Pembunuh
Sayyidina Husain? (1)
BUKTI-BUKTI
SOKONGAN Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti
sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina
Husain. Di antaranya ialah :
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai
pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap
terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap
mereka yang biadap terhadap orang – orang yang dianggap oleh mereka sebagai
Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang
menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang
Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan
menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu .
Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali . Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina Utsman di Mesir dan berpura – pura mengasihi Sayyidina Ali . Dia pernah berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di Madinah dan Kufah .
Di
dalam Jilaau Al’ Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim
adalah salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan
oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir . Dia juga telah berbai’ah dengan
memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina Hasan, ”
Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan sekarang aku
menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku, bunuhlah.
Tetapi kalau engkau maafkan aku , aku akan pergi membunuh Muawiyah pula supaya
engkau terselamat daripada kejahatannya”. ( Jilaau Al U’yun, ms 218 )
Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan perancangan
mereka semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali
dan Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang merupakan musuh-mush Islam
yang menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak selamat apabila
perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku. Maka segolongan dari
mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali dan mereka
menjadi golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap berada bersama
Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini sebanarnya satu taktik mereka untuk
mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang jahat itu dan untuk
berselindung di sebalik beliau daripada hukuman kerana pembunuhan Khalifah
Utsman .
Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh
golongan Syiah pehanya sehingga tembus kemudian mereka menunjukkan pula
kebiadapannya terhadap Sayyidina Hasan dengan merampas harta bendanya dan
menarik kain sejadah yang diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain
melainkan kerana Sayyidina Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan pihak
Sayyidina Muawiyah. Bahkan bukan sekadar itu saja mereka telah menuduh
Sayyidina Hasan sebagai orang yang menghinakan orang – orang Islam dan sebagai
orang yang menghitamkan muka orang – orang Mukmin.
Kebiadapan Syiah dan kebusukan hatinya
ditujukan juga kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang sangat
setia kepada Imam Jaafar As Shadiq iaitu Rabi’ menangkap Imam Jaafar As Shadiq
dan membawanya kehadapan Khalifah Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi’ telah
memerintahkan anaknya yang paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As
Shadiq dengan kudanya. Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al ‘
Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi .
Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga
menyebutkan kisah pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan di sisi
Syiah, bahawa beliau telah dibunuh oleh Sabih Dailamy, seorang Syiah kental
dengan perintah Al Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh itu
Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak ada langsung
kesan – kesan pedang di tubuhnya .
Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan
tugasnya untuk membunuh Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan golongan yang
sampai begini biadapnya terhadap Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain
tanpa belas kasihan di medan Karbala .
Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana
mungkin pengikut – pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali dengan ‘syiah’
boleh bertindak kejam pula terhadap Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup
mempertahankan nyawa demi mempertahankan Iman-imam mereka ? Secara ringkas
bolehlah kita katakan bahawa ‘perasaan kehairanan’ yang seperti ini mungkin
timbul dari dalam fikiran Syiah, yang tidak mengetahui latar belakang kewujudan
Syiah itu sendiri. Mereka hanya menerima secara membabi buta daripada orang –
orang terdahulu . Adapun orang – orang yang mengadakan sesuatu fahaman dengan
tujuan – tujuan yang tertentu dan masih hidup ketika mana ajaran dan fahaman
itu mula dikembangkan tentu sekali mereka sedar maksud dan tujuan mereka
mengadakan ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka menunjukkan taat setia dan
kasih sayang kepada Imam-imam itu, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya .
2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada
peranan Yazid dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala, bahkan golongan
Syiahlah yang bertanggungjawab membunuh beliau bersama dengan ramai orang –
orang yang ikut serta di dalam rombongan itu, ialah adanya hubungan
persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Umayyah, selepas berlakunya
peperangan Siffin dan juga selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina
Husain di Karbala .
Tidak
mungkin orang – orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul Bait akan berkahwin
dengan orang – orang yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuh – pembunuh
atau orang – orang yang bertanggungjawab di dalam membunuh ayah , datuk atau
bapa saudara mereka Sayyidina Husain. Hubungan ini selain daripada menunjukkan
pemerintah – pemerintah dari kalangan Bani Muawiyah dan Yazid sebagai orang
yang tidak bersalah di dalam pembunuhan ini , ia juga menunjukkan mereka adalah
golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalinkan ikatan
kasih sayang di antara mereka dan Ahlul Bait .
Di antara contoh hubungan persemendaan ini
ialah:
(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri
bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama
Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. ( Ibn
Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80 )
(2)
Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin
Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani
Umaiyah. ( Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69 )
(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali
iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor ‘Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah
bernama Abdul Rahman . ( Jamharatu An Ansab, m.s. 68 ). ‘ Amir bin
Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal
dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali .
Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua
yang telah berkahwin dengan pemimpin – pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan
sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan
mereka iaitu :-
(1) Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan
Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan .
(2) Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin
Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik . Zainab ini
adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke
Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan
Sayyidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri .
(3) Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan
bin Ali berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban . Ummu
Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal
Abidin bin Al Husain .
(4) Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat
telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah .
(5) Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama
Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin
Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik .
(6) Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama
Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin
Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah .
Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut
ada meninggalkan zuriat .
Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula
ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu – individu dari
keluarga Bani Umaiyah , antaranya ialah :-
(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang
terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus’ab bin
Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al
Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan . Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul
Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak
kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab )
(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut
tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin
Amar bin Uthman .
Sementara anak cucu kepada saudara – saudara
Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain – lain juga telah mengadakan
perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah . Di antaranya yang boleh
disebutkan ialah :-
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain
iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin
dengan cucu Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid
bin Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara
orang yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau
terbunuh dalam pertempuran di medan Karbala .
Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli
-ahli sejarah dari Abu Mukhnaf , Hisyam dan lain – lain tentang kezaliman Yazid
di Karbala yang dikatakan telah memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun
air walaupun kepada kanak – kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina
Husain itu sehingga mereka mati kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara
cucu kepada Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid . Apakah kekejaman – kekejaman
yang tidak ada tolak bandingnya seperti yang digambarkan di dalam sejarah boleh
dilupakan begitu mudah oleh anak – anak cucu orang – orang yang teraniaya di
medan Karbala itu ? Apa lagi jika dilihat kepada zaman berlakunya perkahwinan
mereka ini , bukan lagi di zaman kekuasaan keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa
pada ketika itu ialah keluarga Marwan . Di sana tidak terdapat satu pun alasan
untuk kita mengatakan perkahwinan itu berlaku secara kekerasan atau paksaan .
Perkahwinan mereka membuktikan kisah – kisah
kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain
itu cerita – cerita rekaan oleh Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan
lain – lain .
Cucu
perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali ( yang terkenal
dengan Muhammad bin Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan Said bin
Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah . Ayah kepada Lubabah ini
ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai imam oleh Syiah Kaisamyyah .
Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan
hubungan persemendaaan yang berlaku di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim
terutamanya dari anak cucu Sayyidina Ali, Hasan dan Husain. Hubungan
persemendaan di antara mereka sangat banyak terdapat di dalam kitab-kitab Ansab
dan sejarah. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk dari kitab – kitab
seperti Jamratu Al Ansab , Nasbu Quraisy , Al Bidayah Wa An Nihayah ,
Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain – lain .
al-ahkam.net
Pembunuh
Sayyidina Husain? (2)
1. Tidak
sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain apabila kita
melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina
Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap orang – orang
yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan
terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab
terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain
sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda
mereka terhadap tertuduh itu .
Jika dilihat dari sudut riwayat pula , cerita –
cerita berkenaan peristiwa Karbala itu tidak lebih dari hikayat yang tidak
mampu bertahan apabila diuji dengan batu menguji sistem riwayat. Ini ialah
kerana tidak ada seorang pun pewarta kisah tersebut terdiri daripada orang –
orang yang menjadi saksi mata kepala bagi peristiwa ini . Pewarta paling awal
bagi peristiwa Karbala ini ialah Abu Mukhnaf Lut bin Yahya yang hidup di kurun
ke 2H ! Boleh dikatakan 90% dari kisah-kisah daripada peristiwa Karbala adalah
berpunca daripada Abu Mukhhaf Lut bin Yahya ini. Dia adalah seorang yang telah
dihukum oleh tokoh-tokoh ilmu rijal sebagai seorang Syiah yang ” hangus” atau
Syiah pekat , pembohong dan pereka banyak hadis – hadis palsu . Dia telah
menulis beberapa buah buku yang memuatkan cerita – cerita perang saudara di
permulaan Islam seperti peperangan Jamal, Siffin , perang di Naharwan juga
pertempuran di medan Karbala yang terkenal dengan nama ” Maqtal Abi
Mikhnaf ”
Buku –
buku tersebut penuh dengan gambaran – gambaran yang berlebih-lebihan dan
benar-benar mencerminkan method ahli cerita. Banyak pula cerita – cerita itu
hasil rekaannya sendiri. Kumpulan tulisan Abi Mikhnaf inilah yang menjadi
sumber rujukan utama at Thabari dalam tarikhnya yang terkenal dengan
” Tarikhu Al Uman Wa Al Muluk” atau ” Tarikh Thabari “. Di
dalam kitabnya itu Thabari seringkali mengulangi kata – kata “Qaala Abu Mikhnaf
” yakni ” Berkata Abu Mikhnaf “.
Ahli – ahli sejarah yang datang kemudian pula
bersandar terus kepada Thabari dan dengan itu cereka – cereka Abu Mikhnaf ini
semakin mendapat tempat di dalam sejarah .
Ketika peristiwa Karbala ini berlaku Abu
Mikhnaf belum lagi wujud di dunia ini . Imam Zahabi mengatakan , ” Dia ( Abu
Mikhnaf ) mati pada tahun 170H”. Ada pula yang mengatakan dia mati pada tahun
157H. Ertinya lebih kurang 100 tahun selepas berlakunya peristiwa Karbala itu .
Sekarang marilah pula kita melihat kedudukan
Abu Mikhnaf ini pada pandangan tokoh – tokoh Ilmu Rijal kerana dengan
bercerminkan Ilmu Rijal kita dapat melihat rupa paras sebenar pewarta sesuatu
cerita. Mukanya akan kelihatan kepada kita melalui cermin ini , sama ada cantik
atau hodoh. Imam Zahabi dalam ” Mizan Al I’tidal ” menulis tentang
Abu Mikhnaf ini katanya , ” Tidak boleh dipercayai “. Abu Halim dan lain – lain
ulama jarh dan ta’dil telah meninggalkannya ( tidak menerima riwayatnya ). Daaraqutni
berkata, “Dia seorang yang lemah” . Ibnu Ma’in berkata : “Dia seorang yang
tidak boleh dipercayai”. Murrah berkata, “Dia seorang yang tidak bernilai “,
dan Ibu Adiy berkata : “Dia adalah seorang Syiah yang hangus, ahli mereka
cerita “.
Imam As Suyuti di dalam Al Laaliu Al
Masnuu’ah menghukum Abu Mikhnaf dan seorang lagi ahli cerita sepertinya
iaitu Al Kalbi dengan berkata : ” Lut ( Abu Mikhnaf ) dan Al Kalbi adalah dua
orang pendusta besar”. Pengarang ” Taajul Arus ” pula memperkenalkan Abu
Mikhnaf dengan mengatakan : ” Dia adalah seorang ahli cerita Syiah, rosak dan
ditinggalkan riwayatnya “. Berkenaan dengan Muhammad As Saaib Al Kalbi pula
Ibnu Hibban berkata : ” Kalbi adalah seorang Saba’i ( orang yang mengikut jejak
langkah Abdullah bin Saba’ dan pengikutnya )”. Dia adalah dari kalangan orang –
orang yang berfahaman bahawa Ali tidak mati bahkan dia akan datang ke dunia ini
dan akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi dunia ini
sebelum itu dengan kezaliman. Ibnu Ma’in berkata : ” Kalbi ini seorang yang
tidak boleh dipercayai”. Jazajani dan lain – lain berkata : ” Dia adalah
seorang pendusta besar”. Daaraqutni dan sekumpulan besar ulama menghukum dia
sebagai “matruk” ( orang yang tidak diterima pewartaannya ). Imam A’masy pula
berkata : ” Waspadalah daripada saba’i ini kerana saya mendapati ramai ulama
menyenaraikannya dalam golongan pendusta “.
Begitu juga kedudukan anaknya Hisyam. Dia
adalah seorang yang tidak diterima periwayatannya oleh ulama Rijal , bahkan
mereka telah menghukumnya sebagai pendusta besar. Ringkasnya beginilah
kedudukan dan latar belakang pewarta-pewarta kisah Karbala. Jadi bagaimanakah
akan diterima cerita orang – orang yang seperti ini ?
al-ahkam.net
Pembunuh
Sayyidina Husain? (3)
II.
BUKTI-BUKTI SOKONGAN
Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi
beberapa bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina
Husain. Di antaranya ialah :
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai
pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap
terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap
mereka yang biadap terhadap orang – orang yang dianggap oleh mereka sebagai
Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang
menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang
Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan
menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu .
Bukti sokongan keempat yang menunjukkan
pembunuh – pembunuh Sayyidina Husain dan orang – orang yang menghadapi beliau
dengan lengkap bersenjata sebagai musuh itu adalah Syiah Kufah dapat juga
dipastikan melalui nama yang disebutkan oleh Sayyidina Husain dan yang
ditujukan ucapannya, kepadanya seperti :
i. Sulaiman bin Surad Khuza’i
ii. Musaiyyab bin Najabah
iii. Abdullah bin Sa’ad
iv. Abdullah bin Wall
v. Rafa’ah bin Syaddad
vi. Syabat bin Rab’i
vii. Hajjar bin Abjar
viii. Yazid bin Harits
ix. Urwah bin Qais
x. Amar bin Hajjaj
xi. Hur bin Yazid
Al
Majlisi sendiri mengakui bahawa orang – orang mukmin dan Syiah seperti Sulaiman
bin Surad Khuza’i, Musaiyyab bin Najabah, Rafa’ah bin Syaddad , Habib bin
Mudzaahir dan lain – lain itulah yang mengutuskan surat pertama kepada
Sayyidina Husain dengan menyebutkan di dalamnya Sayyidina Muawiyah sebagai “Al
Jabbar Al ‘ Anid” ( diktator yang keras kepala ).
Di antara yang ditulis oleh mereka ialah , ”
Sekarang kami tidak mempunyai imam dan ketua . Tuan datanglah kepada kami. Kami
akan memberikan sepenuh-penuh taat setia kepada tuan. Sebaik sahaja tuan
datang, kami akan menghalau keluar Nu’man bin Basyir Gabenor Kufah daripada
Kufah ini. Wassalam “. ( Jilaau Al Uyun , m.s. 356 ).
Perkara yang sama juga tersebut di dalam kitab
‘Muntaha al Aamaal‘ jilid 1 m.s. 303. Lihat juga ‘Tarikh At Thabari‘ jilid 4
m.s. 261 – 262 , ‘Al Kamil Fi At Tarikh‘ jilid 3 m.s. 266 .
Surat ini disampaikan oleh Abdullah bin Sab’un
Al Hamdani dan Abdullah bin Wall kepada Sayyidina Husain. Selepas surat ini
pembesar – pembesar Kufah dan orang – orang kenamaannya yang mana bilangan
mereka adalah seramai 150 orang , mengirimkan pula surat kepada beliau melalui
Qais bin Mushir, Abdullah bin Syaddad dan Ammar bin Abdullah. Dua hari selepas
itu penduduk Kufah menghantarkan pula surat kepada beliau melalui Hani’ bin
Hani’ As Sabi’i dan Sa’id bin Abdullah Al Hanafi . Di antara kandungan surat
itu ialah :
Selepas Bismillah, ” Bahawa segeralah sampai
kepada kalangan teman – teman dan pengikut – pengikut tuan. Semua kami telah
pun bersiap sedia menanti tuan “.
Selepas itu Syabats bin Rab’i , Hajjar bin
Abjar , Yazid bin Harits , Urwah bin Qais , Amar bin Hajjaj dan Muhamamd bin
Umair At Tamimi pula mengirimkan surat yang lebih kurang isi kandungannya
dengan surat – surat yang lalu. ( ‘Jilaau Al Uyun‘, m.s. 357, ‘Muntaha Al
Aamal‘ jilid 1, m.s. 303, ‘Tarikh At Thabari‘, jilid.4 m.s. 262, dan Al
Kamil Fi At Tarikh, jilid m.s. 267 )
Walaupun begitu Sayyidina Husain masih teragak
– agak menyambut seruan mereka sehinggalah sampai surat – surat mereka kepada
beliau sebanyak lebih kurang 12,000 pucuk dan terlalu ramai pula datang orang –
orang yang diutuskan oleh penduduk Kufah. Pada ketika itu barulah Sayyidina
Husain membalas surat – surat mereka dengan menulis begini :-
” Surat ini adalah daripada Husain bin Ali
kepada orang – orang Mukmin dan Muslim dari kalangan Syiah. Surat tuan – tuan
telah pun saya terima semuanya. Sekarang saya hantarkan kepercayaan saya kepada
Muslim bin ‘Aqil kepadamu. Nanti kalau dia menuliskkan surat kepada saya
tentang pengutus – pengutus surat – surat tersebut adalah dari orang – orang
yang mulia, bijaksana dan bertanggungjawab, maka insya Allah dengan segera saya
akan datang kepadamu”. ( ‘Jilaau Al Uyun‘ , m.s. 357, ‘Muntaha Al Aamal‘ ,
jilid 1, m.s. 303; ‘Tarikh At Thabari‘ jilid 4 , m.s. 262; ‘Al Kamil Fi At
Tarikh‘ jilid 3, m.s. 267 )
Apabila menyebut nama orang – orang ini mungkin
ada orang berkata bahawa, ” Mereka itu sebenarnya adalah orang – orang yang
setia kepada Ibn Ziad dan kerajaan. Mereka hanya menyamar sebagai Syiah,
bukannya Syiah yang sebenar, semata – mata untuk memerangkap Sayyidina Husain.
Kerana itulah mudah sekali mereka mengarahkan pemberontak – pemberontak yang
berkumpul di hadapan kediaman Gabenor Ibn Ziad di Kufah dan kemudian tampil
pula di medan Karbala untuk menentang dan memerangi Husain, seterusnya membunuh
beliau dan orang – orang yang ikut serta dengan beliau “.
Maka sebagai jawapannya kita akan berkata , ”
Alasan seperti ini mungkin boleh diterima oleh orang – orang Ahlus Sunnah dan
juga orang – orang yang tidak mempunyai kepercayaan tentang Imamah. Tetapi
orang – orang yang mempercayai para Imam itu mempunyai satu buku daftar nama –
nama ‘syiah’ berserta nama – nama ayah mereka, andaian ini tertolak sama
sekali. Kerana itulah di dalam ‘Kitab Al Kafi’ jilid 1 m.s. 223 dinukilkan
kata – kata Imam Ar Ridha bahawa , ” Kami memang mengenali seseorang apabila
kami melihatnya sama ada ia seorang mukmin atau ia seorang munafik, dan
sesungguhnya ‘syiah’ kami tertulis nama mereka bersama nama – nama ayah mereka
(dalam buku catatan yang ada pada kami )”.
Demikian juga tersebut di dalam kitab ‘Al
Ihtijaj Thabarsi ‘ tentang ciri – ciri seseorang Imam bahawa, ” Padanya
ada satu daftar yang tertulis di dalamnya nama – nama ‘syiah’nya hingga qiamat”
. ( ‘Al Ihtijaj‘ , jilid 2 , m.s. 437 ).
Jadi bagaimanakah Sayyidina Husain yang
dipercayai sebagai imam oleh orang – orang Syiah itu tidak akan mengetahui pula
‘syiah’nya ( pengikutnya ) yang menjemput beliau untuk memberontak itu ?
Masakan beliau akan mendedahkan diri kepada bahaya yang mengancam negara beliau
dan ahli keluarganya sendiri di dalam perjalanan itu !
