Tuesday, August 12, 2014

Syiah Zaidiyah tidak mengkafirkan sahabat? Adakah mereka taqiyyah?

website syiah malaysia http://www.oneahlulbait.com/ iaitu berfahaman Syiah Imamiyah / mazhab Ja`fari. Pecinta ahlul baitMalaysia dan juga ahlul bait Malaysia terasa dihormati bila bersama Syiah kerana hanya Syiah yang menyayangi ahlul bait lebih dari as-syairah+wahabi Malaysia. Akhirnya mereka berfahaman Syiah walaupun mereka tak tahu Syiah dahbanyak menyeleweng. Tapi ada sesetengah ulama berkata, hanya Syiah Zaidiyah sahaja belum sesat. Di mana pula negara yang mengamalkan Syiah zaidiyah? –Di negaraYaman.


Kenapa masih ada yang menganut agama Syiah? Kerana mereka terpedaya dengan satu hadis. Berikut saya sampaikan.

BERITA TERKINI DISEMBER 2012: Pelajar Malaysia di Darul Hadis, Yaman telah syahid. Madrasah Darul Hadis diserang dan dibom oleh Syiah dari Houthi atau secara rincinya, mereka adalah Syiah Zaidiyyah. Ini kerana Syiah Zaidiah berang apabila ulama salaf dan ulama khalaf mula bergabung di Yaman. Dengan penjelasan ringkas ini, tahulah kita bahawa Syiah Zaidiyyah terkeluar dari firqah ahlu sunnah dan mereka tetap tergolong dalam agama Syiah.
Ammar Ad Duhni yaitu Ammar bin Muawiyah Ad Duhni dinyatakan tsiqat oleh Ahmad, Ibnu Ma’in, An Nasa’i, Abu Hatim dan Ibnu Hibban [At Tahdzib juz 7 no 662]. Ibnu Hajar menyatakan ia shaduq [At Taqrib 1/708] tetapi ternyata pernyataan ini keliru dan telah dibetulkan dalam Tahrir At Taqrib bahawa Ammar Ad Duhni adalah seorang yang tsiqat [ Tahrir At Taqrib no 4833]


Umarah binti Af’a termasuk dalam thabaqat tabiin wanita penduduk kufah. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [Ats Tsiqat juz 5 no 4880]. Hanya saja Ibnu Hibban salah menuliskan nasabnya. Umarah juga dikenali dengan sebutan Umarah Al Hamdaniyah [seperti yang diriwayatkan oleh Ath Thahawi dalam Musykil Al Atsar]. Al Ajli menyatakan ia tsiqat [Ma’rifat Ats Tsiqah no 2345].

عن أم سلمه رضي الله عنها قالت نزلت هذه الاية في بيتي إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا قلت يارسول الله ألست من أهل البيت قال إنك إلى خير إنك من أزواج رسول الله صلى الله عليه وسلم قالت وأهل البيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلي وفاطمة والحسن والحسين رضي الله عنهم أجمعين
Dari Ummu Salamah RA yang berkata “Ayat ini turun di rumahku [Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya]. Aku berkata “wahai Rasulullah apakah aku tidak termasuk Ahlul Bait?. Beliau SAW menjawab “kamu dalam kebaikan kamu termasuk istri Rasulullah SAW”. Aku berkata “Ahlul Bait adalah Rasulullah SAW, Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radiallahuanhum ajma’in”.[Al Arba’in Fi Manaqib Ummahatul Mukminin Ibnu Asakir hal 106]

Ibnu Asakir setelah meriwayatkan hadis ini, telah menyatakan bahawa hadis ini shahih. Hadis ini juga menjadi bukti bahawa Ummu Salamah sendiri mengakui bahwa Ahlul Bait yang dimaksudkan dalam Al Ahzab 33 firman Allah SWT [Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya] adalah Rasulullah SAW, Sayyidah Fathimah, Imam Ali, Imam Hasan dan Imam Husain.

Seperti yang kita ketahui, kenyataan Ahlul Kisa sendiri mengakui bahawa merekalah Ahlulbait yang mana kepada mereka ayatul Tathir.

