KERAJAAN MUA’WIYYAH, UMAWIYYAH DAN ABBASIYAH
Khomeini juga
menganggap kerajaan Muawiyah tidak sah, kerana itu beliau tidak mengiktirafnya,
dan tidak mengiktiraf kerajaan Umawiyyah seluruhnya. Beliau berkata:-
“Sesungguhnya
Muawiyah telah membunuh ramai orang Islam dengan semata-mata disyaki (orang itu
melakukan kejahatan) dan menawan orang ramai beberapa lama serta membuang
negeri juga menghalau mereka dari rumahnya secara zalim, tidak ada kesalahan
yang mereka lakukan kecuali kerana mereka beriman kepada Allah semata-mata.
Kerajaan Muawiyah itu tidak melambang atau menyerupai kerajaan Islam, sama ada
dari dekat atau jauh”. 16
Kemudian katanya
lagi:-
“Di awal Islam,
golongan Umawiyyah dan pengikut-pengikutnya berusaha menghalang supaya kerajaan
Imam Ali bin Abu Talib a.s. tidak teguh, sedangkan kerajaan itu diredai Allah
dan Rasul-Nya. Dengan usaha jahat mereka itu berubahlah kedudukan pemerintahan
serta menyelewenglah daripada Islam.
Kemudian selepas
ilu datang pula golongan Abbasiyah dan mereka pun mengikut jejak langkah yang
sama dan menukar sistem khalifah dengan bentuk kekuasaan raja berketurunan”. 17
Ulasan:
Dari sini jelaslah
Khomeini tidak mengiktirafkan kerajaan pimpinan Muawiyah, Kerajaan Bani
Umaiyyah dan Abbasiyah. Beliau menganggap khalifah-khalifah zaman itu merampas
hak Ahlul Bait secara kekerasan dan kezaliman. Apabila kerjaan Islam Bani
Umayyah dan Abbasiyah serta pimpinan Abu Bakar, Umar dan Uthman tidak diiktiraf
oleh Khomeini, maka tidak ada lagi kerajaan Islam di dalam sejarah dunia
kecuali kerajaan pimpinan Rasullah s.a.w dan kerajaan di zama Ali dan Husin
sahaja. Kalau inilah pandangan beliau, maka tentunya pendapat itu tidak boleh
diterima, kerapa apa yang sebenarnya tidak demikian. Ahli Sunnah menganggap
kerajaan Abu Bakar, Umar, Uthman dan kerajaan Bani Umawiyah serta Abbasiyah
adalah kerajaan Islam.
Ahli Sunnah dari
kalangan Mufassirin, Muhaddisin dan Fuqaha, termasuk Imam empat mengiktiraf
Kerajaan ini sebagai Kerajaan Islam. Manakala kesalahan yang dilakukan oleh
setengah khalifah itu tetap salah. Kalau mereka bertaubat Insya Allah, Allah
menerima taubat mereka.
IV) TIDAK MENGIKTIRAF KADI-KADI BUKAN DARIPADA KALANGAN
SYIAH
Satu lagi perkara
yang ditimbulkan Khomeini dalam kitab “al-Hukumah al-Islamiyyah” ialah beliau
tidak mengiktiraf kadi-kadi yang dilantik sama ada yang dilantik oleh Khalifah
Abu Bakar, Umar dan Uthman atau oleh Khalifah Umawiyyah dan seterusnya. Disini
beliau membawa satu contoh hadith yang ia dakwa diriwayat oleh Abu Abdillah
a.s.:
“Bahawa Abu
Abdullah berkata, ‘Amirul mu’minin Ali berkata kepada Syuraih (seorang kadi
dari kalangan sahabat), wahai Syuraih, sesungguhnya engkau telah menduduki satu
majlis atau satu jawatan yang tidak harus menduduki majlis ataujawatan itu
kecuali Nabi atau wasinya atau orang yang celaka,”18
Kemudian beliau
menambah:
“Syuraih ini telah
memegang jawatan kadi hampir 50 tahun, dan dia menyokong Muawiyah, memujinya
serta menyebut sesuatu kebaikan yang dia bukan ahlinya. Sikap beliau demikian
meruntuh kerajaan (Islam) yang telah dibina oleh Amirulmu’minin akan tetapi
(walaupun sikapnya demikian). Saidina Ali a.s. tidak berkuasa hendak
memecatnya, kerana orang sebelumnya telah melantiknya”. 19
Ulasan:
Di akhir petikan
di atas nampak kepada kita Sayyidina Ali r.a. takut kepada orang. Di manakah
sifat berani yang ada pada Ali yang diakui oleh ahli Sunnah dan Syiah sehingga
dia tidak berani merubah kesalahan? Ini tidak betul.
Sikap Khomeini
tidak mengiktiraf kadi yang dilanlik oleh kerajaan Islam yang bukan daripada
kalangan Syiah, sebagaimana di atas itu bukanlah perkara baru bagi orang-orang
Syiah, bahkan sikap demikian telah dipegang oleh ulama mereka dahulu dan
sekarang.
Al-Kulaini,
pengarang Kilab “al-Kafi” juga mengambil sikap yang sama, beliau berpendapat
mana-mana kadi atau imam yang bukan daripada kalangan Syiah dianggap sebagai
Taghut, dan sesiapa yang berhakimkan kepada kadi tersebut, maka orang-orang
dianggap sebagai berhakim kepada Taghut. 20
Jadi daripada
petikan-petikan dan ulasan di atas jelaslah bahawa dalam kitab “al-Hukumah
al-Islamiyyah”, tulisan Khomeini itu terdapat banyak perkara yang berlawanan
Ulama Ahli Sunnah, dan banyak pula kata-kata yang menghina Abu Bakar, Umar,
Uthman dan Muawiyah juga kerajaan Umawiyyah dan Abbasiah. Dari sini penulis
mengambll kesimpulan bahawa pendapat beliau itu tidak boleh diterima dan
serentak dengan itu beliau tidak perlu disanjung tinggi oleh setiap umat Islam
pengikut Ahli Sunnah.
Kemudian di bawah
ini mari kita cuba melihat pendapat Khomeini dalam Kitab “Kasyf al-Asrar”.
B) PENDAPA T KHOMEINI DALAM KASYF DAN ULASAN
Dalam dua belas
jawaban Khomeini dalam kitab di atas didapati banyak buah pikirannya yang tidak
tepat dan berbeza dengan pendapat Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya beliau
berpendapat meminta sesuatu hajat daripada orang-orang mati atau batu-batu
kubur tidak syirik, imam-imam mereka tidak terkena dosa bahkan ma’sum. Khalifah
Abu Bakar dan Omar semasa hidupnya melakukan kesalahan yang berlawanan dengan
al-Quran dan hadith. Malaikat Jibril turun membawa wahyu kepada Saidatina
Fatimah binti Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda dan Rasulullah s.a.w.
takut kepada orang ramai untuk menyampaikan risalahnya dan lain-lain.
Dibawah ini
diterangkan perkara itu dengan ringkas berserta dengan ulasannya.
i) MEMINTA SESUATU DARIPADA KUBUR ATAU DENGAN BATUNYA TIDAK SYIRIK
Semasa menerangkan
mengenai tauhid beliau menyebut bahawa meminta sesuatu hajat daripada kubur
atau batu dan tanah kubur imam-imam mereka tidak dianggap syirik. Di bawah
tajuk kecil, “Meminta sesuatu hajat daripada orang mati tidak syirik”, beliau
berkata,” Maka dengan itu meminta sesuatu hajat daripada batu kecil atau
daripada batu besar tidak syirik, sekali pun (cara itu) satu amalan yang batil. 21
Kemudian dalam
menjawab soalan yang berbunyi: “Adakah meminta syafa’at daripada tanah (kubur
para imam) dianggap syirik?”
Beliau berkata:-
” Perkara itu
tidak dianggap syirik dan kufur, apabila berlaku permintaan itu atas asas atau
anggapan bahawa Allah berkuasa menerima permintaan melalui (imam-imam) yang
bermati-matian kerana mempertahankan agama dan mengorbankan nyawa kerana
Allah”. 22
Di tempat lain
beliau menyebut, ” Kalau seseorang sakit datang menziarahi mana-mana kubur imam
dan meminta supaya disembuhkan penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh.”
Beliau berkata:- ”
Akan tetapi banyak kita dengar tentang kubur imam dan sesungguhnya kita tahu
bahawa beratus-ratus ribu orang yang datang melawat ke kubur-kubur imam pada
tiap-tiap tahun dan mungkin di dalam beberapa tahun itu akan lahirnya seorang
yang dikehendaki oleh Allah akan sembuh penyakitnya dengan sebab dia berdamping
dengan kubur imam-imam itu. Kalau sekiranya kamu pergi ke kubur dan meminta
daripada Allah supaya disembuhkan daripada penyakit ganjil dan bodoh
-Kedua-duanya adalah seburuk-buruk penyakit- mungkin doa kamu diterima dan
jangan kamu berputus asa dari pada rahmat Allah ” 23
Di tempal lain
beliau menambah:-
“Sesungguhnya
Allah telah memberi kuasa kepada tanah untuk menghidupkan roh, dan tidak harus
seseorang berkata bahawa Allah tidak berkuasa -hendak menjadikan tanah yang
tidak ada roh -boleh menghidupkan semua sesuatu”. 24
Ulasan:
Petikan di atas
jelas bahawa Khomeini membolehkan seseorang meminta sesuatu hajat daripada kubur
daripada batunya dan tidak dianggap syirik, sedangkan perkara itu adalah syirik
besar kerana memohon sesuatu kepada yang lain daripada Allah s.w.t. menyembuh
penyakit jahil dan bodoh ia boleh dilakukan dengan roh imam mereka di kubur.
