Sunday, December 21, 2014

ayat-ayat al-qur'an yang dijadikan hujah oleh syiah [ Keenam ]Ayat al-Selawat

Apabila Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan ayat berikut: 
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33:56], para sahabat radhiallahu 'anhumbertanya bagaimanakah cara berselawat tersebut? Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallammenjawab: 
Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau berselawat ke atas ahli keluarga Ibrahim. Dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkati ahli keluarga Ibrahim. Di dalam sekalian alam, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji dan Maha Mulia.
Hadis sahih di atas dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – no: 405 (Kitab Solat, Bab berselawat ke atas Nabi). Ia juga diriwayatkan oleh imam-imam hadis yang lain dengan beberapa lafaz yang sedikit berbeza tetapi dengan maksud yang sama. Selain itu bacaan selawat ini juga menjadi kewajipan bagi kita untuk membacanya dalam solat, dalam bacaan tasyahud. Ayat di atas dan hadis yang menjelaskannya juga menjadi hujah di sisi Syi‘ahsepertimana berikut:

HUJAH SYI‘AH                      
Syi‘ah menjadikan ayat 56 surah al-Ahzab di atas sebagai hujah kerana dalam menerangkan cara berselawat, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menyertakan para ahli keluarganya. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad……” Ini tidak lain menunjukkan keistimewaan dan kekhususan 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu 'anhum sehingga Allah memerintahkan umat Islam berselawat ke atas mereka di samping berselawat ke atas Rasul-Nya Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
Muhammad Mar‘i al-Amin berhujah:[1]

Syi'ah seluruhnya bersepakat bahawa ayat yang mulia ini diturunkan berkenaan hak Nabi dan ahli keluarganya yang suci. Selari dengan manhaj ini (tafsiran ini) ialah majoriti ilmuan Ahl al-Sunnah.

Ayat 56 surah al-Ahzab ini juga dijadikan hujah kekhalifahan ‘Ali sesudah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana, menurut Syi‘ah, apabila Allah menyuruh umat Islam berselawat dengan menghubung dan menyebut nama ‘Ali sebaik sahaja selepas nama Rasulullah, bererti yang berhak sebaik sahaja sesudah Rasulullah ialah ‘Ali radhiallahu 'anh. Allah telah mendahulukan dan memberi prioriti kepada ‘Ali sebaik sahaja sesudah Rasulullah, bererti tidak seorang juga yang memiliki prioriti untuk menjadi khalifah sesudah Rasulullah melainkan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh.Ini sebagaimana kata Muhammad Mar‘i al-Amin:[2]

Jelaslah berdasarkan ayat yang mulia ini bahawa ‘Ali‘alaihi salam adalah khalifah yang sabit sesudah Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam.Ini kerana apabila Allah Ta‘alamenghubungkan ‘Ali bersama Rasul-Nya dalam sebutan selawat ke atasnya sebagaimana yang disebut sebelum ini, maka terhadap ‘Ali – tidak boleh mendahulukan seorang jua ke atas beliau sebagaimana tidak bolehkan mendahulukan seorang jua ke atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Demikianlah bagaimanaSyi‘ah menjadikan ayat 56 surah al-Ahzab sebagai hujah kekhalifahan ‘Ali radhiallahu 'anh.Sekarang marilah kita menganalisa sejauh mana kebenarannya.

JAWAPAN AHL AL-SUNNAH            
Ahl al-Sunnah menerima sepenuhnya hadis yang menerangkan cara berselawat ke atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan ahli keluarga baginda radhiallahu 'anhumsebagai memenuhi tuntutan firman Allah 'Azza wa Jalla dalam ayat 56 surah al-Ahzab. Hal ini menjadi bukti keadilan Ahl al-Sunnah, di mana apabila hadis itu sahih lagi jelas maksudnya, kita menerima dan mengamalkannya sebagaimana zahir hadis.[3] Akan tetapi Ahl al-Sunnah menolak tafsiran Syi‘ahyang bersifat berlebih-lebihan lagi melampaui batas. Penolakan ini adalah dengan dua sebab:

Pertama:
Hadis yang menganjurkan selawat kepada ahli keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah umum kepadasemua ahli keluarga baginda tanpa terbatas kepada Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja, radhiallahu 'anhum.Rasulullah tidak mengajar cara berselawat seumpama: “Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain……”
Justeru tidak boleh membataskan maksud “ahli keluarga Rasulullah” kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja melainkan dengan dalil yang sahih. Dalam hal ini sememangnya tidak wujud dalil yang sahih untuk membataskannya.

