Siapa Pembunuh Saidina Hussain
r.a
Saudara
pembaca budiman semuga rahmat Allah dilimpahi keatas kita semua.
Seorang
pembaca blog saya menulis:
Artikal Syiah –
Adakah semua
artikel ini milik asal sdara ? apa pendapat saudara ttng Faisal Tharani…..yg
dalam artikel nya mengataka yg membunuh Hussain ialah anak saad abi waqash.
Ana dr terengganu.Boleh ke
ana dapatkan no tel Sdara Abu Redza…….
Respon balas saya :
Sebelum saya mejawab soalan tersebut pada pengenalan diri sayahttps://aburedza.wordpress.com/about/
Saya menyebut :
4. Blog ku ini sekadar catatan , merakam sisa sisa perjalanan hidup
ini, menitipkan apa yang dibaca , menyimpan pesan-pesan yang terjumpa dan
berkongsi apa yang ada. Namun ada juga artikal yang faktanya aku tidak
menyukainya tapi aku titipkan juga disini, sebagai rujukan kemudian , jika
ianya adalah menepati isu yang aku minati, seperti isu wahabi , pemurnian
sejarah, kepartian dan Syiah. Anda juga mendapati terdapat
artikal mengenai pertanian, ketahuilah itulah kisah cinta hidupku.
5. Aku adalah antara sasaran dakwah agama Syiah –
yang kebetulan sungguh hebat perkembangannya dengan bertambahnya hauzah /tempat
pengajian mereka – kerana itu agak banyak titipan artikal mengenai Syiah di
sini sebagai hujah balas kepada apa yang disogokkan kepada aku.
Seingat saya semua tulisan yang saya post mempunyai
sembernya. Kalau saya menulis sendiri tentulah tidak dicatit sumbernya,
bagaimanapun saya akan mencatit rujukannya atau meletak nota kaki pada
akhirnya. Jika tulisan asal mencatit penulisnya saya akan terus mencatit
namanya, malahan nama nya akan saya jadikan tag untuk mudahkan carian di injin
carian. Sebolenya saya akan menjaga amanah ilmu.
2. apa pendapat saudara ttng Faisal
Tharani…..yg dalam artikel nya mengataka yg membunuh Hussain ialah anak saad
abi waqash
Saya bukanlah ahli sejarah.Saya juga tidak terdidik dalam
displin tersebut, bagaimanapun saya ada sedikit kecenderongan menekuni hal tersebut.
Ya Faisal Tharani .. saya menjangka ia seorang Syiah, atau sekurang-kurangnya
ia seorang yang bersimpati dengan Syiah kerana ia sering mempromosikan
Syiahnya.
Mengenai fakta sejarah pembunuh Saidina
Hussain r.a cucunda Baginda Rasullah s.a.w, Allah dan Rasulnya lebih
mengetahuinya. Saya selalu keliru apabila menyentuh peristiwa sejarah
membabitkan para sahabat (Peristiwa Karbala melibatkan anak sahabat bukan
sahabat – Yazid bin Muawiyah (645-683)) kerana di sana terdapat banyak
fitnah di antara 2 golongan yang bermusuhan : Suni dan Syiah. Baca
tulisan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus dihttps://aburedza.wordpress.com/2010/03/18/menjaga-ketulenan-sejarah-islam/ adalah
berkaitan. Baca juga artikal berkaitan di sini :http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/10/pembunuh-sayyidina-husain-1/ .Walaupun
begitu ada catitan sejarah mencatitkan Umar bin Saad abi Waqas ada terlibat.
