Raja Perlis salah
satu negeri bagian di Malaysia
Telah menetapkan bahwa manhaj
salaf sebagai manhaj resmi di negerinya.
Dinegeri ini dakwah sunnah
telah berkembang dengan pesat .
Ahlus Sunnah Wal Jamaah manhaj rasmi
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, Perlis
telah menetapkan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah adalah manhaj
rasmi negeri ini.
Titah
baginda, sebagai manhaj rasmi, ia bebas untuk dipelajari, dihayati dan
diamalkan di negeri ini dengan aman dan sejahtera.
“Kita di
negeri ini sewajarnya mensyukuri dan menghayati nikmat yang kita peroleh untuk
menurut jejak langkah sunah Rasulullah yang sebenar-benarnya tanpa takut kepada
perkara bidaah dan fitnah,” titah baginda.
Baginda
bertitah demikian dalam ucapan perasmian Forum Ahlis Sunnah Wal Jamaah
Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) 2010 di Masjid Tuanku Syed Putra di sini hari
ini.
Tuanku Syed
Sirajuddin bertitah bahawa manhaj berkenaan dikanunkan dalam Undang-Undang
Tubuh Negeri Perlis oleh almarhum ayahanda baginda, Tuanku Syed Putra
Jamalullail bersama-sama pelbagai tokoh negeri ini.
“Komitmen
untuk membela manhaj ini akan dipertahankan oleh saya selaku Ketua Agama Islam
di negeri ini dengan dibantu oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Perlis,” titah baginda.
Dalam pada
itu, baginda berharap FASS 2010 akan berupaya memantapkan jaringan kerjasama
antara Perlis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jemaah Ahli Sunnah Wal
Jamaah Al-Salafiyyah di dalam mahupun luar negara.
“Dengan
pendekatan ini akan wujud persepakatan dan kerjasama bagi memperkasa dan
menyebarkan sunah Rasulullah yang sebenar-benarnya,” titah baginda.
Sementara
itu, ahli panel forum tersebut terdiri daripada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa
Malaysia, Sofwan Badrie Ahmad Badrie; Pendakwah Bebas dari Singapura, Rasul
Dahri dan Ketua Cabang Istimewa Muhammadiyyah dari Indonesia, Prof. Madya Dr.
Muhammad Akhyar Adnan.
Turut serta
Rektor Universiti Islam Yala, Thailand, Dr. Ismail Lufti Rahman Japakiya dan
Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Datuk Alim Setia Ahmad
Yusof Amin.
Raja Perlis mahu umat Islam pertahan
amalan Sunnah Wajjamaah
Raja Perlis, Tuanku Syed
Sirajuddin Putra Jamalullail mahu seluruh umat Islam menghayati dan
mempertahankan amalan Sunnah Waljamaah sebagai pegangan hidup.
Titah
baginda, amalan Rasulullah itu adalah cukup sempurna tanpa perlu ditambah
dengan amalan yang baru.
“Oleh itu
bersyukurlah kita semua kerana kita mengamalkan sunnah Rasulullah
sebenar-benarnya di negeri ini,’’ titah baginda semasa merasmikan Forum Ahli
Sunnah WalJamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) anjuran Persatuan Al-Islah
Negeri Perlis di sini hari ini.
Raja Perlis
berharap forum itu berupaya menyuburkan jalinan kerjasama antara kerajaan
negeri dengan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat sama ada dalam
mahupun luar negara.
Anggota
panel forum itu terdiri Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs)
Datuk Alim Setia Ahmad Yusuf Amin, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan
Al-Nidaa’’Malaysia Ustaz Sofwan Badrie Ahmad Badrie, Rektor Universiti slam
Yala, Thailand Dr Ismail Lutfi Abdul Rahman Jappakiya, tokoh sunnah dari
Indonesia Prof Madya Dr Muhamad Akhyar Adnan dan tokoh sunnah dari Singapura
Ustaz Rasul Dahari.
Kira-kira 400 peserta dari seluruh negara
hadir pada forum itu. — Bernama