Al-Ghaibah merupakan akidah yang asas dalam mazhab
Syiah. Mereka beri'tiqad bahawa imam yang ke-12 iaitu Muhammad bin al-Hasan
telah mengalami dua keghaiban iaitu keghaiban kecil dan ghaib besar. Ghaib
kecil berlaku pada tahun 260 Hijrah sewaktu umurnya sekitar empat tahun dan
berterusan selama 74 tahun. Semasa ghaib kecil ini, Imam boleh dihubungi oleh
penganut Syiah melalui perantara yang digelar "al-Bab" (pintu saluran
untuk berhubung dengan imam).
Peranan Al-Bab.
Antara peranan al-Bab adalah menerima soalan-soalan
daripada pengikut-pengikut Syiah dan mendapatkan jawapan daripada al-Imam
al-Ghaib di samping menerima harta orang-orang Syiah bagi pihak Imam. Orang
pertama yang berindak sebagai al-Bab ialah Utsman bin Said al-Umri, seorang
saudagar minyak.
Kitab al-Ghaibah karangan ath-Thusi menceritakan
berbagai-bagai karamat dan sifat luar biasa tentangnya. Kemudian diganti oleh
beberapa perantara lain selepasnya dengan wasiat daripada perantara yang
terdahulu sehingga kepada al-Bab yang terakhir iaitu Ali bin Muhammad as-Samiri
yang meninggal dunia tahun 329 Hijrah.
At-Tubrusi dalam kitabnya 'I'lamul Wara' menyebutkan
riwayat yang menyatakan bahawa as-Samiri sebelum meninggal dunia memberitahu
pengikut-pengikut Syiah tentang satu "tauqik" (risalah) daripada imam
memaklumkan yang dia (as-Samiri) akan mati dalam masa enam hari dan memintanya
tidak menwasiatkan kepada sesiapa sebagai al-Bab selepasnya kerana keghaiban
yang sempurna (al-Ghaibah al-Kubra) akan berlaku yang mana imam tidak boleh lagi
dihubungi oleh sesiapa.
Sebarang persoalan selepas ini hendaklah dirujuk
kepada ulama' mujtahid Syiah yang berperanan sebagai naib kepada al-Imam
al-Ghaib. Imam yang ghaib ini - yang mereka namakan 'al-Mahdi al-Muntazar',
'Shahibu Zaman', 'al-Qaimul Hujjah' - akan lahir pada akhir zaman setelah
diizinkan Allah untuk keluar. Kemunculan semula Imam Mahdi ini dipanggil
"ar-Raja'ah".
Perkara Yang Bakal Berlaku Selepas Kemunculan Imam
Mahdi Menurut Syiah.
Selain daripada Imam Mahdi, akan lahir juga imam-imam
yang lain serta musuh-musuh mereka yang terdiri daripada kaum Quraisy.
Khususnya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk menerima balasan atas apa
yang mereka sebut sebagai 'kezaliman' terhadap Ahlul Bait. Antara azab yang
diterima oleh Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA adalah seperti yang
terdapat dalam riwayat yang disebut Ni'matullah al-Juz'ari dalam kitab al-Anwar
an-Ni'mah :
"Kemudian Imam Mahdi menyalib kedua-duanya (Abu
Bakar dan Umar) pada pokok dan memerintahkan api keluar daripada bumi membakar
kedua-duanya dan pokok... kemudian Imam Mahdi meminta supaya didatangkan
kedua-duanya (setelah dihidupkan semula) lalu dibunuh seribu kali dalam sehari
semalam. Seterusnya dikembalikan kepada azab yang pedih".
Manakala Sayidatina Aisyah RA pula menurut 'Tafsir
as-Sofi' karangan al-Aidh al-Kashani akan dihidupkan semula dan dikenakan
hukuman sebat sebagai hukuman had.
Riwayat-riwayat di atas dan seumapamanya yang begitu
banyak dalam kitab-kitab Syiah yang mencerminkan betapa mendalamnya dendam
kesumat orang Syiah terhadap para Sahabat Rasulullah SAW dan Ahli Sunnah
sebagai pewaris sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Malah al-Kulaini dalam 'al-Kafi' membawa satu riwayat
daripada Jaafar bin Muhammad yang menyatakan bahawa kelahiran Imam Mahdi mereka
adalah sebagai pembawa seksaan, "Sesunguhnya Allah mengambil Nabi Muhammad
SAW pembawa rahmat dan membangkitkan Imam Mahdi sebagai seksaan".
Pandangan Ulama' Syiah Mengenai Akidah
"Ar-Raj'ah".
Muhammad Reda Kharsani dalam kitabnya an-Nuj'ah fi
Ruj'ah, "Aku telah membaca 620 hadis mengenai ar-Raj'ah.
Ali Hasan Hanizi menyebutkan dalam ad-Dakwah
al-Islamiyah, "Adapun ar-Raj'ah bererti kemunculan semula imam ke-12 bagi
menyebarkan keadilan di muka bumi setelah dipenuhi dengan kezaliman. Maka ia
adalah benar dan merupakan kepercayaan yang tidak dapat dipisahkan daripada
mazhab Imamiyah".
Khomeini dalam al-Hukumah al-Islamiyah menyatakan,
"Telah berlaku ghaibah kubra bagi imam kita Mahdi sejak lebih seribu tahun
dan mungkin beribu tahun akan datang sebelum tiba menghendaki kemunculan yang
ditunggu-tunggu itu".
Al-Kulaini dalam al-Kafi membawa satu riwayat daripada
Ibnu Jaafar al-Baqir katanya, "Orang yang mengingkari Shahibuz Zaman
(kewujudan dan kemunculan Imam Mahdi) adalah sama dengan orang yang tidak
percaya kepada Rasulullah SAW".
Jelaslah bahawa akidah 'ghaibah' ini dibina atas
kepercayaan bahawa pada setiap zaman wajib ada seorang imam.
Sifat Yang Mesti Ada Pada Seorang Imam Menurut Syiah.
Menurut al-Kulaini, antara sifat-sifat tersebut
seperti yang terdapat dalam kitabnya adalah :
Seorang imam Syiah tidak mati sehinggalah ia berwasiat
kepada imam selepasnya.
Ia mestilah anak paling tua bagi imam yang ada (syarat
ini dikecualikan kepada Hassan dan Hussin).
Seseorang imam itu mesti dimandikan jenazahnya oleh
imam berikutnya.
Mesti sepadan dengan baju besi (dir'un) Rasulullah
SAW.
Mesti ada padanya senjata Rasulullah SAW yang
kedudukannya dianggap sama dengan 'at-Tabut' bagi Bani Israil.
Imam mestilah seorang yang paling 'alim dan paling
berani.
Imam memiliki semua kitab Allah yang terdahulu dan ia
mengetahuinya dalam kepelbagaian bahasa kitab tersebut.
Adakah Semua Imam Syiah Memenuhi Syarat Di Atas?
Pada realitinya tidak semua sifat tersebut ada pada
kebanyakan orang yang mereka sebagai imam. Walau bagaimanapun ulama' Syiah
berjaya menggunakan pelbagai takwilan bagi menangkis kemusykilan yang
dikemukakan oleh pengikut-pengikut mereka berkaitan dengan persoalan ini. Namun
demikian, mereka berhadapan dengan satu keadaan yang sanagat genting dalam
menegakkan akidah Imamiyah ini apabila imam mereka yang ke-11, al-Hasan bin Ali
al-Askari meninggal dunia tanpa mempunyai anak. Dengan keadaan ini, bukan
sahaja imamah imam yang ke-11 ini akan turut terbatal tetapi juga akan
menyebabkan seluruh asas yang mereka bina runtuh. Natijahnya imamah imam-imama
sebelumnya juga akan terbatal kerana merakalah yang meletakkan asas-asas ini.
Menurut an-Nubajini, seorang ulama' dan ahli falsafah
Syiah terkemuka, umat Syiah kebingungan selepas kematian al-Hasan dan berpecah
kepada beberapa mazhab. Akhirnya bagi menyelesaikan kemelut ini, satu kumpulan
iaitu kumpulan Imam 12 mengatakan bahawa al-Hasan mempunyai anak yang
tersembunyi bernama Muhammad. Bapanya sempat berwasiat kepadanya sebagai imam
selepas kematiannya. Kemudian berlaku kisah-kisah keghaiban seperti yang
dipaparkan sebelum ini.
Cerita rekaan ini telah berjaya menjamin penerusan
doktrin imamah Syiah dan menyelamatkannya daripada kehancuran. Inilah dia kisah
di sebalik akidah rekaan yang dijadikan garis pemisah antara iman dan kufur
oleh Syiah Imamiyah Isna Ashariah.
Dinaqal daripada majalah Q&A, isu no.8, m/s 5-6,
oleh Datuk Hj Wan Zahidi Wan Teh,
terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Golongan Ifrath
Sebaliknya kaum Syi'ah mengaku-aku Imam
Mahdi yang akan muncul pada akhir zaman adalah dari golongannya. Mereka
mengatakan bahwa ia sudah lahir, namanya Muhammad bin al-Hasan al-Askari
al-Muntadhar dari turunan Al Husain dan masuk ke gua Saamirra ketika berumur
lima tahun. Kemudian mereka menunggunya setiap saat dengan memanggil-manggil
namanya di depan gua tersebut.
Ucapan para ulama tentang pendapat Syi'ah
Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah dalam
kitabnya al-Manarul Munif ketika berbicara tentang Imam Mahdi, berkata:
"Beliau adalah seorang dari kalangan ahlul bait Nabi shallallahu 'alaihi
wa sallam dari turunan Hasan bin Ali radhiyallahu 'anhu, akan keluar di akhir
zaman ketika dunia telah dipenuhi oleh kejahatan dan kedhaliman, kemudian ia
memenuhinya dengan kebaikan dan keadilan. Mayoritas hadits-hadits menunjukkan
yang demikian..." Kemudian beliau berkata: "Adapun Rafidhah Imamiyyah
memiliki ucapan lain, yaitu: Al Mahdi adalah Muhammad bin Al Hasan Al-Askari Al
Muntadhar dari turunan Husain bin Ali radhiyallahu 'anhu dan turunan Al Hasan.
Yang hadir di semua negeri tetapi ghaib dari pandangan mata, masuk ke gua
Saamirra ketika masih kecil, lima ratus tahun yang lalu lebih. Setelah itu
tidak pernah terlihat lagi oleh mata dan tidak pernah bisa diraba berita atau
jejaknya. Setiap hari mereka menunggunya, mereka berdiri dengan membawa kuda
tunggangan di pintu gua dan menjerit-jerit memanggil Imam Mahdi keluar menemui
mereka: "Keluarlah wahai maulana! Keluarlah wahai maulana! Kemudian mereka
pulang dengan kegagalan. Demikianlah tingkah mereka setiap hari."
Setelah itu Ibnul Qayyim berkata:
"Sungguh mereka telah menjadikan diri mereka bahan tertawaan manusia, dan
menjadi cemoohan orang yang berakal." (al-Manarul Munif, Ibnul Qayyim,
hal. 151-152)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam
Kitabul Fitan Wal Malahim berkata: "Pasal, tentang Al-Mahdi yang akan
muncul di akhir zaman, yang merupakan salah seorang dari khalifah-khalifah yang
lurus dan imam-imam yang mendapatkan petunjuk. Dia bukanlah Al-Muntadhar yang
diyakini kaum Syi'ah dan diharapkan -oleh mereka- munculnya dari gua Saamirra.
Karena semua itu kenyataannya tidak ada, tidak terlihat wujudnya tidak ada pula
tanda-tandanya. Mereka menganggap imam Mahdi itu adalah Muhammad bin al-Hasan
al-Askari yang masuk ke gua."
Kemudian beliau berkata juga:
"Al-Mahdi akan keluar dari arah Masyriq, bukan dari gua Samirra seperti
anggapan orang-orang bodoh dari kalangan Rafidhah, yang menganggapnya sudah ada
sekarang dan mereka terus menunggu keluarnya di akhir zaman. Sungguh ini adalah
sebuah igauan dan kerendahan yang dilemparkan oleh setan. Karena tidak ada
dalil, tidak ada bukti, tidak dari kitab Al-Qur'an, tidak dari As-Sunnah, tidak
dari akal yang sehat dan tidak pula dari Istihsan." (Al-Fitan Wal Malahim,
1/29).
Al-Imam As-Safarini berkata dalam
kitabnya Lawami'ul Anwar setelah menerangkan aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah
tentang Imam Mahdi sebagai berikut: "Adapun anggapan syi'ah yang
mengatakan bahwa namanya Muhammad bin Al-Hasan, yakni Muhammad bin Al-Hasan
Al-Askari maka itu hanyalah igauan karena Muhammad bin Al-Hasan telah mati dan
warisan bapaknya telah diambil oleh pamannya Ja'far." (Lawami'ul Anwar,
juz II hal. 84)
Pendapat Ahlus Sunnah tentang Imam Mahdi
Ahlus Sunnah meyakini akan datangnya Imam
al-Mahdi di akhir zaman, namun bukan seperti Al-Mahdi yang digambarkan oleh
syi'ah. Ahlus sunnah meyakini apa yang dikabarkan oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wa sallam sebagaimana apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud
radhiyallahu 'anhu bahwa Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى تَمْلِكَ
الْعَرَبُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي، يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي، وَاسْمُ
أَبِيْهِ اسْم أَبِي، يَمَْلأُ اْلأَرْضُ عَدْلاً وَقَسْطً كَمَا مَلَئَتْ
جِوَارًا وَظُلْمًا. (رواه أبو داود والترمذي، وحسنه الألالباني في مشكاة المصابيح)
"Tidak akan hilang dunia hingga arab
dikuasai oleh seorang dari Ahli Baitku, namanya mencocoki namaku dan nama
bapaknya mencocoki nama bapakku. Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan
sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kedzaliman dan kejahatan." (HR. Abu
Dawud dalam Kitabul Mahdi 4/473, Tirmidzi dalam Kitabul Fitan bab Maa Jaa`a fil
Mahdi 4505 dan beliau berkata hadits ini hasan shahih. Berkata Syaikh
al-Albani: sanadnya hasan. Lihat Misykatul Mashabih 3/1501 hadits 5425).
