Monday, June 1, 2015

Antara Al-Siddiq Dan Al-Sadiq: Hubungan Sebenar Keluarga Abu Bakar Dan Ali R.A.

Ramai orang tidak mengetahui tentang hubungan kekerabatan di antara sahabat-sahabat Rasulullah  s.a.w. terutamanya di antara Abu Bakar dan Ali.
Setelah Abu Bakar meninggal dunia, Ali telah mengahwini isteri beliau Asma binti ‘Umais bin Ma’d bin al-Harith. Sebelum berkahwin dengan Abu Bakar, beliau menjadi isteri Ja’far bin Abi Talib, iaitu saudara kandung Ali. Hasil daripada perkahwinan dengan Ali, Asma memperolehi anak lelaki bernama Yahya.[i][1] Asma sentiasa mendampingi Fatimah sehingga di saat hampir kewafatannya[ii][2] dan beliau turut mengambil bahagian dalam memandikan jenazah Fatimah.[iii][3]
Hasil perkahwinan Abu Bakar dan Asma, Muhammad bin Abu Bakar dilahirkan. Sewaktu kewafatan Abu Bakar beliau masih lagi kecil. Oleh itu, dengan perkahwinan Ali dan Asma, Muhammad menjadi anak tiri beliau. Ali mendidik Muhammad bersama-sama dengan dua anak lelakinya Hasan dan Husin, ketika itu Umar menjadi khalifah.
Setelah pembukaan Madain, dua orang puteri Kisra, Yazdejrad telah ditawan dan dibawa ke Madinah. Sebelum memasuki Madinah mereka berdua telah diajak mengucap dua kalimah syahadah. Setelah berlaku pemesyuaratan antara Umar, Ali dan sahabat besar yang lain, kedua-dua puteri itu dikahwin dengan anak-anak sahabat. Seorang berkahwin dengan anak Ali, Husain dan yang kedua dikahwinkan dengan Muhammad bin Abu Bakar, anak tiri Ali. Melalui perkahwinan-perkahwinan ini, Husain memperolehi Ali Zainul Abidin manakala Muhammad memperolehi al-Qasim. Dengan ini, Ali Zainul Abidin dan al-Qasim merupakan sepupu di sebelah ibu. Kemudian berlaku persemendaan antara Husain dan Muhammad di mana cucu Husain, Muhammad al-Baqir berkahwin dengan cucu Muhammad, Ummu Farwah yang melahir Ja’far al-Sadiq.[iv][4] Nama Ummu Farwah ialah Asam binti Abdul Rahman bin Abu Bakar. Dengan ini, di sebelah bapanya silsilah keturunan Ja’far al-Sadiq adalah dari Bani Hasyim manakala sebelah ibunya dari keluarga Abu Bakar.
Perlu diberi perhatian, ‘Aisyah, anak perempuan Abu Bakar dan juga isteri Rasulullah s.a.w. adalah adik beradik kepada datuk Ja’far al-Sadiq, Muhammad bin Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Abu Bakar. Dengan ini, ‘Aisyah mempunyai pertalian darah dengan Ja’far al-Sadiq. Beliau (Ja’far al-Sadiq) merupakan tokoh ilmu yang unggul dan memperolehi ilmu daripada tokoh-tokoh besar seperti al-Qasim, al-Zuhri dan ‘Ata’. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik pernah menjadi murid beliau. Beliau juga mewarisi ilmu daripada nenek beliau ‘Aisyah melalui ‘Urwah bin al-Zubair yang mendapat didikan dari ‘Aisyah sendiri.
Di zamannya, Ja’far menjadi tempat rujukan bagi ulama dan beliau adalah seorang yang benar sehingga tidak pernah diketahui bahawa beliau pernah berdusta. Oleh kerana itu, beliau digelar al-Sadiq. Jika datuk di sebelah ibunya, Abu Bakar terkenal dengan sifat benar dan amanah bersama-sama Rasulullah s.a.w., maka tidak hairanlah cucu beliau, Ja’far al-Sadiq terkenal juga dengan sifat benar.
Ini kerana ibunya adalah Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar dan ibunya Farwah, Asma binti Abdul Rahman bin Abu Bakar.
