Namanya Muhamad bin Ishaq . Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah
berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said ibnu Musayyab.
Beliau tidak rasminya diangkat sebagai ‘bapa sirah’ dan cerita-cerita
sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah
kemudiannya . Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat
cerita-cerita yang bersumber dari beliau.
Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip
secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu
Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham,
sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini.
Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah . Anutannya telah mempengaruhi
cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang
beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.
Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam
yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk
menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau
keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain
terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar
ra
Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh
Ulamak ialah:
a) Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan
jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain
malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah
menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada
Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.
b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra dengan menggambarkan
beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya
ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya
beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau
adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.
c) Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada waktu malam dengan
Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya
menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam
kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari
rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari .
Dalam Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan
keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma’ dan lain-dain dalam peristiwa
hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup
sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah
Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman,
Aisyah dan seterusnya.
d) Kisah Isra’ nabi dari rumah Ummu hani’ . Ummu Hani ialah kakak kepada
Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam . Secara sepintas lalu dapat
diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina
Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah
Rasullullah saw sendiri . Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa
nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran
suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq
terhadap nabi saw.
e) Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw. Suatu kisah yang tidak
masuk akal bila dipandang dari tujuan ‘mempersaudarakan’ itu sendiri, kerana
sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan beliau ra adalah sama-sama
dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali ra dari yang
sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik
menjadi khalifah selepas wafatnya nabi saw.
Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak
menghairankan bila ulamak besar mengatakan :
”…..salah seorang dajjal ” , ” Kami telah menghalau Ibnu Ishaq keluar
dari Madinah” – Imam Malik
“Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang majhul ( orang
yang tidak diketahui latarbelakangnya) ” – Ali Ibnu Al-Madini
” Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati
syarat-syarat hadith sahih” – Imam Nawawi
“Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar ” – Yahya
bin Said al-Qatthan
Mereka yang men’ta’dil’ kannya bersikap demikian kerana tidak mengetahui
dengan jelas kedudukan sebenar beliau samada kerana tidak hidup sezaman
dengannya atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan oleh sikap
“Taqiyah” yang diamalkan sesuai dengan kehendak ajaran Syiah yang dianutinya.
Catatan sejarah perlu diperbetulkan kerana ini akan menjaga keutuhan
agama Islam ini sendiri. Kita tidak akan berpuashati menganut agama Islam
sekiranya nabinya besekedudukan dengan isteri orang, sahabat-sahabat utama yang
meneruskan syiar ini berperangai tidak senonoh malah menjadi kafir selepas
peninggalan nabi saw, jurutulis wahyu di mana Quran yang kita pegang hari ini
merupakan orang yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa mencari peluang untuk
habuan dunia malah beliau datang dari keluarga yang tidak bertamaddun.
Sikap yang perlu diambil ialah kita wajib menolak seorang yang bernama
Muhammad bin Ishaq secara total untuk menyelamatkan Islam yang kita cintai ini
secara total. Wallahua’lam