Wednesday, July 15, 2015

Kenali Syiah – Siapa al Kulani Apa Kitabnya

Al Kulani adalah Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub bin Ishaq al-Kulaini al-Razi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Kulain atau al-Kulin di Iran. Beliau adalah di kalangan ulama yang masyhur di Ray, Iran. Kemudian beliau telah berpindah ke Baghdad kerana menjadi ketua ulama kepada pengikut Syi‘ah Imam Dua Belas di sana semasa pemerintahan al-Muqtadir. Beliau telah hidup di zaman sufaraa’ (wakil-wakil Imam al-Mahdi a.s) dan mati di Kufah pada tahun 328/329 hijrah bersamaan 939/940 masihi. 
Beliau telah menulis beberapa buah buku di antaranya Usul al-Kafi (Asas asas yang mencukupi), Kitab al-Rijaal, al-Radd ‘ala al-Qaramitah dan lain-lain. Buku beliau yang paling masyhur adalah al-Kafi.  Beliau  telah menulis buku ini selama dua puluh tahun. Buku al-Kafi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama al-Kafi membincangkan mengenai Usul yang mengandungi lapan bab (kutub) seperti kitab akal dan kejahilan, kitab kelebihan ilmu, kitab tauhid, kitab al-Hujjah (kitab ini), kitab iman dan lain-lain, dinamakan al-Usul min al-Kafi atau Usul al-Kafi.
Bahagian kedua al-Kafi atau Furu‘ membincangkan tentang Furu‘ yang mengandungi dua puluh enam (26) bab (kutub) seperti kitab kebersihan, kitab sembahyang, kitab haid, kitab jenazah, kitab puasa, kitab haji dan lain-lain,  maka ia dinamakan al-Furu‘ min al-Kafi.
Bahagian ketiga Raudhat al-Kafi membincangkan mengenai Furu’, Usul secara ringkas, alam semesta, rawatan penyakit dan lain-lain mengandungi lima ratus sembilan puluh tujuh (597) hadis, maka ia dinamakan Raudhat al-Kafi. Adapun Kitab al-Hujjah  mengandungi 1015 hadis para imam Ahlul Bait a.s.  Ia mengandungi 130 bab yang membincangkan tentang keperluan kepada seorang imam, dunia tidak  sunyi daripada seorang imam, imam dua belas, wasiat Rasulullah s.a.w tentang imamah, keghaiban imam a.s, sejarah para imam a.s, keilmuan mereka a.s dan lain-lain. Kitab al-Hujjahadalah kitab penghujahan para imam a.s tentang imamah  untuk mereka a.s daripada Rasulullah s.a.w.
Dikatakan oleh orang Syiah  Usul al-Kafi-kitab al-Hujjah karangan al-Kulaini ini  sanad dan matannya yang masih tidak terputus dengan para Imam Ahlu l-Bait a.s meskipun terdapat beberapa hadis yang diriwayatkannya secara marfuu’.      Bagaimanapun perlu diambil perhatian bahawa kaedah ilmu hadis Syiah adalah berbedza dengan Sunni kerana SEMUA KATA-KATA IMAM  mereka adalah hadis, kerana Imam adalah maksum seperti rasul, malah lebih daripada rasul.
Maklumat tulisan ini daripada: Parakata Terjemahan Usul al-Kafi-kitab al-Hujjah

Kulani: Imam Syiah Mempunyai Sifat Tuhan

( Artikal ini lanjutan Seorang Teaman FB menafikan Imam Syiah bersifat tuhan)
Saya tegaskan Syiah mengatakan Imam mempunyai sifat tuhan  atau  maknanya macam tuhan, lihat petikan ini:
Bab 48 Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang Tersembuny…i Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun ‘ilma ma kana wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa ‘alai-him al-Sya’i salawatu llahi ‘alai-him)
Berikut hadisnya:

(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada al-Harith bin al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya ‘Abd al-A‘la, Abu ‘Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy‘mi telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka, aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika, melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: “Di dalamnya menerangkan setiap sesuatu”
Dipetik dari :

Diterjemahkan dari buku aslinya Usul al-Kafi- Kitab al-Hujjah
Karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini
Tahqiq oleh Ali Akbar al-Ghifari
Cetakan Bahasa Arab: Maktabah al-Saduq
Tehran 1380 H

Dakwaan tersebut bercangahan dengan maksud firman Allah:
Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang ghaib melainkan Allah!” dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati)- An Naml 65
dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.- Al An Am 59
Tuhanlah sahaja Yang mengetahui Segala Yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib Yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, – alJin 26
KATAKAN TIDAK PADA SYIAH YANG MENYELEWENG AL QURAN. ATAU BETULLAH QURAN ITU TIDAK ASLI KATA MEREKA.