Cara ini menyalahi sunnah Allah dan berlawanan dengan ajaran Islam serta dengan
sebab-musabab yang diharuskan. Islam mengajar ummatnya supaya berubat dengan
cara yang halal. Penyakit jahil dan bodoh hendaklah diatasi dengan belajar di
samping berdoa kepada Allah S.W.T. Penyakit ini biasa pula hendaklah diubat
melalui ruwatan. Rasulullah s.a.w. menyebut tidak ada penyakit yang tidak ada
ubat kecuali mati.
ii) MEMBINA QUBBAH ATAS KUBUR IMAM DAPAT PAHALA BESAR
Khomeini juga
membenarkan pengikutnya membina Imam atau qubbah di atas kubur-kubur imam dan
sesiapa yang membina qubbah itu akan diberi pahala yang besar serta dihapuskan
dosanya. Bagi menguatkan pendapatnya, beliau menyebul pendapat ‘Syeikh
al-Thusi’ yang menyebul bahawa :-
“Sayyidina Ali
bertanya Rasulullah s.a.w., dan Baginda berkata kepadanya, “Sesungguhnya engkau
(wahai Ali) akan berpindah ke Iraq dan akan dikebumikan di bumi Iraq”. Kemudian
Ali bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apakah balasan pahala bagi orang datang
menziarahi kubur-kubur kami dan mendirikan bangunan qubbah di atasnya?”,
Rasulullah men.iawab, ‘Wahai Abu al-Hasan (Ali), sesungguhnya
Allah menjadikan kubur engkau dan kubur anak-anak engkau sebagai satu kawasan
syurga dan sebagai satu tanah lapang daripada tanah lapang syurga. Allah telah
memilih beberapa orang daripada makhluk-Nya dan memasukkan rasa kasih sayang
kepada kamu di dalam hati mereka, dan mereka sanggup menanggung bala bencana
dan kehinaan kerana mempertahankan kamu. Mereka mengulangi membina kubur-kubur
dan datang menziarahi kamu (di kubur) sebagai tanda taqarrub mereka kepada
Allah dan Rasul-Nya Sesungguhnya sesiapa yang membina kubur-kubur Kamu dan
datang menziarahinya, maka pahalanya sama seperti dia bersama pengikut Nabi
Sulaiman bin Daud membina al-Quds. Sesungguhnya sesiapa yang datang menziarahi
kubur-kubur kamu, dia akan memperolehi pahala sebanyak 70 kali haji selain Haji
Islam (haji wajib), dan dihapuskan dosanya serta jadilah dia (bersih daripada
dosa) seperti kanak-kanak yang baru lahir daripada perut ibunya’. 25
Ulasan:
Lihatlah betapa
beraninya Khomeini memetik riwayat palsu yang disebut oleh at-Thusi, sedangkan
pendapat beliau itu berlawanan dengan hadith yang melarang umatnya membina
qubbah di ata kubur.
Rasulullah s.a.w
.bersabda:26
Jabir r.a.
berkata, Rasulullah s.a.w. melarang menambak kubur, duduk di atasnya dan
membuat binaan di atasnya.
Mengenai membina
Qubbah di atas kubur ini ramai ulama menegahnya,Imam asy-Syafie berkata:-
“Sesungguhnya aku
suka meninggikan kubur sekadar sejengkal (mengatasi tanah biasa) dan aku suka jangan
dibina sebarang bangunan dan tembok” 27
Ibn Hajar al
Haitami dalam kitab al-Zawajir berkata:-
“Dan wajib
disegerakan meruntuh masjid-masjid dan bangunan-bangunan qubbah di atas kubur
kerana bangunan itu lebih mudarat atau lebih bahaya daripada ‘Masjid Dhirar’
kerana ia diasaskan di atas maksiat kepada Rasulullah s.a.w.”. 28
Imam al-Syaukani
pula menyebut:
“Berapa banyak
telah berlaku kerosakkan disebabkan pembinaan qubbah di atas kubur dan
memperelokkannya, antara kerosakan itu ialah orang-orang jahil beriktiqad
mengenai binaan itu sama seperti iktiqad orang-orang kafir terhadap berhala
mereka, sehingga mereka memuja dan memuliakan (bangunan dan kubur tersebut),
kerana menganggap perkara itu berkuasa memberi sesuatu manfaat kepadanya dan
dapat mengelak sesuatu bala”. 29
Selain daripada
itu Nabi sendiri tidak ada menyebut ganjaran pahala yang begitu besar akan
diberikan kepada orang yang membina kubur-kubur imam dan yang datang
menziarahinya. Apa yang ada Baginda sebut, menziarahi kubur adalah sunat kerana
ia boleh mengingati mati dan hari Akhirat.
iii) SAYYIDA TINA FATIMAH MENERIMA WAHYU
Antara pendapat
Khomeini lagi dia mengatakan Sayyidatina Fatimah menerima wahyu daripada
Malaikat Jibril selepas Baginda s.a.w. wafat. Beliau berkata:-
“Dalam hadith
disebut bahawa selepas baginda wafat, Malaikat Jibril datang kepada Fatimah
membawa beberapa berita ghaib dan Amiral-mu’minin (Ali) menjalankan tugas
menulis berita ghaib itu dan itulah dia Mashaf Fatimah”. 30
Ulasan:
Adakah seseorang
selain daripada Nabi dan Rasul menerima wahyu Allah? Mengikut aqidah Ahli
Sunnah wal Jamaah, orang yang menerima wahyu Allah hanya Nabi dan Rasul sahaja.
Anak-anak para Rasul tidak pernah menerima wahyu kecuali jika dia juga menjadi
nabi, seperti Nabi Sulaiman anak Nabi Daud a.s.
Apakah yang
dimaksudkan oleh Khomeini bahawa wahyu tersebut adalah ‘Mashaf Fatimah’? Adakah
ia memberi maksud, “al-Quran lain yang diturunkan kepada Fatimah sebagai
tambahan kepada al-Quran mashaf Uthman? Kalau inilah maksudnya, adakah ia
berbeza dengan al-Quran mashaf ‘Othman itu? Jika “Ya!”, maka sikap Khomeini itu
sama dengan sikap ulama-ulama Syiah lain yang mengatakan al-Quran mashaf Uthman
yang ada sekarang telah diubah dan dikurangkan beberapa ayat oleh Saidina
Uthman. Manakala mashaf yang tidak diubah ialah “Mashaf Fatimah”.
Hajj Mirza Husin
bin Muhammad Taqi al-Nuri al-Tabarsi – seorang ulama agung Syiah -telah
berpendapat demikian dan pendapatnya itu disokong olah ulama-ulama Syiah lain.
Kerana itu pada tahun 1292H beliau menulis kitab berjudul :-
“Kata Putus Untuk
Membuktikan Berlakunya Penyelewengan Kitab Suci Tuhan”
Dalam kitab ini
beliau menyebut bahawa beratus-ratus pendapat ulama Syiah yang lain daripada
pelbagai zaman mengatakan bahaw al-Quran sekarang telah berlaku penambahan dan
pengurangan”. 31
Kalau inilah
pandangan Khomeini, alangkah beraninya dia membuat tuduhan yang bukan-bukan
terhadap al-Quran itu sendiri dan juga terhadap sahabat Rasulullah s.a.w.,
khususnya Saidina Uthman r.a.
IV) TUDUHAN TERHADAP SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH S.A.W DAN MENGHINA
MEREKA
Dalam tajuk
“al-Imamah”, Khomeini menyebut Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman banyak
melanggar hukum-hukum al-Quran dan Hadis Rasul. Beliau mengatakan mereka gila
kuasa, memeluk Islam secara nifaq, bertujuan mendapat kekuasaan. Sayyidina
Uthman dan Muawiyah ialah sahabat yang bodoh dan tidak layak menjadi khalifah.
Beliau menyebut hal ini dengan katanya :-
“Kami di sini
tidak ada sebarang hubungan dengan kedua-dua syeikh (Abu Bakar dan Umar)
terhadap apa yang mereka lakukan yang berlawanan dengan al-Quran dan
mempermainkan hukum Ilahi, menghalalkan dan mengharamkan sesuatu mengikut
sesuka hati mereka, dan melakukan kezaliman ke atas Sayyidatina Fatimah, anak
Rasulullah s.a.w.. Tetapi kami mahu menjelaskan tentang kejahilan mereka berdua
terhadap hukum-hukum Ilahi dan agama, iaitu:-
Abu Bakar
menjatuhkan hukuman potong tangan kiri ke atas seorang pencuri, dan membakar
seorang pencuri yang lain, sedangkan hukuman tersebut adalah haram. Beliau
jahil mengenai hukum pusaka, beliau tidak menjatuhkan hukuman qisas ke atas
Khalid bin al-Walid yang membunuh Malik bin Nuwairah dan mengambil isterinya
pada malam itu juga.
