[ sambungan ]
Alhamdulillah sehingga kini kita telah
membahas dan menjawab dua ayat yang terpenting bagi Mazhab Syi‘ah.Dengan
runtuhnya Ayat al-That-hir dan Ayat al-Wilayah,runtuhlah
juga hujah Syi‘ahberkenaan kekhalifahan Ahl al-Bait daripada
al-Qur’an. Akan tetapi masih ada beberapa ayat yang dijadikan hujah oleh Syi‘ah.Salah
satu daripadanya ialahAyat al-Mawaddah yang akan kita bahas seterus
ini, insya-Allah.
Ayat
al-Mawaddah merujuk
kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku
tidak meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang
(kecintaan: al-Mawaddah) dalam kekeluargaan (al-Qurba).” [al-Syura 42:23][1]
Penamaan Ayat
al-Mawaddahmerujuk kepada perkataan al-Mawaddah (المودة) yang wujud dalam ayat di atas sendiri. Ia bererti
kecintaan yang amat tinggi lagi luas (المحبة العظيمة الواسعة), demikian terang al-Biqa’i rahimahullah (885H).[2]Berikut diterangkan bagaimanaSyi‘ah menjadikan
ayat 23 surah al-Syura di atas sebagai hujah:
HUJAH SYI‘AH
Penghujahan Syi‘ah tertumpu
kepada sebuah hadis yang menerangkan bahawa apabila turun ayat ayat 23 surah
al-Syura, para sahabat radhiallahu ‘anhum bertanya kepada
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Ya Rasulullah! Siapakah kerabat
engkau yang diwajibkan ke atas kami untuk mencintainya?” Baginda menjawab: “
‘Ali dan Fathimah dan kedua anaknya (Hasan dan Husain).”
Di
sisi Syi‘ah ayat 23 surah al-Syura dan hadis Rasulullah yang
menafsirkannya jelas menunjukkan kewajipan untuk mencintai para Ahl
al-Bait, iaitu ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu ‘anhum.
Kecintaan (al-Mawaddah) yang dimaksudkan oleh al-Qur’an bukanlah
kecintaan yang bersifat emosi dan kecenderungan hati. Akan tetapi yang
dimaksudkan ialah mengikuti mereka, berjalan di atas jalan-jalan mereka dan
menjadikan mereka sumber teladan. Atas tafsiran ini, ayat 23 surah al-Syura
juga merupakan salah sebuah dalil yang menetapkan kekhalifahan kepadaAhl
al-Bait: 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.
Seandainya Ahl
al-BaitRasulullah: ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain tidak berada di jalan
yang lurus dan tidak mampu menjadi khalifah umat, tentu ayat ini tidak akan
diturunkan dan Rasulullah tidak akan mewajibkan umatnya untuk mencintai Ahl
al-Baitnya. Tidak mungkin orang yang terbuka kepada kesalahan dan
penyelewengan syari‘at Allah dijadikan sumber kecintaan, ikutan dan kasih
sayang. Melainkan – kebenaran dan hak kekhalifahan berada di tangan mereka
sehingga Allah mewajibkan kecintaan, ikutan dan ketaatan kepada mereka.
Demikian rumus Syi‘ah.
Panel
penulis Muassasah al-Balagh, Tehran, Iran, di dalam buku
mereka Mengenal Lebih Jauh Ahl al-Bait[3] menulis:
Kecintaan
(al-Mawaddah)yang dimaksudkan oleh al-Qur’an bukanlah keterikatan
emosional dan kecintaan hati yang tidak ada nilainya, ataupun kecintaan dan
kasih sayang yang terdapat di dalam jiwa (tanpa realisasi dalam perbuatan).
Yang
dimaksudkan denganal-Mawaddah dan al-Mahabbah terhadap
keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah
mengikuti mereka, berjalan di atas cara-cara mereka dan menjadikan mereka
teladan.
Seandainya Ahl
al-BaitNabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak berada di
jalan yang lurus dan tidak mampu
memimpin umat di jalan yang benar sudah tentu al-Qur’an, yakni
ayat al-Mawaddah tersebut, tidak akan diturunkan dan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak akan mewajibkan
umatnya mencintai Ahl al-Baitnya (radhiallahu 'anhum).
Sejauh
manakah kebenaran hujah dan rumusan ini? Marilah kita mengkaji dan menjawabnya.
JAWAPAN AHL
AL-SUNNAH
Kajian
dan jawapan ke atas penghujahan Ayat al-Mawaddahdibahagikan kepada
dua perbahasan:
1. Menilai
darjat hadis yang menafsirkan ayat 23 surah al-Syura kepada 'Ali, Fathimah,
Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum.
2. Mengkaji
maksud sebenar ayat 23 surah al-Syura.
Pertama: Menilai darjat hadis yang
menafsirkan ayat 42 surah al-Syura kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.
Hadis
yang digunakan olehSyi‘ah untuk menafsirkan ayat 23 surah al-Syura
sebagai merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu
‘anhummemiliki kecacatan yang amat berat di dalam sanadnya. Dalam istilah
hadis, ia dikategorikan sebagai Dha‘if
Jiddan.
Ia
dikeluarkan oleh al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 3,
ms. 47, no: 2641 & jld. 11, ms. 444, no: 12259, Ibn al-Maghazali di
dalam Manaqib al-Imam ‘Ali bin Abi Thalib – no: 352,
al-Tsa’labi di dalam al-Kasyf wa al-Bayan, jld. 8, ms. 310(tafsir
ayat 23 surah al-Syura)dan al-Hafiz al-Haskani di dalamSyawahid
al-Tanzil – no: 822, 823, 824, 825, 826, 827, 828 & 829. Semuanya
dengan sanad yang berpangkal kepada Husain al-Asyqar, daripada Qays bin Rabi’.