Kedua:
Kewajipan berselawat ke atas ahli keluarga Rasulullah bukanlah hujah kekhalifahan 'Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh. Yang benar ia hanyalah hujah keistimewaan seluruh ahli keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Seandainya Allah mengingini ‘Ali menjadi khalifah, pasti Allah akan menetapkannya sebagaimana Allah mengingini keistimewaan ke atas ‘Ali lalu Allah menetapkan kewajipan berselawat ke atasnya.

Demikian dua penolakan Ahl al-Sunnah ke atas penghujahanSyi‘ah. Selain daripada itu, ayat 56 surah al-Ahzab dan cara berselawat yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukanlah hujah untuk berselawat ke atas 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain serta keturunan mereka secara tersendiri. Ini kerana tidak ada dalil yang menganjurkan selawat ke atas mana-mana ahli keluarga Rasulullah secara bersendirian. Oleh itu Ahl al-Sunnah tidak menyebut Hasan bin 'Ali ‘alaihi salam tetapi Hasan bin ‘Aliradhiallahu 'anh. Demikian juga: Ja'far al-Shadiq rahimahullah dan bukannya Ja'far al-Shadiq ‘alaihi salam.

Kesimpulan mudah kepada para pembaca:
    Kewajipan berselawat ke atas ahli keluarga Rasulullah adalah umum meliputi seluruh ahli keluarga baginda tanpa terhad kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.
 [1]           Limaza Akhtartu Mazhab al-Syi‘ah, ms. 83-84.
[2]           Limaza Akhtartu Mazhab al-Syi‘ah, ms. 91.
[3]           Lebih lanjut sila rujuk buku penulis yang berjudul:Marilah Kita Berselawat Ke Atas Rasulullah (s.a.w.): Suatu Jemputan Ke Arah Berselawat Dengan Sebenar-benar Selawat dan Huraian Tentang Beberapa Salah Faham Dalam Bab Berselawat (Jahabersa, Johor Bahru 1999 & 2002).

Rujukan dan Kajian[1]
Al-Qur’an dan Terjemahannya.

al-Mushaf v1.0 cdrom: Harf Information Technologies, Kaherah. (www.harf.com).

Abdullah Basmeih – Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur‘an. Jabatan Perdana Menteri Malaysia (edisi cdromHoly Qur’an v6.31 Harf Information Technologies, Kaherah).

Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an, Indonesia – al-Qur’an dan Terjemahannya.

Al-Qur’an dan Tafsirnya.
عبد الرزاق بن همام الصنعاني (211): تفسير عبد الرزاق. تحقيق: محمود محمد عبده. دار الكتب العلمية. بيروت 1999م.
ابن جرير الطبري – أبي جعفر محمد بن جرير (310): جامع البيان عن تأويل آي القرآن. تحقيق: صدقي جميل العطار. دار الفكر. بيروت 1999م.

