Siapa
Pembunuh Khalifah Usman Bin Afan r.a
Usman r.a dilantik menjadi Khalifah ke
tiga pada akhir tahun 23 Hijrah dan memulakan kepimpinannya pada awal Muharam
tahun 24 Hijrah. Usman r.a terbunuh pada hari Jumaat 18 Zulhijah tahun 35
Hijrah – demikian tercatit di dalam Sejarah Khalifah Rasullah oleh Prof
Dr. Amin Qudaah
Daripada Ibnu Umar Nabi s.a.w berkata:
“Sesungguhnya para malaikat
malu kepada Usman seperti mereka malu pada Allah dan rasulnya.”
Nabi s.a.w melalui hadis nya
telah memberi khabar bahawa Umar r.a dan Usman r.a akan mati syahid. Satu
ketika nabi bersama kedua sahabatnya itu nak ke Bukit Uhud, tiba-tiba
bukit Uhud bergoncang, maka bersabdalah nabi s.a.w:
“Bertenanglah wahai Bukit Uhud,
tidak ada di atas kamu kecuali seorang nabi dan dua orang yang akan mati
berjuang ( syahid)”
Pada hari syahidnya Usman r.a
beliau berpuasa. Beliau memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau bermimpi:
“Sesungguhnya aku telah melihat
Rasulullah s.a.w , Abu Bakar dan Umar dalam mimpiku, mereka berkata kepada ku,
“ Bersabarlah! Engkau akan berbuka puasa disisi kami nanti”.
Kerana itu Usman r.a telah memakai
seluar, sedangkan sebelum itu beliau tidak pernah memakai seluar. Beliau tidak
pernah memakai seluar sejak sebelum Islam dan selepas Islam. Beliau memakainya
kerana takut terdedah auratnya apabila syahid.
Semasa dibunuh Usman r.a sedang membaca
al Quran.
Dr. Mohd.
Asri Zainul Abidin di dalam bukunya Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w
meyebut Pembunuh Usman r.a ialah seorang yang bergelar al-Mar’u al-Aswad. Beliau memetik pekara ini daripada kitab Ibn Al-Arabi,
Al-Awasim min al-Qawasim halaman 141.
Dr. Mohd.
Asri menambah dengan mengutip tulisan Muhibb al-Din al-Khatib dalam
kitabnya Ta’liqat al-Awasim min al-Qawasim halaman 141 mengatakan “kemungkinan al-Mar’u al-Aswad itu adalah ‘Abd Allah ibn Saba’. Ini
kerana pada masa itu ‘Abd Allah ibn Saba’ turut hadir bersama para
pemberontak. Tujuan nama itu digunakan untuk mengelirukan orang ramai.”
Rujukan:
Sejarah
Khalifah Rasullah oleh Prof Dr. Amin Qudaah
Pertelingkahan
Para Sahabat Nabi s.a.w oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Al
Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Katsir
Kronologi
Pembunuhan Utsman Radhiyallahu ‘anhu
Kronologi
Pembunuhan Utsman Radhiyallahu ‘anhu[1]
Pengepungan berlanjut hingga pagi hari jumat, yang bertepatan
dengan 12 Dzul Hijjah 35 H. Pada waktu itu Utsman Radhiyallahu ‘anhu sedang
duduk dirumahnya bersama para sahabat yang berjumlah banyak sekali dan selain
mereka yang ingin membela dan melindungi beliau dari kebengisan para pendemo
tersebut. Dan Utsman Radhiyallahu ‘anhu telah memeritahkan mereka untuk keluar
dari rumah dan melarang mereka untuk membelanya, namun mereka tetap
berkeinginan membela beliau, seperti yang telah disebutkan.