Husain
al-Asyqar, beliau ialah al-Husain bin Hasan al-Aysqar al-Fazari, daripada
Kufah. Berkata Abu Hatim al-Razi dan al-Daruquthni: Hadisnya tidak kuat.
Berkata Abu Zar‘ah: Dia Syaikh, Mungkar al-Hadis. Berkata Abu
Mu‘amar: Pendusta.[4] Berkata Ibn Hajar al-Haitami:
SeorangSyi‘ah yang radikal sekalipun jujur.[5] Berkata al-Hafiz Ibn Hajar
al-‘Asqalani: Husain (al-Asyqar) dha‘if lagi digugurkan (daripada diterima
sebagai seorang perawi hadis).[6]
Qays
bin al-Rabi’, beliau ialah Qays bin al-Rabi’ Abu Muhammad al-Asdi daripada
Kufah. Berkata Ahmad bin Hanbal: Terdapat banyak kesilapan di dalam hadisnya.[7] Kecacatan yang berat pada Husain
al-Asyqar menjatuhkan riwayat ini ke darjat sangat lemah (Dha‘if jiddan).
Selain
itu dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim
– no: 18473(tafsir ayat 23 surah al-Syura)dan beliau berkata:
“Dengansanad yang dha‘if dari
jalan Sa‘id bin Jabir, daripada Ibn ‘Abbas dia berkata:……(seperti di atas)”.
al-Suyuthi
di dalam al-Durr al-Mantsur, jld. 5, ms. 701 (tafsir
ayat 23 surah al-Syura, riwayat ke 14) menyandarkannya kepada Ibn
al-Manzur dan Ibn Marduyah, akan tetapi kedua-dua rujukan ini tidak sampai
kepada kita hari ini. Justeru memadai dengan merujuk kepada penilaian
al-Suyuthi terhadapnya, di mana beliau berkata:[8]
Dikeluarkan
oleh Ibn al-Manzur, Ibn Abi Hatim, al-Thabarani dan Ibn Marduyah dengan sanad yang dha‘ifdari jalan Sa‘id bin
Jabir, daripada Ibn ‘Abbas dia berkata: Tatkala turun ayat: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak
meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang
(al-Mawaddah) dalam kekeluargaan (al-Qurba).” [al-Syura 42:23]
Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah ! Siapakah keluarga engkau yang
diwajibkan ke atas kami untuk mencintainya?” Baginda menjawab: “ ‘Ali dan
Fathimah dan kedua anaknya (Hasan dan Husain).”
Demikian
perincian atautakhrij ke atas hadis yang digunakan oleh Syi‘ah untuk
menafsirkan ayat 23 surah al-Syura sebagai merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan
dan Husain sahaja, radhiallahu ‘anhum.Selain itu diketahui bahawaSyi‘ah turut
mengemukakan beberapa riwayat lain sebagai penguat. Mari kita mengkaji sejauh
mana kekuatan riwayat-riwayat tersebut.
Riwayat Penguat
Pertama:
Daripada
Abi al-Dailam, dia berkata:
Tatkala
‘Ali bin al-Husain (bin ‘Ali bin Abi Thalib)radhiallahu 'anhuma dibawa
mengiringi jalan-jalan Kota Damsyik sebagai tawanan (Perang Karbala), berdiri
seorang lelaki daripada Syam lalu berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah
membunuh kalian dan mengikis kalian (kaum keluarga Husainradhiallahu 'anh)
sehingga kini berakhirlah fitnah (yang disebabkan oleh kalian).”
‘Ali
bin al-Husainradhiallahu 'anh bertanya kepadanya: “Adakah anda
membaca al-Qur’an?” Lelaki tersebut menjawab: “Ya.” ‘Ali bin al-Husain bertanya
lagi: “Adakah anda membaca surah Alif Lam Ha Mim (آل حم)?” Lelaki itu menjawab: “Ya aku membaca al-Qur’an tetapi aku
tidak membaca surah Alif Lam Ha Mim.” ‘Ali bin al-Husain bertanya: “Tidakkah
kamu membaca ayat: Katakanlah
(wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku
kecuali kasih sayang (al-Mawaddah) dalam kekeluargaan (al-Qurba).”[al-Syura
42:23]?” Lelaki tersebut kemudian bertanya: “Adakah kalian yang dimaksudkan
oleh ayat tersebut?” ‘Ali bin al-Husain menjawab: “Ya.”
Riwayat
ini memiliki sanad yang sangat
lemah (Dha‘if Jiddan). Ia dikeluarkan oleh al-Thabari di
dalam Jami’ al-Bayan– no: 23698 (tafsir ayat 23 surah
al-Syura) dan al-Tsa’labi di dalamal-Kasyf wa al-Bayan, jld.
