Al Kulani adalah
Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub bin Ishaq al-Kulaini al-Razi. Beliau dilahirkan
di sebuah kampung bernama al-Kulain atau al-Kulin di Iran. Beliau adalah di
kalangan ulama yang masyhur di Ray, Iran. Kemudian beliau telah berpindah ke
Baghdad kerana menjadi ketua
ulama kepada pengikut Syi‘ah Imam Dua Belas di sana semasa pemerintahan al-Muqtadir. Beliau telah hidup di zaman sufaraa’ (wakil-wakil
Imam al-Mahdi a.s) dan mati di Kufah pada tahun 328/329 hijrah bersamaan
939/940 masihi.
Beliau telah menulis
beberapa buah buku di antaranya Usul al-Kafi (Asas asas yang
mencukupi), Kitab al-Rijaal, al-Radd ‘ala al-Qaramitah dan
lain-lain. Buku beliau yang paling masyhur adalah al-Kafi.
Beliau telah menulis buku ini selama dua puluh tahun. Buku al-Kafi boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama al-Kafi membincangkan
mengenai Usul yang
mengandungi lapan bab (kutub)
seperti kitab akal dan kejahilan, kitab kelebihan ilmu, kitab tauhid, kitab al-Hujjah (kitab
ini), kitab iman dan lain-lain, dinamakan al-Usul min al-Kafi atau Usul al-Kafi.
Bahagian kedua al-Kafi atau Furu‘ membincangkan
tentang Furu‘ yang
mengandungi dua puluh enam (26) bab (kutub) seperti
kitab kebersihan, kitab
sembahyang, kitab haid, kitab jenazah, kitab puasa, kitab haji dan lain-lain, maka ia
dinamakan al-Furu‘
min al-Kafi.
Bahagian ketiga Raudhat al-Kafi membincangkan
mengenai Furu’, Usul secara
ringkas, alam semesta, rawatan penyakit dan lain-lain mengandungi lima ratus
sembilan puluh tujuh (597) hadis, maka ia dinamakan Raudhat al-Kafi.
Adapun Kitab
al-Hujjah mengandungi 1015 hadis para imam Ahlul Bait
a.s. Ia mengandungi 130 bab yang membincangkan tentang keperluan kepada
seorang imam, dunia tidak sunyi daripada seorang imam, imam dua belas,
wasiat Rasulullah s.a.w tentang imamah, keghaiban
imam a.s, sejarah para imam a.s, keilmuan mereka a.s dan lain-lain. Kitab al-Hujjahadalah
kitab penghujahan para imam a.s tentang imamah untuk
mereka a.s daripada Rasulullah s.a.w.
Dikatakan oleh orang Syiah Usul al-Kafi-kitab al-Hujjah karangan
al-Kulaini ini sanad dan matannya yang masih tidak terputus dengan
para Imam Ahlu l-Bait a.s meskipun terdapat beberapa hadis yang diriwayatkannya
secara marfuu’. Bagaimanapun perlu diambil perhatian
bahawa kaedah ilmu hadis Syiah adalah berbedza dengan Sunni kerana SEMUA
KATA-KATA IMAM mereka adalah hadis, kerana Imam adalah maksum seperti
rasul, malah lebih daripada rasul.
Maklumat tulisan ini
daripada: Parakata Terjemahan Usul
al-Kafi-kitab al-Hujjah
Kulani: Imam Syiah Mempunyai Sifat Tuhan
( Artikal
ini lanjutan Seorang Teaman FB menafikan Imam Syiah bersifat tuhan)
Saya
tegaskan Syiah mengatakan Imam mempunyai sifat tuhan atau maknanya
macam tuhan, lihat petikan ini:
Bab 48 Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah
Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang
Tersembuny…i Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun ‘ilma ma kana
wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa ‘alai-him al-Sya’i salawatu llahi ‘alai-him)
Berikut
hadisnya:
(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada
Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada al-Harith bin
al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya ‘Abd al-A‘la, Abu
‘Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy‘mi telah mendengar Abu Abdillah a.s
telah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih
mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka,
aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika,
melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang
mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu
daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: “Di dalamnya
menerangkan setiap sesuatu”
Dipetik
dari :
Diterjemahkan dari buku aslinya Usul al-Kafi- Kitab al-Hujjah
Karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini
Tahqiq oleh Ali Akbar al-Ghifari
Cetakan Bahasa Arab: Maktabah al-Saduq
Tehran 1380 H
Dakwaan
tersebut bercangahan dengan maksud firman Allah:
Katakanlah
lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang ghaib
melainkan Allah!” dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan
dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati)- An Naml 65
dan pada
sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa
Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di
darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya,
dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah
dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz)
Yang terang nyata.- Al An Am 59
Tuhanlah
sahaja Yang mengetahui Segala Yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara
ghaib Yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, – alJin 26
KATAKAN
TIDAK PADA SYIAH YANG MENYELEWENG AL QURAN. ATAU BETULLAH QURAN ITU TIDAK ASLI
KATA MEREKA.