Penghujahan Syi‘ah yang
seterusnya adalah ke atas sepotong ayat yang mereka namakan Ayat
al-Tabligh. Ia merujuk kepada perkataanBalagh (بلغ) dalam ayat 67
surah al-Maidah:
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa
yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak
melakukannya, maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalah-Nya; dan Allah
jualah akan memeliharamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. [al-Maidah 5:67]
Bagaimana Syi‘ah menjadikan
ayat ini sebagai hujah? Penjelasannya seperti berikut:
HUJAH SYI‘AH
Berhubung
ayat ini, Syi‘ahmerujuk kepada kata-kata Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu
‘anh,bahawa ayat ini diturunkan berkenaan ‘Ali bin Abi Thalibradhiallahu
'anh, mengarah kepada perlantikan beliau sebagai khalifah umat Islam di
sebuah tempat bernama Ghadir Khum. Perlantikan ini terkenal dengan gelaran
Khutbah Ghadir Khum.
Secara
lebih mendalam, lanjutSyi‘ah, apabila Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallammenyedari bahawa tugasnya menyampaikan syari‘at Allah'Azza
wa Jalla sudah hampir selesai, baginda ingin melantik ‘Ali bin Abi
Thalib sebagai khalifah pengganti. Perlantikan ini ingin baginda umumkan ketika
perlaksanaan Haji Wida’ memandangkan pada saat itu majoriti umat Islam semuanya
berhimpun di satu tempat yang sama.
Akan
tetapi baginda ketakutan untuk mengumumkannya kerana menjangkakan bantahan
daripada umat Islam, khasnya para sahabat baginda. Ketakutan baginda ini tidak
diterima sebagai satu alasan di sisi Allah. Dalam perjalanan balik dari Haji
Wida’, ketika di satu lembah bernama Ghadir Khum, Allah menurunkan perintah
kepada Rasul-Nya untuk tetap teguh mengumumkan perlantikan tersebut. Allah
berfirman:
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa
yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu… iaitu sampaikanlah perlantikan ‘Ali
sebagai khalifah pengganti.
…dan jika engkau tidak melakukannya,
maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalah-Nya…yakni jika kamu, wahai Muhammad,
tidak mengumumkan perlantikan tersebut, bererti kamu tidak menyampaikan
syari‘at-Nya secara lengkap.
…dan Allah jualah akan memeliharamu
daripada manusia… Allah
akan memelihara kamu, wahai Muhammad, daripada para sahabat kamu yang membantah
perlantikan yang akan diumumkan itu.
Berdasarkan
perintah Allah ini, Rasulullah terus berkhutbah di hadapan orang ramai sambil
mengangkat tangan ‘Ali dan bersabda: Barangsiapa menjadikan aku Mawlanya, maka ‘Ali adalah Mawlanya.Khutbah
ini baginda sampaikan selepas solat Zohor dalam suasana panas terik, menandakan
kepentingannya yang tidak boleh dilengahkan lagi.
Demikianlah
hujah Syi‘ah.Penggunaan ayat 67 surah al-Maidah oleh Syi‘ah sebagai
hujah kekhalifahan ‘Ali radhiallahu 'anhdapat kita jawab dan tolak
dengan mudah. Ikutilah jawapannya seterus ini.
JAWAPAN AHL
AL-SUNNAH
Sebelum
ini ketika membahasAyat al-Mawaddah, kita telah menjawab dan
menolak hujah-hujah Syi‘ah berdasarkan kajian darjat hadis dan
semakan kepada maksud sebenar ayat 23 surah al-Syura. Insya-Allah kita
akan gunakan manhaj yang sama untuk menilai, menjawab dan menolak
penghujahan Syi‘ah ke atas ayat 67 surah al-Maidah. Kita
mulakan dengan kajian darjat hadis kemudian diikuti dengan semakan maksud
sebenar ayat 67 surah al-Maidah.
Pertama: Menilai darjat hadis yang mengatakan ayat 67
surah al-Maidah turun untuk mengarahkan perlantikan ‘Ali sebagai khalifah.
Sebagai
permulaan, hadis yang dirujuk oleh Syi‘ah untuk menghujahkan
ayat 67 surah al-Maidah bukanlah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam tetapi kata-kata Abu Sa ‘id al-Khudri sahaja, radhiallahu
'anh. Ia berbunyi:
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri, dia
berkata: Diturunkan ayat ini: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu” [al-Maidah 5:67] ke atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada Hari Ghadir Khum
berkenaan ‘Ali bin Abi Thalib.