8, ms. 311 dengan sanad: Dihadiskan kepada kami oleh Ismail bin Aban,
dihadiskan kepada kami oleh al-Shabah bin Yahya al-Mariyyi, daripada al-Sadiy,
daripada Abi al-Dailam, dia berkata…… seperti di atas.
al-Shabah
bin Yahya al-Mariyyi, juga dikenali sebagai Shabah bin Yahya al-Muzani. Beliau
seorang Syi‘ah yang berasal dari Kufah, ditinggalkan hadisnya
bahkan dituduh sebagai pencipta hadis.[9]
Riwayat Penguat Kedua:
Khutbah
al-Hasan bin ‘Ali ketika ‘Ali bin Abi Thalibradhiallahu 'anhuma dibunuh,
antara lain beliau diriwayatkan berucap:
Dan
saya daripada kalangan Ahl al-Bait yang telah dihapuskan oleh
Allah daripada mereka dosa dan disucikan dengan sesuci-sucinya (merujuk kepada
ayat 33 surah al-Ahzab). Dan saya daripada kalangan Ahl al-Baityang
diwajibkan oleh Allah ke atas setiap muslim untuk berkasih sayang kepada
mereka, sebagaimana firman (Allah) Tabaraka wa Ta‘alakepada
Nabi-Nya (Muhammad) shallallahu 'alaihi wasallam: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak
meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang
(al-Mawaddah) dalam kekeluargaan (al-Qurba).”[al-Syura 42:23]. Maka
mengusahakan yang baik itu adalah mengasihi kami – Ahl al-Bait.
Riwayat
ini memiliki sanad yang dha‘if.
Ia dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak – no:
4802 (Kitab Makrifat para sahabat, Bab Keutamaan al-Hasan bin ‘Ali……) dan
beliau mendiamkan darjatnya. Berkata al-Dhazabi di dalam al-Talkhish(التلخيص): Tidaklah ia sahih (ليس بصحيح). Saya (penulis) berkata: Kecacatannya terletak pada salah
seorang perawi di dalam sanad al-Hakim yang bernama al-Husain bin Zayid.
Beliau
ialah al-Husain bin Zayid bin ‘Ali bin al-Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib.
Dinilai thiqah(terpercaya) oleh al-Daruquthni akan tetapi dinilai
dha‘if oleh Yahya bin Ma‘in, Ibn al-Madani dan Abu Hatim al-Razi. Berkata
al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: Jujur (akan tetapi) berkemungkinan berbuat
silap (dalam meriwayatkan hadis).[10]
Khutbah
di atas memiliki jalan periwayatan kedua yang dikeluarkan oleh al-Thabarani di
dalam al-Mu’jam al-Ausath – no: 2155 (Bab yang bernama
Ahmad) dengan sanad yang di dalamnya terdapat Salam bin Abi ‘Umrah.
Beliau ialah Salam bin Abi ‘Umrah al-Khurasani. Berkata Ibn Hibban: Dia
meriwayatkan daripada orang-orang yang terpercaya apa yang disebaliknya, tidak
dibolehkan berhujah berdasarkan khabarnya.[11]
al-Haitsami
menukil khutbah di atas di dalam kitabnya Majma’ al-Zawa‘id –
no: 14798 (Kitab al-Manaqib, Bab khutbah al-Hasan bin ‘Ali) (bagi
edisi lama rujuk jld. 9, ms. 146-147) dan beliau berkata:
Riwayat
al-Thabarani di dalam (al-Mu’jam) al-Ausath dan (al-Mu’jam)
al-Kabirsecara ringkas……, dan Abu Ya’la secara ringkas dan juga
al-Bazzar……, dan riwayat Ahmad secara lebih ringkas. Dan sanad Ahmad dan
sebahagian jalan periwayatan al-Bazzar dan al-Thabarani di dalam (al-Mu’jam)
al-Kabiradalah hasan.
Penilaian
darjat “hasan” ini diikut secara buta (taqlid) oleh beberapa penulis
lain tanpa semakan lanjut, contohnya oleh ‘Abd Allah bin Muhammad al-Syabrawi (الشبراوى)rahimahullah (1171H) di dalam
tulisannya Kitab al-Ithaf bi Hubb al-Isyraf (كتاب الإتحاف بحب الإشراف), ms. 13. Yang benar penilaian darjat “hasan” oleh al-Haitsami
merujuk kepada riwayat-riwayat yang menerangkan tindakan al-Hasan bin ‘Ali
memberi khutbah ketika ‘Ali bin Abi Thalib dibunuh. Teks khutbah yang
terkandung di dalam riwayat-riwayat ini saling berbeza sedikit sebanyak, dengan
sebahagiannya lebih panjang daripada sebahagian yang lain. Namun yang menjadi perhatian kita hanyalah teks
khutbah yang mengandungi bacaan ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat 23 surah
al-Syura dan ini tidak
diriwayatkan oleh sesiapa melainkan al-Hakim di dalam al-Mustadrak
– no: 4802 dan al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Ausath –
no: 2155 sepertimana yang penulis takhrij di atas.
Untuk
riwayat-riwayat yang dimaksudkan oleh al-Haitsami, sila kaji:
1. al-Mu’jam
al-Kabir li al-Thabarani, jld. 3, ms. 79, no: 2717 hingga 2725. (Kitab
apa yang bersanad kepada al-Hasan bin ‘Ali, Bab Hubairah bin Yarim (هبيرة بن يريم)daripada al-Hasan bin ‘Ali).
2. Musnad
Abu Ya’la, no: 6757 & 6758 (Musnad al-Hasan bin ‘Ali).
3. Musnad
al-Bazzar (al-Bahr al-Zakhkhar al-Ma’ruf bi Musnad al-Bazzar), no:
1339 & 1341 (Musnad al-Hasan bin ‘Ali).
4. Musnad
Ahmad, no: 1719(Musnad Ahl al-Bait, Bab hadis al-Hasan bin
‘Ali) (bagi edisi 6 jilid, rujuk jld. 1, ms. 199).