Yunus Ali Al Muhdhor dalam bukunya Kehidupan Nabi
Muhammad s.a.w Dan Amirulmukminin Ali Bin Abi Thalib R.A menyebut:
Ketika Syamir ibnu Dziljausyan berkata:
“Apa yang menghalangi kalian untuk membunuhnya ?”. Maka Zar’ah ibnu Syuraik
Attamimi maju dan membacok lengan AI Husin. Kemudian diikuti pula oleh Sinan ibnu Anas bin Amru’ Annakha’i dengan
tusukan tombak, sehingga AI Husin roboh dari kudanya, kemudian kepala AI Husin
segera di pancung dan diberikan kepada Khauli. Kata Abu Mikhnaf dari Ja’far bin
Muhammad katanya: “Kami dapatkan pada tubuh AI Hqsin tiga puluh tiga tusukan
dan empat puluh tiga bacokan”[1]
Tarikuddin Bin Haji Hassan pula dalam bukunya Sejarah 2
Cucunda Rasullah s.a.w menyebut :
….. Setelah itu dengan pantas mara sekali
lagi orang yang telah menikam dada Sayyidina Husein sebanyak dua kali dengan
tombaknya bernama Sinan bin Anas an-Nakha’i kearah
Sayyidina Husein dengan maksud untuk membunuh cucunda kesayangan Rasulullah
s.a.w. itu. Setelah dia sampai di sisi Sayyidina Husein yang terbaring lemah
itu, lantas dia terus meletakkan mata pedangnya ke leher Sayyidina Husein dan
terus menyembelihnya seperti seorang tukang sembelih menyembelih seekor kambing
atau biri-biri. Dengan itu jelaslah Sinan bin Anas anNakha’i adalah pembunuh
sebenar Sayyidina Husein. Manakala yang lain-lain
dikira mencedera dan cuma terlibat sahaja. Jadi Sinan bin Anas an-Nakha’i
adalah penanggung dosa kerana membunuh Sayyidina Husein dan pastinya dia akan
berhadapan secara langsung dengan Rasulullah s.a.w. di Hari Qiamat nanti. (
Mukasurat 151)
Sayangnya Tarikuddin Bin Haji Hassan tidak meletakkan
sumber rujukan atau nota kaki. Bukunya lebih merupakan novel! Bukunya baik ,
kisahnya agak lengkap bersambungan bagai novel, alangkah baik jika di catit
sumber rujukan supaya pembaca dapat menilai tahap sahihnya.
Peristiwa Karbala itu berlaku pada 10 Muharam
tahun 61 Hijrah, semasa Khalifah Yazid bin Abi Suffian. Karbala terletak
dibawah Gabnor Kufah ia itu Ubaidullah bin Zyiad. Umar bin Saad Abi Waqas
adalah panglima perangnya. Syamir ibnu Dziljausyan adalah penasihatnya. Syamir
juga mempunyai hubungan keluarga dengan Khalifah Ali r.a[2].
Di peringkat awal Umar telah mencadangkan kepada Gabnor supaya di maafkan
Hussain r.a dan di hantar pulang ke Mekah tetapi Syamir telah menasihat
sebaliknya. Kemudian
Syamir telah bergabung dengan Umar bin Saad mengempur Hussain r.a
Tentang Umar bin
Saad sila baca penilaian ahli sejarah mengenainya di artikal di
bawah….. Allah dan Rasulnya lebih mengetahui kebenarannya!
Baca pula tulisan Mohd
Aizam bin Mas’od Caw. Aqidah Bah. Penyelidikan JAKIM:
Syiah pencetus
peristiwa Karbala:
Golongan Syiah
sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka yang muktabar
menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj ‘Ala Ahlil
Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal
Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke
Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)!
Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah
kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya
datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian
taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina.
Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-
Ihtijaj juz 2 hal. 306)
Pada halaman
sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al-Shughra anak perempuan
Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot
dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta’ala menguji kami dengan
kamu dan menguji kamu dengan kami”, seterusnya selepas memuji-muji kedudukan
Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta
benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang
kamu sentiasa menitiskan darahdarah
kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).
Mulla Baqir al-Majlisi
yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli
hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada Syiah
Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau, “Wahai orang-orang
Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu. Wahai
orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk
membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan
membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan
pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang
kami”.(Jilaau al-‘Uyun,hal 391).
Di dalam kitab A’yanus
Syi’ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh
ribu penduduk Iraq telah berbai’ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya
lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai’ah masih lagi berada di
tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A’yanus Syi’ah jilid 1 hal 34).
Dan banyak lagi
kitab-kitab Syi’ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid
hal. 234, I’lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain
lagi.
