Oleh : Dr. Mustafa as-Syibaie
( Di petik
dari bukunya SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN – http://www.mykonsis.org )
Pada mulanya kisah dalam Sirah Nabi s.a.w. hanya merupakan hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh para sahabat r.a. kepada generasi selepas mereka. Sesetengah
sahabat memberikan perhatian khusus terhadap setiap peristiwa yang berlaku
dalam sirah Nabi s.a.w. dan pendetailannya. Kemudian, para tabien menukilkan
riwayat-riwayat ini dan mencatatnya dalam lembaran simpanan mereka. Sesetengah
mereka memberi perhatian khusus terhadap usaha ini, contohnya: Aban bin ‘Othman
bin ‘Affan r.a (32-105H) dan ‘Urwah bin az-Zubair bin al-‘Awwam (23-93H).
Contoh di kalangan tabien kecil pula iulah, Abdullah bin Abu Bakar al-Ansori
(meninggal dunia pada 135H), Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri (50-124H)
yang mengumpulkan sunnah pada zaman ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz hasil perintahnya,
juga ‘Asim bin ‘Umar bin Qatadah al-Ansori (meninggal dunia 129H).
Kemudian keprihatinan terhadap Sirah telah berpindah kopada generasi selepas
mereka, sehingga generasi ini menulis sirah dalam penulisan yang khusus
(diasingkan daripada bidang yang lain).
Di antara pengarang awal Sirah yang
paling terkenal ialah Muhammad bin Ishaq bin Yasar (Ibnu Ishaq) (meninggal
dunia 152H). Jumhur ‘ulama dan para ahli hadis bersepakat mengatakan beliau
thiqah, kecuali Malik dan Hisyam bin ‘ Urwah bin az-Zubair.
Diriwayatkan
bahawa Malik dan Hisyam mempertikaikan beliau. Namun, kebanyakan ‘ulama
muhaqqiqin menafsirkan tindakan kedua-dua orang ‘alim besar ini mempertikaikan
kethiqahan Ibnu Ishaq adalah disebabkan persengketaan peribadi yang berlaku di
antara mereka.
Ibnu Ishaq pula telah menulis kitab al-Maghazi. Kitab ini mengandungi
hadis-hadis dan riwayat-riwayat, yang (didengarnya sendiri di Madinah dan
Mesir. Dukacitanya, kitab ini tidak sampai kepada kita. la telah hilang bersama
kitab-kitab lain yang hilang daripada warisan ilmu kita yang kaya. Akan tetapi,
kandungan kitab itu masih kekal terpelihara. Kerana Ibnu Hisyam telah
meriwayatkannya dalam kitab sirah beliau daripada jalan riwayat gurunya,
al-Bakka-ie, salah seorang murid Ibnu Ishaq yang terkenal.
Sirah Ibnu Hisyam
Beliau ialah Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayyub al-Himyari (dikenali dengan
Ibnu Hisyam). Membesar di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 213 atau 218H
mengikut perbezaan riwayat. Ibnu Hisyam telah menulis kitab as-Sirah
an-Nabawiyah. Kitab ini mengandungi peristiwa sirah yang diriwayatkan oleh
gurunya, al-Bakka-ie daripada Ibnu Ishaq, di samping peristiwa sirah yang
beliau riwayatkan sendiri daripada guru-gurunya. Iaitu riwayat yang tidak
disebut oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sirahnya. Beliau telah menyebut riwayat
Ibnu Ishaq yang tidak menepati citarasa ilmunya dan yang dikritiknya. Kitab ini
muncul sebagai sumber Sirah Nabi s.a.w. yang paling amanah, paling sahih. dan
paling teliti. Ia diterima oleh orang ramai menyebabkan mereka terus menamakan
kitab itu dengan nama beliau; Sirah Ibnu Hisyam. Kitabnya ini telah disyarahkan
oleh dua orang ‘alim diri Andalus: as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani
(535-604H)
Tobaqot Ibnu Saad
Beliau ialah Muhammad bin Saad bin Mani’ az-Zuhri (dikenali dengan Ibnu Saad).
