Rujukan penguat :
Fatwa Para Ulama Besar (mu'tabar) Tentang Kesesatan Syiahhttp://www.lppimakassar.com/2012/05/fatwa-ulama-sejagad-tentang-kesesatan.html
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas kerja “Mengapa
Syiah Wajib Ditolak” telah dibentang dan dikulliahkan di Masjid Negeri,
Negeri Perlis. Penulis merasakan bahawa masyarakat Islam Perlis amat
perihatin tentang isu Syiah. Mereka juga sangat mengharapkan ketampilan para ulama
Ahli Sunnah wal-Jamaah yang dapat menerangkan kepada umat Islam tentang bahaya
dan sesatnya akidah serta fahaman Syiah. Penulis merasa bertanggungjawab
memenuhi permintaan mereka setelah diminta memberi kulliah tentang kegiatan
Syiah yang sudah lama menyebarkan fahaman mereka di seluruh Malaysia dan kini
mula ingin menyebarkannya pula di Negeri Perlis.Semoga Jabatan
Agama Islam Perlis, para iman, ahli jawatan kuasa Masjid Negeri Perlis dan para
ulama Perlis sentiasa berusaha menghidupkan kegiatan dakwah Islamiyah dalam
usaha menghalang, menggagalkan dan membasmi kegiatan dakwah Syiah di
Perlis. Mudah-mudahan segala usaha suci mereka mendapat keredhaan dan
dirahmati Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Amin!!
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اِنَّ
الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتِعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ
بِاللهِ مِنْ سُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ
يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ،
وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . أمَّا بَعْده:
Baru-baru
ini penulis telah diminta agar memberi penjelasan kepada umat Islam Perlis
tentang bahayanya fahaman Syiah terhadap akidah Islamiyah. Isu ini
disuarakan kerana terdapatnya beberapa orang aktivis Syiah yang cuba
menyebarkan fahaman Syiah di Negeri Perlis. Oleh kerana fahaman Syiah ini
benar-benar sesat, menyesatkan dan boleh memecah-belahkan umat Islam, maka
dengan ‘inayah Allah penulis dengan rasa tanggungjawab dan hati yang ikhlas
insya-Allah akan berusaha sedaya mungkin bekerjasama dengan para ulama dan
masyarakat Islam untuk sama-sama menyekat dan membenteras fahaman sesat ini
supaya tidak tersebar di kalangan umat Islam yang berakidah Ahli Sunnah
wal-Jamaah walau di mana saja mereka berada.
Agar hakikat kesesatan akidah Syiah dapat diketahui dan difahami oleh
masyarakat Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah, maka penulis menyiapkan kertas kerja
tentang penyelewengan dan bahayanya fahaman serta akidah Syiah. Kertas
kerja yang ringkas ini akan dibentangkan sebagai siri kulliah akidah
terutamanya di beberapa masjid di sekitar Perlis, Pulau Pinang dan Selangor
insya-Allah.
Semoga Allah membantu kita sekalian menghapuskan fahaman yang sesat ini dari
terus merebak dan sentiasa memelihara akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah,
kedaulatan agama, negara, kerajaan, masyarakat dan perpaduan Ummah
Islamiyah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Definisi (شِيْعَة) Syiah Dan Tasyayyu' (تَشَيُّع)
Dari
segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong,
Pendukung atau Pembela". Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu
kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali".
Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang
mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya". Dan
apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.
Tasyayyu' (التشيع) pula
menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah[1]:
التشيع
لغة : هوالاتباع على وجه التدين والولاء للمتبوع علىالاخلاص.
"Tasyayyu'
menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat
orang yang diikuti dengan ikhlas".[2]
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah
dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk.
Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara
Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu
itu kesemua mereka berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Abdullah Bin Saba' (Si
Munafik)
Abdulah
bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk
Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu.
Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya
perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu
sendiri. Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah
Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah Allah".[3]
Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh
Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).
Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan
tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[4]
Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang
Abdullah bin Saba':
"Abdullah bin
Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu
(keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[5]
Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang
lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau menyebut
beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah.
Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam
yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).
Saad bin Abdullah
al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin
Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam
dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta
tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[6]
Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan
doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam
bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan
penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[7]
Syiah Mengkafirkan Para
Sahabat
Agama Syiah
mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh
dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya
ialah wasiat para ulama mereka:
1.
