Saturday, May 16, 2015

Manhaj Salaf, manhaj resmi di Negeri Perlis (Malaysia)

Raja Perlis  salah satu negeri bagian di Malaysia
Telah menetapkan bahwa manhaj salaf sebagai manhaj resmi di negerinya.
Dinegeri ini dakwah sunnah telah  berkembang dengan pesat .

Ahlus Sunnah Wal Jamaah manhaj rasmi

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, Perlis telah menetapkan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah adalah manhaj rasmi negeri ini.
Titah baginda, sebagai manhaj rasmi, ia bebas untuk dipelajari, dihayati dan diamalkan di negeri ini dengan aman dan sejahtera.
“Kita di negeri ini sewajarnya mensyukuri dan menghayati nikmat yang kita peroleh untuk menurut jejak langkah sunah Rasulullah yang sebenar-benarnya tanpa takut kepada perkara bidaah dan fitnah,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam ucapan perasmian Forum Ahlis Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) 2010 di Masjid Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah bahawa manhaj berkenaan dikanunkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis oleh almarhum ayahanda baginda, Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama-sama pelbagai tokoh negeri ini.
“Komitmen untuk membela manhaj ini akan dipertahankan oleh saya selaku Ketua Agama Islam di negeri ini dengan dibantu oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis,” titah baginda.
Dalam pada itu, baginda berharap FASS 2010 akan berupaya memantapkan jaringan kerjasama antara Perlis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jemaah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah di dalam mahupun luar negara.
“Dengan pendekatan ini akan wujud persepakatan dan kerjasama bagi memperkasa dan menyebarkan sunah Rasulullah yang sebenar-benarnya,” titah baginda.
Sementara itu, ahli panel forum tersebut terdiri daripada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia, Sofwan Badrie Ahmad Badrie; Pendakwah Bebas dari Singapura, Rasul Dahri dan Ketua Cabang Istimewa Muhammadiyyah dari Indonesia, Prof. Madya Dr. Muhammad Akhyar Adnan.
Turut serta Rektor Universiti Islam Yala, Thailand, Dr. Ismail Lufti Rahman Japakiya dan Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Datuk Alim Setia Ahmad Yusof Amin.

Raja Perlis mahu umat Islam pertahan amalan Sunnah Wajjamaah

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu seluruh umat Islam menghayati dan mempertahankan amalan Sunnah Waljamaah sebagai pegangan hidup.
Titah baginda, amalan Rasulullah itu adalah cukup sempurna tanpa perlu ditambah dengan amalan yang baru.
“Oleh itu bersyukurlah kita semua kerana kita mengamalkan sunnah Rasulullah sebenar-benarnya di negeri ini,’’ titah baginda semasa merasmikan Forum Ahli Sunnah WalJamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) anjuran Persatuan Al-Islah Negeri Perlis di sini hari ini.
Raja Perlis berharap forum itu berupaya menyuburkan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dengan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat sama ada dalam mahupun luar negara.
Anggota panel forum itu terdiri Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) Datuk Alim Setia Ahmad Yusuf Amin, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’’Malaysia Ustaz Sofwan Badrie Ahmad Badrie, Rektor Universiti slam Yala, Thailand Dr Ismail Lutfi Abdul Rahman Jappakiya, tokoh sunnah dari Indonesia Prof Madya Dr Muhamad Akhyar Adnan dan tokoh sunnah dari Singapura Ustaz Rasul Dahari.
Kira-kira 400 peserta dari seluruh negara hadir pada forum itu. — Bernama