Bukti sokongan kelima yang menunjukkan pembunuh
– pembunuh Sayyidina Husain adalah orang – orang Syiah Kufah adalah nasihat
orang – orang tua dari kalangan sahabat dan juga sanak saudara beliau agar
tidak terpengaruh dengan golongan Syiah itu . Mereka mengingatkan Sayyidina
Husain tentang pengkhianatan dan kebiadaban Syiah terhadap abang dan ayah
beliau pada masa – masa yang lalu .
Sebagai contohnya di sini akan dikemukakan
nasihat beberapa sahabat beliau. Di antaranya ialah :-
a) Abu Sa’ id Al Khudri menceritakan bahawa, ”
Husain telah mendorong saya supaya memberontak. Maka saya pun berkata
kepadanya; Bertaqwalah kepada Allah di dalam hatimu. Tetaplah duduk di rumahmu
dan janganlah engkau memberontak terhadap Imammu ( Khalifah Yazid )”. ( ‘Al
Bidayah Wa An Nihayah‘, jilid 8 , m.s. 163 )
b) Abu Waqid Al Laitsi menceritakan tindakannya
menghalang Sayyidina Husain untuk berangkat ke Kufah dengan katanya, ” Maka aku
menahannya daripada keluar memberontak dengan nama Allah kerana orang yang
memberontak bukan dengan sebab yang wajar adalah orang yang keluar membunuh
diri sendiri “. ( Ibid , m.s. 163 )
c) Jaabir bin Abdillah berkata , ” Aku telah
menasihati Husain dengan kataku; Bertaqwalah kepada Allah dan janganlah engkau
memperlagakan sebahagian orang dengan sebahagian yang lain “. ( Ibid ).
d) Sementara Ibn Umar yang dipanggil dengan
gelaran ‘ Syeikh As Sahabah ‘ pula menasihati Sayyidina Husain dengan katanya,
” Bertaqwalah kepada Allah. Janganlah engkau memecah belahkan perpaduan ummat
Islam”. ( ‘Tarikh At Thabari‘ , jilid 4, m.s. 254 )
e) Ibn Abbas yang dianggap sebagai orang tua
dari kalangan Ahlul Bait pada masa itu juga puas menasihati Sayyidina Husain
seperti juga orang – orang lain tetapi tidak didengar oleh Sayyidina Husain.
Mengikut apa yang dikemukakan oleh At Thabari, sampai begini kata – kata Ibn
Abbas, ” Demi Allah! Kalau aku yakin engkau akan menurut kata – kataku dengan
menyentap rambutmu dan memegang tengkokmu sehingga semua orang melihat keadaan
itu, nescaya aku lakukan”. (‘Tarikh At Thabari‘ , jilid 4 , m.s. 288 )
Aku Bakar bin Al Harits bin Hisyam pula
menasihati Sayyidina Husain dengan katanya , ” Bagaimana engkau akan berangkat
demi menyahut jemputan orang – orang yang telah memberontak dan menderhaka
terhadap ayah dan abangmu. Bukankah engkau sendiri telah menyaksikan apa yang
telah mereka lakukan terhadap abangmu sesudah ayahmu? Apakah dengan mereka
engkau akan memerangi penduduk Syam dan Iraq yang lebih kuat daripadamu dan
cukup lengkap pula senjata mereka ? Bukankah mereka itu orang – orang yang
pernah menarik diri daripada berbai’ah kepadanya sehingga sebak dada ayahmu
oleh kemarahan , padahal seorang yang lebih berpengaruh , lebih perkasa dan
lebih dipatuhi ramai?” ( ‘Al Mas’ud Muruju Az Zahab‘ , jilid 3 m.s. 69 – 70 )
Hadis – hadis Syiah yang diriwayatkan daripada
Imam – imam maksum juga membuktikan bahawa pembunuhan Sayyidina Husain dan
keluarganya dari awal hingga akhir telah berlaku di tangan orang – orang Syiah
dan kerana ini mereka terpaksa menderita bencana dan malapetaka besar hingga ke
hari ini . Di dalam ” Usul Kafi ” tersebut satu riwayat daripada Abu Hamzah Ats
Tsumali katanya, ” Aku mendengar Muhammad Al Baqir berkata , ” Wahai Tsabit !
Sesungguhnya Allah Tabarakawataala telah menentukan kemunculan Imam Mahdi pada
tahun 70H tetapi apabila Husain terbunuh maka murkalah Allah ke atas penduduk
bumi lalu ditundakan kemunculannya kepada tahun 140H. Kami ceritakan kepada
kamu tetapi kamu heboh – hebohkan cerita kami. Kamu singkapkan tabir rahsia
kerana itulah Allah tidak menentukan lagi waktu kemunculannya kepada kita “.
Berkata Abu Hamzah, ” Maka aku kemukakan perkara ini kepada Jaafar As Shadiq,
oleh beliau diakui bahawa memang begitulah yang terjadi “. (‘Al usul Min Al
Kafi‘ , jilid 1, m.s. 368 )
Daripada hadis Syiah ini dapat difahamkan
bahawa pembunuh – pembunuh Sayyidina Husain itu sememangnya orang – orang Syiah
. Jika tidak tentulah kemunculan Imam Mahdi pada tahun 70H yang ditentukan
Tuhan itu tidak ditundakan kerana tidakkah kemunculan Imam Mahdi itu merupakan
nikmat dan rahmat kepada golongan Syiah ? Bukankah mengikut kepercayaan Syiah
kedatangan Imam Mahdi akan menghadiahkan kerajaan dan pemerintahan kepada orang
– orang Syiah di seluruh dunia ? Kalaulah pembunuh – pembunuh Sayyidina Husain
itu bukan Syiah , kenapa pula mereka dihadang daripada mendapat nikmat itu ?
Bukankah dengan mengatakan begitu bererti kita mencabar keadilan Tuhan yang
dicanang oleh golongan Syiah sebagai Rukun Iman mereka ? Kenapa pula orang lain
yang membuat onar tetapi yang menanggung rugi ialah Syiah ?
Ya, mungkinlah ada satu lagi jalan hadapan kita
untuk melepaskan Syiah daripada pembunuhan Sayyidina Husain iaitu kerana
terbunuhnya Husain itu Tuhan begitu murka sehingga tidak dapat membezakan lagi
siapa ‘ kekasih’ dan siapa ‘ musuh’ Nya sehingga telah memutuskan keberuntungan
kepada pihak musuh dan kerugian pula kepada pihak kekasih dengan menundakan
kemunculan Imam Mahdi!!!