Abu Ja'far berkata:
"Semua
manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah
(kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad,
Salman dan Abu Dzar".[8]
2.
Al-Kulaini[9] mensifatkan
Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman
(murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullahsallallahu
'alaihi wa-sallam wafat.[10]
Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah.
Menurut Kulaini:
"Penduduk
Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada
Allah dengan terang-terang".[11]
Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:
"Sesiapa yang
tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia
keturunan Ali atau Fatimah".[12]
3.
Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:
“Bahawa mereka (Abu
Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari
agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam
kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".[13]
Budak Ali bin Husin
berkata:
"Saya pernah
bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia
menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".[14]
4.
Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:
"Sesungguhnya
penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk
Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari
penduduk Mekkah".[15]
Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para
ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang
awamnya.
Al-Quran
Menurut Syiah
Menurut
kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai,
ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang
asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada
putera-puteranya. Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini
al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.
Al-Kusyi pula berkata:
"Tidak sedikitpun
isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah
sekarang, Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".[16]
Menurut para ulama Syiah:
“Seseorang itu akan
dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau
kafir terhadap Syiah”.
Syiah banyak merubah
ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya. Contohnya ayat:
مَاسَلَكَكُمْ فِى سَقَرٍ
"Mengapa kamu
masuk neraka?"
(Menurut penafsiran ulama Syiah):
قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ
الْمُصَلِّيْن
"Orang-orang kafir
menjawab, Kami tidak solat".
Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran:
"Kami (masuk
neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".[17]
Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang
telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang
sesat lagi menyesatkan.
Hadis
Menurut Syiah
Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal
Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Syiah
hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait. Menurut
Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang
maksum. Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda
nabi.[18]
Syiah Mengkafirkan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah
1.
Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي) "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin
Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman
sebagai khalifah.
Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki
dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama
Syiah lagi:
"Dalam kalangan
ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua
mereka kafir dan terlaknat".[19]
Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh
Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani. Beliau menegaskan:
"Riwayat-riwayat
para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar
Ahli Sunnah wal-Jamaah".[20]
2.
Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan
orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi
al-Khuri (ulama besar Syiah):
"Najis
ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak
beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang
dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli,
kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".[21]
Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah):
"Sesungguhnya
an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu
wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[22]
3.
Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam
Dua Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):
"Tidak
ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala,
RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".[23]
Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah):
"Sesiapa
yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan
sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".[24]
Syiah menghalalkan
darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi,
dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad:
"Aku
bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau
membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal
darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok
atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya.
Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab:
Rampas sahaja semampu mungkin".[25]
Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah):
"Berkata
Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi
(Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan
kepada kami seperlima".[26]
Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):
"Dari
dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum,
dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan
membunuhnya".[27]
Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka
gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah
mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan
rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).
Agama Syiah Mewajibkan
Taqiyah
Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah
Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut
Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang
(kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang
Syiah.[28]
Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak
pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan
seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.
Orang-orang
Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli
Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat
dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.
Abu
Ja'far berkata:
"Taqiyah adalah
agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang
tidak bertaqiyah".[29]
Abdullah berkata:
"Wahai Abu
'Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada
taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala
sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30]
Diriwayatkan dari Ali
bin Muhammad:
"Wahai Daud!
Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti
orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu
itu".[31]
Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak
adalah seorang munafik. Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah
sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah. Si Munafik pula dilaknat
Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah
wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.
Syariat Syiah Yang
Menyesatkan
Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah
wal-Jamaah. Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya
“Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq”
segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan
Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthmanradiallahu anhum dan
para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis
salam daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Abu
Ja'far berkata:
"Apabila Imam
ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan
syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32]
Nikah Mut'ah
Syiah menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan
dan yang semampu. Mereka menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari
Kiamat. Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah
sehinggalah ke Hari Kiamat. Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah
ialah:
عَنْ
عَلِيِّ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ نِكَاحِ
الْمُتْعَةِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ لُحُوْمِ الْحُمُرِ اْلاَهْلِيَّةِ.
"Dari
Ali (Bin Abi Talib): Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah
melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan
makan daging keldai kampung".[33]
اَنَّ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى يَوْمِ الْفَتْحِ عَنْ
مُتْعَةِ النِّسَاءِ.