Dan terkahir kali, beliau dapat
menjadikan mereka menerima perintah beliau, hingga mereka semua keluar dari
rumah dan membiarkan beliau sendiri dengan para pendemo itu. Tidak ada yang
tersisa dirumah melainkan Utsman dan keluarganya saja. Tidak ada lagi seorang
pun yang menjaga Utsman. Lalu beliau membuka pintu rumah.[2]
Pada saat itu beliau Radhiyallahu
‘anhu sedang berpuasa, lalu tiba-tiba masuk seseorang yang tidak disebutkan
namanya. Ketika dia melihat beliau Radhiyallahu ‘anhu dia berkata : “Antara aku
dan engkau adalah kitabullah”, kemudian dia keluar dan meninggalkan Utsman.
Tidak berselang lama, masuk seseorang dari Bani Sadus yang dijuluki sebagahi Al- Maut Al-Aswad [3](Kematian hitam), lalu dia mencekik
beliau dan cekikannya seperti tebasan pedang. Dia berkata : “Demi Allah, aku
tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lembut dari lehernya. Aku telah
mencekiknya, hingga aku melihat nafasnya seperti jin yang mengalir di
tubuhnya”.[4]
Kemudian dia menebaskan pedangnya kepada beliau, dan Utsman
Radhiyallahu ‘anhu pun menangkisnya dengan tangan beliau, hingga terputus. Lalu
Utsman berkata : “Demi Allah, ini adalah tangan yang pertama kali menuliskan
ayat-ayat Al-Qur’an”. Yang demikian itu, karena beliau termasuk para penulis
wahyu (al-Qur’an) dan beliau termasuk orang pertama yang menulis mushaf dengan
diturunkan langsung oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau
terbunuh dan mushaf berada didepan beliau.
Darah mengalir dari potongan tangan beliau hingga mengenai
mushaf yang berada didepan beliau yang sedang beliau baca. Darah tersebut jatuh
pada firman Allah :
“Maka Allah
akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui. “
[QS.Al-Baqarah : 137][5].
Ketika pembunuh Utsman –orangnya
hitam- telah selesai, dia mengangkat atau membentangkan tangannya didalam
rumah, seraya berkata : Akulah pembunuh Na’tsal.[6] 30
Ruh beliau yang suci itu pun
naik kepada Rabnya dengan penuh keridhaan dan mengadukan kedzaliman para
pelakunya. Semoga keridhaan Allah bagi Utsman dan semoga Allah memasukkannya
kedalam surga-Nya yang luas bersama Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wa Sallam serta para sahabat-sahabat beliau. Dan beliau wafat pada hari
jumat pagi 12 Dzul Hijjah .
[1] Dipetik
dari buku Khalifah Yang Terzhalimi oleh Ustadz ‘Abdurrahman at-Tamimi ,
terjemahan oleh Team Abu Salama
[2] HR.Kholifah dalam At-Tarikh 174-175 dari riwayat
Abu Sa’id dengan sanad yang shahih atau hasan.
[3] Rujuk https://aburedza.wordpress.com/2010/10/08/siapa-pembunuh-khalifah-usman-bin-afan-r-a/ Dr Mohd Asri menulis sebagai al-Mar’u al-Aswad.
[4] HR.Ibnu Sa’ad didalam Ath-Thobaqaat
3/70-75, Ibnu Asaakir dalam Tarikh Dimasyq (biografi Utsman) 389-391,
Khalifah dalam at- Tarikh 174 dari riwayat Sa’id maula Abu Usaid, dengan sanad
yang shahih atau hasan, dan Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thobaqaat
[5] HR.Khalifah dalam At-Tarikh 175, Ibnu Asaakir
dalam Tarikh Dimasyq (Biografi Utsman) 4200 dari riwayat Abdullah bin Syaqiq
yang bertemu dengan Abdullah Al- Haritsah. Didalam riwayat ini Abu Harits
melihat darah tersebut mengenai mushaf, dan sanadnya sampai kepadanya
[6] Sanadnya shahih. Na’tsal adalah julukan yang
diberikan oleh para pemberontak kepada Utsman, karena beliau mirip dengan
seorang dari Mesir yang bernama Na’tsal, dan dia panjang jenggotnya
Baca juga :
FITNAH TERBUNUHNYA
UTSMAN BIN AFFAN Radhiyallahu ‘anhu, MENJAWAB KERANCUAN