ياأهل العراق اتقوا الله فينا, فإِنا أمراؤكم وضيفانكم, ونحن أهل البيت الذي قال الله تعالى: {إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيراً} قال فما زال يقولها حتى ما بقي أحد في المسجد إِلا وهو يحن بكاءً
Wahai penduduk Iraq bertakwalah kepada Allah tentang kami, kerana kami adalah pemimpin kalian dan tamu kalian dan kami adalah Ahlul Bait yang difirmankan oleh Allah SWT [Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya]. Beliau terus mengingatkan mereka sehingga tidak ada satu orangpun di dalam masjid yang tidak menangis [Tafsir Ibnu Katsir 3/495]

Riwayat Imam Hasan ini memiliki sanad yang shahih. Ibnu Katsir membawakan sanad berikut

قال ابن أبي حاتم: حدثنا أبي, حدثنا أبو الوليد, حدثنا أبو عوانة عن حصين بن عبد الرحمن عن أبي جميلة قال: إِن الحسن بن علي
Ibnu Abi Hatim berkata telah menceritakan kepada kami Ayahku yang berkata telah menceritakan kepada kami Abu Walid yang berkata telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dari Hushain bin Abdurrahman dari Abi Jamilah bahwa Hasan bin Ali berkata [Tafsir Ibnu Katsir 3/495]

Ibnu Abi Hatim dan Abu Hatim telah terkenal sebagai ulama yang terpercaya dan hujjahm manakla perawi lainnya adalah perawi tsiqah

Abu Walid adalah Hisyam bin Abdul Malik seorang Hafizh Imam Hujjah. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat [2/267]. Adz Dzahabi m

Abu Awanah adalah Wadhdhah bin Abdullah Al Yaskuri. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat tsabit [At Taqrib 2/283]. Adz Dzahabi menyatakan ia tsiqah [Al Kasyf no 6049].

Hushain bin Abdurrahman adalah seorang yang tsiqah. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqah [At Taqrib 1/222] dan Adz Dzahabi menyatakan ia tsiqat hujjah [Al Kasyf no 1124]

Abu Jamilah adalah Maisarah bin Yaqub seorang tabiin yang melihat Ali dan meriwayatkan dari Ali dan Hasan bin Ali. Ibnu Hibban menyebutkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 10 no 693]. Ibnu Hajar menyatakan ia maqbul [At Taqrib 2/233]. Pernyataan Ibnu Hajar keliru kerana Abu Jamilah adalah seorang tabiin dan telah meriwayatkan darinya sekumpulan perawi tsiqah bahkan Ibnu Hibban menyebutnya dalam Ats Tsiqat maka dia adalah seorang yang shaduq hasanul hadis seperti yang dibetulkan dalam Tahrir At Taqrib [Tahrir At Taqrib no 7039].

Syiah Zaidiyyah atau Al-Hadawiyah atau Syiah Houthi


Syiah Zaidiyyah atau disebut Al-Hadawiyah merupakan salah satu firqah daripada firqah Al-`Adliyah Al-Qadariyah yang berpegang dengan akidah Al`Adl,iaitu mereka menafikan khalq (ciptaan) Allah Ta`ala pada af`alul `ibad( perbuatan hamba) kononnya atas dakwaan mereka ingin menafikan al-Jabr( -pegangan Jabariyah- bahawa hamba dipaksa oleh Allah dalam perbuatan mereka ) sebagaimana mereka menafikan nas-nas sifat-sifat Zatiyah dan Fi`liyyah.

Namun begitu mereka dianggap oleh sebahagian Ulama` firaq sebagai firqah Syiah yang paling hampir dengan Ahli Sunnah wal Jamaah, di mana mereka menyifatkan mazhab mereka sangat jauh daripada sikap ghuluw(melampau) Syiah Imam Dua Belas(Imamiah) sebagaimana sikap mereka yang disandarkan kepada pengasas mereka iaitu Zaid bin `Ali Zainul `Abdin (wft 80-122H) yang mengiktiraf keimaman Abu Bakar,`Umar dan Uthman  dan mereka tidak mengkafirkan para sahabat Nabi kecuali setelah beberapa lama telah berlaku penyelewengan iaitu mereka menyeleweng daripada prinsip-prinsip serta asas-asas yang telah dibina oleh pengasas mereka Zaid bin `Ali, mereka menolak Khalifah Abu Bakar dan `Umar  mereka berlepas diri daripada Uthman  dan mereka ber`itiqad dengan akidah Raj`ah(kebangkitan semula sebelum kiamat), Kemaksuman Imam-imam dan mereka dalam hal ini akhirnya menyamai Rafidhah (Imamiah).

Syiah Zaidiyyah lebih dikenali dengan houthi/al-hutsiyyun (الحوثيون) di Yemen. Mereka sering menyerang pondok/pesantren Dammaj di Sa'adah. Penempatan mereka di Sha'adah (‏صعدة), Shana'a (صنعاء), Hajjah (حجة), Al-Mahwit (المحويت), 'Amran (عمران) dan majoriti di Al-Jauf (الجوف).

Pada asalnya, Syiah Zaidiyyah tidak mencela para sahabat. Namun begitu, aliran ini telah terpengaruh dengan Imamiah mengakibatkan sebahagian besar dari pengikut fahaman ini berfahaman seperti Syiah Imamiah, malah menentang habis-habis mazhab Hanbali (Salafi) di utara Yemen.