ابن أبي حاتم – عبد الرحمن بن محمد بن ادريس الرازي (327): تفسير القرآن العظيم مسندا عن رسوا الله والصحابة والتابعين. تحقيق: أسعد محمد الطيب. المكتبة العصرية. 
بيروت 1999م.
الجصاص – أبي بكر احمد بن علي الرازي (370): أحكام القرآن. تحقيق: عبد السلام محمد علي. دار الكتب العلمية. بيروت.
الثعلبي – أبو إسحاق أحمد بن محمد بن إبراهم النيسابوري (427): الكشف والبيان.تحقيق: محمد بن عاشور. دار إحياء التراث العربية. بيروت 2002م.
الماوردي – علي بن محمد بن حبيبا البصري (450): النكت والعيون. تحقيق: السيد بن عبد المفصود. دار الكتب العلمية. بيروت.
الواحدي – أبي الحسن علي بن أحمد النيسابوري (468): أسباب النزول. تحقيق: السيد أحمد صقر. دار القباة, جدة و مؤسسة علوم القرآن, بيروت 1987م.
الواحدي – أبي الحسن علي بن أحمد النيسابوري (468): الوجيز في تفسير الكتاب العزيز. تحقيق: صفوان عدنان. دار القلم, دمشق والدر الشامية, بيروت.
الواحدي – أبي الحسن علي بن أحمد النيسابوري (468): الوسيط في تفسير القرآن المجيد. تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود و علي محمد معوض و أحمد محمد صيرة و أحمد عبد الغني و عبد الرحمن عويو. دار الكتب العلمية. بيروت 1994م.
البغوي – أبي محمد الحسين بن مسعود (516): معالم التنزل. تحقيق: عبد السلام محمد علي. دار الكتب العلمية. بيروت 1995م.
الزمخشري – أبي القاسم محمود بن عمر الخوارزمي (538): الكشاف عن حقائق التنزيل وعيون الأقآويل في وجوه التأويل. تحقيق: عبد الرزاق المهدي. دار إحياء التراث العربية. بيروت 1997م. (مع): ابن حجر العسقلاني – أحمد بن علي بن محمد (852): الكافي الشاف في تخريج أحديث الكشاف. دار إحياء التراث العربية. بيروت 1997م.
الطبرسي – أبو علي الفضل بن الحسن (علماء الامامية في القرن السادس): مجمع البيان في تفسير القرآن. تحقيق: هاشم الرسولي المحللاتي. دار إحياء التراث العربية. بيروت 1996م.
فخر الدين الرازي – محمد بن عمر بن الحسين الطبرستاني (606): مفاتيح الغيب. دار إحياء التراث العربية. بيروت 1999م.
عز الدين - عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الدمشي (660): تفسير القرآن (اختصار النكت للماوردي). دار ابن حزم. بيروت 2002م.
القرطبي – أبي عبد الله محمد بن أحمد الأنصاري (671): الجامع لأحكام القرآن.تحقيق: صدقي جميل العطار. دار الفكر. بيروت 1999م.
البيضاوي – عبد الله بن عمر بن محمد الشيرازي (685): أنوار التنزيل وأسرار التأويل.دار الفكر. بيروت 1996م.
النسفي – عبد الله بن أحمد بن محمود (701): مدارك التنزير وحقائق التأويل. دار القلم. بيروت 1989م.
الخازن – علي بن محمد بن ابراهم البغدادي (725): لباب التأويل في معاني التنزيل.تحقيق: عبد السلام محمد علي. دار الكتب العلمية. بيروت 1995م.
ابن تيمية – أبي العباس تقي الدين أحمد بن عبد الحليم الحراني (728): التفسير الكامل وهو تفسير آي القرآن الكريم. جمع ودراسة وتحقيق وتخريج: عمر العمروي. دار الفكر. بيروت 2002م.