Kedua,
sanad riwayat ini adalah dha‘if. Ia dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim di
dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim – no: 6609(tafsir ayat 67
surah al-Maidah), al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul, ms.
233 (ayat 67 surah al-Maidah) dan Ibn ‘Asakir di dalamTarikh
Dimasq al-Kubra, jld. 45, ms. 179 (biografi ‘Ali bin Abi Thalib),
kesemuanya dengan sanad yang berpangkal kepada ‘Ali bin ‘Abas, daripada al-‘Amasy,
daripada ‘Athiyah, daripada Abu Sa‘id al-Khudri.
‘Athiyah,
beliau ialah ‘Athiyah bin Sa‘ad Abu al-Hasan al-‘Aufiy, seorang Syi‘ah daripada
Kufah. Beliau dihukum dha‘if oleh Hisyam, Yahya bin Sa‘id al-Qathan,
Ahmad bin Hanbal, Sufyan al-Tsauri, Abu Zar‘ah al-Razi, Ibn Ma‘in, Abu
Hatim al-Razi, al-Nasa’i, al-Jauzajani, Ibn ‘Adiy, Abu Daud, Ibn Hibban,
al-Daruquthni dan lain-lain lagi. Selain itu beliau masyhur dengan sifat tadlis yang
amat buruk.[1]
Berdasarkan
kecacatan di atas, riwayat ini ditolak bukan sahaja kerana kedha‘ifan dan
sifat tadlis ‘Athiyah, tetapi juga kerana di sisi disiplin
hadis Ahl al-Sunnah, riwayat yang dibawa oleh seorang Syi‘ah demi
kepentingan mazhabnya adalah tertolak. ‘Athiyah sememangnya terkenal
menyandarkan riwayat-riwayat Syi’iyyat[2] daripada Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu
‘anhum. Sebelum ini beliau menyandarkan riwayat berikut daripada Abu
Sa‘id:
Diturunkan ayat ini kepada lima
orang: “Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu
wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya” , iaitu Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain (radhiallahu
‘anhum).
Riwayat
ini telah kita bahas dan tolak dalam perbahasan Ayat al-That-hir yang
lalu.
Selain
Ibn Abi Hatim, al-Wahidi dan Ibn ‘Asakir, al-Suyuthi di dalam al-Durr
al-Mantsur, jld. 2, ms. 528 (tafsir ayat 67 surah al-Maidah) juga
menyandarkannya riwayat yang mengatakan ayat 67 surah al-Maidah turun berkenaan
‘Ali kepada Ibn Marduyah. Akan tetapi rujukan kepada sumber ini tidak wujud
pada masa kini. Sementara itu al-Hafiz al-Haskani turut mengemukakan beberapa
riwayat yang senada di dalamSyawahid al-Tanzil – no: 243-250 dengan
sanad yang sebahagian besarnya adalah cacat manakala bakinya terdiri daripada
para perawi yang tidak ditemui statusal-Jarh wa al-Ta’dilnya. Yang
beratnya, al-Hafiz al-Haskani sendiri tidak menerangkan status riwayat-riwayat
yang dikeluarkannya. Justeru mencukupilah kita dengan takhrijserta
rumusan al-Alusirahimahullah (1275H) berikut ini, ketika mengulas
riwayat-riwayat Ghadir Khum yang berkaitan dengan ayat 67 surah al-Maidah:[3]
Dan
anda sedia mengetahui bahawa khabar-khabar berkenaan peristiwa Ghadir (Khum)
yang padanya terdapat perintah perlantikan (‘Ali sebagai) khalifah adalah tidak
sahih di sisi Ahl al-Sunnah, bahkan tidak diterima asal-usul
kelahirannya.
Demikian takhrij ke
atas riwayat yang mengatakan ayat 67 surah al-Maidah turun untuk mengarahkan
perlantikan ‘Ali sebagai khalifah. Yang benar riwayat tersebut tertolak kerana
ia dibawa oleh seorang perawi yang bermazhab Syi‘ah. Lebih
dari itu, jika kita mengkaji maksud sebenar ayat 67 surah al-Maidah, ia
sebenarnya tidak memiliki apa-apa kaitan dengan subjek perlantikan khalifah.