Walau bagaimanapun mereka tetap dikategorikan sesat oleh para Ulama` Islam kerana antara usul Akidah dan furu`mereka, antaranya:

1) Condong kepada akidah muktazilah dalam masalah berkaitan zat Allah,dan pilihan dalam amalan,serta hukum berkenaan pelaku dosa besar, dan mereka menyamai pendapat muktazilah dalam masalah Manzilah baina manzilatain.

2) Mereka membolehkan al-Imamah pada kesemua anak-anak Fatimah,sama ada daripada keturunan Al-Imam Al-Hasan atau Al-Hussain.

3) Tetapi 'kebanyakan' mereka mengakui akan keimaman Abu Bakar dan `Umar, mereka tidak melaknat keduanya sebagaimana yang dilakukan oleh Rafidhah.

4) Mereka tidak membenarkan nikah Mut`ah dan mereka mengingkarinya.

5) Mereka berpandangan sama dengan Syiah Rafidhah dalam zakat Al-khumus dan bolehnya Taqiyyah dalam keadaan terpaksa.

6) Dalam azan mereka ditambah dengan kalimah "Hayya `ala khairil `amal" yang menyamai Syiah Rafidhah.

7) Mereka berpandangan Solat Tarawih adalah bid`ah dan hal ini menyamai Syiah Rafidhah.

8) Mereka menolak solat dibelakang imam yang fajir (zalim).

9) Mereka tidak mengimani akidah Mahdi Al-Muntazar.

10) Mereka berpandangan bahawa wajibnya keluar memberontak ke atas imam yang zalim dan tidak wajib taat kepada mereka.

Rujukan: Al-Mausu`ah Al-Muyassarah Fi Al-Adyan Wal Mazahib Wal Ahzab Al-Mu`asarah, jilid 1 hlm 76

Syiah Zaidiyah memiliki persamaan dengan Ahlu Sunnah. Persamaan tersebut disebabkan kerana sebahagian dari pecahan Syiah Zaidiyah seperti “Shalihiyah dan Batriyah” berpendapat bahawa kepemimpinan itu hendaklah dilakukan secara kontrak dan seleksi (pemilihan umum). Dan mereka menganggap sah kepemimpinan Abu Bakar dan Umar. Alasannya, sebab imam Ali sendiri telah melepaskan jabatan tersebut dan menyerahkannya kepada mereka berdua. Di samping itu, tidak pernah terdengar kalau imam Ali menuntut mereka berdua. Itulah sebabnya, Syiah Zaidiyah dianggap sebagai golongan Syiah yang terdekat dengan Ahlu Sunnah, khususnya pada era awal kemunculannya. Pandangan Syiah Zaidiyah sama seperti pandangan ulama salaf, iaitu mengamalkan seutuh-utuhnya sumber hukum asal iaitu: Al-Quran dan Sunnah. Hal ini ditegaskan oleh Dr. Ibrahim Madkur, dalam pandangannya, Syiah Zaidiyah pada masalah ketuhanan (Uluhiyah) sebenarnya pada era awal pendirian golongan tersebut sangat dekat dengan pandangan Salaf, namun pada perkembangannya -khususnya pengikut Zaidi yahdi Yaman- mereka lebih dekat kepada pandangan golongan Muktazilah.

Dari keterangan di atas dapat disimpulkan,bahawa Syiah Zaidiyah pada era awal lebih dekat kepada Ahlu Sunnah, namun dalam perkembangannya terjadi perubahan dan pergeseran, di mana Syiah Zaidiyah lebih dekat kepada golongan Muktazilah. Oleh kerana itu, Syiah Zaidiyah pada era kebelakangan memiliki perbezaan dengan Ahlu Sunnah pada dua hal, iaitu:

Pertama:
Adanya Kecenderungan Syiah Zaidiyah kepada aqidah Muktazilah. Syahrastani menyatakan bahawa hal ini disebabkan kerana imam Zaid pernah berguru dengan pendiri Muktazilah, iaitu Washil bin ‘Atha. Namun perkara belajarnya imam Zaid kepada Washil di bantah oleh salah seorang ulama Zaidiyah, iaitu Ibnu al-Wazir al-Yamani, ia mengkritik keras pernyataan Syahrastani dan berkata: “Adapun pernyataan Muhammad bin Abdul Karim bin AbiBakar, yang dikenal “Syahrastani” dalam bukunya (al-Milal wa an-Nihal), bahawa imam Zaid mengikuti pandangan Washil bi ‘Atha, dan bahkan ia berguru padanya tentang ajaran Muktazilah, dan ia ikuti ajaran tersebut, ditambah dengan isuterjadinya debat antara imam Zaid dengan saudaranya imam al-Baqir, kesemua hal tersebut adalah tidak terjadi dan merupakan bohong belaka. Dan hal ini diperkirakan hasil penipuan dan kebohongan Rafidhah (imamiyah)".