Adapun Umar, maka
amalannya (yang menyalahi hukum) tidak dapat dihitung banyaknya. Antaranya dia
menyuruh melaksanakan hukum rejam ke atas perempuan mengandung dan ke atas
perempuan gila. Adapun Uthman, Muawiyah dan Yazid, maka orang ramal semua tahu
keadaan mereka bertiga dengan jelas”. 32
Kemudian beliau
menambah lagi :-
“Orang seumpama
mereka ini yang jahil lagi bodoh melakukan kezaliman, tidak layak memegang
jawatan lmamah dan menjadi Ulu al-Amri”. 33
Di tempat lain
disebut:-
“Di awal-awal
Islam beberapa orang sahabat Nabi yang terkenal suci dan bersih agamanya
seperti Amirul- Mu’minin Ali, Sayyidina Hassan, Husin, Salman al- Farisi, Abu
Dhar, al-Miqdad, ‘Ammar, al-Abbas dan Ibn Abbas, mereka semua bangkit menentang
(Abu Bakar dan Umar) dan mereka mahu melaksanakan perintah Allah dan perintah
Nabi mengenai Ulu al-Amri”. Tetapi pakatan yang lahir bersama lahimya manusia
dan kerana pengaruh hawa nafsu itulah yang menolak kebenaran. Perlantikan Abu
Bakar di Saqifah untuk memerintah dianrgap bermulanya perletakan batu asas yang
salah. 34
Ulasan:
Dari sini jelas
bahawa Khomeini begitu berani membuat tuduhan karut kepada Abu Bakar, Umar,
Uthman dan Muawiyah, sehingga dikatakan sahabat ini jahil dan bodoh, tidak
mengetahui hukum Allah dan Rasul-Nya serta melanggarnya. Kalau sahabat seperti
Abu Bakar, Umar dan Uthman dianggap jahat, jahil dan banyak melanggar hukum
Allah, maka mengapa Baginda menggolongkan mereka bertiga ke dalam kurnpulan 10
orang sahabat yang dijamin masuk syurga. 35
Kalau Abu Bakar
jahat, mengapa Baginda mengambil beliau menjadi temannya semasa berhijrah dan
mengambil Saidatina Aisyah sebagai isteri Baginda, dan Abu Bakar sebagai
mertuanya. Kalau Umar jahat mengapa Baginda mengahwini anaknya Hafsah dan mengapa
Sayyidina Ali mengahwinkan anaknya Ummi Kalthom dengan Umar, dan kalau
Sayyidina Uthman juga jahat mengapa Nabi mengahwini kedua-dua anaknya Ummi
Kalthom dan Ruqaiyyah dengan Uthman? Manakala Muawiyah pula mengapa dilantik
oleh Baginda sebagai seorang penulis wahyu dan dilantik oleh Abu Bakar, Umar
dan Uthman menjadi gabenor di Syam beberapa tahun? Adakah Rasulullah bersabahat
dengan orang jahat.? Tentu tidak!
Sebenarnya
sahabat-sahabat tersebut bukan jahat dan jahil sepertimana yang didakwa oleh
Khomeini, tetapi beliau dan golongan Syiah keseluruhannya sengaja membenci
ramai para sahabat Rasulullah s.a.w.. Manakala tuduhan yang dikemukakan oleh
Khomeini terhadap ketiga-tiga orang sahabat Nabi itu sebenarnya telah dijawab
oleh ramai ulama Ahli Sunnah dalam mereka seperti Ibnu Hajar al-Haitami dalam
kitab ”as-Sawaiq Muhriqah Fi al-Radd Ala Ahl al-Bida’ Wa al_Zandaqiyah” dan
oleh asy-Syeikh Abdul Aziz ad-Dahlawi dalam “Mukhtasar at-Tuhfah al-Ithna
Asyariyyah” dan lain-lain lagi.
V) SEBAB-SEBAB AL-QURAN TIDAK MENYEBUT DENGAN TERANG TENTANG
PERLANTIKAN ALl MENJADI PENGGANTI BAGINDA S.A.W.
Selepas Khomeini
menerangkan kejahilan Abu Bakar, dan Uthman dan kezaliman mereka, beliau
menyebut yang al-Quran ada menjelaskan secara terus terang mengenai perlantikan
Ali menjadi pengganti Rasulullah s.a.w. Tetapi ayat-ayat itu dibuang sahabat
Rasulullah s.a.w. yang ada kepentingan. Katanya:-
“Kita yakin bahawa
jika sekiranyaAllah menyebut perkara itu dengan terus terang dalam al-Quran,
maka perselisihan tidak akan terhapus, bahkan beberapa penyelewengan lain tetap
akan berlaku pula”. 36
“Kalaulah di dalam
al-Quran Allah menyebut mengenai pcrlantikan imam (Ali) maka siapakah yang
dapat memberi jaminan perselisihan sesama Islam tidak akan berlaku, kerana
mereka yang mendakwa dirinya beragama Islam dan sahabat, juga oleh kerana
mereka telah membuat pakatan, tentunya mereka tidak berpegang dengan ayat-ayat
al-Quran dan mereka yang gila kuasa apabila mendapati matlamat mereka tidak
tercapai dengan Islam, mereka akan menubuhkan pakatan (jahat) bagi menentang
Islam”. 37
“Kalaulah masalah
Imamah telah dijelaskan oleh al-Quran dengan terang, maka mereka yang tidak
mengambil berat terhadap Islam dan al-Quran -kerana mereka gila kuasa -tentunya
akan mengambil al- Quran sebagai cara bagi mencapai matlamatnya, iaitu dengan
membuang ayat-ayat al-Quran dan menggugurkannya daripada dilihat oleh orang
ramai buat selama-lamanya”. 38
Ulasan:
Alangkah beraninya
Khomeini membuat tuduhan palsu kepada Khalifah Rasulullah s.a.w. dan lain-lain
lagi sehingga dikatakan mereka berani menghapuskan ayat-ayat al-Quran demi
untuk memperolehi hajat dan kuasa pemerintahan.
Kalau kita terima
dakwaan beliau yang mengatakan para sahabat , berani mengubah al-Quran, ini
bererti dakwah dan didikan Nabi terhadap para sahabat tidak berjaya dan tidak
berkesan, dan dakwah Baginda dianggap sia-sia. Baginda tidak dapat membentuk
peribadi para sahabat dengan peribadi Islam. Kalau inilah yang berlaku, maka
bukan sahabat sahaja yang dituduh oleh Khomeni, tetapi termasuk juga Rasulullah
sendiri. Kalau ini berlaku, maka siapalah lagi yang mendapat didikan Baginda?
Barangkali hanya Khomeini dan ulama-ulama mereka sahajalah yang mendapat
didikan Rasulullah s.a.w. yang sebenar.
VI) ABU BAKAR DAN UMAR MELANGGAR HUKUM AL-QURAN
Tidak cukup dengan
tuduhan-tuduhan di atas dilemparkan kepada Abu Bakar dan Umar, bahkan ditambah
lagi dengan tuduhan lain, sehingga dibuat dua tajuk khas. Pertama: Abu Bakar
menyalahi al-Quran. Kedua: Umar menyalahi Kitab Allah. 39
Dalam lajuk
pertama Khomeini menyebut:-
“Di sini kami
terpaksa menyebut beberapa contoh kedua-dua (Abu Bakar dan Umar) menyalahi
al-Quran, antaranya ialah:-
Fatimah binti Rasulullah datang berjumpa dengan Abu Bakar dan meminta
pusakaayahnya. Abu Bakar menjawab bahawa Nabi bersabda maksudnya: “Kami para
Nabi tidak membahagikan pusaka, apa yang kami tinggal adalah sedekah “.
Pendapat Abu Bakar ini berlawanan dengan ayat 5-6 Surah Maryam ! 40
Semua ulama sepakat mengatakan satu bahagian daripada harta zakat mesti
diberi kepada orang muallaf bahkan boleh diberi kepada orang kafir 1/3 daripada
harta zakat untuk mengambil hati mereka dan untuk menarik mereka memeluk Islam
akan tetapi Abu Bakar menggugurkan hukum ini dengan perintah Umar. 41
Dalam tajuk kedua
Khomeini menyebut beberapa contoh Sayyidina Umar melanggar hukum al-Quran,
diantaranya dikatan beliau mengharamkan Nikah mut’ah. Umar menghukum jatuh
talak tiga bagi suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga serentak. 42 Selepas menyebut perkara itu Khomeini
berkata,
Daripada semua
yang telah disebut di atas, jelaslah kedua-kedua Syeikh (Abu Bakar dan Umar)
melakukan perkara berlawanan dengan al-Quran”. 43
Ulasan:
Daripada petikan
ini jelas sekali Khomeini masih tidak berpuas hati dengan tuduhan-tuduhan
sebelumnya terhadap Abu Bakar dan Umar, ditambah lagi dengan tuduhan-tuduhan
lain seperti dalam contoh-contoh di atas.
Mengenai Abu Bakar
tidak memberi pusaka kepada Fatimah, Abu Bakar tidak jahat dan beliau tidak
membuat hadith palsu, sebagaimana didakwa oleh Khomeini, tetapi kerana beliau
mahu mengikut perintah Nabi di dalam hadith sebagaimana yang dijelaskan, hadith
yang diterangkan oleh Abu Bakar itu adalah hadith sahih. Ibn Taimiyah menyebut
:-
“Hadith tersebut
telah diriwayatkan oleh ramai para sahabat tennasuk Abu Bakar, Umar, Uthman,
Ali, Talhah, al-Zubair, Saad, Abdul Rahman bin’ Auf, al-Abbas, isteri-isteri
Nabi, juga Abu Hurairah r.a, kemudian ulama hadith meriwayatkan hadith itu
daripada sahabat tersebut dan memasukkan ke dalam hadith dan musnad mereka”. 44
Apa yang didakwa
oleh Khomeini bahawa sikap Abu Bakar itu berlawanan dengan ayat al-Quran, maka
itu tidak timbul, kerana kedua-dua ayat yang dibawanya memberi maksud “mewarisi
pangkat kenabian” bukan mewarisi harta pusaka. Ayat pertama bermaksud, Nabi Sulaiman
mewarisi pangkatkenabian Nabi Daud. 45 Manakala yang kedua bermaksud Nabi Yahya
mewarisi pangkat kenabian Nabi Zakaria. 46
Apa yang dikatakan
Sayyidina Abu Bakar tidak memberi habuan kepada muallaf setelah mendengar
pendapat Umar juga tidak boleh dianggap salah, kerana masa itu Islam telah kuat
dan orang Islam telah ramai, kerana itu habuan tersebut tidak lagi wajib
diberikan kerana semata-mata untuk memujuk dan mengambil hati golongan muallaf.