Selain
itu rujuk juga:Musannaf Ibn Abi Syaibah – no: 32085 &
32096 (Kitab al-Fadha’il, Bab Fadha’il ‘Ali bin Abi Thalib);Thabaqat
Ibn Sa‘ad, jld. 3, ms 28(Kitab thabaqat al-Badarayn min al-Muhajirin,
Bab berkenaan ‘Abd al-Rahman bin Muljam); Sunan al-Kubra li
al-Nasa’i – no: 8353(Kitab al-Khasha’ish); Shahih Ibn
Hibban – no: 6937 (Kitab khabar-khabar daripada manaqib para
sahabat, Bab berkenaan pembunuhan ‘Ali bin Abi Thalib)dan Hilyah
al-Auliya’ wa Thabaqat al-Ashfiya’ li al-Hafiz Abu Nu‘aim – no:
201 (Kitab para sahabat dari kalangan Muhajirin, Bab ‘Ali bin Abi
Thalib).
Riwayat Penguat Ketiga:
Muhammad
Mar‘i al-Amin dalam bukunya Mengapa Aku Memilih Ahl al-Bait?mengemukakan
dua buah riwayat lain sebagai penguat. Riwayat tersebut akan kita kaji sebagai
penguat ketiga dan keempat seterus ini. Muhammad Mar‘i al-Amin menulis:[12]
al-Baghawi
dan al-Tsa’labi meriwayatkan di dalam kitab tafsir mereka daripada Ibn
‘Abbas radhiallahu 'anh, dia berkata: Manakala turunnya
ayat: Katakanlah (wahai
Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali
kasih sayang (kecintaan: al-Mawaddah) dalam kekeluargaan (al-Qurba).”[al-Syura
42:23], sebahagian orang ramai berkata di kalangan mereka: “Tiadalah yang
dikehendaki (oleh ayat tersebut) melainkan supaya kita mengasihi kerabatnya.”
Lantas
Jibrail memberitahukan Nabishallallahu ‘alaihi wasallamtentang tuduhan
mereka. Maka turunlah ayat: Bahkan
mereka mengatakan: Dia (Muhammad) telah mengada-adakan dusta terhadap Allah. [al-Syura
42:24] Maka sebahagian orang ramai tersebut berkata: “Wahai Rasulullah kami
bersaksi bahawa sesungguhnya anda adalah seorang yang benar.” Maka turunlah
pula ayat: Dan Dialah yang
menerima taubat dari hamba-hambaNya. [al-Syura 42:25]
Riwayat
ini tidak dapat dijadikan penguat, bahkan tidak memiliki apa-apa makna kepada
penghujahan Syi‘ah. Ini kerana:
1. Ia
tidak memiliki sanad. Sila rujuk Tafsir al-Baghawi (Ma‘alim al-Tanzil),
jld. 5, ms. 382 (tafsir ayat 24 & 25 surah al-Syura) dan Tafsir
al-Tsa’labi (al-Kasyf wa al-Bayan), jld. 8, ms. 315 (tafsir
ayat 24 & 25 surah al-Syura).
2. Riwayat
di atas menyebut “kerabatnya” secara umum. Bererti ia merujuk kepada semua kaum
keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tanpa
terbatas kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja,radhiallahu 'anhum.
Riwayat Penguat Keempat:
al-Kanji
al-Syafi'i meriwayatkan di dalamKifayah al-Talib dengan membuang
beberapa sanad daripada Jabir bin 'Abdullah, dia berkata:
Seorang
Arab badwi datang kepada Nabishallallahu ‘alaihi wasallamdengan berkata:
“Wahai Muhammad bentangkan ke atasku Islam.” Maka baginda menjawab: “Engkau
bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Tunggal, tiada sekutu bagi-Nya
dan bahawasanya Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya.” Dia (Arab badwi)
bertanya: “Mintalah daripada aku upah (sebagai penghargaan atas tunjuk ajar
tersebut)?” Baginda menjawab: “Tidak! Melainkan mengasihi kerabatku.” Dia
bertanya: “Kerabatku atau kerabat anda?” Baginda menjawab: “Kerabatku.” Dia
(Arab badwi) menjawab: “Sekarang aku membai'ah anda, dan bagi sesiapa yang
tidak mencintai anda dan mencintai kerabat anda, maka laknat Allah ke atas
mereka.” Maka Nabishallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam bersabda:
“Amin.”
Riwayat
ini juga tidak dapat dijadikan penguat, juga dengan dua sebab:
1. Secara
bersanad, ia dikeluarkan oleh Abu Nu‘aim al-Ashfahani di dalam Hilyah
al-Auliya’ wa Thabaqat al-Ashfiya’, jld. 3, ms. 234, riwayat no: 3811 (Biografi
Ja’far bin Muhammad al-Shadiq). Di dalamnya terdapat seorang perawi yang
bernama Yahya bin al-‘Ala’ (يحيى بن العلاء). Beliau ialah Yahya bin al-‘Ala’ al-Bajali al-Razi, Abu ‘Amr.
Berkata al-Nasa’i: Matruk al-Hadis.[14]Berkata Ibn Hibban: Pendusta (dan)
pencipta hadis.[15]Oleh itu ini adalah riwayat yang
palsu (maudhu’).
2. Riwayat
di atas menyebut “kerabatku” secara umum. Bererti ia merujuk kepada semua kaum
keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tanpa
terbatas kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja,radhiallahu 'anhum.
Demikianlah takhrij atau
semakan riwayat berdasarkan sumbernya yang asal lengkap dengan sanad-sanadnya.
Jelas bahawa tidak satu jua daripada riwayat-riwayat di atas yang dapat
dijadikan dalil bagi menafsirkan ayat 23 surah al-Syura sebagai merujuk kepada
'Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu 'anhum. Selain itu,
riwayat-riwayat di atas bukan sahaja memiliki kecacatan dari sudut sanadnya,
tetapi ia juga tertolak dari sudut maksudnya. Ini akan kita perhatikan dalam
perbahasan seterusnya, insya-Allah.