Sebenarnya perkara bergurunya imam Zaidkepada Washil memang terjadi, namun hal ini tidak patut dijadikan tuduhan bahawa imam Zaid mengikut pandangan Washil, seperti dalam masalah sifat-sifat Tuhan. Ditambah lagi, tidak ditemukannya bukti bahawa imam Zaid berideologikan mazhab Muktazilah. Bahkan sebaliknya, imam Zaid berideologikan mazhab Ahlu Sunnah, dan pengikutnyalah yang berpedomankan ajaran-ajaran Mu'tazilah. Hal ini ditegaskan sendiri oleh imam Ibnu Taimiyah, dan ia meyakinkan kita bahawa imam Zaid menganut ajaran Ahlu Sunnah, sebagaimana ucapannya: "Tidak semua keturunan Fatimah itu diharamkan dari api Neraka, sebab di antara mereka ada yang baik dan ada pula yang buruk, dan nampaknya kebanyakannya yang buruk dari keturunan Fatimah adalah dari kalangan Syiah Rafidah (Imamiyah). Adapun Syiah Zaidiyah yang dipelopori oleh imam Zaid bin Ali bin Husein bin Ali bin Abi Thalib danketurunan Fatimah yang baik-baik, mereka ini adalah Ahlu Sunnah dan mereka mengakui kepemimpinan Abu Bakar dan Umar, sebab mereka tidak bermasalah (tidak mengkafirkan) khalifah Abu Bakar dan Umar".

Senada dengan pandangan ibnu Taimiyah, Syeikh Mahmud Syukri al-Alusi juga menegaskan: "Sesungguhnya imam-imam Ahlu Bait termasuk imam Zaid hakikatnya adalah beraqidah Ahlu Sunnah. Sebab mereka mengikut jejak Ahlu Sunnah dan respek kepada dakwah mereka. Dan para imam Syiahpun sejalan dengan Ahlu Sunnah, bagaimana tidak, imam Abu Hanifah dan imam Malik dan imam lainnya, mereka pun belajar dari para imam mereka" .

Kecenderungan pengikut Syiah Zaidiyah kepada corak pemikiran Muktazilah berlarutan dari era imam Zaid sampai kepada era akhir imam Shaleh al-Muqbali (1108H). Dan imam Shaleh al-Muqbali sendiri berpendapat bahawa pengikut Zaidiyah di Yaman adalah pengikut Muktazilah dalam segala masalah kecuali masalah imamah (politik). Masalah politik sebenarnya masalah fiqh (furu’yah) bukan masalah aqidah, namun dianggap sebagai masalah aqidah (usuliyyah) oleh para ulama teologi Islam, akibat sengitnya permusuhan yang terjadi di antara mereka.

Di lain tempat, imam Shaleh al-Muqbali menunjukkkan adanya kesesuaian aqidah antara Syiah Zaidiyah dengan Muktazilah. Adapun dalam masalah fiqh (furu’iyah), sebenarnya Syiah Zaidiyah berselisih faham antara satu dengan lainnya. Di antara mereka ada yang cenderung kepada mazhab Hanafi, dan ada yang lebih berat kepada mazhab Syafii. Namun dengancatatan, kecenderungan mereka terjadi hanya kerana mereka menemukan kesesuaian dalam salah satu mazhab tersebut bukan kerana taklid kepada imam lain. Dan ada juga di antara mereka yang tidak cenderung ke salah satu mazhab, ini merupakan perkara biasa. Sebagaimana halnya para mujahidinnya, mereka sentiasa melakukan ijtihad sendiri.

Dan fenomena keterbukaan di atas menjadikan Syiah Zaidiyah mazhab yang elastik dan fleksibel. Maka tak hairanlah kalau didapati beberapa ulama Syiah Zaidiyah mengarah kepada Ahlu Sunnah,seperti: Imam Muhammad Ibnu al-Wazir al-Yamani (w 840H), Imam Shalih al-Muqbali(w 1108H), Imam al-Amir as-Shan’ani (w 1182H) dan Imam as-Syaukani (w 1250H),dan perlu diingatkan bahawa kenderungan Syiah Zaidiyah beralih ke mazhab Ahlu Sunnah sangat disayangkan oleh Syeikh Ja’far Subhani (tokoh kontemporari Syiah Imamiyah), di samping itu ada juga yang cenderung kepada Muktazilah, seperti:Imam Yahya bin Hamzah al-‘Alawi (w 749H) dan Imam Ahmad bin Yahya al-Murtadha(w 840H), dan sebahagian dari mereka cenderung kepada Syiah Imamiyah, seperti:Imam al-Qasim ar-Rasy (w 246H), Imam Yahya bin Husain ar-Rasy (w 298H), ImamAhmad bin Yahya bin Husain (w325H), Imam Humaidan bin Yahya (w 656H) dan Imam Ahmad bin Sulaiman (w 566H).