Kerana itu apabila golongan tersebut datang kepada Umar meminta habuannya, Omar
berkata: -Selepas dia berjihad “Habuan ini telah diberi oleh Rasulullah s.a.w.
kepada kamu bertujuan untuk memuliakan Islam dan tidak perlu lagi memujuk atau
mengambil hati kamu”. Apabila perkara ini diketahui oleh Abu Bakar, beliau bersetuju
dengan keputusannya. Persetujuan itu tidak dibantah oleh ramai para sahabat
-termasuk Sayyidina Uthman dan Ali, bahkan kedua-dua mereka tidak memberi
habuan tersebut semasa pemenntahan mereka. 47
Kalaulah apa yang
dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar itu salah, mengapa Khomeini hanya mencela Abu
Bakar dan umar sahaja, dan tidak mencela Sayyidina Ali yang juga tidak memberi
habuan itu semasa pemerintahannya?
Apa yang dikatakan
Sayyidina Umar mengharamkan nikah mut’ah juga tidak benar, kerana nikah tersebut
telah diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Banyak hadith menjelaskan
perkara ini, antaranya, hadith Muslim daripada ar-Rabii bin Sabrah al-Hujani
bahawa Rasulullah s.a.w. bcrsabda, maksudnya: ” Wahai manusia, sesungguhnya
dahulu aku telah mengizinkan kamu beristimta’ dengan perempuan (Nikah mut’ah),
sesungguhnya (sekarang) Allah telah mengharamkan perkara itu sampai ke hari
Qiamat. Sesiapa yang ada padanya perempuan (yang dinikah secara ini ) maka
hendaklah dilepaskan dan jangan kamu mengambil daripadanya sebarang harta ,
yang kamu berikan kepada mereka walaupun sedikit sebagai maskahwin. 48
Jadi daripada
ulasan-ulasan ringkas di atas dapatlah dibuat, kesimpulan bahawa Abu Bakar dan
Umar sebenamya tidak melanggar hukum-hakam al-Quran dan hadis sebagaimana yang
didakwa oleh Khomeini dan ulama-ulama Syiah yang lain tetapi apa yang dilakukan
itu adalah menurut Sunnah Rasulullah s.a.w.
VII) DIKATAKAN RASULULLAH S.A.W. TAKUT HENDAK
MENYAMPAIKAN PERINTAH ALLAH
Perkara terakhir
yang hendak disebutkan daripada apa yang ditulis oleh Khomeini dalam Kitab
“Kasyf al-Asrar” ialah beliau menuduh Rasulullah s.a.w. takut dan gerun kepada
umatnya untuk disampalkan perintah Allah mengenal perlantikan Sayyidina Ali.
Baginda dituduh takut dan tidak berani hendak menerangkan hukum tersebut hingga
turunnya ayat al-Quran memerintahkan supaya Baginda menyampaikan juga suruhan
itu menerusi Firmannya: 49
Wahai Rasulullah,
sampaikan apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika engkau
tidak melakukannya, maka bermakna engkau tidak sampaikan perutusanNya, dan
Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) musuh (Al- Maidah, 67).
Mengikut beliau,
setelah turunnya ayat ini barulah Rasulullah berani menyampaikan perintah
tersebut, dan perintah itu katanya ialah perintah melantik Ali menjadi
khalifah. Beliau berkata:
“Jelas bahawa
Muhammad s.a.w. sampai ke waktu itu (waktu turunnya ayat di atas) telah
menyampaikan segala hukum yang diisyaratkan Baginda di Ghadir Khum, kerana itu
jelaslah perintah (dalam ayat di atas) adalah khusus mengenai perintah
perlantikan Imam Ali”.
“Daripada himpunan
dalil dan hadith jelas bahawa Nabi memang dan gerun kepada orang ramai bagi
(menyampaikan) dakwah perlantikan imam. Sesiapa yang membaca sejarah dan
hadith, dia akan tahu bahawa Nabi memang takut hendak menyampaikan (perintah
itu), akan tetapi Allah memerintahkan Baginda supaya menyampaikan perintah
tersebut dan menjanjikan mahu mengawalnya, dengan itu menyampaikan perintah
Allah.” 50
Ulasan:
Pendapat Khomeini
di atas tidak boleh diterima, kerana Baginda s.a.w. tidak pemah takut kepada
sesiapapun. Tidak terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w., yang menyebut Baginda
takut kepada selain daripada Allah. Perintah dalam ayat di atas bukannya perintah
perlantikan Ali sebagaimana yang didakwa oleh Khomeini.
Ulama Ahli Sunnah
berpendapat bahawa perintah tersebut sebenamya perintah Allah supaya Baginda
menyampaikan -segala ajaran Islam yang diturunkan kepadanya -bukan perintah
perlantikan Ali. Ibn Kathir semasa mentafsir ayat di atas berkata, “Allah
Ta’ala bercakap dengan Nabi Muhammad s.a.w. (mewahyukan kepadanya) sebagai
seorang Rasul dan seorang hambanya dengan memerintah kepada Baginda supaya
menyampaikan segala ajaran agama yang disampaikan kepadanya, dan Rasulllah
mengikut perintah itu serta mentaatinya dengan sempurna”. 51
KESIMPULAN
Daripada
pendedahan pendapat Khomeini di dalam dua buah kitabnya bersama ulasan nngkas
mengenainya dapatlah dibuat beberapa kesimpulan, antaranya:-
1)
Banyak pendapat Khomeini bercanggah dan berlawanan dengan pandangan Ahli Sunnah
Wal-Jamaah khususnya mengenai aqidah, kedudukan para Sahabat Rasulullah, dan
Imamah. Menurut Khomeini: Meminta sesuatu daripada kubur, batu-batu kubur dan
qubbahnya tidak syink. Sayyidatina Falimah dikatakan menerima wahyu selepas
Baginda wafat dan Nabi Muhammad s.a.w. di katakan takut kepada sahabat.
2)
Kerajaan Islam yang diiktiraf beliau hanya kerajaan di zaman Rasulullah s.a.w.,
zaman Sayyidina Ali dan di zaman anak cucunya, selepas itu. Kerajaan di zaman
Abu Bakar, Umar, Uthman dan kerajaan Umawiyyah juga Abbasiyah tidak
diiktirafnya sebagai kerajaan Islam.
3)
Menurut beliau, Nabi telah menentukan Ali menjadi Khalifah di Ghadir Khum,
tetapi ditentang oleh ramai sahabat khususnya Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Sahabat tersebut dituduh sanggup mengubah al-Quran demi untuk kepentingan dunia
dan kuasa.
4)
Kalau sekiranya sahabat-sahabat tersebut jahat, gila kuasa, dan lain-lain lagi,
maka ini menunjukkan didikan Nabi tidak berjaya. Kalau ini berlaku, maka banyak
ayat Quran dan hadith-hadith Nabi tidak boleh diterima, kerana disampaikan oleh
sahabat yang tidak adil dan zalim. Sedangkan yang sebenarnya tidak demikian.
5)
Bukan setakat itu sahaja penyelewengan Khomeini, bahkan beliau mengharuskan
meroboh masjid jika perlu dan membatalkan hukum-hukum Islam. Dalam majalah
“al-Baith al-Islam” yang dicetak di India bilangan 34, keluaran bulan Safar
1401H, ada memetik katak-kata Khomeini, antaranya, “Harus bagi pemerintah
menutup masjid ketika perlu dan meruntuhkannya. Juga pemerintah boleh menghapus
atau membatalkan mana-mana hukum daripada hukum Islam sama ada hukum-hukum
ibadat atau lain-lain apabila hukum tersebut didapati menyalahi kepentingan
Islam, juga pemerintah boleh menegah rakyat daripada menunaikan haji yang
menjadi hukum Islam yang penting apabila ia boleh mendatangkan kemaslahatan
kepada kerajaan Islam”.
CADANGAN
Untuk mengakhiri
penulisan ini penulis mencadangkan beberapa perkara. Antaranya:-
1)
Para pem baca sekalian hendak1ah mengam bil berat tentang pandangan Khomeini
dan pandangan Syiah seluruhnya, dan jangan terpengaruh tanpa usul periksa betul
salahnya.
2)
Pembaca yang berkemampuan diminta membaca buku-buku Arab dan lain-lainnya
mengenai Syiah daripada karangan ulama Ahli Sunnah dan lain-lainnya. Dan
maklumat yang diperolehi hendaklah disebarkan kepada umum, kerana dikhuatiri
akan ramai golongan Ahli Sunnah akan menjadi Syiah atau bermazhab Syiah,
terpengaruh dengan dakyah menghalalkan nikah mu’tah, sembahyang Jama’ dan
lain-lain.