Ja’far al-Sadiq diriwayatkan pernah berkata: Abu Bakar telah melahirkanku dua kali.[v][5]
Carta 1 di bawah berikut dapat menjelaskan maksud  kata-kata Ja’far al-Sadiq itu.
carta 1
Hubungan persemendaan yang rapat di antara mereka ini boleh dilihat dengan lebih jelas lagi melalui carta 2 sebagaimana berikut.
carta 2
 carta 3
1.
        Rasulullah s.a.w. mengahwini ‘Aisyah binti Abu Bakar. (1-a dan 1-b)
2.     Hasan bin Ali, cucu Rasulullah s.a.w. mengahwini Hafsah binti Abdul Rahman bin Abu Bakar.[vi][6] (2-a dan 2-b)
3.     Ishaq bin Ja’far bin Abi Talib, berkahwin dengan Ummu Hakim binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq. (3-a dan 3-b)
4.     Muhammad al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin al-Husain bin Ali bin Abi Talib berkahwin dengan Ummu Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq. (4-a dan 4-b)
5.     Musa al-Jawn bin Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Muthanna bin al-Hasan al-Sabt bin Ali bin Abi Talib mengahwini Ummu Salamah binti Muhammad bin Talhah bin Abdullah bin Abdul Rahman bin Abu Bakar al-Siddiq. (5-a dan 5-b)
Keakraban mereka dapat dilihat dengan jelas lagi apabila Ahli Bait menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar.
1.     Ali bin Talib menamakan  anaknya dengan Muhammad yang dikunyahkan dengan Abu Bakar.[vii][7] Ibu Abu Bakar bernama Laila binti Mas’ud dari Bani Taym yang juga merupakan keluarga /keturunan Abu Bakar al-Siddiq.
2.     Abu Bakar bin al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Beliau telah syahid di Karbala’bersama dengan bapa saudaranya, al-Husain.[viii][8]
3.     Abu Bakar Ali Zainul ‘Abidin bin al-Husain. Ini merupakan kunyah bagi Ali Zainul ‘Abidin, imam yang keempat menurut Syiah. Hal ini disebutkan oleh ramai penulis Syiah.[ix][9]
4.     Abu Bakar Ali bin Musa al-Kazim bin Ja’far al-Sadiq. Kunyah Ali al-Ridha ini disebutkan oleh Nur al-Din al-Tabarasi di dalam al-Najm al-Thaqib fi Alqab wa Asma’ al-Hujjah al-Ghaib.
5.     Abu Bakar bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Talib. Ini disebutkan di dalam Ansab al-Asyraf dan Tarikh Khalifah al-Khayyat.
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, adalah tidak wajar bagi golongan Syiah yang mendakwa mereka menyintai Ahli Bait sedangkan dalam masa yang sama mereka memaki hamun Abu Bakar dan keluarganya. Mereka itu tidak lain adalah nenek moyang imam-imam dua belas yang didakwakan. Seringkali Syiah menggambarkan layanan yang buruk yang telah diberikan oleh Abu Bakar terhadap ahli keluarga Ali. Walhal sebenarnya tidak begitu. Keakraban dan kemesraan antara dua keluarga yang mulia ini disaksikan oleh sejarah dengan adanya hubungan persemendaan antara mereka. Apatah lagi Ali dan keluarganya menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar. Kebencian Syiah terhadap para sahabat tidak lain adalah sebagai bukti, bahawa Syiah adalah satu agenda musuh Islam yang memutarbelitkan istilah dan konsep cinta kepada Ahli Bait untuk mencipta agama baru yang menghancurkan kemurnian dan rahmat Islam.
Daripada perbincangan di atas jelas menunjukkan hubungan kekeluarga Abu Bakar dengan keluarga Rasulullah s.a.w. Apakah mungkin asal gelaran kepada Ja’far itu al-Siddiq seperti datuknya Abu Bakar al-Siddiq tetapi telah ditenggelamkan supaya tidak terlintas bahawa beliau dari keturunan Abu Bakar? Atau mungkin gelaran al-Sadiq sebagai isyarat bahawa beliau cucu Abu Bakar yang mempunyai persamaan sifat benar tetapi kita cuai dari memikir hubungan sebenar mereka berdua.
.