Dan yang menarik perhatian dari fenomena diatas, terdapat beberapa pengikut Muktazilah di Baghdad seperti Muhammad Abdullah al-Iskafi dan lainnya, menamakan diri sebagai penganut atau pengikut Syiah Zaidiyah.

Dari keterangan di atas, nampak jelas betapa eratnya hubungan persahabatan antara Syiah Zaidiyah dengan Muktazilah. Secara peribadi terjalin ikatan hubungan persaudaraan antara imam Zaid danWashil bin 'Atha. Dan hal tersebut dikomen oleh DR. Sulaiman as-Syawasyi dalam bukunya (Washil bin ‘Atha wa Aaraa,uhu al-Kalamiyah), di mana beliau menyebutkan bahawa Washil bin 'Ata sebagai pendiri Muktazilah sebenarnya mempunyai kecenderungan kepada Syiah, namun kecenderungan tersebut hanyalah rasa simpati dan kesetiaan terhadap Ahlu Bait. Dan rasa simpatinya itu tidak sampai kepada tahap ekstrem Syiah (Ghulat Syiah), seperti aliran Rafidhah, Sabaiyah, Kaisaniyah, atau golongan Syiah ekstrem lainnya. Dan sebenarnya rasa simpati kepada Syiah, bukan hanya datang dari kalangan Muktazilah atau Washil berserta pengikutnya saja, tetapi rasa simpati juga datang dari beberapa tokoh Ahlu Sunnah, seperti imam al-Hasan al-Bashri, imam Abu Hanifah, imam Malik dan imam-imam Ahlu Sunnah lainnya. Mereka semua dikenal bersimpati kepada Ahlul Bait dan tak setuju dengan perlakuan pemerintahan Umawiyah terhadap golongan Syiah.Akan tetapi, rasa simpati yang nampak dari diri Washil bin 'Atha tercermin pada sikap antipatinya kepada pemerintah Umawiyah.

Jadi, dengan adanya ikatan persaudaraan yang terjalin antara imam Zaid dan Washil bin 'Atha membuktikan adanya hubungan erat Ahlu Bait dengannya. Kecuali hubungannya dengan imam Ja’far Sadiq yang tidak terjalin dengan baik.

Kedua:
Masalah Imamah (politik). Ia merupakanpusat perhatian dari semua golongan Syiah (Zaidiyah, Imamiyah Itsna ’asyariyah, Isma’ilyah Bathiniyah). kesemua golongan Syiah menumpukan perhatian kepada imam yang dianggap sebagai ideologi politik mereka. Hal ini terjadi kerana beberapa faktor utama munculnya gerakan Syiah adalah: keyakinan bahawa imam Ali adalah sebaik-baiknya sahabat Rasulullah, berpegang teguh kepada kepemimpinan Rasulullah dari kalangan Ahlu Bait, dan dalam keadaan dan perkara apa pun haruslah berkiblat kepada Ahlu Bait.

Dalam perkembangannya, Syiah Zaidiyah sebagai salah satu golongan Syiah terbesar, telah melalui beberapa perpecahan,peperangan dan revolusi, namun mereka masih lagi mengikuti teori Imamah, Tapi yang menarik ideologi politik Syiah Zaidiyah terlihat sangat berlainan dengan ideologi politik Syiah Imamiyah dan Isma’iliyah. Di mana Syiah Zaidiyah membangun kembali ideologi politiknya dengan merumuskan beberapa rumusan,seperti: Boleh mengangkat seorang imam sekalipun ada yang lebih baik darinya, berlaku ijtihad, mengakui keabsahan kepemimpinan Abu Bakar dan Umar, pengangkatan imam bukan dengan petunjuk ilahi (nash). Dan yang terpenting lagi adalah, mereka mengingkari beberapa prinsip dasar Syiah Imamiyah dan Isma’ilyah, iaitu:keyakinan bahawa para imam adalah maksum (terhindar dari maksiat dan kesalahan), Raj’ah (kebangkitan kembali), Taqiyyah (berdakwah dengan jalan rahsia atau sifat berpura-pura di hadapan para Ahlu Sunnah), dan imam Ghaib.