"Sesungguhnya
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh
(pembukaan) Mekkah".[34]
Antara tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah
walaupun telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan
mut’ah. Oleh itu, orang-orang beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah
wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah
golongan yang sesat lagi menyesatkan.
RUKUN IMAN AGAMA SYIAH
Rukun
iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun
iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:
1.
Beriman kepada keEsaan Allah
- (التوحيد)
2.
Beriman kepada Keadilan
-
(العدل)
3.
Beriman kepada Kenabian
-
(النبوة)
4.
Beriman kepada Imam
-
(الامانة)
5.
Beriman kepada Hari Kiamat
-
(المعاه)
Imam
Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan
ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah
kafir. Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.[35]
Imam
Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:
"Mereka (Syiah)
jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan
pembohong".[36]
Imam Syafie rahimahullah pula
berwasiat:
"Belum
pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi
pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".[37]
Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan
Syiah. Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah
sama ada fahaman atau akidah mereka. Oleh itu, berwaspadalah terhadap
gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah
pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat
Islam. Wallahua’lam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.
[1].
Syeikh al-Mufid adalah seorang ulama Syiah abad (414 H/ 1022M).
[2].
Lihat: Awaailul Maqalat. hlm. 2. Syeikh al-Mufid.
[3].
Lihat: Rijal al-Kusyi. Hlm. 106-108. (Kitab ini "Rijal
al-Kusyi") adalah kitab tertua menjadi rujukan dan pegangan golongan
Syiah.
[4].
Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah.
(1/74).
[5].
Lihat: الشيعة فى التاريخ
Hlm. 213. Muhammad Husin al-Zain.
[6].
Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74).
[7].
Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithan 'Asariyah. (1/77).
[8]. Lihat:
Tafsir as-Safi. (1/389).
[9]. Al-Kulaini,
nama penuhnya Muhammad bin Yakub al-Kulaini. Meninggal dunia pada 328H
[10]. Lihat:
Usul al-Kafi. (1/488).
[11]. Ibid.
(2/409).
[12]. Lihat:
Al-Kafi. (1/372-374).
[13]. Lihat: بحار الانوار. (4/385). Muhammad Baqir al-Majlisi
[14]. Ibid.
(2/216).
[15]. Ibid.
(2/410).
[16]. Lihat:
As-Safi. (1/33).
[17]. Lihat:
Usul Kafi. (1/438).
[18].
Keyakinan bahawa para imam maksum menjadikan semua perkataan yang keluar dari
mereka adalah sahih. Maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada
Rasulullah s.a.w sebagaimana di kalangan Ahlu Sunnah wal-Jamaah.
Lihat: Tarikh al-Imamiyah. Hlm. 140. Abdullah Faiyad.
[19]. Lihat:
Asy-Syiah wa as-Sunnah. Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri.
[20]. Lihat:
Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147.
[21]. Lihat:
Manhaj Shalihin. (1/116).
[22]. Lihat:
Tahrirul al-Wasilah. (1/116). Cetakan Beirut.
[23]. Lihat:
Al-Hadiq an-Nadirah. (28/153). Cetakan Beirut.
[24] Lihat:
Kitabul Khalash Fi Zilli al-Qaimmul Mahdi. Hlm. 44. Cetakan
Beirut, Lebnon.
[25]. Lihat:
'Ilal asy-Syar'i. Hlm. 44. Cetakan Beirut.
[26]. Lihat:
Tahzibul Ahkam. (1V/122) Cetakan Tehran.
[27]. Lihat:
Al-Hadiq an-Nadirah Fi Ahkam al-Atraf at-Tahirah. (X11/323-324).
[28]. Lihat:
Al-Qummi, terjemahan Asaf .A Fyze. Hlm. 71.
[29]. Lihat:
Usul Min Kafi. (2/219).
[30]. Ibid.
[31]. Lihat:
Wasail asy-Syiah (X1/466). Cetakan Tehran.
[32]. Lihat:
Tarikh Ma Ba'da Zuhur. Hlm. 728. Cetakan Beirut.
[33]. H/R
Bukhari (5/78 dan 6/129). Muslim (9/189-190).
[34]. H/R
Muslim. (4/133).
[35]. Lihat:
Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad
Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984.
[36]. Ibid.
Hlm. 57.
[37]. Ibid.
hlm. 57.