[i][1] Syaikh Mufid, al-Irsyadhal.354
[ii][2] al-Arbali, Kasyf al-Ghummah, jld.1 hal.503, al-Majlisi, Bihar al-Anwarjld.43hal.213 dan al-Tusi, Tahzib al-Ahkam, jld.1 hal. 469, al-Tusi, al-Amali, jil.1 hal.107
[iii][3] Silsilah A’lam al-Hidayah, jld.3 hal.188Bihar al-Anwarjld.43 hal.192
[iv][4] al-Kulayni, Kitab al-Hujjah min al-Usul fi al-Kafi, jil.1 hal.472. Biografi Ja’far al-Sadiq boleh dilihat dalam tulisan al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’ dan Tarikh al-Islam.
[v][5] Ibn ‘Unbah, ‘Umdah Talibhal.195
[vi][6] Muhammad al-A’lami al-Hairi, Tarajim A’lam al-Nisa’hal.260, 273 dan 278, Abu Nasr al-Bukhari, Sirr Silsilah al-‘Alawiyyahhal.20
[vii][7] al-Irsyadhal.186, al-Ya’qubi, Tarikh al-Ya’qubi, jil.2 hal.213, al-Asfahani, Maqatil al-Talibiyyinhal.142
[viii][8] al-Irsyadhal.248, al-Qummi, Muntaha al-amal, jil.1 hal.544
[ix][9] Sila rujuk al-Jazairi, al-Anwar al-Nu’maniyyah.

Hubungan 12 Imam Syiah Dengan ImamMazhab Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

12 Orang yg diklaim Syiah Imamiyah sbg Imam Ahlu Bait mereka adlh..
1. Ali bin Abi Thalib … lahir di Makkah – Wafat 40 H
2. Hasan bin Ali … lahir di Madinah – Wafat 50 H
3. Husain bin Ali .. lahir di Madinah – Wafat 61 H
4. Ali bin Husain … lahir di Madinah – Wafat 95 H
5. Muhammad al-Baqir … lahir di Madinah – Wafat 114
6. Ja’far ash-Shadiq … lahir di Madinah – Wafat 148
7. Musa al-Kadzim … lahir di Madinah – Wafat 183 H
8. Ali ar-Ridha … lahir di Madinah – Wafat 203 H
9. Muhammad al-Jawad … lahir di Madinah – Wafat 220 H
10. Ali al-Hadi … lahir di Madinah – Wafat 254 H
11. Hasan al-Asykari … lahir di Madinah – Wafat 260 H
12. Muhammad bin al-Asykari .. Samarra, Irak –  (Lahir 255 H atau 868 M – Masih Hidup) 
Muhammad bin al-Asykari adalah satu2nya Imam Syiah yg lahirnya di luar dua Kota Suci Makkah atau Madinah.. dan oleh Sunni diragukan pernah dilahirkan..
sedangkan sisanya.. sbagian besar Imam2 Syiah besar di Kota Madinah.. bahkan Ali bin Abi Thalib.. bnyak mendapat siraman ilmu dan amal Jihad Fi Sabilillah ketika di Madinah…
SYIAH 12 IMAM MEMPUNYAI KITAB
1. Al-Kafi – sekitar 16000 hadits
INI ADALAH KITAB HADITS UTAMA
Penulis : Abu Ja’far Muhammad bin Ya’qub al-Kulaini ar-Razi
Wafat : 329 H
Penulis Al Kafi alias Al Kulaini.. dilahirkan 259 H di kampung yang bernama al-Kulain atau al-Kulin di Ray Iran.. tepat 1 tahun sblum Imam ke sebelas yaitu Hasan al-Asykari wafat. Jadi Al Kulaini dipastikan tdk pernah bertemu ke sebelas Imam Syiah Imamiyah dan diragukan bertemu yang ke 12 karena menurut kabar.. Imam ke 12 ini ghaib 9 tahun setelah kelahirannya…
2. Man la yahdarul fiqh – Terdapat sekitar 6000 hadits
INI ADALAH KITAB FIQH UTAMA..
Penulis : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husein
Wafat : 381 H
Sama seperti Al Kulaini.. Abu Ja’far yg biasa dipanggil Ash Shaduq ini lahir 305 H.. sehingga mustahil bertemu 11 Imam dan kecil kmungkinan bertemu Imam Ghaib Syiah…
KITA BANDINGKAN DENGAN AHLU SUNNAH…
FIQH
1. Imam Hanafi ( 80 H –  148 H )
Pernah bertemu dengan sahabat Nabi bernama Anas bin Malik dan pernah berguru kepada Imam Jafar Ash Shadiq yang sangat terkenal dalam keilmuwannya terutama dalam bidang Fiqh..