Untuk lebih jelasnya, Imam Yahya binHamzah (749H) menjelaskan dasar-dasar mazhab Syiah Zaidiyah, ia menegaskan, perbezaan Syiah Zaidiyah dengan mazhab Islam lainnya adalah: “barang siapa dalam aqidahnya mengakui masalah ketuhanan, hikmah, janji (alwa’d) dan ancaman(al-Wa’id), membatasi imamah pada keturunan Fatimah, imamah melalui penunjukan ilahi (an-Nash) terhadap tiga imam, iaitu: imam Ali dan kedua anaknya Hasan dan Husein, imamah ditegakkan atas dasar revolusi (al-Khuruj), maka siapa saja yang mengakui kesemua dasar-dasar di atas maka ketahuilah sesesungguhnya ia layak menjadi Syiah Zaidiyah”.

Dari keterangan di atas dapat disimpulkan,bahawa Syiah Zaidiyah pada era awal lebih dekat kepada Ahlu Sunnah, namun dalam perkembangannya terjadi perubahan dan pergeseran, di mana Syiah Zaidiyah lebih dekat kepada golongan Muktazilah. Oleh kerana itu, Syiah Zaidiyah pada era kebelakangan memiliki perbezaan dengan Ahlu Sunnah pada dua hal, iaitu:

SYIAH ZAIDIYAH BERPECAH
Syiah Zaidiyah terpecah ke beberapa pecahan. Majoriti pecahan tersebut telah pun punah. Dan yang tinggal hanyalah beberapa kumpulan Zaidiyah di utara dan selatan Yaman, Hijaz (Saudi Arabia), dan Emirat Arab (UEA). Imam Ibrahim Tababa bin Ismail bin Ibrahim bin Hasan at-Tsani adalah pendiri pertama kepemimpinan Zaidiyah di Yaman, dan diakhiri oleh imam terakhir Zaidiyah, iaitu imam Badar Ahmad bin Yahya bin Hamiduddin. Ia berasal dari keluarga Zaidiyah dari keturunan Hamiduddin. Beliau memangku penguasa keagamaan dan politik di Yaman utara. Dan ia diselesaikan setelah terjadinya peristiwa rampasan kuasa tentera. Dan dengan kejadian itu, ia terpaksa meninggalkan Yaman menuju Arab Saudi, dan kemudian ia sekeluarga pindah ke Inggeris dan menetap di sana.

Para sejarawan berbeza pendapat dalam menentukan jumlah pecahan-pecahan Syiah Zaidiyah, seperti di bawah ini:

1) Menurut Imam Ahmad bin Yahyaal-Murtadha (w. 840 H), Zaidiyah terbahagi kepada dua pecahan, iaitu: Garudia dan Batriah.

2) Al-Razi membahagi Zaidiyah kepada tiga pecahan,iaitu: Garudia, Sulaimaniyah dan Shalihiyyah.

3) al-Noboukhti al-Itsna 'asyariyah (w. 332H) membahagi Syiah Zaidiyah kepada empat pecahan, iaitu: al-Sarhobiyyah(Garudia), al-‘Ajliyyah, al-Butriyyah dan al-Husainiyyah .

4) Imam Yahya bin Hamzah (w. 749 H), membahagi Syiah Zaidiyah kepada lima pecahan, iaitu: Garudia, Shalihiyyah, Butriyyah,‘Aqbiyyah dan Shahabiyyah.

5) Imam Asy'ari membagi pecahan Syiah Zaidiyyah kepada enam, iaitu: Garudia, Sulaimaniyyah, Batriyyah, Nu’aimiyyah, Ya’qubiyyah, dan ia tidak menyebutkan nama pecahan yang keenam.

6) Imam al-Isfarayeni setuju dengan pembahagian imam Asy’ari pada pembagian tiga pertama saja, dan penamaan di ubahnya dengan:Jaririyyah dan Batriyah.

7) Imam Syahrastani setuju dengan ketiga pembahagian tersebut, namun ia menggabungkan pecahan Shalihiyyah dan Batriyyah dalam satu pecahan.

8) Qadhi Abdul Jabbar menyetujui pembagian imam Asy’ari pada ketiga pembahagian pertama iaitu: Garudiyyah, Sulaimaniyah dan Batriyyah, dan sisanya adalah pecahan Yamaniyyah, Shahibiyyah dan‘Aqbiyyah.

