Tuesday, June 2, 2015

Hadis al-Kisa’

Hadis al-Kisa’:
Syi‘ah menggunakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh majoriti ahli hadis Ahl al-Sunnah untuk menguatkan hujah bahawa para isteri Rasulullah tidak termasuk dalam ayat 33 surah al-Ahzab. Hadis tersebut berasal daripada Umm Salamah radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalamrumah Umm Salamah.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.
Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”
Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”
Syi‘ah menamakan hadis di atas sebagai Hadis al-Kisa’, merujuk kepada kain yang digunakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk menyelimuti ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum. Bagi Syi‘ah hadis di atas merupakan petunjuk terbaik bahawa para isteri Rasulullah, sama ada Umm Salamah atau selainnya, terkecuali daripada istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab.
Ikuti sentuhan Maulana Asri mengenainya :