أبي حيان – محمد بن يوسف بن علي الاندلسي (754): البحر المحيط. وبهامشه:النهر الماد من البحر. دار إحياء التراث العربية. بيروت 1990م.
ابن كثير – عماد الدين أبى الفداء إسماعيل بن كثير الدمشقي (774): تفسير القرآن العظيم. تحقيق: مصطفى السيد محمد و محمد السيد رشاد و محمد فضل العجماوى و علي أحمد عبد الباقي و حسن عباس قطب. مؤسسة قرطبة. القاهرة 2000م.
ابن عادل – أبي حفص عمر بن علي (المتوف بعد 880): اللباب في علوم الكتاب.تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود و علي محمد معوض. دار الكتب العلمية. بيروت 1998م.
البقاعي – بهار الدين أبي الحسن ابراهم بن عمر (885): نظم الدرر في تناسب الآيات والسور. تحقيق: عبد الرزاق غالب المهدي. دار الكتب العلمية. بيروت 1995م.
السيوطي – جلال الدين عبد الرحمن (911): الدر المنثور في التفسير المأثور. دار الكتب العلمية. بيروت 2000م.
الشوكاني – محمد بن علي بن محمد (1250): فتح القدير الجامع بين فني الرواية والدراية من علم التفسير. تحقيق: هشام البخاري و خضر عكاري. المكتبة العصرية. بيروت 1999م.
الألوسي – شهاب الدين السيد محمود الألوسي البغدادي (1275): روح المعاني في تفسير القرآن العظيم والسبع المثاني. تحقيق: علي عبد الباري عطية. دار الكتب العلمية. بيروت 1994م.
صديق خان بن حسن بن علي (1307): فتح البيان في مقاصد القرآن. تحقيق: عبد الله بن ابراهم الأنصاري. المكتبة العصرية. بيروت 1992م.
القاسمي – محمد جمال الدين (1332): محاسن التأويل. تحقيق: محمد عيون السود. دار الكتب العلمية. بيروت 1997م.
محمد رشيد رضا (1935م): تفسير القرآن الحكيم (المشهر بتفسير المنار).تحقيق: إبراهم شمس الدين. دار الكتب العلمية. بيروت 1999م.
السعدي – عبد الرحمن بن ناصر (1376): تيسير الكريم الرحمن في تفسير الكلام المنان. دار الفكر. بيروت 1995م.
الشنقيطي – محمد الأمين بن محمد المخار (1393): أضواء البيان في ايضاح القرآن بالقرآن. تحقيق: محمد عبد العزيز الخالدي. دار الكتب العلمية. بيروت 2000م.
سيد قطب (1966م): في ظلال القرآن. دار الشروق. القاهرة 2001م. (مع): علوي السقاف – تخريج أحاديث وآثار كتاب في ظلال القرآن. دار الهجرة. الرياض 1991م.
الطباطبائي – محمد بن حسين بن محمد (1981م): الميزان في تفسير القرآن. مئسسة الأعلمي. بيروت 1997م.
الرفاعي – محمد نسيب: تيسير العلي القدير لاختصار تفسير ابن كثير. مكتبة المعارف. الرياض 1989م.
سعيد حوى: الأساس في التفسير. دار السلام. القاهرة 1999م.
المراغي – أحمد مصطفى: تفسير المراغي. دار الكتب العلمية. بيروت 1998م.
وهبة الزحيلي: التفسير المنير في العقيدة والشرعية والمنهج. دار الفكر. دمشق 1998م.
محمد الأمين بن عبد الله الأرمي: حدائق الروح والريحان في روابي علوم القرآن. دار طوق النجاة. بيروت 2001م.