Dari beberapa fakta di atas, ditambah huraian sejarawan dan ulama, maka dapat disimpulkan bahawa pecahan terpopular Syiah Zaidiyah ada tiga. Hal ini dipaparkan oleh salah satu ulama Zaidiyyah, iaituImam Ahmad as-Syarafiy (w. 1055 H). Ia menegaskan bahawa: "Syiah Zaidiyah terpecah kepada tiga golongan, iaitu: Batriyah, Jaririyah, dan Garudiyah. Dankonon ada yang membagi pecahan Zaidiyah kepada: Shalihiyah, Sulaimaniyah dan Jarudiyah. Dan pandangan Shalihiyah pada dasarnya sama dengan pandangan Batriyyah. Dan pecahan Sulaimaniyah sebenarnya adalah Jarririyah. Jadi ketiga pecahan tersebut merupakan golongan-golongan Syiah Zaidiyyah pada era awa. Dan ketiga pecahan ini pun tidak berkaitan langsung kepada keturunan Ahlu Bait sama sekali. Dan mereka hanyalah sekadar penyokong berat imam Zaid ketika terjadi revolusi melawan Bani Umayah, dan mereka ikut berperang bersama imam Zaid".

Menurut pendapat Dr. Samira Mukhtaral-Laitsi dalam bukunya (Jihad as-Syiah), ketiga pecahan tersebut merupakan golongan Syiah Zaidiyyah di masa pemerintahan Abbasiah. Dan majoriti dari mereka ikut serta dalam revolusi imam Zaid. Dan ketiga pecahan tersebut dianggap paling progresif dan popular serta berkembang pesat pada masa itu. Dan setelah abad kedua, gerakan Syiah Zaidiyah yang nampak di permukaan hanyalah pecahan Garudiyah. Hal ini disebabkan kerana tidak ditemukannya pandangan-pandangan yang dinisbahkan kepada pecahan Syiah Zaidiyah lainnya. Adapun dalam perkembangannya, para pengikut Zaidiyah Yaman terpecah kepada dua golongan, iaitu:Husainiyah dan Mukhtari’ah Matrafiyah. Sementara Syiah Zaidiyah pada abad keempat hijriah yang berdomisili di wiliyah Jail dan Daylam berpecah juga kepada dua golongan, iaitu: Qasimiyah dan Nashiriyah. Dan penamaan keduanya mengikut kepada dua imam mereka masing-masing iaitu: al-Qasim ar-Rasy danan-Nashir al-Atrusy.

Demikianlah paparan para sejarawan islam tentang denominasi pecahan-pecahan Syiah Zaidiyah yang pada garis besarnya terdiri dari:

1) Zaidiyah Garudiyah.
2) Zaidiyah Batriyah.
3) Zaidiyah Sulaimaniyah atau dikenal sebagai Zaidiyah Jaririyah.

Dan penulis menegaskan kembali bahawa Syiah Zaidiyah merupakan golongan Syiah yang sangat moderat dan terbuka bagi aliran-aliran lain dalam Islam, di mana Zaidiyah menganggap perlunya kesinambungan ijtihad. Dalam kata lain, pintu ijtihad harus dibuka selebar-lebarnya. Sebab menurut imam Syaukani: "Seseorang yang hanya mengandalkan taqlid (mengikut pandangan tertentu) seumur hidupnya tidak akan pernah bertanya kepada sumber asli iaitu “Al-Quran dan Hadis”, dan ia hanya bertanya kepada pemimpin mazhabnya. Dan orang yang senantiasa bertanya kepada sumber asli Islam tidak dikategorikan sebagai Muqallid (pengikut)". Berdasarkan atas pentingnya ijitihad, maka bagi Syiah Zaidiyah bertaqlid hukumnya haram bagi siapa saja yang mampu mencapai tingkatan mujtahid, sebab ia diwajibkan untuk melakukan ijtihad demi mencari nilai kebenaran.

Dalam penilaian Syeikh Abu Zuhrah, SyiahZaidiyah pada hakikatnya memberikan pilihan bebas kepada penganutnya untuk memakai pandangan mazhab-mazhab islam lainnya, dengan cara memilih pandangan yang sesuai dengan bukti atau dalil. Dan dalil tersebut tidak bertentangan dengan pegangan umum yang disepakati oleh Syiah Zaidiyah. Dan sikap mereka sebenarnya merealisasikan ucapan para imam-imam mazhab yang mengatakan: “Tidak sah bagi seseorang memakai pendapat kami, kecuali ia tahu sendiri sumber aslinya (Al-Quran dan Sunah)“. Dengan konsep keterbukaan ijtihad inilah yang membuat Syiah Zaidiyah kaya akan pandangan dan pemikiran agama. sehingga ada sebahagian dari ulama mereka yang ditemukan menganut corak berfikir golongan lain.