Kedua: Mengkaji maksud
sebenar ayat 67 surah al-Maidah.
Jika
kita mengkaji maksud sebenar ayat 67 surah al-Maidah, jelas bahawa ia tidak
memiliki apa-apa kaitan dengan subjek perlantikan khalifah sebagaimana
dakwa Syi‘ah. Perhatikan poin-poin berikut:
Pertama:
Ayat
67 surah al-Maidah berbentuk umum maka ia difahami secara umum juga. Firman
Allah: …sampaikanlah…(بلغ) …apa yang telah diturunkan …
(ما
أنزل) dan …
risalah-Nya…(رسالته) adalah umum merujuk kepada perintah menyampaikan seluruh
syari‘at Islam.
Di
sisi lain, apakah objek yang diperintahkan untuk disampaikan – tidak disebut
oleh ayat ini. Mengapa tidak disebut jika ia sedemikian penting? Atau yang
berlaku di sini adalah kaedah yang menyatakan: Apabila satu kalimat tidak
menyebut objeknya, maka objeknya menjadi segala sesuatu yang dapat dicakup
olehnya.
Misalnya,
jika di hadapan anda terhidang aneka makanan, kemudian anda dipersilakan makan
(oleh tuan rumah) tanpa menyebut makanan tertentu, maka itu bererti bahwa anda
dipersilakan makan segala apa yang terhidang tanpa sebarang pengecualian.
Demikian
juga di sini (dalam ayat ini). (Perintah) “Sampaikanlah” (بلغ) disebut
dengan tidak menyebut objeknya, maka ia bererti segala sesuatu yang berkaitan
dengan penyampaian ajaran agama.
Menarik
untuk diperhatikan soalan Quraish Shihab: Mengapa tidak disebut jika ia
sedemikian penting? Di sini Quraish Shihab merujuk kepada hujah Syi‘ahyang
berkata ayat 67 surah al-Maidah diturunkan bagi memerintahkan Rasulullah akan
satu hal yang penting, iaitu perlantikan ‘Ali sebagai khalifah. Maka Quraish
Shihab bertanya, jika hal perlantikan tersebut sedemikian penting maka kenapa ia
tidak disebut sendiri oleh Allah dalam ayat ini?
Hakikatnya
adalah mudah untuk Allah ‘Azza wa Jalla berfirman sedemikian, umpama:
Wahai
Rasul Allah! Sampaikanlah perlantikan ‘Ali sebagai khalifah pengganti kamu……
Berfirman
dalam bentuk yang khusus untuk menerangkan jawatan khalifah seseorang adalah
mudah bagi Allah dan Dia telah melakukannya beberapa kali di dalam al-Qur’an.
Di antaranya ialah tindakan mengkhususkan jawatan khalifah kepada Nabi
Daud ‘alaihi salamdan menetapkan kerajaannya:
Wahai Daud ! Sesungguhnya Kami telah
menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan
(hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu). [Shad 38:26]
Juga
tindakan Allah yang secara khusus menetapkan Nabi Sulaiman ‘alaihi salam sebagai
pengganti jawatan khalifah Nabi Daud ‘alaihi salam:
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat
kenabian dan kerajaan) Nabi Daud. [al-Naml 27:16]
Oleh
itu apabila Allah berfirman secara umum, bererti yang dikehendaki oleh-Nya
adalah pemahaman yang umum. Tidak boleh mengkhususkannya kepada perlantikan
‘Ali kerana Allah tidak mengkehendaki pengkhususan tersebut.