Sebagai
perbahasan tambahan, Kamal al-Din Muhammad bin Thalhah bin Muhammad yang
masyhur dikenali sebagai Ibn Thalhah (652H) di dalam karyanyaMathalib
al-Su’ul fi Manaqib A-li al-Rasul (مطالب السؤول في مناقب آل
الرسول), ms 37-38 menulis:
Dan
adapun berkenaan mereka kaum keluarga (Rasulullah), maka sungguh telah jelas
dinaqal (diriwayatkan) khabar-khabar yang dapat diterima (diiktiraf) beserta
penjelasannya yang dibawa oleh atsar-atsar yang (juga) dinaqal (diriwayatkan)
dalam sanad-sanad yang sahih yang menjelaskannya lagi dalam pelbagai gaya (dan
bentuk), daripada Sa‘id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbasradhiallahu 'anh,
tatkala diturunkan firman AllahTa‘ala:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku
tidak meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang
(kecintaan: al-Mawaddah) dalam kekeluargaan (al-Qurba).”[al-Syura 42:23], mereka bertanya:
“Ya Rasulullah siapakah yang diwajibkan ke atas untuk mencintai mereka?”
Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallammenjawab: “’Ali dan Fathimah dan
anak mereka berdua.”
Dan
daripada riwayat-riwayat ini ialah apa yang dinaqal oleh dua orang imam: (Imam)
al-Tsa’labi dan (Imam) al-Wahidi, setiap seorang daripada mereka berdua dengan
sanadnya yang bersambungan (marfu’) (kepada Rasulullah) ……
Sekian
Ibn Thalhahrahimahullah. Kenyataan beliau di atas memerlukan
beberapa pemerhatian dan pembetulan:
1. Hadis
di atas daripada Sa‘id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbastidak diriwayatkan kecuali melalui jalan Husain al-Asyqar
yang sedia dikenal pasti kecacatannya. Sila rujukal-Kasyf wa al-Bayan, jld.
8, ms. 310 (tafsir ayat 23 surah al-Syura) oleh al-Tsa’labi danal-Wasith
fi Tafsir al-Qur’an al-Majid, jld. 4, ms. 52 (tafsir ayat 23
surah al-Syura) oleh al-Wahidi.
2. Perkataan
Ibn Thalhah “…setiap seorang daripada mereka mengemukakan sanad
masing-masing…”adalah tidak benar kerana sanad yang dikeluarkan oleh
al-Tsa’labi dan al-Wahidi tetap berpangkal kepada Husain al-Asyqar. Jadi
ia bukanlah sanad yang berasingan.
3. Riwayat-riwayat
lain yang dimaksudkan oleh Ibn Thalhah (sila rujuk riwayat-riwayat ini
dalam: Tafsir al-Tsa’labi, jld. 8, ms. 310-314), ianya
terbahagi kepada dua kategori: Pertama adalah
apa yang berhubung kait dengan ayat 23 surah al-Syura dan ianya memiliki sanad
yang cacat juga. Hal ini sepertimana yang telah ditakhrij di atas.
Kedua adalah hadis-hadis serta atsar-atsar yang menerangkan
keutamaan dan kemuliaan Ahl al-BaitRasulullah serta perintah untuk
mencintai mereka tanpa ada hubung kait dengan ayat 23 surah al-Syura.
Sebahagian daripada riwayat ini memang sahih manakala sebahagian lagi sangat
dha‘if lagi tertolak sanadnya. Perkataan Ibn Thalhah yangmengeneralisasikan semuanya sebagai sahihadalah
tidak tepat serta tidak boleh diterima bulat-bulat. Kita umat Islam memang
dituntut mencintai Ahl al-BaitRasulullah sebagaimana juga kita
dituntut mencintai umat Islam seluruhnya. Hanya perintah kecintaan ini tidak
terletak pada ayat 23 surah al-Syura.
Sekian
pemerhatian dan pembetulan ke atas kenyataan Ibn Thalhah. Sekarang kita beralih
kepada mengkaji maksud sebenar ayat 23 surah al-Syura.
Kedua: Mengkaji maksud sebenar ayat 23
Surah al-Syura.
Sepertimana
yang penulis sebut di atas, riwayat yang menafsirkan ayat 23 surah al-Syura
sebagai merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu
'anhum sebenarnya tertolak dari sudut maksudnya. Berikut diterangkan
sebab-sebab penolakan tersebut. Dengan mengkaji sebab-sebab ini, sekaligus kita
juga akan dapat mengetahui maksud sebenar ayat 23 surah al-Syura, insya-Allah.
Penolakan Pertama: Dari Sudut
Sejarah.