2.  Imam Malik ( 93 H – 179 H )
Imam Malik lahir dan meninggal di Madinah… dan pernah berguru kepada Imam Jafar Ash Shadiq.. melihat hidup Imam Malik banyak dihabiskan di Madinah.. dipastikan Imam Malik banyak bertemu dan bergaul dengan Imam Jafar Ash Shadiq (83 H – 148H) yang juga lahir dan meninggal di Madinah.. perbedaan usia Imam Jafar Ash Shadiq dan Imam Malik hanya terpaut 10 tahun.. terlebih Imam Jafar dan Imam Malik sama2 pernah menjadi Ulama Besar di kota Madinah.. dan pastinya sama2 sering berkunjung ke Masjid Nabawi…
3. Imam Syafi’i ( 150 H – 204 H )
Imam Syafei lahir di Gaza Palestina.. tapi oleh ibunya dibawa ke Makkah demi menyelamatkan nasabnya… ada hadits yg berbunyi…
 “Hanyalah kami (yakni Bani Hasyim) dengan mereka (yakni Bani Mutthalib) berasal dari satu nasab. Sambil beliau menyilang-nyilangkan jari jemari kedua tangan beliau.”
Imam Syafei berguru kepada Imam Malik ketika di Madinah.. maka dipastikan Imam Syafei pernah bertemu dengan Imam Musa Al Kazim (128H – 183H)  yang lahir dan besar di Madinah…
4. Imam Ahmad bin Hanbal ( 164 H – 241 H )
Beliau adlh Imam Mahzab ke empat.. berguru kepada kepada Imam Syafei.. dan juga pernah berguru ilmu hadits kepada Imam Ali bin Jakfar atau dikenal dengan nama Ali al-Uraidhi
Imam Ahmad ini sebagai Imam Mahzab terakhir ternyata mempunyai murid yang semuanya menjadi Ahli Hadits..
diantaranya…
1. Imam Bukhari..
2. Imam Muslim..
4. Imam Abu Dawud..
5. Imam An Nasai..
6. Imam At Tirmidzi..
7. Imam Ibnu Majah..
Kesemuanya diatas adlh orang2 yg pernah berguru kepada Imam Ahmad bin Hanbal… 
Makanya… wajar klo Habib Munzir Al Musawa pernah bilang.. klo ingin melihat Fiqh Jakfariyah.. maka telusurilah nasabnya dari ke empat mahzab ahlu sunnah…
IMAM ALI BIN JAKFAR YANG SERING DIKENAL DENGAN NAMA ALI AL-URAIDHI
Imam Ali bin Jakfar adlh anak dari Jakfar bin Muhammad Ash Shadiq…  beliau terkenal sbg ahli hadits.. bnyk para ulama hadits yg meriwayatkan hadits dari beliau..
beliau salah satu guru Imam At Tirmidzi.. disamping Imam At Tirmidzi berguru kepada Imam Ahmad.. di dalam kitab hadits Imam At Tirmidzi meriwayatkan hadits dari beliau..
Di bawah salah satu contoh hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ali Al Uraidhi yg terdapat dalam kitab2 hadits ahlu sunnah adlh..
 “Sesungguhnya Nabi SAW memegang tangan Hasan dan Husain, sambil berkata, ‘Barangsiapa yang mencintaiku dan mencintai kedua orang ini dan ayah dari keduanya, maka ia akan bersamaku di dalam kedudukanku (surga) pada hari kiamat.’ “
Selain Imam At Tirmidzi .. Imam Ahmad bin Hanbal pun dalam kitab musnadnya meriwayatkan hadits dari beliau.
Ibnu Hajar salah satu Ulama Mahzab Imam Syafi yang sangat terkenal berkata di dalam kitabnya At-Taqrib, “Ali bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husain adalah salah seorang tokoh besar pada abad ke-10 H…”
By Awi Sirep


Jakim: Semua ajaran Syiah di M’sia menyeleweng

  • Nurrul Huda Ahmad Lutfi, Bernama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Beliau berkata berdasarkan kajian Jakim, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.
“Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:
  • Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
  • Tidak ada Solat Jumaat.
  • Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
  • Menghalalkan nikah muta’ah.
  • Menolak Ijmak Ulama.
  • Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah SAW.
  • Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW.
Dengan memberi contoh nikah Muta’ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan Ijmak Ulama.
Katanya nikah Muta’ah telah diharamkan Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.
“Ini menunjukkan dengan jelas bahawa ajaran mahupun fahaman Syiah ini bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang Islam,” katanya.
Beliau berkata merujuk kembali kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa memperakukan ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
“Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
“Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang,” katanya.
Mengulas lanjut, Othman berkata pengaruh ajaran mahupun fahaman kumpulan Imam Dua Belas itu menular ke negara ini menerusi bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pensyarah universiti tempatan memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman itu secara serius kepada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.
“Selain itu, daripada segi ideologi juga, umat Islam negara ini mungkin nak jalan yang mudah dalam agama dan tertarik dengan tawaran serta ganjaran yang ditawarkan Syiah.
“Faktor-faktor menarik masyarakat Islam ialah dengan tawaran beberapa kemudahan seperti Solat Jumaat tidak ada, boleh solat tiga waktu sahaja dan nikah muta’ah…boleh kahwin dengan isteri orang, mahar terlalu remeh, dengan selipar pun ada kita dapat maklumat, benda-benda macam itu, mereka hendak ambil mudah dalam soal beragama,” katanya.
Apabila ditanya mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia yang dikatakan menjangkau ratusan ribu, Othman berkata hasil dapatan Jakim menerusi sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati setakat ini bilangan sebenar pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia ialah kira-kira 2,000 orang.
“Ini angka kita (Jakim) dengan berasaskan laporan polis, kalau kata 10 orang, maka lengkap dengan namanya, alamatnya…saya cuba pertikai dengan pembentangan angka ini yang dibuat pegawai saya kerana dalam majlis pembentangan yang besar, majlis tidak setuju dengan angka yang Jakim bagi ini.
“Kemudian saya suruh pegawai itu semak semula dengan pihak polis, adakah kita boleh ubah angka ini, tetapi pihak polis kata ‘tidak boleh’ ubah angka ini, kekal…jadi masih kuat angka kira-kira 2,000 orang ini. Bukan seperti yang digembar-gemburkan sehingga 250,000 pengikut Syiah,” katanya.
Othman menegaskan jumlah besar yang sengaja digembar-gemburkan itu adalah permainan pengikut Syiah yang mahu menunjukkan mereka ramai dan kuat serta kukuh bertapak di Malaysia.
Beliau berkata hakikatnya bilangan yang pernah dimaklumkan sebelum ini mencecah ratusan ribu itu adalah mengambil kira pelancong Iran dan pelajar luar negara yang belajar di Malaysia.
“Justeru, saya ingin mengingatkan pihak media dan masyarakat Malaysia supaya jangan mudah melatah dengan angka berkenaan. Daripada segi jumlah pengikut Syiah ini, pihak Jakim masih lagi berterusan menjalankan kajian bersama-sama pihak berkuasa keselamatan.
“Mereka dilihat ramai dalam aktiviti mereka contohnya apabila berkumpul dari seluruh negara dalam menjayakan aktiviti pengajian mereka sehingga menjadikan jumlah mereka mencecah 500 orang,” katanya.
Bagaimanapun, Othman berkata penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan namun masih terkawal.
Beliau menegaskan penyebaran Syiah boleh diumpamakan sebagai ‘barah’ di negara ini dan perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahkanbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.
“Sebab itu kita minta agensi yang berkaitan mengambil berat daripada segi penyebaran ajaran Syiah ini. Pengikut Syiah di Malaysia tidak ramai, ada lebih kurang 2,000 sahaja tetapi mereka ini seolah-olah semakin berani…macam barah,” katanya.
Sehubungan itu, Othman berkata pelbagai pendekatan dan usaha yang telah dilakukan Jakim untuk menangani isu Syiah di negara ini supaya tidak terus berkembang meluas dalam kalangan umat Islam negara ini.
“Kita telah membuat jerayawara…bahagian fatwa telah mengadakan siri seminar, ceramah pendidikan fatwa kepada masyarakat di seluruh negara yang melibatkan penyertaan semua golongan.