Untuk dikatakan Yazid melalui Gabenor
Ubaidullah bin Ziad dan panglimanya Umar membunuh Sayyidina Husain, selain
daripada ianya bercanggah dengan kenyataan – kenyataan dan bukti – bukti yang
telah dikemukakan sebelum ini, ia juga bercanggah dan bertentangan dengan
pesanan yang telah diberikan oleh Muawiyah kepada Yazid tentang Sayyidina
Husain dan pesanan itu dicatatkan oleh Thabari di dalam ”Tarikh“nya bahawa, ”
Adapun Husain bin Ali maka penduduk Iraq sekali – kali tidak akan melepaskannya
sehinggalah mereka mengeluarkannya untuk memberontak. Maka sekiranya ia keluar
memberontak terhadapmu dan engkau dapat menangkapnya maka maafkan lah dia
kerana beliau mempunyai pertalian rahim yang sangat hampir dengan kita dan juga
mempunyai hak yang sangat besar”. ( ‘Tarikh At Thabari‘ , jilid 4 , ms 238 )
Di tempat yang lain dinukilkan begini , ”
Sekiranya engkau menangkapnya maka maafkanlah dia kerana jika aku sendiri
menghadapi perkara ini necsaya aku memaafkan dia juga “. ( Ibid jilid 4 m.s.
239 )
Perkara yang sama juga telah disebutkan oleh
Mullah Baqir di dalam kitabnya ” Jilaau Al Uyun “. Walaupun
selepas mengemukakan pesanan ini Mulla Baqir menyatakan pendapatnya bahawa
wasiat yang diberikan oleh Muawiyah kepada Yazid itu bukanlah kerana memikirkan
Sayyidina Husain tetapi untuk menjaga kerajaan Yazid. Kerananya Muawiyah telah
pun mengetahui bahawa dengan membunuh Sayyidina Husain akan hancurlah kerajaan
Yazid. Tetapi ini tidak lebih daripada dakwaan semata – mata tanpa disokong
oleh dalil yang kukuh dan memberikan kunci ilmu ghaib pula kepada Muawiyah .
Kalaulah Muawiyah memang berniat begitu, kenapakah beliau tidak mengatakan
terus terang kepada Yazid bahawa, ” Jangan sekali – kali engkau membunuh Husain
kerana pembunuhannya menandakan kehancuran kerajaanmu”. Walau bagaimanapun
pesanan Muawiyah itu telah dikemukakan juga oleh beliau seperti mana ahli –
ahli sejarah yang lain.
Yazid pula di dalam pesanannya terhadap
gabenornya Ibn Ziad menekankan begini : ” “Saya mendapat tahu bahawa Husain
telah pun menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan – kawasan perbatasan
negeri. Sesiapa yang diragui , tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh
tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangimu dan
tulislah selalu kepadaku tentang apa yang berlaku. Wassalam “. ( ‘Al Bidayah Wa
An Nihayah’ , jilid 8 m.s. 165 )
Pesanan ini menunjukkan tindakan Yazid yang
bijaksana sebagai pemimpin negara yang mahukan keamanan dan ketenteraman di
dalam negaranya. Begitu juga terdapat arahan di dalamnya kepada Gabenor Ibnu
Ziad supaya tidak memulakan perang terhadap pihak lawannya dan jika diserang
pula, maka langkah – langkah yang mempertahankan diri perlulah diambil. Kata –
kata Yazid yang berbunyi , “Tetapi janganlah engkau perangi kecuali orang yang
memerangimu”, merobohkan sama sekali cerita palsu yang memuatkan kezaliman dan
kekejaman oleh pihak kerajaan Yazid terhadap Sayyidina Husain. Begitu juga mana
mungkin kekejaman dan tindakan yang melampau terhadap rombongan Sayyidina
Husain itu dilakukan oleh Ibn Ziad, gabenor Yazid di Kufah dalam keadaan
terdapat pula surat daripada Marwan, bekas Gabenor Madinah, kepadanya yang
berpesan dengan sungguh – sungguh berbunyi :
”
Sesungguhnya Husain bin Ali anak Fatimah telah pun menuju ke arahmu dan Fatimah
adalah anak perempuan Rasulullah s.a.w. Demi Allah ! Tidak ada seorang pun yang
lebih dikasihi kami daripada Husain. Semoga Allah menyelamatkannya . Oleh itu
waspadalah. Jangan sekali-kali kerana kemarahan engkau melakukan sesuatu yang
tidak dapat diubati dan tidak dapat dilupakan oleh ummat sampai akhir zaman.
Wassalam”. ( ‘Al Bidayah Wa An Nihayah‘, jilid 8, m.s. 165; ‘Naasikhu At
Tawarikh’, jilid 6 , m.s. 212 ).
Surat ini selain daripada menunjukkan betapa
kasihnya Marwan kepada Sayyidina Husain dan betapa kuatnya peringatan yang
diberikannya kepada Ibn Ziad telah menidakkan segala cerita – cerita palsu yang
dihubungkan kepada Ibnu Ziad . Dengan adanya pesanan – pesanan dan arahan –
arahan seperti ini daripada pemimpin agung dan pemimpin – pemimpin yang lain,
mana mungkin seorang pemimpin bawahan seperti Ibn Ziad sanggup melanggarnya .
Selain dari itu kalaulah Yazid bertanggungjawab
di dalam pembunuhan Sayyidina Husain itu maka mengapakah pula rombongan –
rombongan sanak – saudara Sayyidina Husain yang masih hidup selepas peristiwa
Karbala itu dibawa oleh bala tentera Yazid ke Syam dengan penuh penghormatan ?
( Al Akhbaru At Thiwal m.s. 200 )
Zainab saudara Sayyidina Husain misalnya,
setelah berada di Syam dan mendapat bermacam – macam kemudahan dan layanan yang
baik daripada pihak kerajaan Yazid tidak mahu lagi pergi kemana – mana hatta
pulang ke Madinah apa lagi akan pergi ke Iraq atau Kufah . Ali Zainal Abidin
pula dilaporkan oleh ahli – ahli sejarah sebagai seorang yang amat setia kepada
Yazid dan tidak terlibat dalam mana – mana pemberontakan oleh mana – mana pihak
sesudah itu sama ada pemberontakan oleh pihak Ibnu Zubair atau pihak Mukhtar
bin Abi Ubaid Ats Tsaqafi (yang bangkit memberontak dengan alasan membela Ahlul
Bait !)
Pembunuh
Sayyidina Husain? (4)
I.
BUKTI-BUKTI SOKONGAN Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi
beberapa bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina
Husain. Di antaranya ialah :
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai
pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap
terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap
mereka yang biadap terhadap orang – orang yang dianggap oleh mereka sebagai
Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang
menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang
Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan
menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu .
Umar bin Saad telah dikaitkan dengan pembunuhan
Sayyidina Husain kerana beliau adalah anak kepada salah sahabat agung
Rasulullah s.a.w. , Saad bin Abi Waqqas r.a. Kejujuran dan kebaikan Umar bin
Saad ini dapat kita lihat di celah – celah kitab sejarah yang bercampur baur di
antara kebenaran dan kebatilan.