Lahir di Basrah pada 168H dan meninggal dunia di Baghdad pada 230H. Beliau
adalah seorang penulis kepada Muhammad bin ‘Umar al-Waqidi (130-207HJ, ahli
sejarah yang terkenal dalam bidang kisah-kisah peperangan dan sirah. Ibnu Saad
menyusun tulisannya dalam kitabnya, at-Tobaqot (selepas menulis tentang Sirah
Rasul a.s. dengan menyebut nama-nama sahabat dan tabien mengikut lapisan
generasi (tobaqot), kabilah dan kawasan mereka. Kitab beliau, at-Tobaqot
dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai dan faktanya paling
terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien.
Tarikh at-Tobari
Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Tobari (224-310H). Seorang imam, faqih, ahli
hadis dan pengasas mazhab fiqh yang kurang tersebar. Penulisan beliau di bidang
sejarah, tidak terbatas kepada Sirah Rasul a.s., bahkan sejarah umat-umat
sebelumnya. Beliau menyediakan bahagian yang khusus untuk Sirah Baginda a.s.,
seterusnya menyambung perbicaraan tentang sejarah negara-negara Islam sehingga
beliau hampir meninggal dunia. Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh
dijadikan hujah dan dipercayai.
Walau
bagaimanapun, banyak riwayat dhaif atau batil yang beliau sebut, beliau berpada
dengan menyandarkan riwayat tersebut kepada perawinya. Ini kerana pada zaman
beliau, orang ramai mengenali perawi tersebut. Contohnya, apa yang diriwayatkan
daripada Abu Mikhnaf. Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub.
Namun begitu at-Tobari banyak memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya
dengan cara menyandarkan riwayat tersebut kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari
seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan meletakkannya ke bahu
Abu Mikhnaf.
Perkembangan penulisan Sirah
Kemudian, penulisan Sirah terus berkembang. Sesetengah aspek telah ditulis
secara khusus dan berasingan seperti, Dala-il an-Nubuwwah (Tanda-tanda
Kenabian) oleh al- Asbahani, Syama-il al-Muhammadiyyah (Perwatakan Muhammad)
oleh at-Tirmizi, Zadul Ma’ad (Bekalan ke Tempat Kembali) oleh Ibnu Qayyim
al-Jauziyyah, as-Syifa’ (Kesembuhan) oleh Qadhi ‘Iyadh dan al-Mawahib
al-Ladunniyah (Bakat-bakat Kurniaan Tuhan) oleh al-Qastoluni. Ia disyarah dalam
lapan jilid oleh az-Zarqani yang meninggal pada tahun 1122H.
Demikianlah, ‘ulama masih terus menulis
berkenaan Sirah ar-Rasul a.s. dengan cara moden yang diterima oleh citarasa
anak-anak masa kini. Di antara kitab paling terkenal pada zaman moden kita
ialah kitab Nur al-Yaqin fi Sirah Sayyid al-Mursalin oleh Syeikh Muhammad
al-Khudhori rahimahullah. Kitabnya telah mendapat sambutan yang baik dan
diputuskan untuk dipelajari di sekolah-sekolah agama di kebanyakan ceruk rantau
Alam Islami.
Tobaqat adalah bermaksud
lapisan generasi . Petikan berikut mungkin dapat membantu memahaminya :http://thifalblog.wordpress.com/2011/02/16/thobaqot-para-rowi-hadits/
Bahwa antara (zaman) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
dan para penulis kitab-kitab sunan kira-kira berjarak antara 200-250 tahun,
jarak waktu ini antara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para
penulis kitab-kitab tersebut, kira-kira terbagi menjadi 12 thobaqot :
1. Thobaqot yang pertama : para shahabat (الصحابة).
2. Thobaqot yang kedua : thobaqot Kibar Tabi’in (كبار التابعين),
seperti Sa’id bin al-Musayyib, dan begitu pula para Mukhodhrom.