Kedua:
Selain
keumuman perkataan …sampaikanlah… (بلغ) …apa yang telah diturunkan … (ما أنزل) dan …
risalah-Nya…(رسالته), terdapat petunjuk lain yang menafikan dakwaan bahawa ayat 67
surah al-Maidah diturunkan berkaitan dengan perlantikan ‘Ali sebagai khalifah
di Ghadir Khum. Petunjuk ini terdapat pada firman Allah: (والله يعصمك من الناس) yang bermaksud: …dan Allah jualah akan memeliharamu daripada manusia. Siapakah
yang dimaksudkan dengan manusia (الناس) yang akan Allah peliharakan untuk Rasul-Nya Muhammad shallallahu
'alaihi wasallam? Jawapannya terdapat pada penghujung ayat 67 surah
al-Maidah tersebut:Sesungguhnya
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.[5]
Dan
(yang dimaksudkan dengan) “manusia” ialah orang kafir berdalilkan firman
Allah: Sesungguhnya Allah tidak
memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
Di
sini perlu diterangkan bahawa rangkap-rangkap pendek yang lazimnya mengakhiri
sesebuah ayat, tidaklah ia memiliki pengajaran yang berpisah atau semata-mata
untuk menyedapkan bacaan. Akan tetapi ia berperanan melengkapkan perbahasan
ayat. Tidak tepat penafsiran sesebuah ayat selagi mana rangkap pendek yang
mengakhirinya tidak diambil kira. Dalam ayat 67 surah al-Maidah di atas,
rangkap pendek yang mengakhirinya:Sesungguhnya
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafirmenunjukkan
bahawa keseluruhan perbincangan ayat adalah berkenaan orang-orang kafir, iaitu
mereka yang mengingkari risalah Islam yang disampaikan oleh Rasulullah.
Seandainya
ayat 67 surah al-Maidah ini merujuk kepada perintah perlantikan ‘Ali sebagai
khalifah, ia tidak akan membicarakan tentang orang-orang kafir tetapi khusus
berkenaan orang-orang yang beriman. Ini kerana seorang khalifah adalah
pemimpin, penjaga dan pengurus hal ehwal agama dan kehidupan orang-orang yang
beriman. Merupakan satu kesia-siaan membicarakan urusan perlantikan
khalifah Dar al-Islam dengan orang kafir.
Ketiga:
Daripada
poin kedua dan ketiga di atas, jelas bahawa ayat 67 surah al-Maidah merujuk
kepada misi dakwah Rasulullah menyampaikan syari‘at Islam kepada orang bukan
Islam. Izinkan penulis menjelaskan maksudnya seperti berikut:
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang
telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu… iaitu sampaikanlah
risalah atau syari‘at Islam kepada orang ramai.
…dan jika engkau tidak melakukannya, maka
bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalah-Nya… yakni jika
kamu, wahai Muhammad, tidak menyampaikan risalah atau syari‘at Islam kepada
orang ramai, bererti kamu tidak menyampaikan syari‘at-Nya secara lengkap.
…dan Allah jualah akan memeliharamu daripada
manusia… Allah akan memelihara kamu, wahai Muhammad, daripada
orang-orang yang mungkin membantah atau mengancam kamu dalam usaha kamu
menyampaikan risalah Islam.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah
petunjuk kepada kaum yang kafir… janganlah kamu berdukacita wahai
Muhammad kerana orang-orang kafir, yakni mereka yang mengingkari risalah yang
kamu sampaikan itu sebenarnya terdiri daripada mereka yang tidak diberi hidayah
petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Tiga poin di atas mengakhiri kajian kita ke atas
maksud sebenar ayat 67 surah al-Maidah. Jelas bahawa ia tiada kaitan dengan
peristiwa perlantikan ‘Ali di Ghadir Khum sebagaimana dakwa Syi‘ah.
Malah maksud dan tujuan ayat 67 ini bertentangan dengan dakwaan Syi‘ah,
kerana sepertimana yang telah disebut dalam poin kedua di atas: Merupakan satu
kesia-siaan membicarakan urusan perlantikan khalifah Dar al-Islamdengan
orang kafir.
Menarik
untuk diperhatikan bahawa dalam keghairahanSyi‘ah menghujahkan ayat
67 surah al-Maidah, mereka mengemukakan beberapa poin yang menyelisihi
pemikiran yang waras dan logik yang sihat. Dua di antara poin tersebut adalah:
1. Syi‘ah mendakwa
kononnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam takut untuk
menyampaikan perintah perlantikan ‘Ali radhiallahu 'anh sebagai
khalifah. Ini adalah dakwaan yang jelas tidak benar dan merupakan fitnah
semata-mata ke atas Rasul Allah. Menarik untuk diperhatikan bahawa ayat 67 yang
diturunkan oleh Allah'Azza wa Jalla “hasil daripada ketakutan
Rasulullah” juga tidak menyebut apa-apa tentang perlantikan ‘Ali. Adakah dengan
itu akan didakwa bahawa Tuhan juga takut?