Surah
al-Syura adalah surah yang diturunkan di Kota Mekah (Surah Makkiyyah) manakala
‘Ali dan Fathimah radhiallahu 'anhuma melangsungkan pernikahan
mereka hanya setelah berhijrah
ke Kota Madinah. Setepatnya pernikahan mereka berlangsung pada 1
Dzul-Hijjah tahun 2 Hijrah. Hasan dilahirkan pada 15 Ramadhan tahun 3 Hijrah
manakala Husain dilahirkan pada 3 Sya’ban tahun 4 Hijrah.[16]
Antara
bukti surah al-Syura adalah surah Makkiyyah ialah ayat di
permulaan surah:
Demikianlah Kami wahyukan kepadamu
al-Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada “Umm
al-Qura” (Kota Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi
peringatan (pula) tentang Hari berkumpul (Kiamat) yang tidak ada keraguan
padanya. Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka. [al-Syura 42:07][17]
Lebih
dari itu ayat 23 surah al-Syura bukan sahaja diturunkan di Mekah tetapi pada
saat-saat awal dakwah Rasulullah kepada penduduk Mekah. Penjelasannya adalah
seperti berikut:
Tidak
pernah menjadi manhaj dakwah seluruh Rasul dan Nabi Allah di mukabumi ini untuk
meminta balasan, upah atau imbalan dalam apa bentuk jua sama ada kebendaan atau
kerohanian ke atas usaha dakwah mereka. Demikian adalah juga manhaj
dakwah Rasulullah sebagaimana firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku
tidak meminta kepada kamu sebarang upah bagi apa yang aku sampaikan kepada
kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan
sampainya kepada keredaan Allah.” [al-Furqan 25:57]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak
meminta kepada kamu sebarang upah bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu dan
bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada.”[Shad 38:86]
Maka
dengan itu hendaklah diketahui bahawa apabila Allah menurunkan ayat 23 surah
al-Syura, yang diminta bukanlahbalasan
sesuatu yang barutetapi lanjutan
atau kesinambungan daripada apa yang sedia ada sejak sebelum itu.
Maksud “lanjutan atau kesinambungan daripada apa yang sedia ada sejak sebelum
itu”, adalah:
1. Sebelum
Muhammad bin ‘Abd Allah diutus menjadi Rasul Allah, kaum Quraish sentiasa menyayangi,
menghormati dan mengikuti beliau kerana wujudnya hubungan kekerabatan. Akan
tetapi setelah baginda diutus menjadi Rasul Allah, mereka memutuskan hubungan
kekerabatan ini dan enggan mengikuti risalah Islam yang baginda sampaikan,
apatah lagi mengiktiraf baginda sebagai seorang Rasul Allah.
Maka
Allah menurunkan ayat 23 surah al-Syura ini, seakan-akan dikatakan kepada
mereka: “Jika kalian (Quraish) tidak mahu mengikuti risalah Islam kerana
tidak mengiktiraf kerasulan aku, maka ikutilah risalah Islam kerana kecintaan
dan kekerabatan kalian dengan aku.”[18]
2. Berdasarkan
hubungan kekerabatan ini juga, kaum Quraish saling memberi pertolongan dan
perlindungan antara satu sama lain daripada apa-apa musibah dan ancaman musuh.
Akan tetapi setelah Muhammad bin ‘Abd Allah diutus menjadi Rasul Allah, kaum
Quraish tidak lagi memberi apa-apa pertolongan dan perlindungan. Pada waktu
yang sama Rasulullah menghadapi pelbagai musibah dan ancaman daripada mereka
dan selainnya (selain kaum Quraish) disebabkan risalah Islam yang baginda
dakwahkan.
Maka
Allah menurunkan ayat 23 surah al-Syura ini, bermaksud: “Janganlah
disebabkan risalah Islam yang aku sampaikan ini, kalian (Quraish) menimpakan
musibah dan ancaman kepada aku. Cukuplah aku dengan musibah dan ancaman
daripada orang ramai selain kalian. Hendaklah kalian terus menolong dan
melindungi aku atas dasar kecintaan dan kekerabatan antara aku dan
kalian.” Sama-sama kita ketahui bahawa antara yang menolong dan
melindungi Rasulullah ialah pakciknya – Abu Thalib.[19]
Kedua-dua
perkara di atas berlaku pada saat-saat awal dakwah Rasulullah kepada penduduk
Kota Mekah. Hal ini tanpa ragu membuktikan bahawa ayat 23 surah al-Syura adalah
ayat Makkiyyah, diturunkan jauh lebih awal sebelum terdirinya
keluarga ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Oleh itu tidak boleh dikatakan
bahawa ayat 23 surah al-Syura ditujukan kepada mereka.
Penolakan Kedua: Dari Sudut
Riwayat yang Sahih.
Sebelum
ini kita telah membahas riwayat-riwayat yang mengkhususkan 'Ali, Fathimah,
Hasan dan Husain sebagai yang dirujuk oleh ayat 23 surah al-Syura. Tidak satu
jua yang dapat dijadikan dalil atau pegangan. Di sebalik itu terdapat riwayat
lain memiliki sanad yang sahih yang menerangkan maksud sebenar ayat 23 surah al-Syura.
Ia berasal daripada Ibn ‘Abbasradhiallahu 'anhuma yang dikeluarkan
oleh al-Bukharirahimahullah di dalam kitabShahihnya:
Ibn
‘Abbas radhiallahu 'anhuma berkata, dia pernah ditanya
berkenaan firman Allah: Kecuali
kasih sayang dalam kekeluargaan. [al-Syura 42:23]. Sa‘id bin
Jubair (yang juga hadir pada saat itu) menjawab: “Kaum keluarga Muhammadshallallahu
'alaihi wasallam.”[20]
Ibn
‘Abbas lantas menjawab: “Engkau terburu-buru (wahai Sa‘id)! Sesungguhnya tidak
ada satu suku jua daripada kaum Quraisy melainkan baginda Nabi shallallahu
'alaihi wasallam memiliki pertalian kekeluargaan dengan mereka.” Maka
maksud ayat (Kecuali kasih sayang
(al-Mawaddah) dalam kekeluargaan) adalah: “Kecuali bahawasanya
dihubungkan antara aku dan antara kaum talian kekerabatan.”[21]
Dalam
riwayat di atas, Sa‘id bin Jubair, seorang tabi‘in, menafsirkan al-Qurba dalam
ayat 23 surah al-Syura sebagai umum meliputi seluruh ahli keluarga Rasulullah.
Namun Ibn ‘Abbas, seorang sahabat Rasulullahshallallahu 'alaihi
wasallam yang telah didoakan oleh baginda menjadi pakar tafsiran
al-Qur’an, membetulkan Sa‘id bin Jubair dengan menerangkan maksud al-Qurba sebagai
mencakupi seluruh kaum kerabat Rasulullah daripada kalangan suku Quraisy.[22]
Penolakan Ketiga: Dari Sudut
Bahasa.
Struktur
bahasa Arab ayat 23 surah al-Syura dengan sendirinya menunjukkan bahawa yang
dimaksudkan ialah hubungan kekeluargaan antara sesama keluarga dan bukannya
terhad kepada keluarga Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallamsahaja. Ibn
Jarir al-Thabarirahimahullah mengulas:[23]
Di
antara pendapat-pendapat ini[24], yang paling unggul dan benar lagi
mendekati firman Allah ini secara zahir adalah pendapat mereka yang mengatakan,
ia bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta daripada kamu
sesuatu upahpun (atas seruanku) wahai kaum Quraisy kecuali kalian mengasihi aku
kerana talian kekerabatan aku dengan kalian dan menghubungkan silaturahim yang
ada antara aku dengan kalian.
Lebih
dari itu, saya berkata tafsiran[25] ini adalah tafsiran yang
paling unggul terhadap ayat tersebut kerana terdapat perkataan (في) dalam
firman-Nya (إلا المودة في القربى).
Jika
makna ayat adalah sepertimana pendapat yang mengatakan: “……kecuali kalian
mengasihi keluarga aku” atau “kalian mendekatkan diri kepada Allah”, nescaya
tidak perlu menggunakan perkataan (في) di dalam ayat
ini kerana tidak diketahui (dari sudut kaedah bahasa Arab) penggunaannya dalam
konteks tersebut.
Seandainya
yang dimaksudkan ialah dua pendapat terakhir di atas, ayat yang diturunkan akan
berbunyi: “Melainkan kasih sayang keluarga, yakni keluarga Rasulullahshallallahu
'alaihi wasallamyang diperintahkan untuk dikasihi” atau “melainkan kasih
sayang terhadap keluarga” atau “yang mempunyai talian keluarga dengan penekanan
kasih sayang dan berhubung dengan lebih dekat lagi.”
Justeru
perkataan (في) dalam
struktur ayat menjadi dalil yang menjelaskan bahawa maksud ayat ialah:
“Melainkan kasih sayang dalam talian kekerabatan aku dengan kalian.”
Dari
sudut bahasa Arab, jika yang dimaksudkan adalah keluarga Rasulullah sendiri
maka perkataan al-Qurba tidak akan didahului dengan perkataan
(في) sebagaimana dua ayat berikut:
Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja
yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu
perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk Rasul-Nya, dan untuk
kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim……[al-Anfal 8:41]
Apa yang Allah kurniakan kepada
Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak
berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi
kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim…… [al-Hasyr 59:07][26]
Penolakan Keempat: Dari Sudut
Manhaj Dakwah.
Andaikata
dikhususkan perkataan al-Qurba dalam ayat 23 surah al-Syura
kepada ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu 'anhum, ia bererti
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta balasan berbentuk keperibadian ke atas usaha
dakwahnya. Hal ini pasti tidak benar, bahkan merupakan satu kehinaan atas
kemuliaan risalah Islam yang diturunkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
Betapa tidak, sekian banyak orang apabila melakukan sesuatu pekerjaan meminta upah
atau imbalan sehingga mencemari kemuliaan kerjanya itu. Hal yang sama tidak
boleh disandarkan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Berdasarkan semakan darjat hadis dan kajian
maksud sebenar ayat 23 surah al-Syura, tertolaklah penghujahan Syi‘ahyang
menggunakan ayat 23 surah al-Syura dalam persoalan kekhalifahan. Akan tetapi di
sini ingin penulis tekankan sebuah poin penting kepada para pembaca yang
dihormati sekalian, bahawa penolakan kita ke atas penghujahan Ayat
al-Mawaddah tidaklah bererti penolakan kita ke atas kewajipan
mencintai Ahl al-Bait radhiallahu 'anhum. Kita umat Islam memang
dituntut mencintai Ahl al-Bait Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam sebagaimana juga kita dituntut mencintai umat Islam
seluruhnya. Hanya perintah kecintaan ini tidak terletak pada ayat 23 surah
al-Syura.
Kesimpulan mudah kepada para pembaca:
Ayat
23 surah al-Syura tidak merujuk mahupun memerintahkan kecintaan kepada ‘Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain.
[1]
Terjemahan daripadaal-Qur’an dan Terjemahannyayang
diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an,
Indonesia.
[2] Nazhom
al-Durr fi Tanasib al-Ayat wa al-Sur (نظم الدرر في تناسب الآيات
والسور), jld. 6, ms. 623 (tafsir ayat 23 surah al-Syura).
[3]
Edisi terjemahan oleh Abdur Rauf daripada edisi asal yang berjudul Ahl
al-Bait: Maqamuhum wa Manhajuhum wa Masaruhum (Islamic Centre, Jakarta
2002) ms. 18 dengan beberapa suntingan bahasa oleh penulis.
[4] al-Jarh
wa al-Ta’dil, jld. 3 ms. 49, biografi no: 220 dan Ibrahim bin Muhammad
(Ibn al-‘Ajamiy) al-Kasyf al-Hathith –biografi no: 237.