Muslim bin ‘Aqil mengamanahkan kepadanya untuk
menyampaikan pesan kepada Sayyidina Husain (sebelum sampai ke Kufah) tentang
kecurangan golongan Syiah yang sebelum itu telahpun mengadakan janji setia
dengannya. Umar bin Saad telah menyampaikan amanah Muslim bin ‘Aqil itu kepada
Sayyidina Husain. (Akbary At Thiwal m.s. 354 ). Selepas mendapat maklumat
ini Sayyidina Husain tidak mahu lagi meneruskan perjalanannya ke Kufah dan
terus membelok ke kiri mengambil jalan Syam atau Karbala yang berada di jalan
yang menuju ke Syam, bukan jalan yang menuju ke Kufah. Sementara Ibnu Ziad pula
dengan senang hati membenarkan Umar bin Saad yang diketahuinya sangat
bersimpati dan kasih kepada Husain untuk membawa amanah Muslim bin ‘Aqil kepada
Husain yang sedang dalam perjalanan ke Kufah itu ( Al Bidayah Wa An
Nihayah).
Ini
jelas menunjukkan bahawa Sayyidina Husain telahpun membatalkan maksud asalnya
untuk memberontak terhadap kerajaan Yazid dan telahpun menunjukkan kesediaanya
untuk berbai’ah kepada Yazid. Ini jelas kita lihat di dalam kitab – kitab
sejarah di mana Sayyidina Husain telah diberi pilihan oleh pihak kerajaan ( melalui
Umar bin Saad) bahawa sama ada beliau berpatah balik ke Mekah atau pergi kemana
– mana perbatasan negeri atau mengalihkan arah tujuannya ke Syam untuk
berbai’ah kepada Yazid .
Jika salah satu daripada tiga perkara ini
dipilih oleh Sayyidina Husain, beliau dan rombongannya tidak akan sekali kali
diganggu dan diceroboh , apalagi akan dibunuh. ( (Umdau At Thalib Fi Ansab Aal
Thalib, m.s. 179;At Thabari jilid 4 m.s 313 )
Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar
bin Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana
yang dinyatakan di dalam buku – buku sejarah kerana kerana bertentangan dengan
riwayat oleh Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata , ” Seolah
– olah aku masih lagi nampak airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi
dan janggutnya”. ( Tarikh At Thabari jilid 4 m.s. 245 )
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang
digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang
dibunuhnya sampai begitu sekali bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan
kesedihannya yang amat sangat di atas kematian Sayyidina Husain yang telah
dibunuh secara aniaya itu .
Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut
oleh Ibn Saad di dalam ” Thabaqat “nya dalam senarai thabaqah yang
pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah .
Hafidz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama – nama
orang – orang yang meriwayatkan hadis daripadanya. Kata Hafidz Ibn Hajar, ”
Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah.
Beliau telah meriwayatkan hadis daripada ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri.
Sementara orang – orang yang meriwayatkan hadis – hadis daripadanya ialah
anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi’i , Aizar
bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri , Yazid bin Abi Habib dan
lain – lain lagi .
‘Ijli berkata, ” Beliau meriwayatkan beberapa
hadis daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang tsiqah ( yang
dipercayai ) “. ( Tahzibu At Tahzib jilid7 m.s 396 )
Kenyataan Hafidz Ibn Hajar ini menunjukkan
bahawa Umar bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin
yang digolongkan sebagai orang – orang yang kepercayaan dalam periwayatan
mereka . Sekiranya keganasan dan kezalimannya terhadap Sayyidina Husain dan
rombongannya memang benar – benar berlaku seperti yang digambarkan oleh buku –
buku sejarah maka bagaimanakah orang – orang besar yang merupakan tonggak dalam
periwayatan hadis menerimanya sebagai seorang yang adil lagi tsiqah ? Kenyataan
ini juga menunjukkan bahawa kisah – kisah kezaliman yang dihubungkan kepada
Umar bin Saad ini belum lagi popular pada ketika itu dan tidak diterima oleh
ahli ilmu dan cerdik pandai Islam .
Sebenarnya, orang – orang Syiah yang ikut serta
dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai pengiring mereka seramai lebih kurang
60 orang itu tidak akan senang hati dengan keputusan Sayyidina Husain untuk
membai’ah Yazid kerana bila Sayyidina Husain berbaiah kepada Yazid mereka sudah
pasti akan dibunuh. Sekiranya ini terjadi akan musnahlah segala perancangan
mereka untuk menghancurkan perpaduan umat Islam pada ketika itu iaitu dengan
tertangkapnya orang – orang yang terlibat dalam pemberontakan tersebut dan
dengan terkumpulnya seluruh baiah kepada Yazid .
Apa yang kita ketahui hari ini sebagai
peristiwa Karbala yang menyayatkan hati setiap Muslim yang cintakan Rasulullah
s.a.w dan Ahlul Baitnya sebenarnya disebabkan oleh golongan Syiah yang
mengiringi Sayyidina Husain di samping golongan Syiah yang datang dari Kufah .
Merekalah yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain dengan tujuan untuk
terus mengharubirukan suasana dan memecah belahkan kesatuan umat . Untuk
mencapai tujuan ini mereka telah mencanangkan Yazid sebagai orang yang
bertanggungjawab terhadap pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala.
Begitulah perangai mereka , setelah membunuh
seseorang mereka letakkan dosa pembunuhan itu ke atas orang lain. Sebagai
buktinya, kita boleh lihat kenyataan seorang pengarang sejarah Syiah di dalam
bukunya ” Umdatu At Talib ” di mana beliau menulis begini :
” Setelah mendengar berita pembunuhan Muslim ,
maka Husain mahu berpatah balik tetapi anak – anak ‘ Aqil enggan berbuat begitu
. Maka beliaupun terus mara ke hadapan sehingga sampai tidak jauh dari Kufah .
Di situ beliau berhadapan dengan Hur bin Yazid Ar Riahi (seorang Syiah ) dengan
1,000 pasukan berkudanya . Husain enggan meneruskan perjalananannya ke Kufah
dan beliau membelok ke arah Syam dengan maksud untuk menemui Yazid bin Muawiyah
tetapi bila beliau sampai di Karbala beliau ditahan dari meneruskan
perjalanannya ke Syam dan dipaksa supaya pergi ke Kufah menurut perintah
Ubaidullah bin Ziad tetapi Husain tetap enggan dan tetap memilih jalan yang
membawa mereka ke Syam “. ( Umdatu At Thalib Fi Ansab aal Abi Thalib, m.s.
