Mengapa Syiah Terus
Berkembang Biak dan Semakin Subur Di Malaysia:
Umum mengetahi pengaruh Syiah semakin menular dalam masyarakat
Malaysia. Banyak hauzah (markas pengajian) mereka diujudkan, salah satu yang
terkenal ialah di Gombak. Paparan di dalam You Tube membuktikan banyak Siah
Melayu di Malaysia. Kita biasa dengar tindakan keraajaan dalam menghalang
ajaran sesat , tetapi kita tidak pula dengar tindakan keraajaan keatas Syiah.
Sedangkan JAKIM menghukum Syiah sebagai SESAT, rujuk di http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
Berikut adalah pandangan Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah Mengapa
Syiah Terus Berkembang Biak dan Semakin Subur Di Malaysia yang di sampaikan
pada kursusTa’lim Sunnah (Siri 2) yang dianjurkan oleh
Intis Consultant & Training, bertempat di Surah al-Muhajirin, Taman Sri
Ukay, Kuala Lumpur, pada 20 September 2008.
Beliau memberi 5
faktor :
1. Kejahilan
umat Islam terhadap aliranSyi‘ah.
Mereka menganggap Syi‘ah adalah salah satu dari mazhab Islam seumpama Mazhab al-Syafi’e,
Hanafi, Maliki dan Hambali. Maka perlu diterangkan bahawa Syi‘ah ialah satu aliran yang menyangkut dasar-dasar
agama manakala mazhab yang empat hanyalah berkaitan hukum fiqh, di mana
dasar-dasar agama bagi keempat-empat mazhab tersebut adalah tetap sama.
2. Sikap manusia apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru.
Apabila berhadapan
dengan sesuatu yang baru, manusia terbahagi kepada tiga sikap.
Pertama ialah mereka yang
terus menolaknya, menutup pintu hati serta fikiran mereka darinya.
Kedua ialah mereka yang
terus menerimanya, membuka seluas-luas hati serta fikiran mereka kepadanya.
Ketiga ialah mereka yang
menganalisa perkara yang baru itu sama ada ia bertepatan dan al-Qur’an,
al-Sunnah dan ilmu yang sahih. Jika bertepatan ia diterima, jika bertentangan
ia ditolak.
Sikap pertama dan kedua adalah tercela manakala sikap yang
ketiga adalah terpuji. Kebanyakan yang terikut dengan aliran Syi‘ah terdiri dari mereka yang memiliki sikap kedua.
3. Kelekaan pihak berwajib.
Fokus pihak berwajib kelihatan hanya tertumpu kepada membasmi
aliran yang mereka sebut-sebut sebagai “Wahhabi”. Ada pun aliran lain yang
jelas menyeleweng sepertiSyi‘ah, Anti-Hadis, Islam
Liberal dan sebagainya, ia dibiarkan sahaja atau hanya diberi fokus yang
minimum. Di sini pihak berwajib perlu menyusun semula keutamaan fokus mereka (Fiqh al-Awlawiyat) agar bertindak ke atas aliran yang jelas
menyeleweng bak matahari, bukan aliran yang hanya wujud secara bayang-bayangan…
entah wujud atau tidak.
4. Kecuaian ahli ilmu.
Hakikat pertama, Syi‘ah menyampaikan dakyah mereka dengan dalil dan hujah. Hakikat
kedua, kebanyakan ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah enggan berusaha
menjawab dalil dan hujah tersebut. Paling-paling yang dijawab hanyalah dengan
slogan murah: “Syi‘ah sesat, abaikan
mereka.” Padahal dalam suasana tahap keilmuan umat Islam yang semakin meningkat
sekarang ini, yang diambil kira bukanlah slogan murahan tetapi dalil dan hujah.
Justeru ahli ilmu perlu beralih dari kemalasan kepada kecergasan, dari sijil
kelulusan kepada aksi ilmiah, dari semakan kertas tesis kepada semakan aqidah
umat, agar dalil dan hujah dipatahkan dengan dalil dan hujah juga.
5. Pencarian wira dan pasukannya.
Umat Islam sekarang ini dalam dilema mencari seorang wira dan
pasukan pejuang yang berani bangkit menentang kezaliman zionis dan polis dunia.
Dalam pencarian tersebut, yang ditemui ialah wira yang beraliran Syi‘ah dan pasukan pejuang yang beraliran Syi‘ah. Secara bawah sedar, ia memberi kesan bahawa
aliran yang benar ialah Syi‘ah. Kecelaruan ini dijawab, bahawa kebenaran agama tidak
ditentukan oleh agama sang wira dan pasukan pejuangnya. Seandainya itulah
ukuran kebenaran, nescaya agama pasukan pejuang Vietnam yang menghancurkan
pasukan tentera Amerika Syarikat pada tahun 70an yang lalu adalah jauh lebih
benar dari agama Syi‘ah. Ketahuilah, kebenaran terletak pada agama Islam manakala
kelemahan terletak pada orang Muslim kerana tidak menghayati Islam dengan cara
yang benar, iaitu cara Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.