Di samping itu, perlu dicatat bahawa Syiah secara umum tercatat dalam sejarah politik Islam senantiasa memasang sikap oposisi terhadap pemerintah. Dan cara oposisinya berubah-ubah antara satu dengan yang lainnya. Kalau Syiah Zaidiyah, sikap oposisi mereka secara terang-terangan,atau dalam istilah mereka dikenal dengan “al-Khuruj”. atau hadapan, dan bila perlu melakukan revolusi secara besar-besaran. Namun berbeda dengan golongan Syiah lainnya (Imamiyah dan Isma’ilyah). Mereka memilih pembangkang dengan cara rahsia,gerakan bawah tanah (tersembunyi), atau dalam istilah mereka dikenal sebagai“Taqiyah”, atau diam-diam, tak mengisytiharkan diri dan identiti asal.

Jadi, dengan adanya ikatan persaudaraan yang terjalin antara imam Zaid dan Washil bin 'Atha membuktikan adanya hubungan erat Ahlu Bait dengannya. Kecuali hubungannya dengan imam Ja’far Sadiq yang tidak terjalin dengan baik.

Kedua:
Masalah Imamah (politik). Ia merupakan pusat perhatian dari semua golongan Syiah (Zaidiyah, Imamiyah Itsna ’asyariyah, Isma’ilyah Bathiniyah). Kesemua golongan Syiah menumpukan perhatian kepada imam yang dianggap sebagai ideologi politik mereka. Hal ini terjadi kerana beberapa faktor utama munculnya gerakan Syiah adalah: keyakinan bahawa imam Ali adalah sebaik-baiknya sahabat Rasulullah, berpegang teguh kepada kepemimpinan Rasulullah dari kalangan Ahlu Bait, dan dalam keadaan dan perkara apa pun haruslah berkiblat kepada Ahlu Bait.

Dalam perkembangannya, Syiah Zaydiyah sebagai salah satu golongan Syiah terbesar, telah melalui beberapa perpecahan, peperangan dan revolusi, namun mereka masih lagi mengikuti teori Imamah, Tapiyang menarik ideologi politik Syiah Zaidiyah terlihat sangat berlainan dengan ideologi politik Syiah Imamiyah dan Isma’iliyah. Di mana Syiah Zaidiyah membangun kembali ideologi politiknya dengan merumuskan beberapa rumusan,seperti: Boleh mengangkat seorang imam sekalipun ada yang lebih baik darinya, berlaku ijtihad, mengakui keabsahan kepemimpinan Abu Bakar dan Umar, pengangkatan imambukan dengan penunjukan ilahi (nash). Dan yang terpenting lagi adalah, mereka mengingkari beberapa prinsip dasar Syiah Imamiyah dan Isma’ilyah, iaitu:keyakinan bahawa para imam adalah ma’sum (terhindar dari ma’siat dan kesalahan), Raj’ah (kebangkitan kembali), Taqiyah (berdakwah dengan jalan rahsia),dan imam Ghaib.

Untuk lebih jelasnya, Imam Yahya binHamzah (749H) menjelaskan dasar-dasar mazhab Syiah Zaidiyah, ia menegaskan, perbezaan Syiah Zaidiyah dengan mazhab Islam lainnya adalah: “barang siapa dalam aqidahnya mengakui masalah ketuhanan, hikmah, janji (alwa’d) dan ancaman(al-Wa’id), membatasi imamah pada keturunan Fatimah, imamah melalui penunjukanilahi (an-Nash) terhadap tiga imam, iaitu: imam Ali dan kedua anaknya Hasan dan Husein, imamah ditegakkan atas dasar revolusi (al-Khuruj), maka siapa saja yang mengakui kesemua dasar-dasar di atas maka ketahuilah sesesungguhnya ia layakmenjadi Syiah Zaidiyah”.

Kesimpulannya Syiah Zaidiyyah termasuk daripada firqah yang terkeluar daripada Ahli Sunnah kerana perbezaannya dengan ahli Sunnah dalam masalah Akidah dan condongnya mereka kepada akidah muktazilah,namun mereka jika dibandingkan dengan Imamiah lebih dekat dengan Ahli Sunnah.Ulama` Hadith Yaman Syeikhuna Yahya Al-Hajurri hafizahullah juga pernah menyatakan bahawa kebanyakan Syiah hari ini yang mendakwa dan menisbahkan diri mereka adalah Zaidiyyah sebenarnya sudah terpengaruh dengan Akidah Imamiah Rafidhah,hal ini terbukti dengan realiti yang berlaku di Yaman, namun kita tidak menafikan masih ada mereka yang berpegang dengan Zaidiyyah terutama di Yaman, namun kebanyakannya sudah terpengaruh dengan akidah Syiah Imamiah atau Rafidhah atau dikenali juga dengan Al-Jarudiyyah.