Berdasarkan kepada
segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Syiah Kufah
adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali ra. Inilah
yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak berkesudahan. Malah
pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini diabadikan oleh
ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti Baqir Majlisi,
Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing. Baqir Majlisi
menulis: “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara
ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini
tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli
Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia
di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak
berguna apaapa”. (Jilaau al-‘Uyun, hal. 430)
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya
Majalis al-‘Mu’minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun)
Saiyidina Husin terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang
Syiah dan berkata, “Kita telah memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan
janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan
membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita
berbunuh-bunuhan sesama kita “. Dengan itu berkumpullah sekian ramai
orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang
bermaksud, ” Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan
bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan
kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah
golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “al-Tawwabun”.
Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab’ie
dalam pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin
Rab’ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina
Ali dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang
menjemput Saiyidina Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap
kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000
orang bala tentera untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang
mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau
al-‘Uyun dan Khulashat al-Mashaaib, hal. 37)
Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku.
Bagaimana mungkin Syiah menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah
Karbala ditulis oleh tangantangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat
buruk mereka, pemalsuan dan pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan
Sunni. Hanya kerana satu sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam
walau di telan arus zaman dan masa. Kerana itu, HMF sempat menukilkan
kata-kata, “Tetapi peristiwa penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga
dan sahabat-sahabatnya oleh
tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat”.
Tuduhan
Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila menyandarkan
pembunuhan Saiyidina Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW iaitu
Umar bin Saad bin Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin
Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang
dinyatakan di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan dengan riwayat Abu
Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, “Seolah-olah aku masih
lagi nampak airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya”.
(Tarikh al-Thabari jilid 4 m.s. 245)
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan
oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya
sampai begitu sekali bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya
yang amat sangat di atas kematian Saiyidina Husin yang telah dibunuh secara
zalim itu. Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di
dalam ‘Thabaqat’ nya dalam senarai peringkat yang pertama dari kalangan tabiin
penduduk Madinah. Hafiz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang yang
meriwayatkan hadith daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin Saad bin Abi Waqqas
Az Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan
hadith daripada ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri. Sementara orang-orang
yang meriwayatkan hadith- hadith daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya
Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi
Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid bin Abi Habib dan lain-lain lagi”. ‘Ijli pula
berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith daripada ayahnya dan beliau
adalah seorang tabii yang thiqah (yang dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7
hal. 396)
Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin
Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan
sebagai orang yang dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan
kezaliman terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar
bin Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan
hadismenerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah? Kenyataan ini juga
menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihubungkan kepada Umar bin Saad
itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam. ( Tulisan ini
adalah petikan dari JAWAPAN kepada ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’ oleh
wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF))
Huraian Mohd Aizam bin Mas’od di atas kelihatan lebih
teliti dan cermat.
Bagaimana pendapat saya mengenai Karbala?
Semoga Allah melaknat sesiapa yang terlibat didalam pembunuhan tersebut. Saya
percaya Syiah lah yang menipu Hussain r.a dengan menjemput Hussain r.a ke Kufah
kemudian belot. Malahan Panglima Syamir adalah dari sukusakat Ali bin Abu
Thalib sendiri. Puak Syiah Kufah bukan saja menipu Hussain r.a tetapi juga
pernah menipu ayahnya Ali bin Abu Talib. Ini boleh dibaca didalam Najhul
Balaghah. Jemputan ini telah mengundang musibah kepada Hussain r.a dan
rombongannya. Hal ini boleh juga di baca di sini :http://hakekat.com/content/view/44/1/
3.Saudara mohon no tel ? Saya mungkin termasuk orang ulu… Selepas saya
bersara tel saya jarang berada di pinggang, punca mulanya, satu ketika saya
lupa tukar mod senyap dan sembahyang di masjid, tiba-tiba berbunyi dan
menganggu jamaah lain. Sejak itu sangat jarang membawanya, lagipun orang pencen
kurang urusan, Cuma ke kebun atau kesawah tak perlu bawa tel. Kawan-kawan pula
selalu bising tak jawab tel, jadi tak perlu tambah orang bising kerana tak
jawab tel. Hubungilah dengan e mail ……
Salam.
[1] Yunus
Ali Al Muhdhor memetik daripada Al Bidayah Wan Nihaayah Jld 8 Halaman
188.