“Selain itu, usaha terbaharu Jakim adalah mewujudkan program menangani Syiah seperti bengkel yang dilaksanakan secara bersepadu dan dianggotai oleh agensi penguatkuasa agama seluruh negara, PDRM, Imigresen, pihak universiti dan kementerian,” katanya.
Othman berkata bengkel menangani Syiah itu dilaksanakan untuk merancang modus operandi bagi menangani penyebaran fahaman itu di negara ini.
Selain usaha yang dilakukan Jakim untuk membanteras Syiah, Othman berkata peranan individu menolak fahaman itu juga penting iaitu umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dengan pengaruh fahaman Syiah yang boleh menghancurkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Saya menyeru umat Islam di Malaysia agar menolak ajaran selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, termasuklah menolak Syiah, Bahai, Qadiani dan ajaran sesat lain khususnya yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Fatwa,” katanya.
Di samping itu, katanya, pada masa sama semua pihak juga perlu bijak memilih badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak terjebak dengan NGO yang berorientasikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama.
Othman juga meminta umat Islam negara ini menolak pemimpin dalam sesebuah organisasi yang berfahaman Syiah atau fahaman lain yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Pihak kerajaan juga menyedari adanya pengaruh fahaman Syiah di kalangan masyarakat, pemimpin parti-parti politik, NGO sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai jenis-jenis ajaran Syiah yang ada di negara ini, beliau berkata di Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan yang dibawa masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu.
Bagaimanapun, Othman berkata pengikut kedua-dua jenis Syiah yang merupakan kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak menjalankan dakyah kepada masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang dalam kalangan generasi baru mereka sendiri sahaja.
“Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis Syiah ini bergerak di sekitar Lembah Klang sehingga kini.
“Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di negara ini. Mereka tidak ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah. Mereka hanya menjalankan dakyah dan berkembang dalam kalangan anak-beranak mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama sendiri, ada kubur dan masjid sendiri,” katanya.
Menceritakan mengenai sejarah perkembangan kedatangan ajaran Syiah di negara ini, Othman berkata terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Syiah ke Malaysia atau secara umumnya Nusantara.
Namun begitu, beliau berkata pandangan yang paling tepat adalah unsur aliran Syiah secara jelas mula dikesan sejak abad ke-12 menerusi Dakwah Syeikh Abdullah Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut.
“Ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke alam Melayu ialah fahaman Batiniah, bukannya aliran Imamiyyah.
“Ia adalah pemikiran Syiah Batiniah yang meresap ke dalam pemikiran tasawuf teosofi seperti doktrin wujudiyyah, hulul waittihad, Nur Muhammad, Insan Kamil, Rijal al-Ghayb (Imam Mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh ulama tasawuf seperti Sunan Kalijaga, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, dan Syamsuddin al-Sumaterani,” katanya.
-Bernama

Wasiat Khomeini: Bangsa Iran saat ini lebih baik daripada bangsa Hijaz pada masa Rasulullah SAWW

Khomeini sebelum mati menulis surat wasiat seperti berikut:
Dengan nama-Nya yang Agung,
Surat wasiat ini harap dibacakan kepada rakyat setelah kematian saya oleh anak saya Ahmad. Jika ia berhalangan, harap surat ini dibaca oleh yang terhormat Presiden , atau Ketua Parlemen , atau Ketua Pengadilan Tinggi Negara. Jika mereka semua berhalangan, mohon salah satu dari ulama yang berada di Dewan Penjaga Konstitusi bersedia untuk membacakannya.

Dengan nama-Nya yang Agung,
Bersama surat wasiat sepanjang 29 halaman ini, saya sertakan beberapa ……….
Diantara tulisan nya yang BETUL-BETUL CELAKA DAN HARAM JADAH IALAH KATANYA:
“Saya berani menyatakan bahwa bangsa Iran saat ini lebih baik daripada bangsa Hijaz pada masa Rasulullah SAWW atau masyarakat Kufah pada masa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib dan Husain bin Ali a.s. Bangsa Hijaz pada masa Rasulullah SAWW, meskipun telah menjadi muslim, mereka tidak mematuhi Rasulullah. Dengan berbagai dalih, mereka menolak untuk maju ke medan perang, sehingga Allah menurunkan ayat-ayat dalam Surah Al Taubah yang mengecam mereka dan menurunkan azab bagi mereka. Mereka sangat suka berbohong sampai-sampai Rasulullah -sebagaimana disebutkan dalam riwayat-mengutuk mereka di atas mimbar.