3)
Setiap dakyah dan propaganda mengagungkan Syiah dan Khomeini yang dilakukan
oleh sesiapa sahaja perlu diawasi dan perlu berhati-hati supaya tidak
terpengaruh. Pihak-pihak berkenaan dengan hal ehwal keagamaan seperti Majlis
Agama Islam, Pusat Islam dan lain-lain, hendaklah peka terhadap perkembangan
Syiah di Malaysia sekarang, dan menghadapinya dengan bijaksana dan jika perlu
mengharamkan risalah-risalah dan buku-buku Syiah .
NOTA KAKI
Lihat catitan di awal kitab “Al-Hukumah al-Islamiyyah”.
Lihat kulit belakang “Kitab Kasyf al-Asrar”, Arab.
Lihat Syeikh Muhammad Manzur Nu’mani,”al-Thaurah al-Iraniyyah”, hal:
49.
” Al-Hukumah al-Islamiyyah”, hal: 52.
Ibid.
Ibid.
Ibid, hal: 51.
Ibid, hal: 113.
“Al-Hukumah al-Islamiyyah”, hal: 26.
10. Ibid,
hal: 18.
11. Ibid,
hal: 19.
12. Ibid,
hal: 131-132, Dr. Abdullah Mohd al-Gharib, ” Waja’a Daur al-Majus”, hal: 173.
13. Ibid,
hal: 98.
14. Lihat
Syah Ab. Aziz Waliyyullah al-Dahlawi, “Mukhtasar at- Tuhfah al-Ithna
‘Asyariyyah”, hal: 160.
15. Ibid,
hal: 160-161.
16. Ibid,
hal: 71.
17.
Ibid, hal: 33.
18. Ibid,
hal: 74.
19. Ibid.
20. Dr.
Abdullah Muhammad al-Gharib, “Al-Khomeini Baina at-Tattarruf Wa al-I’tidal”,
ha1: 31.
21. “Kasyf
al-Asrar”, (Arab), hal: 49.
22. Ibid,
hal: 59.
23. Ibid,
hal: 140.
24. Ibid,
hal: 62.
25. Ibid,
hal: 84.
26.
Al-Sayyid Sabiq, “Fiqh al-Sunnah”, juzuk 1, hal: 554.
27. Ibid,
juzuk 1, hal: 548.
28. Ibid,
hal: 549-550.
29. Ibid,
hal: 549.
30. “Kasyf
al-Asrar”, hal: 143.
31. A-Sayyid
Muhibuddin al-Khatib, “Al-Khututal-Aridhah”, hal:9.
32. Ibid,
hal: 126-127.
33. Ibid.
34. Ibid,
hal: 128.
35.
LihatTermizi,juzuk,5, hal: 311, al-Jami’ al-Saghir,juz: 6.
36. Kasyf
al-Asrar, hal: 129.
37. Ibid,
hal: 130.
38. Ibid,
hal: 131.
39. “Kasyf
al-Asrar”, hal: 131:135.
40. Ibid,
hal: 132.
41. Ibid,
hal: 134.
42. Ibid,
hal: 135-136.
43. Ibid,
hal: 138.
44. Ibn Taimiyyah,
“Minhaj al-Sunnah”, juzuk 2, hal: 158.
45. Lihat,
“Pimpinan al-Rahman”, hal: 977.
46. Ibid,
hal: 747-748.
47.
Al-Sayyid Sabiq, “Fiqh al-Sunnah”, juzuk 1, hal: 389-390.
48. “Sahih
Muslim”, juzuk 2, hal: 1025.
49.
Surah al-Maidah, ayat: 67.
50. “Kasyf
al-Asrar”, hal: 150.
51. Ibn Kathir,
Tafsir al-Quran al-Azim, juzuk, 2, hal: 77.
Comments :
LAGI Sanggahan
keatas Kitab Kasyf al Asrar
BACA DI
KHOMEINI : AYAT ALLAH
ATAU AYAT SYAITAN?
OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
PENGENALAN KEPADA
KHOMEINI
Khomeini atau disebut
oleh pengikutnya sebagai Ayatullah Ruhullah Khomeini yang membawa maksud
Khomeini Ayat dan Ruh Allah.
Khomeini merupakan
figur atau tokoh sejarah dunia yang agung dan terkenal kerana dialah pengasas
Republik Islam Iran dan berjaya menggulingkan Shah Muhammad Reza Pahlavi pada
tahun 1979 M melalui Revolusi Islam Iran.
Khomeini dilahirkan di
bandar Khomein yang terletak di arah Barat Daya Tehran, ibu negara Republik
Iran pada tahun 1902 M/ 1320 H. Nama sebenarnya Mustafa Ahmad al-Musawi
al-Khomeini. Datuknya Ahmad berasal daripada India kemudian berhijrah ke Iran
pada tahun 1885 M. Bapanya mati dibunuh setahun setelah kelahirannya dan ketika
dia hampir baligh, ibunya meninggal dunia. Dia dibesarkan oleh abangnya dan
mendalami ajaran Syiah sehingga menjadi seorang ulama Syiah. Pada tahun 1965 M,
Shah Muhammad Reza Pahlavi telah membuang Khomeini ke Turki kemudian dia
meminta izin supaya dibuang ke Iraq lalu mendapat kebenaran Syah dan pemerintah
Iraq. Dia tinggal di Iraq selama 15 tahun dan menjadikan Najaf sebagai tempat
tinggalnya. Dia tidak melancarkan apa-apa serangan terhadap Syah Iran
sehinggalah tahun 1968 M apabila Parti Baath memerintah Iraq. Parti Baath
mengalu-alukan para penentang Syah Iran dan Khomeini diberi kedudukan istimewa
sehingga dia diberi slot radio tersendiri untuk mengembangkan idea revolusinya.
Kerajaan Iraq
memberikan Khomeini kebebasan dan keistimewaan sehingga permohonannya supaya
hukuman mati terhadap Syed Hasan Syirazi ditarik balik turut diperkenan
kerajaan Revolusi Iraq. Bahkan Saddam Husein selaku Timbalan Ketua Majlis
Revousi Iraq menerima permohonan tersebut.
Kemudian, dia cuba
untuk berpindah ke Kuwait setelah kerajaan mengenakan sedikit sekatan ke
atasnya tetapi kerajaan Kuwait enggan membenarkan lalu kerajaan Iraq berkenan
untuk menerimanya kembali.
Pada tahun 1978 M,
Khomeini meninggalkan Iraq lalu pergi ke Paris dan menetap di sana sehinggalah
kejatuhan Syah Iran pada tahun 1979 M. Apabila jatuhnya Syah Iran, Muhammad
Reza Pahlavi, Khomeini diangkat sebagai pemimpin agung Iran dikenali sebagai
(Ruhbar). Pada tahun 1989 M ketika berumur 89 tahun.
AKIDAH KHOMEINI
Khomeini adalah
pengikut setia ajaran Syiah Imam Dua Belas atau dikenali juga sebagai Syiah
Imamaiah, Syiah Jaafariah, dan al-Rafidah.
Khomeini dalam
menjalankan pemerintahan berteraskan bahawa dia adalah wakil kepada Imam
al-Hujjah al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, Muhammad bin Hasan al-Askari iaitulah
imam Syiah ke-12 yang kononya ghaib dan akan datang semula di akhir zaman. Berikut
beberapa pandangan akidah Khomeini :
PERTAMA : WILAYATUL
FAQIH
Konsep wilayatul faqih
bermaksud, Ruhbar yakni Pemimpin Tertinggi Iran adalah wakil kepada Imam ke-12
yang ghaib dan hendaklah wakil ini daripada kalangan ulama dan maraji’ Syiah.
Konsep ini adalah
warisan daripada Dinasti Safawiah iaitulah kerajaan Syiah Iran yang pertama dan
sekaligus kerajaan Syiah Imamiah yang pertama di atas muka bumi di mana Syah
Ismail al-Safawi mengisytihar dirinya sebagai wakil Imam Ghaib. Akidah ini
membolehkan pemerintah yakni al-Faqih tadi berbuat sesuka hati tanpa ditentang
kerana menurut Khomeini, al-Faqih ini memiliki Ilmu yang sempurna dan Keadilan
yang mutlak. Berkata Khomeini :
لو قام الشخص
الحائز
لهاتين
الخصلتين
بتأسيس
الحكومة
تثبت
له
نفس
الولاية
التي
كانت
ثابتة
للرسول
الأكرم
– صلّى
الله
عليه
وآله
وسلّم
-،
ويجب
على
جميع
النّاس
إطاعته
Maksudnya : “jikalau
bangun seseorang yang cukup dua perkara ini (ilmu dan adil) dengan mendirikan
kerajaan maka sabit baginya kekuasaan yang sama yang sabit bagi Rasul yang
paling mulia s.a.w dan wajib atas sekalian manusia mentaatinya”. [al-Hukumah
al-Islamiah, 80].
Akidah ini adalah
kufur kerana menyamakan ‘kekuasaan’ Faqih dengan ‘kekuasaan’ Rasul sedangkan
menurut Islam, pemerintah selepas Rasul itu hanya sama daripada segi tugas
bukan kekuasaan kerana Rasul berhak menghalal dan mengharamkan adapun
pemerintah hanya memastikan manusia mengikut undang-undang yang telah Allah dan
Rasul-Nya tetapkan.
Melalui konsep ini,
Khomeini meletakkan dirinya sama dengan Rasul dan Imam-imam Syiah dalam
kekuasaan walaupun tidak sama dari segi kedudukan dan martabat. Oleh itu,
terdapat beberapa ulama Syiah sendiri menentang konsep ini.