[2] Tarikuddin
Bin Haji Hassan pula dalam bukunya Sejarah 2 Cucunda Rasullah s.a.w muka
surat 118 . Tarikuddin menulis :
Sebenarnya penyusun tidak dapat memastikan
apakah Syamir bin Zul Jausyan itu anak emas atau budak emas kepada gabenor kota
Kufah Ubaidullah bin Ziad atau tidak, kerana kelemahan dan kekurangan penyusun
didalam ilmu berkaitan dengan sejarah Sayyidina Husein ini. Namun apa yang
nyata bahawa Syamir bin Zul Jausyan adalah termasuk keluarga Sayyidina Husein
yang masih sangat dekat. Ini adalah kerana emak saudara Syamir bin Zul Jausyan
dari pihak ayahnya ertinya saudara perempuan ayahnya adalah salah seorang
isteri Sayyidina Ali bin Abu Talib. Tetapi kerana kelemahan, penyusun masih
tidak dapat memastikan siapakah isteri Sayyidina Ali bin Abu Talib yang juga
adalah emak saudara Syamir bin Zul Jausyan itu.
Untuk pengetahuan para pembaca semua yang
budiman, bahawa dalam romb0!lgan Sayyidina Husein yang berjumlah 80 orang itu
termasuk juga empat orang saudara sepupu Syamir bin Zul Jausyan sendiri, iaitu
anak-anak kepada emak saudaranya itu.
Siapa
Pembunuh Saidina Hussain r.a?
Siapa Pembunuh Saidina Hussain r.a?
Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab’ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di
Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab’ie? Dia adalah seorang Syiah
pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin,
sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain
ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid,
tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang
bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula
turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al’Uyun dan
Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)
Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin
Rab’ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir
Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna
pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu…….
Sayyidina Husain sendiri yang sempat
dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata
dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia
bertempur dengan beliau :
” Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu
dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang
curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di
waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan
menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada
kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami “. (Jilaau
Al’ Uyun, ms 391). …….
Baca selengkapnya di :
Comments
salam.sy masih ragu2 untuk memilih yg mane
1 pembunuh saidina huseinsbnrnye.krn sepnjang sy mengikuti tentang syiah
ini,sy lihat lebih ramai org yg mempercayai muawiyah yg membunuh saidina ali
dan yazid pula membunuh saidina husein.sebagai seorg sunni yg bermazhab syafi’e
sy bnr2 keliru…
Syiah
Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala
Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad
Abbasi menulis di dalam bukunya “Hazrat Mu’aawiah Ki Siasi Zindagi” bahawa di
dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang
daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya
walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman
itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai
mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat
Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah
menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha’ yang
hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga
akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ‘ aulia illah’.
Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi
manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat
daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada
pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.
Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi’in yang
sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat
kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang
bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati
kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam “Ansabu Al Asyraf” mengatakan
bahawa, ” Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang
tokoh dari Ahlul Bait berkata : ” Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada
keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu
dan berilah ketaatan dan bai’ah kamu kepadanya” (Ansabu Al Asyraf, jilid 4,
m.s. 4).
Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia
kepada para Khulafa’ Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas
ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ‘ Amirul
Mukminin’.
Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan
sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong
pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap
yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah
membatalkan bai’ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan
anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, ” Saya pernah mendengar
Rasulullah S.A.W bersabda, ” Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang
curang (membatalkan bai’ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah
berbai’ah kepadanya dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak
mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai’ah kepada seseorang
dengan nama Allah dan RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau
saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai’ah kepadanya dan turut
serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku
dengannya”. (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)
Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati
pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta
terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid
tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih
banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam.
Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah s.a.w yang
tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya
kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya
di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang
berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh, budiman,
bertaqwa dan pemimpin umat Islam.
Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum
arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan
waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah
jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima
oleh umat Islam kemudian.
Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau
benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?
Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain
yang sebenarnya dan terus diucapkan ‘ Yazidlah pembunuhnya’ tanpa soal selidik
yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan
dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika
yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan kita
bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah
kita sandarkan pada Yazid itu ?
Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah
tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan
kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh-
pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah
Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh
daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah
yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan
Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan
selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.
Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan
tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai
ahli keluarganya.
PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH
Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus
terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah
Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.
Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada
sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan
bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :
(1) Bukti-bukti utama
(2) Bukti-bukti sokongan
I. BUKTI-BUKTI UTAMA
Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang
dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan
Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam
pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh
penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi
pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.
Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa
merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku
telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan “At
Tawwaabun” yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain.
Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti
yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya
kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi
Musa ke Thur Sina.
Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan “At Tawaabun” itu
masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang
walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.
Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini
diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka
seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka
masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :
“Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib.
Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak
pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli
Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia
di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak
berguna apa-apa”. (Jilaau Al’Uyun, m.s. 430)
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu
Al’Mu’minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina
Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan
berkata, ” Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan
taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya.
Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan
sesama kita “. Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi
Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, ” Maka bertaubatlah
kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih
baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu “. (Al Baqarah :54). Kemudian
mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam
sejarah Islam dengan gelaran “At Tawaabun”.
Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin
Rab’ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu
Syits bin Rab’ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada
Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain.
Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan
pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah
dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang
bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula
turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al’Uyun dan
Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)
Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin
Rab’ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir
Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna
pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.
Lihatlah pula kepada Qais bin Asy’ats ipar Sayyidina Husain yang
tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah
sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut
Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al
Mashaaib, m.s. 192)
Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan
merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi
yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup
di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini
termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah
sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya
kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :
” Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana
dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan
pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan
tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh
kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami
dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami “. (Jilaau Al’ Uyun, ms
391).
Beliau juga berkata kepada Syiah:
“Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang
dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang
ada di antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul
Bait tanpa sebarang sebab? ” (Ibid).
Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang
sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:
“Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari
mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci
mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang
mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami “. (Ibid)
Beliau juga dirakamkan telah mendoakan
keburukan untuk mereka dengan kata-katanya: “Binasalah kamu! Tuhan akan
membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu
sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan
menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia
dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia
azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh
orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya”. (Mulla Baqir
Majlisi-Jilaau Al’Uyun, m.s. 409).
Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang
dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan
bahawa:
(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh
Islam menerusi penulisan sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala
merupakan balas dendam dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah
membunuh pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar,
Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong semata-mata
kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala bukannya
datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan
Syiah Kufah.
(ii) Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan
dihukum oleh kerajaan-kerajaan Islam di sepanjang sejarah membuktikan
termakbulnya doa Sayyidina Husain di medan Karbala ke atas Syiah.
(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan
memukul tubuhnya dengan rantai, pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk
perkabungan yang dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga
merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas
dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat Syiah.
Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak
pernah wujud upacara yang seperti ini dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa
merekalah golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.
(iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan
ini dapat dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina
Husain bersama dengan sekian ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar
ucapan dan doa keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau. Itulah dia
golongan yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana
sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah yang
ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk menyatakan
penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama terhadap kematian
Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini sejauh pengetahuan
sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu golongan ini meneruskan upacara
perkabungan ini setiap kali tibanya 10 Muharram?
Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain
yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya
peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang
merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan
sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, ” Mereka ini
menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka
?” (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).
Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan
kata-kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, ” Wahai
manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya
kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada
ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah
memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya,
membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu
dahulukan untuk dirimu”.
Sayyidatina Zainab, saudara perempuan
Sayyidina Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan
keburukan untuk golongan Syiah Kufah. Katanya, ” Wahai orang-orang Kufah yang
khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi
kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh
kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang
kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah
berbalik kepada kekufuran…Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah
yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan
banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan
untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh
dengan air apapun”. (Jilaau Al ‘ Uyun, ms 424).
Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap
menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.
Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula
berkata sambil menangis di atas segedupnya, ” Wahai orang-oang Kufah! Buruklah
hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku
Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya
dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu
dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu”.
Beliau juga berkata, ” Wahai orang-orang
Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara
orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami
dan kamu di hari kiamat nanti”. (Ibid, ms 426-428)
Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina
Husain pula berkata, ” Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami
kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami
menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima
balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan
berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat
perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia
ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih “.
Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat
dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.
Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya sudah
mencukupi untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain
di Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita
simpulkan beberapa perkara :
1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk
memberontak adalah Syiah.
2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan
Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.
3. Sayyidina Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam
rombongannya terdiri daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya
menyaksikan bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka.
4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh
di samping menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana
kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.
Mahkamah di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang
tersebut tadi sebagai bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh
sebenar di dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh
berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu
dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya dan
kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat perkara
ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua mahkamah sebagai kes
pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka bagaimana mungkin diragui lagi
tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain itu ?
II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN
Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti
sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya
pembunuh Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh
Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap
Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang
biadap terhadap orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas
Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah
yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka
menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan
propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu.
Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka
menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh
Sayyidina Ali. Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali itu
juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina Utsman di Mesir
dan berpura-pura mengasihi Sayyidina Ali. Dia pernah berkhidmat sebagai
pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di Madinah dan Kufah.
Di dalam Jilaau Al’ Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn
Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah
dikirimkan oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai’ah
dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina
Hasan, ” Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan
sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku,
bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi membunuh Muawiyah
pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya”. (Jilaau Al U’yun, ms 218)
Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan
perancangan mereka semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak
Sayyidina Ali dan Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang merupakan
musuh-mush Islam yang menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak
selamat apabila perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku. Maka
segolongan dari mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali
dan mereka menjadi golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap berada
bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini sebanarnya satu taktik
mereka untuk mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang jahat itu
dan untuk berselindung di sebalik beliau daripada hukuman kerana pembunuhan
Khalifah Utsman.
Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh golongan Syiah pehanya
sehingga tembus kemudian mereka menunjukkan pula kebiadapannya terhadap
Sayyidina Hasan dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sejadah yang
diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain melainkan kerana Sayyidina
Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan pihak Sayyidina Muawiyah. Bahkan
bukan sekadar itu saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang yang
menghinakan orang-orang Islam dan sebagai orang yang menghitamkan muka orang-orang
Mukmin.
Kebiadaban Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga kepada
Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang sangat setia kepada Imam Jaafar
As Shadiq iaitu Rabi’ menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya kehadapan
Khalifah Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi’ telah memerintahkan anaknya yang
paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As Shadiq dengan kudanya. Ini
tersebut di dalam kitab Jilaau Al ‘ Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi.
Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan kisah
pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan di sisi Syiah, bahawa beliau
telah dibunuh oleh Sabih Dailamy, seorang Syiah kental dengan perintah Al
Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh itu Imam Ar Ridha
dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak ada langsung kesan-kesan
pedang di tubuhnya.
Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk membunuh
Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan golongan yang sampai begini biadapnya
terhadap Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas kasihan di medan
Karbala.
Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana mungkin
pengikut-pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali dengan ‘syiah’ boleh
bertindak kejam pula terhadap Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup
mempertahankan nyawa demi mempertahankan Iman-imam mereka? Secara ringkas
bolehlah kita katakan bahawa ‘perasaan kehairanan’ yang seperti ini mungkin
timbul dari dalam fikiran Syiah, yang tidak mengetahui latar belakang kewujudan
Syiah itu sendiri. Mereka hanya menerima secara membabi buta daripada
orang-orang terdahulu. Adapun orang-orang yang mengadakan sesuatu fahaman
dengan tujuan-tujuan yang tertentu dan masih hidup ketika mana ajaran dan
fahaman itu mula dikembangkan tentu sekali mereka sedar maksud dan tujuan
mereka mengadakan ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka menunjukkan taat setia
dan kasih sayang kepada Imam-imam itu, tetapi pada hakikatnya adalah
sebaliknya.
2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid
dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala, bahkan golongan Syiahlah yang
bertanggungjawab membunuh beliau bersama dengan ramai orang-orang yang ikut
serta di dalam rombongan itu, ialah adanya hubungan persemendaan di antara Bani
Hasyim dan Bani Umayyah, selepas berlakunya peperangan Siffin dan juga selepas
berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala.