Begitu pula rakyat Irak dan Kufah pada zaman Imam Ali dan Imam Husein. Mereka sedemikian buruk berperilaku terhadap Amirul Mukminin dan tidak mau mematuhinya, sampai-sampai keluhan Amirul Mukminin terhadap mereka terkenal dalam catatan sejarah. Kaum Irak dan Kufah juga melakukan pengkhianatan terhadap Sayyidusy-Syuhada Husain bin Ali a.s. sehingga terjadilah apa yang telah terjadi, yaitu pembantaian terhadap Imam Husain dan keluarga beliau di Padang Karbala. Mereka yang tidak menodai tangan mereka dalam peristiwa pembantaian itu adalah mereka yang lari dari medan perang atau duduk berdiam diri sehingga kejahatan sejarah itu terjadi.”
wasiat khomeini
INI KAH GAMBARAN IMAM SYIAH YANG MENJADI IKUTAN ORANG SYIAH SEKARANG? SEDANGKAN ALQURAN MERAKAMKAN:
QS 3:110  ” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.“

Ulama Besar Syiah: Abu Thalib Tidak Meninggal Sebagai Mukmin!

MENGHUJAT ABU HURAIRAH, MENGHUJAT KITAB SENDIRI .APAKAH ULAMA SYIAH DIBAYAR BANI UMAYAH?

Kata abdul husein, Abu Hurairah termasuk orang bayaran bani Umayah untuk menjelek-jelekkan Ali dan keturunannya.
Abu Hurairah meriwayatkan hadits tentang Abu Thalib yang menolak bersyahadat saat wafatnya. Tapi abdul husein tidak bisa menerimanya. Katanya:
Hadis ini adalah  satu dari banyak hadis yang dibuat oleh para tentara bayaran untuk menyanjung musuh-musuh Ali dan keturunannya. Bani Umayyah mencoba apa pun yang mungkin untuk menyebarkannya.
Artinya, hadits ini adalah palsu, buatan orang-orang bayaran Bani Umayyah.
Dalam Tafsir Al Qummi: surat Al Qashash ayat 56. Al Qummi berkata:
ayat ini turun mengenai Abu Thalib, Rasulullah berkata padanya: wahai paman, katakan Laa ilaaha illallah, aku akan bisa berguna bagimu di hari kiamat, Abu Thalib menjawab: wahai keponakanku, aku lebih mengenal diriku, ketika meninggal dunia, Abbas bersaksi bahwa dia mengucapkannya saat meninggal. Kata Rasulullah: aku tidak mendengarnya, dan aku berharap dapat berguna baginya di hari kiamat nanti.
Fadhlullah Ar Rawandi, seorang ulama syiah, dalam kitabnya berjudul Nawadir Ar Rawandi hal 10 berkata: Rasulullah bersabda: orang yang paling ringan siksanya adalah pamanku, aku mengeluarkannya dari dasar neraka sampai ke lembahnya, dia mengenakan dua sandal dari api, membuat otaknya mendidih.
Al Majlisi menukil dari Ibnu Abil Hadid dalam syarah Nahjul Balaghah:
manusia berselisih tentang keislaman Abu Thalib. Imamiyah dan Zaidiyah berpendapat: mereka berdua mati dalam keadaan muslim. sebagian guru kami dari kalangan Mu’tazilah juga meyakini pendapat itu, di antaranya: Abu Qasim Al Balkhi, Abu Ja’far Al Iskafi dan lainnya. Sementara kebanyakan manusia, yaitu dari kalangan ahli hadits dan kebanyakan guru kami dari basrah dan lainnya: dia mati di atas agama kaumnya, dan mereka meriwayatkan hadits yang terkenal: bahwa Rasulullah bersabda menjelang matinya Abu Thalib: wahai pamanku, katakan Laa Ilaaha Illallah, kalimat yang akan kujadikan saksi di hadapan Allah kelak di hari kiamat. Jawab Abu Thalib: Jika bukan karena aku takut orang arab mengatakan bahwa Abu Thalib takut saat mati, aku akan mengatakannya. Dan diriwayatkan bahwa Abu Thalib berkata: aku berada pada agama orang-orang tua, dikatakan juga bahwa dia berkata: aku berada pada agama Abdul Muthalib, dan ada lagi yang mengatakan bahwa Abu Thalib mengatakan lainnya.