KEDUA : IMAM SYIAH DAN
KEDUDUKAN MEREKA
Berkata Khomeini :
من ضروريات مذهبنا
أنه
لا
يصل
أحد
إلى
مراتب
الأئمة
– عليهم
السّلام
– المعنوية.
حتى
الملك
المقرّب،
والنّبي
المرسل.
Maksudnya : “termasuk
perkara daruri mazhab kita (Syiah) bahawa sesungguhnya tidak ada seorang pun
yang boleh mencapai martabat Imam-imam ‘alaihimussalam secara maknawi bahkan
Malaikat yang hampir dengan Allah dan Nabi yang diutuskan pun (tidak akan sama
dengan Imam Syiah)”. [al-Hukumah al-Islamiah, 84].
Menurut Khomeini,
Imam-imam syiah adalah lebih hebat daripada Nabi-nabi dan para Rasul serta
Malaikat. Akidah ini merupakan akidah umum Syiah Imamiah sebagaimana yang
disebut dalam kitab agung mereka Usul al-Kafi :
قال أبو عبد
الله
» أن
عندنا
والله
سرا
من
أسرار
الله
وعلما
من
علم
الله،
والله
ما
يحتمله
ملك
مقرب
ولا
نبي
مرسل«
Maksudnya : “Berkata
Abu Abdullah (yakni Jaafar al-Sadiq) : Sesungguhnya di sisi kami (yakni para
Imam Syiah) rahsia daripada rahsia-rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu-ilmu
Allah, demi Allah, tidaklah dibawa (yakni rahsia dan ilmu ini) malaikat yang
dekat (dengan Allah) dan Nabi yang diutuskan (Rasul)”. [al-Kafi, 1/331, Kitab
al-Hujjah].
Akidah ini adalah
kufur kerana Ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat mengkafirkan Ibn Arabi
al-Sufi apabila dia mengatakan Wali lebih afdal daripada Nabi sedangkan Ahli Sunnah
wal Jamaah telah bersepakat : ‘Seorang Nabi lebih afdal (utama) di sisi Allah
daripada sekalian wali’ [Syarh al-Tahawiah, 1/504 dan selepasnya].
KETIGA : RUBUBIAH PARA
IMAM
Akidah Syiah Imamiah
percaya Imam mempunyai kuasa sebagaimana kuasa Tuhan dalam mentadbir ‘alam ini.
Ini merupakan kekufuran yang lebih daripada kekufuran Abu Lahab dan Abu Jahal.
Berkata Khomeini :
إذ للإمام مقامات
معنوية
مستقلة
عن
وظيفة
الحكومة.
وهي
مقام
الخلافة
الكلية
الإلهية
التي
ورد
ذكرها
على
لسان
الأئمة
– عليهم
السّلام
– أحياناً.
والتي
تكون
بموجبها
جميع
ذرات
الوجود
خاضعة
أمام
“ولي
الأمر”.
Maksudnya : “ini
kerana bagi imam itu kedudukan-kedudukan maknawi yang tersendiri terpisah
daripada tugasan pentadbiran iaitulah keududukan Khilafah yang menyeluruh
bersifat ketuhanan yang sabit penyebutannya daripada Imam-imam dan yang
dengannya sekalian zarrah yang wujud tunduk kepada Waliyyul Amri (Imam)”.
[Al-Hukumah Al-Islamiah, 84].
Perkataan Khomeini ini
merujuk kepada akidah Syiah dalam Kitab al-Kafi :
أَ مَا عَلِمَتْ
أَنَّ
الدُّنْيَا
وَ
الْآخِرَةَ
لِلْإِمَامِ
يَضَعُهَا
حَيْثُ
يَشَاءُ
وَ
يَدْفَعُهَا
إِلَى
مَنْ
يَشَاءُ
جَائِزٌ
لَهُ
ذَلِكَ
مِنَ
اللَّهِ
Maksudnya : “tidakkah
engkau tahu bahawa dunia dan akhirat itu untuk Imam, dia mengurusnya
sekehendaknya dan dia memberinya kepada sesiapa yang dia hendaki harus baginya
daripada Allah”. [Kitab al-Kafi bi Tahqiq al-Majlisi wal Bahbudi, 4/350, m.s
409].
Dalam Biharul Anwar
dinyatakan :
عن أبي عبد
الله
قال
« والله
لقد
أعطينا
علم
الأولين
والآخرين.
فقيل
له:
أعندك
علم
الغيب؟
فقال
له:
ويحك!
إني
لأعلم
ما
في
أصلاب
الرجال
وأرحام
النساء»
Maksudnya : Daripada
Abu Abdullah (Jaafar al-Sadiq) katanya : “Demi Allah telah diberi kepada kami
(yakni para Imam Syiah) ilmu golongan terdahulu dan terkemudian”. Maka ditanya
kepadanya : Adakah kamu mempunyai ilmu ghaib? Maka jawabnya : “Cis kamu!
Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada dalam sulbi lelaki dan rahim wanita”.
[Bihar al-Anwar, 27/26].
Akidah ini jelas kufur
kerana menyandarkan hak tasarruf dalam kerajaan Allah kepada makhluk dan
mendakwa ilmu ghaib berada pada makhluk.
Firman Allah dalam
surah al-Kahfi ayat 26 :
قُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ
بِمَا
لَبِثُوا
لَهُ
غَيْبُ
السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ
أَبْصِرْ
بِهِ
وَأَسْمِعْ
مَا
لَهُمْ
مِنْ
دُونِهِ
مِنْ
وَلِيٍّ
وَلَا
يُشْرِكُ
فِي
حُكْمِهِ
أَحَدًا
Maksudnya :“Katakanlah
(Wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya
lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh
penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! tidak ada bagi penduduk langit dan
bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk
campur dalam hukumNya” .
Dan firman-Nya dalam
surah Luqman ayat 34 :
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ
عِلْمُ
السَّاعَةِ
وَيُنَزِّلُ
الْغَيْثَ
وَيَعْلَمُ
مَا
فِي
الْأَرْحَامِ
وَمَا
تَدْرِي
نَفْسٌ
مَاذَا
تَكْسِبُ
غَدًا
وَمَا
تَدْرِي
نَفْسٌ
بِأَيِّ
أَرْضٍ
تَمُوتُ
إِنَّ
اللَّهَ
عَلِيمٌ
خَبِيرٌ
Maksudnya :
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia
lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya
tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). dan tiada seseorang pun
yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau
jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia
akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi
pengetahuanNya” .
KEEMPAT : KESEMPURNAAN
SYARIAT ISLAM
Khomeini berkeyakinan
bahawa syariat Islam belum sempurna sehingga datangnya Imam Mahdi yang Ghaib
itu. Akidah ini sangat-sangat kufur kerana firman Allah s.w.t :
الْيَوْمَ يَئِسَ
الَّذِينَ
كَفَرُوا
مِنْ
دِينِكُمْ
فَلَا
تَخْشَوْهُمْ
وَاخْشَوْنِ
الْيَوْمَ
أَكْمَلْتُ
لَكُمْ
دِينَكُمْ
وَأَتْمَمْتُ
عَلَيْكُمْ
نِعْمَتِي
وَرَضِيتُ
لَكُمُ
الْإِسْلَامَ
دِينًا
Maksudnya :”pada hari
ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama
kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu
janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut
dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu..”. – [Al-Maidah : 3]
Sedangkan menurut
Khomeini :
فكل نبي من
الأنبياء
إنما
جاء
لإقامة
العدل
وكان
هدفه
هو
تطبيقه
في
العالم،
لكنه
لم
ينجح
وحتى
خاتم
الأنبياء
(ص)
الذي
كان
قد
جاء
لإصلاح
البشر
وتهذيبهم
وتطبيق
العدالة
فإنه
هو
أيضا
لم
يوفق.
وإن
من
سينجح
بكل
معنى
الكلمة
ويطبق
العدالة
في
جميع
أرجاء
العالم
هو
المهدي
المنتظر.
Maksudnya : “Maka
setiap Nabi itu datang untuk menegakkan keadilan dan matlamatnya adalah
melaksanakannya dalam alam tetapi dia tidak berjaya sehinggakan Penutup
sekalian Nabi s.a.w sekalipun yang telah datang untuk memperbaiki keadaan
manusia, mendidik mereka, dan menegakkan keadilan tetapi sesungguhnya baginda
juga tidak berjaya. Adapun yang akan berjaya dalam usaha ini dan menegakkan
keadilan di segenap penjuru alam adalah al-Mahdi al-Muntazar”. [Mukhtarat min
Ahadis wa Khutab al-Khomeini, 42].
Ucapan Khomeini amat
buruk adabnya dengan Rasulullah s.a.w dan dengan sekalian Nabi dan Rasul serta
kufur kepada Allah s.w.t.
KELIMA : KEDUDUKAN
SAHABAT DAN SALAF SOLEH
Khomeini memusuhi para
sahabat Nabi s.a.w terutama Abu Bakar, Umar, Usman dan Muawiyah
radiallahu’anhum. Ini jelas dalam kenyataannya :
بعد رحلة الرّسول
الأكرم
صلّى
الله
عليه
وآله
وسلّم
لم
يسمح
المعاندون
وبنو
أمية
لعنهم
الله
باستقرار
الحكومة
الإسلامية
بولاية
علي
بن
أبي
طالب
عليه
السلام.لم
يسمحوا
بتحقق
الحكومة
التي
كانت
مرضية
عند
الله
تعالى
وعند
الرّسول
الأكرم
صلّى
الله
عليه
وآله
وسلّم
وفي
النتيجة
بَدَّلوا
أساس
الحكومة.
