Kitab Nahjul Balaghah itu amat popular di kalangan penganut Islam
dan penganut Syiah. Isinya mengandungi ucapan, khutbah dan surat yang
disandarkan kepada saidina Ali r.a. Timbul persoalan di sini, apakah benar isi
Nahjul Balaghah itu benar-benar asli dari Ali r.a.? Nantikan artikel dari
al-ahkam.net menjawab persoalan ini.. Bagi mereka yang biasa dengan pengajian
hadis, sudah pasti menjawabnya dengan kata-kata Ibnu al-Mubarak: الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء Maknanya: Sanad itu sebahagian dari
agama. Dan, kalaulah tiada sanad, nescaya seseorang itu akan berkata apa
sahaja semahunya. Kata imam al-Zahabi di dalam Siyar A'lam al-Nubala' ketika
menulis biografi al-Murtadha Ali bin Husain bin Musa al-Musawi: Menurutku dia
adalah penulis kitab Nahjul Balaghah, yang disnibahkan lafaznya kepada Imam Ali
r.a. Tanpa sanad. Sebahagiannya mengandungi kebatilan dan terselit juga di
dalamnya kebenaran. Namun di sana terdapat topik-topik yang tak mungkin
diucapkan oleh imam Ali r.a. Ada yang mengatakan: Malah ia (Nahjul Balaghah)
disusun oleh saudaranya yang bernama al-Syarif al-Radhi... Kata al-Zahabi lagi:
Di dalamnya terdapat cercaan terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w. maka kami
mohon perlindungan dari Allah dari ilmu yang tidak memberi manfaat. Web islamqa.info
kelolaan Syeikh al-Munajjid ada menyebutkan; Sebahagian ulama yang menyatakan
kedustaan yang terdapat di dalamnya ialah al-Khatib al-Baghdadi di dalam
al-Jami' Li Akhlaqi al-Rawi Wa Adabus Sami'. Begitu juga dengan Ibnu Khalikan,
al-Shofadi dan selain mereka. Kesimpulan yang dapat diambil dari semua itu
ialah: Jarak masa antara penyusun kitab dan antara Ali r.a.
adalah tujuh genarasi perawi. Penyusunnya telah membuang semua perawi
berkenaan. Sebab itulah perkataannya tidak boleh diterima tanpa sanad.
Seandainya pengarangnya ada menyebutkan sanad, tidak boleh
tidak ia mestilah dikaji dan disiasat tahap kepercayaan mereka itu.
Al-Murtadha, tuan punya kitab ini bukanlah ahli riwayah
melainkan dia adalah seorang mutakallim agama dan tahap kepercayaannya.
Cercaan terhadap para sahabat yang terdapat di dalamnya
memadai untuk menolaknya. Cercaan dan makian yang ada di
dalamnya bukanlah dari akhlak mukmin, lebih-lebih lagi di kalangan para imam
mereka seperti Ali r.a. Terdapat di dalamnya percanggahan
dan ibarat yang tidak kemas yang pasti ia bukanlah dari imam-imam dalam bidang
Balaghah dan Bahasa. Kitab Nahjul Balaghah ini diterima oleh golongan Syiah
Rafidhah secara pasti kesahihannya sebagaimana al-Quran sedangkan ia dalam
keadaan penuh dengan percanggahan. Ini menjadi bukti bahawa mereka tidak
mengambil tentang berat hal ehwal agama mereka dalam urusan yang melibatkan
penapisan dan pengesahan sumber samada ia sahih dan kukuh atau sebaliknya. Atas
asas ini, jelas kitab ini tidak sah dinisbahkan kepada Ali r.a. Ia juga dengan
segala isikandungannya samasekali tidak menjadi hujah di dalam masalah syarak.
Adapun untuk membacanya kerana mahu menelaah isikandungannya dari sudut
balaghah, maka hukumnya sama seperti membaca mana-mana kita lughah/bahasa tanpa
menisbahkannya kepada Amiril Mukminin Ali r.a. Kesimpulan Kitab Nahjul Balaghah
BUKAN ASLI DARI ALI R.A. KENAPA? Ditulis selepas 4 genarasi
periwayatan Tiada sanad Penyusunnya bukan
ahli riwayah Ada cercaan ke atas para Sahabat
Ada caci maki yang pasti bukan dari Ali r.a.
Ucapannya ada yang pasti bukan dari pakar Balaghah dan
bahasa Teks penuh rujuk sini: http://www.islamqa.info/ar/30905
Salah satu Isi kitab NAHJUL BALAGHAH salah seorang ulama syi’ah
bernama Al Murtadho Alamul Huda –saudara kandung As Syarif Ar Radhiy, penyusun
kitab Nahjul Balaghah- menyatakan: saat Ali menjabat khalifah, ada orang
mengusulkan agar Ali mengambil kembali tanah fadak, lalu dia berkata: saya malu
pada Allah untuk merubah apa yang diputuskan oleh Abubakar dan diteruskan oleh
Umar. Bisa dilihat dalam kitab As Syafi hal 213. Hakekat.com : terimakasih,
memang begitulah kenyataannya, namun hal ini dikubr rapat-rapat oleh para
ustadz yang menerima bayaran dari Iran. Ketika kebenaran berlawanan dengan
kepentingan Iran, maka harus disembunyikan, jika tidak, Iran tidak lagi memberi
bayaran. ada lagi yang perlu kita perhatikan dari riwayat di atas, di
antaranya: 1. Keputusan Abubakar dalam masalah fadak adalah benar adanya, dengan
bukti: 2. putusan ini disahkan oleh imam maksum, yang mengakui keutamaan
Abubakar.
Oleh zain-ys
Sumber : hakekat.com
http://faktasyiah.blogspot.com/
Sumber : hakekat.com
http://faktasyiah.blogspot.com/
Artikel terkait :