Muawiyah Bin Abi Sufian r.a di lahirkan
pada 20 Sebelum H (603M) dan Wafar 60H ( 680M). Beliau adalah
pengasas Kekhalifahan Bani Umaiyah (661M-750M)
Riwayat hidupnya penuh dengan kontroversi, berpunca daripada perbedzaan pendapat dengan Khalifah Ali r.a., mengenai perlaksanaan hukum keatas pembunuhan Khalifah Usman r.a. Kerana itu rekod baiknya ditutupi dengan pelbagai keburukan. Antaranya beliau digambarkan sebagai sahabat yang lewat masuk Islam. Ada riwayat menyebut beliau masuk Islam ketika atau era pembukaan Makah pada tahun 8 Hijrah.
Prof. Dr.Ibrahim Ali Sya’wat, seorang Profesor
Sejarah Islam Universiti al Azhar di dalam bukunya, Kesalahan-kesalahan
Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Di Betulkan Semula, menulis mengenai
Bilakah KeIslaman Muawiyah Bin Abi Sufian, seperti berikut:
Dari sudut tuduhan beliau lewat masuk Islam sehinggalah pada hari
berlakunya pembukaan Mekah, kita dapati al-Allamah Ibn Asakir telah menjawab
tuduhan ini. Beliau meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada Muawiyah
yang berkata:
“Saya sebenarnya telah masuk Islam terlebih dahulu dari itu (dari
hari pembukaan kota Mekah) tetapi saya menyembunyikan Islam saya… Demi Allah
ketika Rasulullah meninggalkan bumi Hudaibiyah, pada ketika itulah saya beriman
dengan baginda”.[1]
Berdasarkan laporan ini jelas sekali Muawiyah sebenarnya telah
memeluk Islam pada hari Hudaibiyah lagi iaitu pada tahun ke enam hijrah dan
beliau membersihkan diri beliau dari termasuk ke dalam golongan orang-orang
yang dibebaskan oleh nabi pada hari pembukaan kota Mekah. Inilah kemungkinan
menjadi faktor yang membuatkan nabi memilihnya menjadi penulis wahyu baginda.