Maksudnya : “selepas
kewafatan Rasul yang mulia s.a.w para penentang (yakni sahabat) dan Bani Umaiah
–semoga mereka dilaknat Allah- tidak membenarkan berdirinya kerajaan Islam di
bawah pemerintahan Ali bin Abi Talib a.s. Mereka tidak membenarkan
terlaksananya kerjaan yang diredai allah dan Rasul yang mulia s.a.w dan
natijahnya mereka mengubah asas kerajaan”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 60].
Khomeini mencaci
Muawiyah r.a dengan katanya :
وهكذا تكون حكومة
العدل
الإسلامية،
فهي
ليست
كتلك
الحكومات
التي
تسلب
الشعب
الأمن،
وتجعل
النّاس
يرتجفون
في
بيوتهم
خوفاً
من
مفاجآتها
وأعمالها.
كما
كان
الأمر
في
حكومة
معاوية
وأمثالها
من
الحكومات،
حيث
سلب
النّاس
الأمن
Maksudnya : “dan
demikianlah kerajaan Islam yang adil, maka ia tidak sama dengan kerajaan-kerajaan
yang mencabut keamanan rakyat dan menjadikan mereka takut berada dalam rumah
mereka sendiri daripada serangan pegawai-pegawai kerajaan seperti kerajaan
Muawiyah dan yang seumpamanya daripada kerajaa-kerajaan yang menghilangkan
keamanan rakyat”. [Ibid, m.s 111].
Akidah ini merupakan
akidah seluruh orang Syiah Imamiah sebagaimana tertera dalam kitab mereka :
إنَّ أبا بكر
وعمر
كانا
كافرين
, الذي
يحبهما
فهو
كافر
أيضاً
Maksudnya :
“sesungguhnya Abu Bakar dan Umar adalah kafir, orang yang mencintai keduanya
adalah kafir juga”. [al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m.s 522].
Akidah Syiah Imamiah
ini adalah kufur kerana Allah s.w.t telah berfirman :
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ
مِنَ
الْمُهَاجِرِينَ
وَالْأَنْصَارِ
وَالَّذِينَ
اتَّبَعُوهُمْ
بِإِحْسَانٍ
رَضِيَ
اللَّهُ
عَنْهُمْ
وَرَضُوا
عَنْهُ
وَأَعَدَّ
لَهُمْ
جَنَّاتٍ
تَجْرِي
تَحْتَهَا
الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ
فِيهَا
أَبَدًا
ذَلِكَ
الْفَوْزُ
الْعَظِيمُ
Maksudnya : dan
orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)
dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak
langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan
mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;
itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah :100].
Dengan jelas dalam
ayat ini Allah s.w.t meredai sahabat, demikian juga dalam ayat-ayat lain yang
banyak. Baginda Rasul s.a.w juga bersabda :
لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى
،
فَلَوْ
أَنَّ
أَحَدَكُمْ
أَنْفَقَ
مِثْلَ
أُحُدٍ
ذَهَبًا
مَا
بَلَغَ
مُدَّ
أَحَدِهِمْ
وَلاَ
نَصِيفَهُ
Maksudnya : “Janganlah
kamu mencela sahabat-sahabatku kerana sesungguhnya jika seorang daripada kamu
menginfakkan emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama kedudukannya dengan
sedekah para sahabatku sebanyak satu cupak dan tidak juga setengah
daripadanya”. [al-Bukhari & Muslim].
Begitu juga Sabda Nabi
s.a.w :
أبُو بَكْرٍ فِي
الْجَنَّةِ
،
وَعُمَرُ
فِي
الْجَنَّةِ
،
وَعُثْمَانُ
فِي
الْجَنَّةِ
،
وَعَلِيٌّ
فِي
الْجَنَّةِ
،
وَطَلْحَةُ
في
الْجَنَّةِ
،
وَالزُّبَيْرُ
في
الْجَنَّةِ
،
وعَبْدُ
الرَّحْمَانِ
بْنُ
عَوْفٍ
في
الْجَنَةِ
،
وَسَعْدُ
بْنُ
أبي
وَقَّاصٍ
فِي
الْجَنَّةِ
،
وَسَعِيدُ
بْنُ
زَيْدٍ
بْنِ
عَمْرٍ
فِي
الْجَنَّةِ
،
وأبو
عُبَيْدَةَ
بْنُ
الْجَرَّاحِ
فِيَ
الْجَنَّةِ.
Maksudnya : “Abu Bakar
dalam syurga, Umar dalam Syurga, Usman dalam syurga, ali dalam syurga, Talhah
dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad
bin Abi Waqqas dalam syurga, said bin Zaid dalam syurga, Abu Ubadidah al-Jarah
dalam syurga”. [Ahmad, al-Tarmizi, al-Nasai dalam Kubra, dan Abu Daud dengan
jalan daripada Said bin Zaid].
Sabda Nabi s.a.w
kepada Muawiyah r.a :
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ
هَادِيًا
مَهْدِيًّا
, وَاهْدِ
بِهِ
Maksudnya : “Ya Allah,
jadikanlah dia (yakni Muawiyah) sebagai yang memberi pembimbing kepada
kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia sebagai
penyebab hidayah”. [Ahmad & al-Tarmizi].
Ayat dan hadis-hadis
ini menjadi bukti bahawa Syiah Imamiah dan Khomeini mendustakan Allah dan Rasul-Nya.
Mereka telah mengikuti jejak langkah para Munafik dalam membenci sahabat
radiallahu’anhum.
KEENAM : SIAPAKAH
TUHAN KHOMEINI?
Ini adalah persoalan
terpenting dalam akidah Khomeini iaitu siapakah Tuhan yang disembah Khomeini?
Khomeini menjawab :
” إننا
لا
نعبد
إلهاً
يقيم
بناء
شامخا
للعبادة
والعدالة
والتدين
،
ثم
يقوم
بهدمه
بنفسه
،
ويجلس
يزيداً
ومعاوية
وعثمان
وسواهم
من
العتاة
في
مواقع
الإمارة
على
الناس
،
ولا
يقوم
بتقرير
مصير
الأمة
بعد
وفاة
نبيه
”
Maksudnya :
“Sesungguhnya kami (Syiah Imamiah) tidak menyembah Tuhan yang mendirikan
bangunan yang hebat untuk ibadah, keadilan, dan bergama (yakni Islam) kemudian
Dia memusnhakannya dengan sendiri dan mendudukkan Yazid (anak Muawiyah),
Muawiyah, Usman, dan selain mereka daripada penzalim di atas kerajaan manusia
dan tidak menetapkan hala tuju umat kewafatan Nabi-Nya”. [Kasyful Asrar, m.s
123 & 124].
Maka jelas tuhan
Khomeini bukanlah Allah s.w.t tetapi tuhan yang wujud dalam khayalannya
sendiri. Realiti telah menyatakan bahawa Usman r.a, Muawiyah r.a dan Yazid r.h
telah pun menjadi Khalifah dan memerintah, begitu juga Bani Umayyah dan
Abbasiah. Kejadian ini berlaku di bumi kita ini dalam alam ini. Menurut akidah
kaum muslimin, semua kejadian dalam alam ini berlaku dengan kehendak dan izin
Allah s.w.t. Maka, jika Khomeini hendak menyembah Tuhan yang tidak melantik
Usman r.a, Muawiyah r.a dan lainnya sebagai khalifah, tidak ada jalan lain bagi
Khomeini kecuali dengan menyembah selain Allah…!! Demikian juga dengan jelas
Khomeini mencela Saidina Usman bin Affan r.a dan Muawiyah r.a sedangkan
kedua-duanya adalah sahabat besar Rasulullah s.a.w. Usman adalah menantu
Rasulullah dan Muawiyah adalah ipar Rasulullah sehingga digelar Khalul Mukminin
(Bapa Saudara Orang-orang Beriman).
KETUJUH : KHOMEINI DAN
AL-QUR’AN
Khomeini Laknatullahi
‘alaih telah menuduh para sahabat radiallahu’amhum mengubah al-Qur’an. Katanya
:
Maksudnya : “Jikalau
masalah Imamah telah sabit dalam al-Qur’an maka sesungguhnya mereka ini yang
tidak mengambil berat akan Islam dan al-Qur’an kecuali dengan tujuan keduniaan
dan kepimpinan adalah mereka ini menjadikan al-Qur’an sebagai jalan untuk melaksanakan
tujuan mereka yang mencurigakan dan mereka menghilangkan ayat-ayat dari
mushafnya dan menggugurkan al-Qur’an daripada pandangan dunia selama-lamanya
dan mengaibkan al-Qur’an dan kaum muslimin selama-lamanya dan dengan itu
menisbahkan keaiban yang sama dihukum ke atas kitab-kitab Yahudi dan Nasrani
kepada kaum muslimin” [Kasyful Asrar, m.s 132].
Khomeini cuba
menyatakan bahawa jikalau Allah s.w.t menyatakan dalam al-Qur’an sekalipun
bahawa Ali r.a adalah Khalifah selepas Rasulullah s.a.w tentulah para sahabat
akan menghilangkan ayat-ayat tersebut. Tuduhan ini sangat tidak masuk akal.