2. Syi‘ah mendakwa
oleh kerana kepentingan isu perlantikan ‘Ali, Rasulullahshallallahu 'alaihi
wasallamtelah menahan orang ramai dalam suasana panas terik selepas solat
Zohor untuk berkhutbah di Ghadir Khum.
Ini
adalah dakwaan yang pelik kerana setiap khutbah yang Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam sampaikan pada siang hari sememangnya disinari
matahari manakala pada malam hari sememangnya disinari bulan dan bintang kerana
sememangnya begitu iklim semulajadi di Semenanjung Arab. Lebih dari itu pada
zaman tersebut tidak wujud masjid dan dewan persidangan yang berhawa dingin
sebagaimana masa kini. Oleh itu tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam memberi khutbah dalam suasana panas terik bukanlah kerana
kepentingan isu tetapi kerana iklim semulajadi di Semenanjung Arab.
Alhamdulillah, berakhirlah perbahasan dan jawapan
kita ke atas ayat 67 surah al-Maidah yang dijadikan hujah oleh Syi‘ahsebagai Ayat
al-Tabligh. Terdapat satu poin lain yang penulis tangguhkan perbahasan
dan jawapannya. Poin tersebut merujuk kepada khutbah yang disampaikan oleh
Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam pada Hari Ghadir Khum.
Khutbah itu sendiri, seandainya ia berdarjat sahih, tidak mengangkat ‘Ali sebagai
khalifah. Yang wujud hanyalah dakwaan dan angan-angan kosong Syi‘ah. Khutbah
ini akan penulis bahas dalam bukuSiri
Ketiga insya-Allah dalam rangka menjawab hadis-hadis
yang dijadikan hujah oleh Syi‘ahdalam persoalan khalifah. Sementara
itu kita beralih kepada ayat seterusnya yang dinamakanAyat
al-Mubahalah oleh Syi‘ah.
Kesimpulan mudah kepada para pembaca:
Ayat 67 surah al-Maidah merujuk kepada misi dakwah Rasulullah
kepada orang kafir. Ia tidak memiliki apa-apa kaitan dengan perlantikan ‘Ali sebagai
khalifah.
[1]
al-‘Uqaili – al-Dhu‘afa’ al-Kabir – biografi no: 1392; Ibn
Hajar al-‘Asqalani – Thabaqat al-Mudallisin – biografi no: 122
dan Syu‘aib al-Arna’uth (الأرنؤوط) & Basyar ‘Awwad Ma’ruf – Tahrir Taqrib
al-Tahzib, biografi no: 4616.
Tadlis bermaksud menyembunyikan nama perawi
sebenar yang diambil hadis daripadanya. Ini dilakukan atas beberapa sebab, yang
masyhur ialah menutup kelemahan dan kecacatan yang terdapat pada perawi yang
disembunyikan itu supaya hadis yang dibawanya tidak menjadi lemah atau
tertolak.
[2]
Ini adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada riwayat-riwayat yang
berasal daripada sumber atau perawiSyi’ah yang terselit di antara
sumber-sumber Ahl al-Sunnah.Ia umpama riwayat Israiliyyat,
merujuk kepada riwayat-riwayat yang berasal daripada sumber atau perawi Bani
Israil yang terselit di antara sumber-sumberAhl al-Sunnah. Lebih
lanjut rujuk kepada buku yang amat bermanfaat oleh Muhammad Asri Yusuf yang
berjudul Ibnu Ishaq: Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi‘ah Di
Kalangan Ummah (Pustakan Bisyaarah, Kubang Kerian, Kelantan 2004).
[3]
Shihab al-Din Muhammad
al-Alusi – Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim wa al-Sab’i
al-Mutsani,jld. 3, ms. 360 (tafsir ayat 67 surah al-Maidah). Lihat
juga ulasan seumpama daripada Ibn Taimiyyah di dalam Minhaj al-Sunnah,
jld. 7, ms. 33 dan seterusnya (bagi edisi lama, rujuk jld. 4, ms. 10 dan
seterusnya).
[4] Tafsir
al-Mishbah(Lentera Hati, Djuanda 2001), jld. 3, ms. 140 dengan sedikit
suntingan bahasa daripada penulis kerana rujukan ini asalnya dalam bahasa
Indonesia.
[6]
Muhammad bin ‘Umar al-Zamakhsyari – al-Kasyf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa
‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil, jld. 1, ms. 692 (tafsir
ayat 67 surah al-Maidah).