Posted on Nov 6th, 2015
“Pengaruh
Syiah di Iran lebih bahaya dibandingkan sekuler liberal Barat, karena ‘pakaian’
yang dipakainya.”
BANGI, Selasa – Kepala Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia
(Isma), sebuah organisasi Melayu Islam moderat, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman,
mendesak Dewan Fatwa Nasional mengeluarkan fatwa melarang pengiriman pelajar
Malaysia yang beragama Islam ke Iran.
Dia mengatakan, atas dasar ‘Sad Zaraik’ (menutup jalan yang
menuju bahaya, red nm) Dewan Fatwa harus melarang siswa kita belajar di negara
itu.
“Pengaruh Syiah di Iran lebih bahaya dibandingkan sekuler
liberal Barat, karena ‘pakaian’ yang dipakainya.
“Pakaian yang dimaksud adalah mereka kedok istilah mazhab, imam,
Republik Islam, Ahlul Bait dan istilah-istilah agama yang menyesatkan umat
Islam.
“Sedangkan esensi ajaran Syiah adalah kesesatan dan kefanatikan
buta kepada imam mereka yang membawa kepada kekufuran.
“Ini lebih bahaya dibandingkan liberal sekuler, karena dakyah
dari Barat itu mudah diidentifikasi sebagai sesuatu yang asing dari Islam,” katanya
dalam satu pernyataan singkat, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengomentari pernyataan Direktur dan
Penasihat Ilmiah Mahasiswa Iran di Asia Timur, Dr Abbas Ghanbari bahwa Iran
tertarik untuk mengadakan kerjasama dengan universitas lokal untuk menarik
lebih banyak pelajar Malaysia belajar di republik itu. ( Mendikbud kita ??? )
Ini menyusul jumlah pelajar Malaysia di negara itu secara rasio
terlalu rendah yaitu hanya 15 orang dari sekitar 5.000 siswa Iran di Malaysia.
Sebelumnya umum saran Iran adalah salah satu negara Syiah
terbesar di dunia. Iran terkenal dengan sejarahnya yaitu ‘Revolusi (Islam)
Iran’ yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, pemimpin besar Syiah.
Oleh Siti Fatimah Ishak
By: ismaweb.net,
October 14, 2015
**********
Isma gesa Majlis Fatwa Kebangsaan
keluar larangan belajar di Iran
BANGI, Selasa – Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia
(Isma), sebuah pertubuhan Melayu Islam sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman,
menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan penghantaran
pelajar Malaysia yang beragama Islam ke Iran.
Beliau berkata, atas dasar ‘Sad Zaraik’ Majlis Fatwa mesti
mengharamkan pelajar kita belajar di negara itu.
“Pengaruh Syiah di Iran lebih bahaya berbanding sekular liberal
Barat, kerana ‘pakaian’ yang dipakainya.
“Pakaian yang dimaksudkan ialah mereka berselindung di sebalik
istilah mazhab, imam, Republik Islam, Ahlul Bait dan istilah-istilah agama yang
mengelirukan umat Islam.
“Sedangkan intipati ajaran Syiah adalah kesesatan dan ketaksuban
buta kepada imam mereka yang membawa kepada kekufuran.
“Ini lebih bahaya berbanding liberal sekular, kerana dakyah
daripada Barat itu mudah dikenal pasti sebagai sesuatu yang asing daripada
Islam,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah dan Kaunselor
Saintifik Pelajar Iran di Asia Timur, Dr Abbas Ghanbari bahawa Iran berminat
untuk mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan bagi menarik lebih ramai
pelajar Malaysia belajar di republik itu.
Ia berikutan bilangan pelajar Malaysia di negara itu secara
nisbah terlalu rendah iaitu hanya 15 orang berbanding kira-kira 5,000 pelajar
Iran di Malaysia.
Sebelum ini umum maklum Iran adalah salah sebuah negara Syiah
terbesar di dunia. Iran terkenal dengan sejarahnya iaitu ‘Revolusi (Islam)
Iran’ yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar Syiah.
By: ismaweb.net / Siti Fatimah Ishak / October 14,
2015
(nahimunkar.com)
https://www.nahimunkar.com/isma-mendesak-majlis-fatwa-kebangsaan-keluarkan-larangan-belajar-di-iran/