Bagaimana mungkin para sahabat yang menjadi kepercayaan Rasulullah s.a.w
sanggup melakukan hal yang terkutuk ini? Dan mana mungkin al-Qur’an yang
dipelihara oleh Allah s.w.t sendiri mampu diubah? !! Allah s.w.t berfirman :
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا
الذِّكْرَ
وَإِنَّا
لَهُ
لَحَافِظُونَ
Maksudnya :
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan
menjaganya.” [al-Hijr : 9].
Apakah Allah s.w.t
cuai dalam menjaga al-Qur’an sehingga akan ada yang mampu mengubahnya?!
Golongan Syiah cuba
menafikan akidah mereka bahawa al-Qur’an diubah tetapi perkataan Khomeini ini
sangat jelas bahawa dia mengiktiraf tidak mustahil berklakunya pengubahan
al-Qur’an daripada Khulafa’ yang tiga dan Muawiyah radiallahu’anhum. Demikian
Khomeini mengiktiraf doa Sonamai Quraish yang dibaca Syiah dalam solat mereka
untuk melaknat Abu Bakar dan Umar radiallahu’anhuma dan di dalam doa itu sangat
jelas menyatakan Abu Bakar dan Umar mengubah al-Qur’an. [Lihat Kitab Iksir
ad-Da’awat].
KELAPAN : SYIRIK
MENURUT KHOMEINI
Khomeini dalam
kitanbya beranggapan memohon doa kepada mayat dan menyeru roh si mati adalah
tidak syirik :
Maksudnya : “dan
selepas jelas bahawa syirik itu apabila menminta sesuatu kepada selain Tuhan
sekalian ‘alam di atas asas benda yang diminta itu adalah sembahan maka jika
selain asas ini tidaklah syirik (yakni meminta kepada makhluk tanpa iktikad
makhluk itu Tuhan tidaklah syirik) dan tidak ada bezanya (tempat meminta itu)
hidup atau mati. Maka meminta hajat kepada batu kecil atau besar bukanlah
syirik sekalipun ianya amalan batil. Kemudian jika kita meminta pertolongan
daripada ruh-ruh suci daripada kalabgan nabi-nabi dan imam-imam yang mana
mereka ini diberi qudrat oleh Allah (maka ini bukanlah syirik)”. [Kasyful
Asrar, m.s 49].
Demi Allah, kami
bersaksi bahawa kalam ini serupa sekali dengan perkataan orang-orang Tasawuf
tertutama Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah . Maka, dengan akidah ini Khomeini
menafikan Abu Lahab, Abu Jahal dan seluruh musyrikin Qurasih adalah syirik. Ini
kerana musyrikin Quraish bukanlah meminta kepada Lata dan Uzza kerana keduanya
Tuhan tetapi sebagai wasilah (perantara) antara mereka dengan Tuhan sahaja.
Firman Allah s.w.t surah al-Zumar ayat ke-3 :
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا
مِنْ
دُونِهِ
أَوْلِيَاءَ
مَا
نَعْبُدُهُمْ
إِلَّا
لِيُقَرِّبُونَا
إِلَى
اللَّهِ
زُلْفَى
Maksudnya : “dan
orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung
dan Penolong (sambil berkata): “kami tidak menyembah atau memujanya melainkan
supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”.
Golongan ini menurut
Khomeini tidaklah syirik tetapi Allah berkata :
إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ
بَيْنَهُمْ
فِي
مَا
هُمْ
فِيهِ
يَخْتَلِفُونَ
إِنَّ
اللَّهَ
لَا
يَهْدِي
مَنْ
هُوَ
كَاذِبٌ
كَفَّارٌ
Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang
tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap
berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan
syirik)”.
Jelas Allah menghukum
mereka sebagai Syirik Akbar (syirik besar) yang meletakkan mereka sebagai
golongan Kufur.
Siapakah Khomeini
sehingga dia berani memberikan hukum yang berbeza dengan hukum Allah s.w.t?!!
Sedangkan Khomeini berani berkata Abu Bakar r.a dan Umar r.a telah menyalahi
al-Qur’an maka sekarang siapa yang sebenarnya menentang al-Qur’an?!! [Lihat
Kasyful Asrar, m.s. 131-135]. Laknat Allah ke atas Khomeini dan yang
seumpamanya!!Amin.
KESEMBILAN : PANDANGAN
KHOMEINI TERHADAP AHLI SUNNAH
Khomeini berdusta
apabila kononnya dia menyeru kepada kesatuan Islam kerana dia mengkafirkan
selain Syiah Imamiah :
وأما النواصب والخوارج
لعنهم
الله
تعالى
فهما
نجسان
من
غير
توقف
ذلك
على
جحودهما
الراجع
إلى
إنكار
الرسالة
Maksudnya : “adapun
Nawasib dan Khawarij Laknat Allah atas mereka maka keduanya adalah najis tanpa
teragak-agak lagi kerana keingkaran mereka (terhadap Imamah Ali) yang membawa
kepada keinkaran Risalah (Rasulullah s.a.w)”. [Tahrir al-Wasilah, 118].
Pandangan Khomeini ini
berdasarkan akidah Syiah Imamiah bahawa selain Imami adalah kafir :
واتفقت الإمامية على
أن
أصحاب
البدع
كلهم
كفار
Maksudnya : “dan telah
bersepakat Imamiah bahawa semua ahli bidaah adalah kafir”. [Awail al-Maqalat,
m.s 49].
Maka, sebodoh-bodoh
makhluk adalah mereka yang mengajak kepada mendekatkan mazhab Ahli Sunnah
dengan Syiah atau yang disebut sebagai al-Taqrib. Kita boleh mencampurkan air
mineral dengan air sirap tetapi kita tidak boleh mencampur air dengan
minyak..Fahamilah!.
PENUTUP
KEDUDUKAN KHOMEINI
DALAM SYARIAT :
Perkataan-perkataan
Khomeini adalah zahir kufur dan zindiq dan diketahui Khomeini mati dalam
akidahnya ini serta tidak pernah kembali bertaubat walaupun telah ditegakkan
hujah. Oleh itu, hukum yang layak kepada Khomeini adalah dia kafir kepada Allah
s.w.t kerana mencerca sahabat dan menghina Syariat serta merendah-rendahkan
Allah s.w.t dan tidak mengkafirkan mereka yang dinyatakan kafir oleh Allah
s.w.t dalam al-Qur’an. [Fatwa ini sama dengan fatwa Syeikh Muhammad Nasiruddin
al-Albany r.h bertarikh 26/12/1407 H bersamaan 22 Ogos 1987 M.].
LAGI Sanggahan keatas Kitab
Kasyf al Asrar
FATWA:
Kitab yang bertajuk ‘Kasyf Al-Asrar’ terjemahan Muhammad Saleh bin
Abdullah Mengkabui, cetakan Al-Ahmadiyah Press, Singapura adalah mengandungi
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan
akhlak Islam.
Keputusan:
Keputusan:
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen
36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu
adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:
A. Bahawa kitab yang bertajuk ‘Kasyf Al-Asrar’ terjemahan Muhammad Saleh
bin Abdullah Mengkabui, cetakan Al-Ahmadiyah Press, Singapura adalah
mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah,
syariah dan akhlak Islam.
B. Bahawa orang atau orang-oang dan kumpulan orang yang berpegang kepada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab ‘Kasyf Al-Asar’
adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
C. Oleh yang demikian:-
(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang
kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab ‘Kasyf
Al-Asrar’ adalah menyeleweng;
(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang;
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab ‘Kasyf Al-Asrar';
(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau
mengedarkan kitab ‘Kasyf Al-Asrar’ atau mana-mana bahagiannya, termasuk:
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada
kitab ‘Kasyf Al-Asrar’,
pada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau
selainnya atau melalui apa-apa jua media;
( c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab ‘Kasyf Al-Asrar';
(d ) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran,
penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman
yang terkandung dalam kitab ‘Kasyf Al-Asrar’.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Nombor Rujukan:
[SSM.Phg. 04/010/97; M.U.I.Phg
Akta/Enakmen:
197
Status Penwartaan:
Diwartakan
Nombor Rujukan:
[SSM.Phg. 04/010/97; M.U.I.Phg
Akta/Enakmen:
197
Syiahindonesia.com - Khomeini
dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiyah menjelaskan salah satu 'Aqidah sesat
Syi'ah terhadap kedudukan para Imam mereka. Bahwa sesungguhnya para Imam
senantiasa bersama Allah hingga para Nabi عليهم الصلاة والسلام pun tidak dapat
mencapai kedudukan yang demikian. Dengan demikian, perkataannya itu mengartikan
bahwa para Imam Syiah telah lebih mulia ketimbang para Anbiya.
Disebutkan dalam kitabnya tersebut seperti berikut :
أن لنا مع الله حالات لا يسعها ملك مقرب و لا نبي مرسل
"Sesungguhnya kami (para imam) bersama ALLAH di setiap kondisi, yang mana hal ini tidak dapat dicapai oleh makhluq lainnya sekalipun oleh Malaikat yang dekat dan para Nabi Al-Mursal."
Berikut screen shot buku dan perkataan Khumaini:
Disebutkan dalam kitabnya tersebut seperti berikut :
أن لنا مع الله حالات لا يسعها ملك مقرب و لا نبي مرسل
"Sesungguhnya kami (para imam) bersama ALLAH di setiap kondisi, yang mana hal ini tidak dapat dicapai oleh makhluq lainnya sekalipun oleh Malaikat yang dekat dan para Nabi Al-Mursal."
Berikut screen shot buku dan perkataan Khumaini: