Thursday, June 4, 2015

Apakah Nabi s.a.w Mencela Abu Bakar?

SEORANG PELAWAT BLOG SAYA MENULIS EMAIL SEPERTI BERIKUT:

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas kewujudan blog saudara yang menentang puak2 Syiah ni…Alhamdulillah…saya belum lagi berkesempatan kerana masih kurang ilmu untuk `bertekak` dengan mereka…saya ada mengikuti shoutbox   …Di Sebuah Laman SYIAH … di situ mereka membawa hadis2 seperti : Yahya menyampaikan kepadaku (hadis) dari Malik dari Abu’n Nadr mawla Umar bin Ubaidillah bahwa Rasulullah SAW berkata mengenai para Syuhada Uhud “Aku bersaksi untuk mereka”. Abu Bakar As Shiddiq berkata “Wahai Rasulullah, Apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad”. Rasulullah SAW berkata “Ya, tapi Aku tidak tahu Apa yang akan kamu lakukan sepeninggalKu”. Abu Bakar menangis sejadi-jadinya dan berkata ”Apakah kami akan benar-benar hidup lebih lama daripada Engkau!”. (Hadis Dalam Al Muwatta Imam Malik Kitab Jihad Bab Para Syuhada di Jalan Allah hadis no 987)
dalam hujah mereka…itu suatu bukti penolakan Rasulullah SAW terhadap Saidina Abu Bakr …sedangkan apa yg saya pelajari Saidina Abu Bakr merupakan salah seorang sahabat yg dijamin syurga…
dalam satu blog lagi..(rasanya dari syiah indonesia) penulis mengeluarkan beberapa hujah yg menolak hadis 10 orang sahabat yg dijamin syurga…kerna berbeza individu yg disebut dalam 10 orang tu…aduh…pening la saya…
boleh tak tolong saya…

Semoga ALLAH memberi pertolongan kepada kita untuk melawan fahaman sesat Syiah..


Dan berikut respon balas saya:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1.       Terima kasih respon saudara
2.       Pertama sekali saya sendiri tidak berilmu – apatahlagi tidak pula terdidik dalam displin ilmu hadis, sehingga tidak dapat menilai taraf sesuatu hadis, sahih atau tidak – kecuali kalau diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.
3.       Begitu juga saya tidak tahu apakah taraf  kesahihahan hadis di atas. Bagaimanapun hadis diatas tidak nampak maksudnya Nabi s.a.w mencela  Abu Bakar r.a . Kata-kata “Rasulullah SAW berkata “Ya, tapi Aku tidak tahu Apa yang akan kamu lakukan sepeninggalKu”. Abu Bakar menangis sejadi-jadinya …… tidak bermakna mencela, sekadar Nabi tidak tahu apa akan berlaku …… dan Abu Bakar menangis tidak pula kerana celaan nabi, mungkin juga kerana mengenang nasib umat islam di kemudian hari , mungkin salah satunya fitnah Syiah!

4.       Saya apabila menilai berita sejarah, sama ada melalui penulisan sejarah (sejarah ada yang benar ada yang dusta) atau hadis sendiri (hadis ada yang soheh dan ada yang tidak) maka saya akan membandingkan dengan pengesahan al Quran. Jika hadis betentangan dengan al Quran bermakna hadis itu tidak sahih. Dalam hal ini pengakuan Allah s.w.t adalah lebih utama, kerana sesiapa yang Allah redzai tidak mungkin akan mati di dalam kekufuran. Apabila Allah meredzai sesesorang, pasti Allah mengetahui ia akan mati didalam Islam.
5.       Surah al Fath 18:
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya;
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim pula :
Bersabda Rasullah s.a.w  kepada kami pada hari Hudaibiyah ( ketika bait al Ridwan): Kamu semua adalah sebaik- baik penghuni bumi” . Ketika itu kami berjumlah 1400 orang.
Di dalam peristiwa itu 1400 sahabat  adalah termasuk Abu Bakar r.a . Apakah Allah tersilap mengungkapkan keredaannya?
6.       Surah at Taubah 100:
Dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.
Ibn. Katsir dalam tafsirnya berkata termasuk didalam maksud Muhajirin tersebut adalah sebaik-baik sahabat iaitu Abu Bakar r.a
7.       Ahli-ahli tafsir menyebut ayat-ayat al Quran yang turun berhubung dengan Abu Bakar r.a antaranya ialah:
Surah al Lail ayat 5-7:
5. Jelasnya: adapun orang Yang memberikan apa Yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan Segala laranganNya), –
6. serta ia mengakui Dengan yakin akan perkara Yang baik,
7. maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).

Surah al lail 17-21
17. dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang Yang sungguh bertaqwa, 18. Yang mendermakan hartanya Dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
19. sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, Yang patut di balas,
20. hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha tinggi;
21. dan Demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, Dengan mendapat Segala Yang diharapkannya).

Surah Fusilat 30:
30. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.

Surah at Taubah 40:
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita”. maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

8.       Demikian beberapa firman Allah berhubung sahabat besar Abu Bakar r.a . Rujuklah sebab-sebab turunnya ayat-ayat tersebut-nyata ia adalah berhubung dengan Abu Bakar r.a. Apakah kita masih ragu firman Allah tersebut? Tidak kah hujah Syiah sangat lemah untuk menyankal firman Allah?
9.       Mengapakah Syiah berkata para Sahabat Murtad selepas wafat baginda? Walaupun sebelumnya Allah meredzainya? Ini kerana mereka percaya Allah itu bersifat Al Bada!
Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada’, An-Naubakhti menyebut bahawa Ja’far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja’far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:
Terjemahannya:
“An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, “Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku Ismail”.
(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)
Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud:
“Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”
(Surah al-Mukmin ayat 19)
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit”.
(Surah A-li Imran ayat 3)
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.”
(Surah al-An’am ayat 59)
“Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. “
(Surah Saba’ayat 3)
“Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”
(Surah al-Ikhlas ayat 2)
Terima kasih.