Muhammad Quraish Shihab –Tafsir al-Mishbah: Pesan, Kesan dan Keserasian al-Qur’an. Lentera Hati, Djuanda 2000-2004.

Syed Anwar Ali – Qur’an: The Fundamental Law of Human Life. Hamdard Foundation, Karachi 1987.

 Lain-lain rujukan:
النسائي – أبي عبد الرحمن أحمد بن شعيب (303): خصائص أمير المؤمنين علي بن أبي طالب. تحقيق: الداني بن منير آل زهوي. المكتبة العصرية. بيروت 2001م.
الكليني – محمد بن يعقوب بن إسحاق (328 أو 329): أصول الكافي. تحقيق: محمد جعفر شمس الدين. دار التعارف. بيروت 1998م.
ابن المغازلي – أبو الحسن علي بن محمد (483): مناقب الامام علي بن أبي طالب.تحقيق: محمد الباقر البهبودي. دار الأضواء. بيروت 2003م.
الحسكاني – عبيد الله بن عبد الله بن أحمد النيسابوري (من أعلام القرن الخامس): شواهد التنزيل لقواعد التفضيل في الآيات النازلة في أهل البيت. تحقيق: محمد الباقر البهبودي. مؤسسة الأعلمي. بيروت 1974م.
الخوارزمي – الموفق محمد بن أحمد المؤيد (568): مقتل الحسين. تحقيق: محمد طاهر السماوي. دار أنوار الهدى.
ابن طلحة – كمال الدين محمد بن طلحة بن محمد (652): مطالب السؤول في مناقب آل الرسول. تحقيق: ماجد بن أحمد العطية. مؤسسة أم القرى. بيروت 1420.
سبط ابن الجوزي – شمس الدين يوسف بن فرغلي بن عبد الله البغدادي (654): تذكرة الخواص. مؤسسة أهل البيت. بيروت.
ابن أبي الحديد – أبي حمد عز الدين بن هبة الله (655): شرح نهج البلاغة. تحقيق: محمد عبد الكريم. دار الكتب العلمية. بيروت 1998م.
المحب الطبري – أحمد بن عبد الله بن محمد (694): الرياض النضرة في مناقب العشرة.دار الكتب العلمية. بيروت 2003م.
المحب الطبري – أحمد بن عبد الله بن محمد (694): ذخائر العقبى في مناقيب ذوى القربى. دار المعرفة. بيروت.
ابن تيمية – أبي العباس تقي الدين أحمد بن عبد الحليم الحراني (728): منهاج السنة النبوية في نقض كلام الشيعة القدرية. تحقيق: محمد رشاد سالم.
ابن حجر العسقلاني – أحمد بن علي بن محمد (852): العجاب في بيان الأسباب.تحقيق: فواز أحمد زمرلي. دار ابن حزم. بيروت 2002م.
ابن الصباغ – علي بن محمد بن أحمد (855): الفصول المهمة في معرفة أحوال الأئمة. دار الأضواء. بيروت 1988م.
ابن حجر الهيتمي – أبي العباس أحمد بن محمد بن محمد (973): الصواعق المحرقة على أهل الرفض والضلال والزندقة. تحقيق: عبد الرحمن بن الشيخ عبد الله التركي و كامل محمد الخراط. مؤسسة الرسالة. بيروت 1997م.
البحراني – أبو المكارم هاشم بن سليمان بن إسماعيل التوبلي (1107 أو 1109): غية المرام وحجة الخصام في تعيين الأمام من طريق الخاص والعام. تحقيق: علي عاشور. مؤسسة التاريخ العربي. بيروت 2001م.
التستري – نورالله ضياء الدين أبو المجد بن محمد شريف الحسيني (1019): احقاق الحق وازهاق الباطر. مع تعليقات: شهاب الدين النجفي. دار الكتاب الاسلامي. بيروت.
الأميني – عبد الحسين أحمد الأميني النجفي -  الغدير في الكتاب والسنة والأدب. مركز الغدير. قم 1995م.
الشبراوي – عبد الله بن محمد عامر (1171): كتاب الإتحاف بحب الإشراف. مكتبة القادر.
القندوزي – سليمن بن ابراهم (1294): ينابيع المودة. منشورات الشريف الرض 1417.
الشبلنجي – مؤمن بن حسن مؤمن – نور الأبصار في مناقب آل بيت النبي المختار.دار الكتب العلمية. بيروت 2003م.
مرتضى الحسيني الفيروزآبادي – فضائل الخمسة من الصحاح الستة. مؤسسة الأعلمي. بيروت 1413.
أبي عبد الرحمن مقبل بن هادي الوادعي – الصحيح المسند من أسباب النزول. دار ابن حزم. بيروت 1994م.
محمد مرعي الأمين الأنطاكي – لماذا اخترت مذهب الشيعة. مؤسسة الأعلمي. بيروت.


[1]  Menyenaraikan semua sumber rujukan, khasnya kitab hadis dan kitab biografi para perawi hadis akan menggunakan jumlah mukasurat yang amat banyak. Oleh itu dalam ruangan ini hanya rujukan dalam bidang tafsir dan yang berkaitan sahaja akan disenaraikan.

Kata Penutup

Alhamdulillah lengkaplah perbahasan kita ke atas enam ayat “asas” yang paling masyhur diperhujahkan oleh Syi‘ah dan yang paling memberi kesan (impact) kepada masyarakat awam Ahl al-Sunnah. Para pembaca yang terdiri daripada mereka yang (1) berada di dalam Mazhab Syi‘ah, (2) pernah didakwah oleh Syi‘ah dan (3) bakal didakwah oleh Syi‘ah akan mendapati bahawa mereka (Syi‘ah) tidak akan lari daripada menggunakan ayat-ayat ini sebagai hujah, sama ada secara sebahagian atau keseluruhannya.