Mukhodhrom (المخضرم) : orang yang hidup pada zaman jahiliyyah
dan Islam, akan tetapi ia tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam dalam keadaan beriman. Misalnya : seseorang masuk Islam pada zaman
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, akan tetapi ia tidak pernah bertemu
Rasulullah karena jauhnya jarak atau udzur yang lain. Atau seseorang yang hidup
sezaman dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, akan tetapi ia belum
masuk Islam melainkan setelah wafatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam.
3. Thobaqot ketiga : thobaqot pertengahan dari tabi’in (الطبقة
الوسطى من التابعين), seperti al-Hasan (al-Bashri, pent) dan Ibnu Sirin, dan
mereka adalah (berada pada) thobaqot yang meriwayatkan dari sejumlah Shahabat
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
4. Thobaqot keempat : Tabi’in Kecil (صغار التابعين), mereka
merupakan thobaqot yang sesudah thobaqot yang sebelumnya (thobaqot ke-3, pent).
Kebanyakan riwayat mereka adalah dari kibar tabi’in (thobaqot ke-1, pent). Rowi
yang dalam thobaqot ini contohnya adalah az-Zuhri dan Qotadah.
5. Thobaqot kelima : Thobaqot yang paling kecil dari tabi’in
(الطبقة الصغرى من التابعين), mereka adalah yang lebih kecil dari yang
thobaqot-thobaqot tabi’in yang sebelumnya. Dan mereka adalah termasuk tabi’in,
mereka melihat seorang atau beberapa orang Shahabat. Contoh thobaqot ini adalah
Musa bin ‘Uqbah dan al-A’masy.
6. Thobaqot keenam : thobaqot yang sezaman dengan thobaqot ke-5
(عاصروا الخامسة), akan tetapi tidak tetap khobar bahwa mereka pernah bertemu
seorang Shahabat seperti Ibnu Juraij.
7. Thobaqot ketujuh : thobaqot Kibar Tabi’ut Tabi’in (كبار أتباع
التابعين), seperti Malik dan ats-Tsauri.
8. Thobaqot kedelapan : thobaqot Tabi’u Tabi’in Pertengahan
(الوسطى من أتباع التابعين), seperti Ibnu ‘Uyainah dan Ibnu ‘Ulaiyyah.
9. Thobaqot kesembilan : thobaqot yang paling kecil dari Tabi’ut
Tabi’in (الصغرى من أتباع التابعين), seperti Yazid bin Harun, asy-Syafi’i, Abu
Dawud ath-Thoyalisi, dan Abdurrozzaq.
10. Thobaqot kesepuluh : thobaqot tertinggi yang mengambil
hadits dari Tabi’ut Taabi’in (كبار الاخذين عن تبع الاتباع) yang mereka tidak
bertemu dengan tabi’in, seperti Ahmad bin Hanbal.
11. Thobaqot kesebelas : thobaqot pertengahan dari rowi yang
mengambil hadits dari Tabi’ut Tabi’in (الوسطى من الاخذين عن تبع الاتباع),
seperti adz-Dzuhli dan al-Bukhori.
12. Thobaqot keduabelas : thobaqot yang rendah dari rowi yang
mengambil hadits dari Tabi’ut Tabi’in (صغار الاخذين عن تبع الاتباع), seperti
at-Tirmidzi dan para imam yang enam lainnya yang tertinggal sedikit dari
wafatnya para tabi’ut tabi’in, seperti sebagian para syaikh-nya an-Nasa’i.
[diterjemahkan dari kitab “Syarh ‘Ilalil Hadits ma’a As-ilah wa
Ajwibah fi Mushtholahil Hadits” hal. 74-75, karya asy-Syaikh Mushthofa
al-‘Adawi]