Dalam hadits ini sangat jelas disebutkan
bahwa Imam Mahdi akan muncul di akhir zaman dan namanya mencocoki nama
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan nama bapaknya. Berarti Imam Mahdi
adalah seorang yang dilahirkan seperti manusia pada umumnya yaitu dari seorang
bapak yang bernama Abdullah, sehingga beliau dipanggil dengan nama Muhammad bin
Abdillah, bukan Muhammad bin al-Hasan al-Asykari.
Nasehat untuk seluruh kaum muslimin Kita
kaum muslimin semestinya berjalan di atas jalan tengah, tidak berlebihan dan
tidak pula berkurang-kurangan. Tidak ekstrim, melampaui batas yang telah
digariskan dan tidak pula ta'ashub mengikuti hawa nafsu hingga menolak
hadits-hadits yang shahih. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ
عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu
maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan
bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya."
(al-Hasyr: 7)
Maka jika apa yang dibawa oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam kepada kita berupa perintah, terimalah sebagai
perintah yang harus kita amalkan.
Apa yang dibawa oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam dalam bentuk larangan, maka terimalah sebagai
larangan yang harus kita taati dengan meninggalkan apa yang dilarangnya.
Demikian pula apa yang dibawanya dari berita-berita, maka harus kita terima
sebagai berita yang jujur terpercaya dan harus kita imani. Seperti
berita-berita dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tentang Imam Mahdi,
Turunnya Isa 'alaihis salam, Dajjal dan lain-lainnya.
Allah mengancam orang-orang yang
menyelisihi sunnah Rasul-Nya dengan ancaman-ancaman yang berat, seperti dalam
firman-Nya:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا
تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا
تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
"Dan barangsiapa yang menentang
Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan
orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah
dikuasinya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu
seburuk-buruk tempat kembali." (an-Nisaa`: 115)
Maka orang-orang yang diancam dalam ayat
ini adalah orang yang menolak dan menentang ucapan Nabi shallallahu 'alaihi wa
sallam setelah jelas baginya keshahihan hadits tersebut.
Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ
أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
"... maka hendaklah orang-orang yang
menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang
pedih." (an-Nuur: 63)
Bahkan Allah menafikan keimanan dari
mereka yang tidak mau tunduk kepada ucapan-ucapan dan keputusan-keputusan Rasulullah.
فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى
يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ
حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Maka demi Rabb-mu, mereka (pada
hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara
yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati
mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya."
(an-Nisaa`: 65)
Maka yang terancam dengan ayat-ayat di
atas adalah orang-orang yang tidak mau tunduk dengan sunnah-sunnah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam, apakah dengan menolaknya atau dengan
menambahinya.
Wallahu a'lam.
-----------------------
(Dikutip dari risalah dakwah Manhaj
Salaf, Edisi: 67/Th. II, tanggal 17 Jumadi Awwal 1426 H/24 Juni 2005 M, penulis
Al Ustadz Muhammad Umar As Sewed)
Related articles
Aqidah Kufur Syiah Tentang
Imam Mahdi
Bahaya Besar Wilayatul
Faqih
Bahaya Ajaran Imamah Dalam
Syiah. SYIAH & Ambisi Merebut Negeri Ahlussunnah
Imam ke 12 Imam Mahdi : Ia
ujud atas andaian bukan atas kelahiran.
Imam Kedua Belas Syiah, Manusia
Fiktif
Syiah Dari Konsep Imamahnya
Siapakah Al-Qaim Al-Mahdi
Yang Ditunggu Syiah Rafidah?
Syubhat (
klaim ) Syiah Sebagai Kelompok Yang Benar, menganggap “ Khurasan ( keberadaan
al-Mahdi ) adalah bagian dari Iran !