Bagi setiap ayat, perbahasan dimulakan dengan mengemukakan hujah-hujahSyi‘ah terhadapnya. Ini diikuti dengan jawapan Ahl al-Sunnahke atas hujah-hujah tersebut. Jelas bahawa hujah-hujah Syi‘ahdengan mudah dapat dijawab dengan:

1. Mengkaji secara teliti ayat al-Qur’an tersebut. Kajian dilakukan dengan mencermati secara mendalam maksud Allah Subhanahu wa Ta‘aladalam firman-Nya itu. Juga kaitannya dengan ayat sebelum dan selepasnya.

2. Mengkaji riwayat-riwayat yang digunakan untuk mentafsir ayat tersebut. Sebahagian daripada riwayat ini memiliki kecacatan dalam sanadnya, sebahagian lagi bercanggah dengan petunjuk al-Qur’an manakala sebahagian lagi – setelah dicermati secara mendalam – sebenarnya membelakangi hujah yang cuba ditarik olehSyi‘ah daripadanya.

Jawapan kita ke atas enam ayat “asas” ini mencukupi untuk meruntuhkan Mazhab Syi‘ah dari sudut penghujahan ayat-ayat al-Qur’an. Sedia diketahui terdapat sejumlah ayat lain yang juga digunakan oleh Syi‘ah sebagai hujah. Namun sengaja penulis tidak memberi perhatian kepadanya kerana:

1. Membahas dan menjawab kesemua ayat yang dijadikan hujah oleh Syi‘ah bererti mengikut di belakang dalam permainan mereka. Yang benar kita perlu berada di hadapan dan ini tercapai dengan membezakan ayat yang membentuk “asas” mazhab mereka dan kemudian menjawabnya. Dengan terjawabnya beberapa ayat “asas” ini, runtuhlah mazhab mereka sehingga tidak perlu kita beri perhatian kepada ayat-ayat yang lain.

2. Selain daripada enam ayat “asas” ini, tiada yang memiliki nilai menetapkan kedudukan maksum dan jawatan khalifah kepada ‘Ali dan ahli keluarganya, radhiallahu ‘anhum.

3. Selain daripada enam ayat “asas” ini, ayat-ayat lain yang dijadikan hujah tidak lebih hanyalah sekadar: Menggunakan riwayat-riwayat yang lemah dan cacat untuk mengkhususkan ayat yang pada asalnya berbentuk umum.

4. Jika sekalipun riwayat tersebut terbukti sahih, paling maksimum ia dan ayat yang dirujuk olehnya hanya membuktikan keutamaan dan kemuliaan ‘Ali serta ahli keluarganya. Tidak lebih dari itu.

5. Hal ini tidak mengurangkan keutamaan dan kemuliaan lain-lain sahabat kerana bagi mereka juga terdapat ayat dan riwayat yang seumpama.

Insya-Allah penulis akan menyambung buku ini ke Siri Ketiga pula, iaitu: 


Jawapan Ahl al-Sunnah kepada hadis-hadis Rasulullah
yang dijadikan hujah oleh Syi‘ah dalam persoalan khalifah.

Antara hadis-hadis yang dimaksudkan:

1. Hadis al-Ghadir:Barangsiapa aku adalah Mawlanya maka ‘Ali adalah Mawlanya.

2. Hadis al-Tsaqalain:Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian dua perkara yang amat berharga, yang pertama adalah Kitab Allah (al-Qur’an) di mana di dalamnya terdapat hidayah dan (cahaya) nur, maka berpeganglah kepada Kitab Allah. ……Dan Ahl al-Bait aku. Aku peringatkan kalian kepada Allah berkenaan Ahl al-Baitku, aku peringatkan kalian kepada Allah berkenaan Ahl al-Baitku.

3. Hadis al-Safinah:Perumpamaan Ahl al-Baitku kepada kalian adalah bagaikan kapal Nabi Nuh. Barangsiapa menaikinya pasti dia selamat, barangsiapa tidak menaikinya pasti dia tenggelam.

4. Hadis al-Manzilatain: Wahai ‘Ali, kedudukan kamu di sisi aku sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa.

5. Hadis Madinah al-‘Ilm: Aku adalah kota ilmu manakala ‘Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang hendakkan ilmu maka hendaklah masuk melalui pintunya.
dan lain-lain lagi.

Bersama kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala agar dipermudahkan bagi penulis untuk menyiapkan buku Siri Ketiga ini. Wassalamu‘alikum waRahmatullahi waBarakatuh