179 )
Kalaupun dikatakan juga Yazid yang bertanggungjawab
ke atas pembunuhan Sayyidina Husain dan sebahagian ahli rombongannya ke Kufah
itu ( walaupun sebelum ini telah terbukti bahawa Yazid bebas daripada tuduhan
pembunuhan itu ) maka bukankah ada juga hujah bagi Yazid untuk bertindak
demikian berdasarkan perintah Nabi s.a.w. di dalam sabdanya yang bermaksud :
” Apabila telah dibai’ahkan dua khalifah maka
bunuhlah yang terkemudian daripada dua itu “. (Sahih Muslim )
Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda
bermaksud :
” Jika seseorang tampil untuk menentang
seseorang khalifah ( yang sudah dilantik ) dengan mendakwa sebagai khalifah ,
maka penggallah leher orang yang mendakwa khalifah itu “.(Muslim, Abu Daud ,
Nasai, Ahmad , Ibn Majah )
Nabi s.a.w. . juga bersabda bermaksud :
” Sesiapa juga yang datang kepadamu dalam
keadaan kamu sudah berbai’ah kepada seseorang, dia mahu memecahkan perpaduan
kamu atau menyelerakkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah dia “. ( Sahih
Muslim )
Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda
bermaksud :
” Nanti akan berlaku fitnah yang besar- besar.
Maka jika ada sesiapa mahu menyelerakkan urusan umat ini ketika mana mereka
telahpun bersepakat, maka penggallah lehernya dengan pedang , biar siapapun dia
itu “. ( Muslim )
Mungkin ada yang terkeliru apabila melihat
kedudukan Sayyidina Husain yang begitu istimewa berbanding Yazid, maka haruslah
Sayyidina Husain memberontak terhadap Yazid. Kekeliruan seperti ini seharusnya
akan hilang dengan adanya hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w.. seperti yang
bermaksud :
” Turutlah dan taatilah ( pemerintahmu )
walaupun dilantik memerintah kamu seorang hamba Habsyi yang kepalanya bagaikan
buah anggur “. ( Bukhari , Muslim, Nasai, Ahmad, Ibn Majah )
Begitu juga menurut apa yang diriwayatkan oleh
Ubadah bin As Shamit bahawa , “Rasulullah s.a.w. memanggil kami dan kami
berbai’ah kepadanya untuk menurut dan mematuhi pemerintah”.
Sama ada kami suka atau tidak suka, sama ada
sukar ataupun mudah untuk kami menurutinya dan sehingga kami mengorbankan apa
saja untuknya, kami juga berbai’ah untuk tidak menentang pemerintah kecualilah
jika pemerintah itu melakukan kekufuran secara terang-terangan dan kamu pula
mempunyai bukti yang terang daripada Allah tentangnya . ( Sahih Bukhari &
Muslim )
Kedua – dua hadis ini menjelaskan bahawa
seseorang pemimpin itu wajib ditaati dan tidak boleh memberontak terhadapnya
biar dalam keadaan bagaimana sekalipun kecualilah jika pemerintah itu telah
melakukan kekufuran secara terang – terangan seperti yang tersebut di dalam
hadis ini . Oleh itu di manakah letaknya kewajaran menentang beliau (Yazid) dan
memberontak terhadapnya ?
Berdasarkan hadis – hadis ini juga tidakkah
wajar bagi Yazid bertindak menghalang pemberontakan yang berlaku ( walaupun
usaha ini sampai menumpahkan darah ) ? Jika diandaikan Sayyidina Husain berada
di tempat Yazid sebagai khalifah maka apakah yang seharusnya beliau lakukan ke
atas pemberontak yang mahu merampas kuasa daripadanya ? Bukankah dia akan
bertindak mempertahankan kedudukannya sebagai khalifah yang telah dibai’ahkan
oleh umat dengan menumpaskan pemberontakan yang berlaku walaupun dengan
menumpahkan darah mereka. Jika beliau bertindak begitu , bukankah kita tetap
akan berkata , ” Bahawa beliau tidak melampaui batas dalam tindakannya itu
kerana sememangnya ada perintah Rasulullah s.a.w berhubung dengan tindakan
terhadap pemberontakan atau orang yang mendakwa sebagai khalifah setelah
diberikan ba’iah kepada seseorang sebagai khalifah sebelumnya ?”
Kerana
itulah kita lihat dalam sejarah tidak ada seorangpun sahabat yang turut serta
dalam pemberontakan yang dicetuskan oleh Sayyidina Husain, bahkan mereka telah
berusaha sedaya upaya menghalang Sayyidina Husain dari maksudnya itu . Perlu
diingat bahawa pada masa itu terdapat masih ramai lagi sahabat Rasulullah
s.a.w. ( Syeikh Muhammad Al Khudhari Bey – Itmamu AL Qafa’ Fi Seerati Al
Khulafa’, m.s 14 )
Demikian juga dari kalangan sanak – saudaranya
hanya sebilangan kecil sahaja daripada mereka yang ikut serta dalam rombongan itu
. Iparnya Abdullah bin Jaafar At Thayyan, suami kepada saudara perempuan
Sayyidina Husain yang bernama Zainab, telah bercerai dengan isterinya kerana
berbeza pendapat dengan isterinya dan tidak bersetuju dengan maksud Sayyidina
Husain itu.
al-ahkam.net
Pembunuh
Sayyidina Husain? (5)
II.
BUKTI-BUKTI SOKONGAN
Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi
beberapa bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain.
Di antaranya ialah :
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai
pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap
terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap
mereka yang biadap terhadap orang – orang yang dianggap oleh mereka sebagai
Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang
menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang
Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan
menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu .
Disini mungkin pula timbul persoalan iaitu ,
kenapa pula kita mengambil kenyataan dari riwayat yang menyatakan
pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain adalah Syiah Kufah dan bukannya pihak Yazid
sebagimana yang sering didengari dan disebarkan selama ini?
Maka untuk menjawab persoalan ini kita akan
berkata bahawa , ” Riwayat yang mengatakan pihak Yazid sebagai pembunuh
Sayyidina Husain di Karbala itu 90% daripadanya adalah berpunca daripada Abu
Mikhnaf Lut bin Yahya dan orang – orang seperti Muhammad bin As Saaib Al Kalbi
dan anaknya Hisyam yang telah dikenali oleh ulama Rijal sebagai orang – orang
Syiah. Bahkan mereka disebutkan sebagai ” Saba’i ” (pengikut Abdullah Ibn Saba’
)”
Riwayat-riwayat yang menyebutkan Syiah Kufah
sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Sayyidina Husain itu juga
diriwayatkan oleh Syiah . Bahkan kenyataan – kenyataan ini tersebut di dalam
kitab – kitab mereka yang ” asal “.