[5] al-Shawa‘iq
al-Muhriqah, jld. 2, ms. 487 (Bab Maksud firman Allah:Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak
meminta kepada kamu……al-Syura ayat 23)
Dalam pelbagai sumber rujukan Syi‘ah yang mengemukakan riwayat
di atas sebagai hujah, mereka menukil terus kata-kata al-Suyuthi dari
kitabnya al-Durr al-Mantsurtetapi mendiamkan keterangan al-Suyuthi
bahawa sanad hadis adalah dha‘if.
[9]
al-‘Uqaili – al-Dhu‘afa’ al-Kabir – biografi no: 747 (lihat
juga catitan notakaki no: 475), Ibn Hajar al-‘Asqalani – Lisan al-Mizan –
biografi no: 4238 dan Ahmad Syakir & Mahmud Syakir – Rijal Tafsir
al-Thabari: Jarhan wa Ta’dilan – biografi no: 1225
[10]
Syu‘aib al-Arna’uth (الأرنؤوط) & Basyar ‘Awwad Ma’ruf –Tahrir Taqrib al-Tahzib, biografi
no: 1321
[14] al-Dhu‘afa’
wa al-Matrukin – biografi no: 658.Matruk al-Hadits bermaksud:
Ditinggalkan hadis-hadisnya kerana dia lazim berdusta dalam percakapannya. Dia
bukan pencipta hadis, namun sifat lazim berdusta dalam bercakap menyebabkan
wujud kemungkinan tokok tambah di dalam hadis-hadisnya.
[16]
Demikian menurut sumber Syi‘ah sendiri, lihat 14
Manusia Suci oleh Dewan Ulama’ Organisasi Dakwah Islam, Tehran (edisi
terj. oleh Yudi N. Rahman; Pustaka Hidayah, Bandung 2000). al-Qasimi memiliki
hujah-hujah yang kental dalam hal ini, sila rujuk kitab tafsirnya –Mahasin
al-Takwil, jld. 8, ms. 363-366 (tafsir ayat 23 surah
al-Syura).
[17]
Terjemahan daripadaal-Qur’an dan Terjemahannyayang
diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an,
Indonesia. Lebih lanjut tentang tafsiran“Umm al-Qura” (Kota Mekah) dan penduduk sekelilingnya…… , lihat keterangan Quraish Shihab
di dalam Tafsir al-Mishbah, jld. 12, ms. 459-460.
[18]
Lebih lanjut lihat Jami’ li Ahkam al-Qur’an oleh al-Qurthubi, jld.
16, ms. 16 (tafsir ayat 23 surah al-Syura).
[19]
Lebih lanjut lihatAdwa’ al-Bayan oleh al-Syanqithi, jld. 7, ms.
122 (tafsir ayat 23 surah al-Syura).
[20]
Tafsiran Sa‘id bin Jubair ini juga dikeluarkan oleh al-Thabari dalam Jami’
al-Bayan– no: 23700 (tafsir ayat 23 surah al-Syura). Tafsiran
yang seumpama juga diberikan oleh ‘Amr bin Syu‘aib sebagaimana yang dikeluarkan
oleh al-Thabari di dalam Jami’ al-Bayan – no: 23701 dan
al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid al-Tanzil – no: 840, 841
& 843. Beberapa sumber Syi’ah turut menukil riwayat
daripada Shahih al-Bukhari ini tetapi mereka berhenti setakat
kata-kata Sa‘id bin Jubair.
[21]
Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, al-Tirmizi,
al-Hakim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – no:
4818 (Kitab al-Tafsir, Bab tafsir surah Ha Mim ‘Ain Sin Qaf). Al-Hafiz
al-Haskani mengeluarkan tafsiran yang seumpama daripada Ikrimah dan Mujahid,
lihat Syawahid al-Tanzil – no: 839 & 842.
[22]
Sebahagian sumberSyi‘ah menolak tafsiran Ibn ‘Abbas di atas dengan
alasan – Apakah manfaatnya meminta upah kecintaan dan hubungan kekerabatan
dengan kaum Quraish yang enggan menerima dakwah Islam, bahkan menjadi musuh
kepadanya? PenolakanSyi’ah ini dijawab dengan hujah bahawa ayat 23
surah al-Syura diturunkan pada saat-saat awal dakwah Rasulullah kepada warga
Kota Mekah. Rujuk semula perbahasan dalam poin pertama di atas: Penolakan Pertama: Dari Sudut Sejarah.
[24]
Ibn Jarir telah mengemukakan 3 pendapat berkenaan tafsiran ayat 23 ini dalam
beliau membenarkan pendapat yang pertama. 3 pendapat tersebut ialah:
1. Ia
merujuk kepada hubungan kekeluargaan antara Rasulullah dan penduduk Kota Mekah,
khasnya kaum Quraisy.
2. Ia
merujuk kepada keluarga Rasulullah sahaja, khasnya ‘Ali, Fathimah, Hasan dan
Husain radhiallahu 'anhum.
3. Ia
merujuk kepada usaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ketaatan dan amal
salih.
[25]
Di sisi generasi awal (Salaf), istilah al-Takwil bererti
penafsiran, berbeza dengan generasi terkemudian (Khalaf)yang mana ia
bermaksud “pengalihan maksud”. Lebih lanjut lihat buku penulis:Pembongkaran
Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah(Jahabersa 2003), ms. 83-85.
[26]
Lebih lanjut lihat penjelasan Jamal al-Din al-Qasimi rahimahullah (1332H)
di dalam kitab tafsirnya Mahasin al-Takwil, jld. 8, ms.
363-366 (tafsir ayat 23 surah al-Syura).