Tidak mungkin orang-orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul
Bait akan berkahwin dengan orang-orang yang diketahui oleh mereka sebagai
pembunuh-pembunuh atau orang-orang yang bertanggungjawab di dalam membunuh
ayah, datuk atau bapa saudara mereka Sayyidina Husain. Hubungan ini selain
daripada menunjukkan pemerintah-pemerintah dari kalangan Bani Muawiyah dan
Yazid sebagai orang yang tidak bersalah di dalam pembunuhan ini, ia juga menunjukkan
mereka adalah golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa
menjalinkan ikatan kasih sayang di antara mereka dan Ahlul Bait.
Di antara contoh hubungan persemendaan ini
ialah:
(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri
bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama
Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn
Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)
(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina
Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke
empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s.
69)
(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina
Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor ‘Amir bin Kuraiz dari Bani
Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). ‘Amir bin Kuraiz
adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia
berada di pihak lawan Sayyidina Ali.
Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua
yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan
sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan
mereka iaitu:-
1. Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al
Walid bin Abdul Malik bin Marwan.
2. Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah
berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara
orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia
adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di
Karbala dengan mata kepalanya sendiri.
3. Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin
dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas
kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.
4. Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin
dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.
5. Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan
Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam
iaitu Ismail bin Abdul Malik.
6. Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain
bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang
tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.
Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan
zuriat.
Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah
menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah,
antaranya ialah:-
(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama Sakinah.
Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus’ab bin Zubair, beliau telah
berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin
Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz
sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid
iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)
(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga
berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.
Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Sayyidina Husain
iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan
persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan
ialah:-
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin
Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu
Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah.
Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut
serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam
pertempuran di medan Karbala .
Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli -ahli sejarah dari
Abu Mukhnaf, Hisyam dan lain–lain tentang kezaliman Yazid di Karbala yang
dikatakan telah memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun air walaupun
kepada kanak–kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain itu
sehingga mereka mati kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara cucu kepada
Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid. Apakah kekejaman–kekejaman yang tidak ada
tolak bandingnya seperti yang digambarkan di dalam sejarah boleh dilupakan
begitu mudah oleh anak – anak cucu orang–orang yang teraniaya di medan Karbala
itu? Apa lagi jika dilihat kepada zaman berlakunya perkahwinan mereka ini, bukan
lagi di zaman kekuasaan keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa pada ketika itu
ialah keluarga Marwan. Di sana tidak terdapat satu pun alasan untuk kita
mengatakan perkahwinan itu berlaku secara kekerasan atau paksaan.
Perkahwinan mereka membuktikan kisah–kisah kezaliman yang
dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain itu
cerita–cerita rekaan oleh Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan
lain–lain.
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali
(yang terkenal dengan Muhammad bin Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan
Said bin Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah. Ayah kepada Lubabah
ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai imam oleh Syiah
Kaisamyyah .
Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan hubungan persemendaaan
yang berlaku di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim terutamanya dari anak cucu
Sayyidina Ali, Hasan dan Husain. Hubungan persemendaan di antara mereka sangat
banyak terdapat di dalam kitab-kitab Ansab dan sejarah. Maklumat lebih lanjut
boleh dirujuk dari kitab–kitab seperti Jamratu Al Ansab, Nasbu Quraisy, Al
Bidayah Wa An Nihayah, Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain–lain .
Sumber : http://syiahmalaysia.blogspot.com/
Artikel terkait dan perlu dibaca :
Konspirasi
Syi’ah Dalam Peristiwa Karbala
al-husain
bin ‘ali bin abi thalib radliyallaahu ‘anhu
Menjawab Tuduhan Dusta yang Mengatakan Bahwa Ahlussunnah
Membunuh Al-Imam Husain
Syiah
Bantai Husain Asyura Karbala Irak [Goresan Pena Tanya Syiah Part 17]
Syiah adalah Pembunuh Sayyidina Husain di Karbala ( 1 )
Syiah adalah pembunuh sayyidina husain di karbala ( 2 )
sikap
yazid terhadap terbunuhnya al husain
Peristiwa Karbala Dalam Pandangan Ahlussunnah Wal Jama’ah
Siapa Sebenarnya yang Menipu Imam Husein? Imam Husein ditipu? ( Lihat comments menarik di : http://hakekat.com/content/view/44/1/ )