Jadi kedua – dua riwayat ini adalah berpunca
daripada Syiah (pengikut Ibn Saba’ yang terkutuk itu) , mereka menyimpan
bersama mereka fakta yang sebenarnya tetapi untuk mengelirukan umat Islam
terutamanya golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan umat manusia seluruhnya, mereka
mencipta kisah – kisah yang menggambarkan Yazid sebagai pihak yang
bertanggungjawab di dalam pembunuhan itu . Orang – orang dari kalangan mereka
seperti Abu Mikhnaf Lut bin Yahya, Al Kalbi, Al Waqidi dan lain – lain mencipta
kisah ini untuk dikemukakan kepada ahli – ahli sejarah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
seperti At Thabari dan lain – lain .
Dan apa yang dikemukakan oleh Thabari itu telah
mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat kerana beliau dipercayai
sebagai orang Ahlus Sunnah wal Jamaah yang bersikap sederhana dalam penyusunan
kitab sejarahnya. Dengan begitu , berjayalah puak-puak Syiah ini dalam
perancangan mereka yang halus itu. Berabad lamanya mereka berpesta keriangan
lantaran tertipunya Ahlus Sunnah dan manusia semuanya .
Walau bagaimanapun , kebenaran tetap akan terserlah jua akhirnya. Seperti
matahari yang ditutupi awan tebal untuk beberapa lama tetapi akhirnya tetap
akan memancarkan sinarnya yang terang .
Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang
terperangkap dengan tipu daya Syiah ini adalah golongan yang meninggalkan dua
sumber yang dijamin oleh Rasulullah s.a.w . iaitu Al-Quran dan Al Hadis .
Mereka itu sebenarnya adalah orang – orang yang
malang kerana menganggap Al-Quran dan As Sunnah tidak berperanan dalam
mengemukakan fakta – fakta sejarah sepertimana peranannya di dalam mengemukakan
hukum – hukum agama .
Adapun Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang
teguh dengan kedua – duanya , sama sekali mereka tidak akan terkeliru dan
terpedaya dengan kepalsuan sejarah yang disebarkan oleh musuh – musuh Islam.
Di dalam Sahih Bukhari misalnya akan kita temui
riwayat dari Ibn Umar yang dengan jelas mengatakan golongan Syiah Kufah atau
orang Iraq lah yang telah membunuh cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Husain,
iaitu ketika beliau ditanya oleh seorang penduduk Iraq tentang apakah fidyahya
orang yang berihram yang membunuh lalat ? Maka sebagai menjawabnya beliau
berkata, ” Orang Iraq bertanya tentang membunuh lalat padahal mereka telah
membunuh cucu Rasulullah s.a.w . ( Sahih Bukhari , jilid 1, m.s 530 )
Riwayat ini menunjukkan bahawa para sahabat
yang masih hidup pada ketika itu tidak menganggap pembunuhan Sayyidina Husain
di Karbala berlaku mengikut perintah Yazid bahkan mereka menganggap orang Iraq
atau orang- orang Kufahlah yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain,
kerana itulah sikap mereka terhadap Yazid dapat dilihat dengan jelas iaitu
mereka tetap setia kepadanya dan tidak terlibat dalam pemberontakan –
pemberontakan terhadapnya yang dicetuskan oleh Ibn Zubair atau Mukhtar bin Abi’
Ubaid Ats Tsaqafi .
Di zaman kemudian daripada generasi sahabat
pula , walaupun sudah agak meluas tersebarnya riwayat – riwayat yang menuduh
Yazid sebagai pembunuh Sayyidina Husain, namun rata-rata masyarakat pada masa
itu masih tidak terpedaya dengannya . Sebagai contohnya dapat dilihat pada
pandangan Imam Ghazali tentang Yazid dan juga orang yang membunuh atau menyuruh
membunuh Sayyidina Husain. Kata beliau , ” Dan Yazid, Islamnya baik, tidak
benar pendapat yang mengatakan beliau membunuh Sayyidina Husain atau beliau
menyuruh orang membunuhnya atau beliau senang hati dengan pembunuhan itu . Oleh
itu , apabila tidak benar pembunuhan itu dilakukannya , maka haramlah
berprasangka buruk terhadapnya . Allah s.w.t berfirman bermaksud :
” Jauhilah kebanyakan dari prasangka,
sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa “.
Nabi S.A.W. bersabda :
” Sesungguhnya Allah mengharamkan darah, harta
dan kehormatan setiap orang Muslim ( dari dicerobohi) “
Orang yang menyangka Yazid telah memerintahkan
supaya membunuh Sayyidina Husain dan senang hati pula dengan pembunuhannya
adalah terlalu bodoh kerana orang – orang besar, menteri – menteri dan raja –
raja yang terbunuh di zamannya tidak diketahuinya siapakah pembunuhnya, yang
memerintahkan pembunuhan, siapa yang senang hati dan siapa pula yang tidak
senang hati, walaupun pembunuhan itu berlaku tidak jauh daripada tempatnya dan
semasa hidupnya, bagaimana pula dia akan mengetahui pembunuhan yang telah berlaku
di satu negeri yang jauh dan pada satu masa yang telah lama pula ? Bagaimana
dia mengetahui peristiwa yang telah berlaku hampir 400 tahun yang lampau di
suatu tempat yang jauh ditambah pula oleh adanya perasaan ta’sub dan cerita –
cerita palsu berhubung dengan peristiwa ini ?
Tentu sekali peristiwa ini tidak dapat
diketahui hakikatnya sama sekali dan apabila kita tidak mengetahui hakikatnya,
maka wajiblah kita menyimpan sangka baik terhadap setiap orang Islam – Imam Al
Ghazali ( Ihya’ Ulummuddin jilid 7 m.s 488 dan Ibn Khallikan
– Wafayaatu Al A’yan jilid 3 m.s 288 – 289 )
Begitulah pendapat Imam Ghazali dan juga
muridnya Ibnul Arabi di dalam bukunya ” Al Awaasim Min Al
Qawaasim “. Dengan meletakkannya di hadapan semua kenyataan – kenyataan
sebelum ini, hendaknya tidak ada lagi orang yang ragu tentang bersihnya Yazid
daripada tuduhan liar ini dan terungkaplah sudah rahsia pembunuh – pembunuh
sebenar Sayyidina Husain di Karbala .
Seorang penyair Urdu berkata :
qarib he abltoroze mehsyar
chupe ga kusyton/ka khun kiunkar
agar na boli/zubane khaujar
lahu pukarelga aasetin ka
bermaksud :
hari mashyur sudahpun hampir
darah orang – orang terbunuh takkan tersembunyi lagi
kalaupun lidah khanjar tidak berkata
percikan darah di lengan – lengan baju pasti akan menjadi saksi
Dan akhir sekali renungi firman Allah S.W.T. ini yang bermaksud :
” Dan ingatlah ) ketika kamu membunuh seorang
manusia lalu kamu saling tuduh menuduh tentang pembunuhan itu dan Allah hendak
menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan “. ( Al Baqarah : 72 )