Banyak ahli hadits meriwayatkan bhawa firman Allah : at taubah 113-114, turun berkenaan dengan Abu Thalib, karena Rasulullah memohonkan ampunan untuknya setelah dia mati.
Mereka juga meriwayatkan bahwa ayat : sesungguhnya engkau tidak bisa memberi petunjuk pada orang yang kau suka. adalah turun berkenaan Abu Thalib.
Mereka juga meriwayatkan bahwa Ali datang menemui Rasulullah setelah wafatnya Abu Thalib, dan berkata: pamanmu yang sesat telah mati, apa perintahmu kepadaku? Dan mereka berhujjah bahwa tidak pernah Abu Thalib terlihat melakukan shalat, dan shalat adalah pembeda antara muslim dan kafir, juga Ali dan Ja’far tidak mengambil harta warisannya sedikitpun.
Mereka meriwayatkan bahwa Nabi bersabda: sesungguhnya Allah telah menjanjikanku untuk meringankan azabnya karena jasanya padaku, dia berada di lembah neraka. Mereka juga meriwayatkan bahwa ada yang berkata pada Rasulullah shallallahualaihiwasallam  : alangkah baiknya jika engkau memohonkan ampunan untuk ayah dan ibumu, Rasulullah shallallahualaihiwasallam menjawab: jika aku memohonkan ampunan bagi mereka berdua, aku akan memohonkan ampunan bagi Abu Thalib, karena dia telah berbuat apa yagn tidak dilakukan oleh ayah dan ibuku.Dan  Abdullah, Aminah serta Abu Thalib berada di salah satu kamar neraka.
Biharul Anwar jilid 35 hal 155.
Nukilan di atas adalah dari para ulama syiah.
Apakah para ulama syiah di atas juga orang bayaran Bani Umayah?
TULISAN DI ATAS MENJAWAB SANGAHAN SEORANG PEMBACA, AKE WEHA, MELALUI TULISAN BELIAU YANG SAYA TURUNKAN DI BAWAH INI:
(AKE WEHA MENULIS KEPADA SAYA SEBAGAI RESPON KEPADA TULISAN SAYA: ABU THALIB BIN ABDUL MUTALIB : MUKMIN ATAU KAFIR ?)
APAKAH ANDA BEGITU YAKIN DENGAN REFERENSI TENTANG PENGKAFIRAN TERHADAP ABU THALIB AYAHANDA DARI IMAM ALI SEKALIGUS PEMELIHARA SANG YATIM PIATU YAITU RASULULLAH SAW?
SILAHKAN ANDA BELAJAR DAN BELAJAR LAGI SERTA MAU MENDENGAR , SEBELUM KEMATIAN MENDATANGI ANDA DAN MENINGGALKAN WEBSITE INI DENGAN INFO TIDAK SEIMBANG.
BUKANKAH SEBAIK-BAIKNYA YATIM PIATU ADALAH RASULULLAH SAW , DAN SEBAIK-BAIKNYA PEMELIHARA YATIM PIATU ADALAH ABU THALIB.
SESUNGGUHNYA, ILMU TENTANG KEMULIAAN ABU THALIB DITUTUPI OLEH POLITIK ZAMAN UMAYYAH DAN PENCINTANYA.
BELAJARLAH LAGI WALAUPUN ANDA TELAH MERASA DIRI SEBAGAI ULAMA ATAU PUN ORANG YANG BERILMU. BUKANKAH ULAMA LEBIH BERAT TANGGUNG JAWAB NYA DI HARI KIAMAT?

UNTUK ANDA INGAT-INGAT, KALAU SUATU SAAT NANTI ANDA “MASUK SYURGA” MAKA ANDA AKAN MENEMUI BAHWA SELURUH PENGHULU-PENGHULU SYURGA ADALAH KELUARGA NABI YANG UTAMA YAITU:
– Rasulullah SAW
– Khadijah
– Fathimah
– Ali bin Abu Thalib
– Hasan
– Husen

PERLUKAH SAYA MENGIRIM REFERENSI BUAT ANDA?
—Apakah Anda masih mau mendengar atau sekedar study banding sebelum kematian menjemput?———-
Assalaamu’alaikum ya Akhifillah !