Sesungguhnya mazhab Syi’ah adalah Islam yg benar dan
hakiki, karena secara totalitas mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw dan
Ahlulbaitnya yg disucikan dlm QS Al Ahzab 33 dan Sunnah dlm hadits Al-Kisa.
Adapun orang yg mengingkari ketetapan Allah dan Rasul-Nya tsb, sangat jelas
patut dipertanyakan lagi Islam dan Iman mereka.
MENYANGGAH SYI’AH:
IMAMAH, SIAPA YANG MENEPATI NAS?
Di antara taktik golongan Syi’ah untuk
mengelirukan dan menipu umat Islam ialah dengan menghubungkan ajaran mereka
kepada imam-imam Ahlul Bait iaitu keturunan Nabi s.a.w.. Kerana itu kepercayaan
kepada imam-imam ini yang dipanggil akidah imamah adalah merupakan usul agama
yang paling utama di sisi mana-mana golongan Syi’ah. Tanpa kepercayaan kepada
imam maka akan runtuhlah akidah Syi’ah yang lain.
Di antara ulama yang mengingatkan umat Islam tentang taktik
jahat ini ialah al-Imam al-Ghazali ketika beliau menyebutkan beberapa helah
golongan sesat untuk mengelirukan umat Islam.
الثالث ألا يظهر من نفسه انه مخالف للأمة كلهم وانه منسلخ عن الدين
والنحلة إذ تنفر القلوب عنه ولكن يعتزي إلى ابعد الفرق عن المسلك المستقيم وأطوعهم
لقبول الخرافات ويتستر بهم ويتجمل بحب اهل البيت وهم الروافض
Helah ketiga (daripada bab ketiga-Helah Golongan Sesat):
dengan tidak menampakkan daripada dirinya bahawa ia menyalahi kebanyakan ummat,
mendedahkan pegangan dan anutannya yang sebenar kerana jiwa-jiwa manusia akan
menjadi liar daripadanya (dengan terdedah pegangan sebenar) tetapi ia akan
menyandarkan (pegangannya) kepada golongan-golongan yang paling menepati jalan
yang benar serta paling patuh supaya diterima kekarutan-kekarutan ajarannya,
boleh melindungi dirinya di sebalik mereka dan menampakkan keindahan ajarannya
dengan cintakan Ahlul Bait iaitu golongan Rafidhah (Syi’ah).[1]
Namun begitu golongan Syi’ah telah berpecah kepada beberapa
puak dimana masing-masing mendakwa bahawa mereka berada di landasan kebenaran
di dalam pemilihan imam dan hanya imam merekalah yang menepati pilihan Allah
ta’ala. Kerana setiap golongan Syi’ah percaya bahawa imam-imam yang dilantik
dari pihak Allah menepati dalil pegangan mereka.
Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah berpegang kepada begitu
banyak dalil yang menunjukkan bahawa imam-imam mereka dilantik berdasarkan nas
daripada Allah ta’ala. Antaranya:
محمد بن الحسن، عن سهل بن زياد، عن محمد بن عيسى، عن فضالة بن أيوب،
عن أبان، عن عبدالله بن سنان، عن إسماعيل بن جابر، قال: قلت لابي جعفر عليه
السلام: أعرض عليك ديني الذي أدين الله عزوجل به؟ قال: فقال: هات قال.فقلت: أشهد
أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله والاقرار بما جاء به من
عند الله وأن عليا كان إماما فرض الله طاعته، ثم كان بعده الحسن إماما فرض الله
طاعته، ثم كان بعده الحسين إماما فرض الله طاعته، ثم كان بعده علي بن الحسين إماما
فرض الله طاعته حتى انتهى الامر إليه، ثم قلت: أنت يرحمك الله؟ قال: فقال: هذا دين
الله ودين ملائكته.
Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad daripada
Muhammad bin Isa daripada Fadhalah bin Ayyub daripada Aban daripada Abdillah
bin Sinan daripada Ismail bin Jabir katanya, aku berkata kepada Abu Ja’far
(Muhammad al-Baqir) a.s.: “Bolehkah aku kemukakan kepadamu agamaku yang aku
beriman kepada Allah ‘azzawajalla dengannya? Perawi (Ismail) berkata, maka Abu
Ja’far a.s. berkata: “Silakan”. Perawi berkata, maka aku pun berkata: “Aku
bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya dan
Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya dan aku mengakui terhadap apa yang dibawa
olehnya dari sisi Allah dan sesungguhnya Ali adalah imam yang difardhukan oleh
Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya al-Hasan sebagai imam yang difardhukan
oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya al-Husain sebagai imam yang
difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya Ali bin al-Husain
sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati sehinggalah urusan ini
berakhir kepadanya. Kemudian aku berkata: “Engkau juga, semoga engkau dirahmati
oleh Allah?”. Perawi berkata, lalu ia (Abu Ja’far) berkata: “Ini adalah agama
Allah dan agama malaikat-malaikat-Nya”.[2]
Begitu jugalah
berhubung dengan setiap imam daripada dua belas imam mereka. Semuanya dilantik
dari pihak Allah dan diwajibkan supaya menta’atinya. Al-Kulaini menukilkan
riwayat berkenaan perlantikan Abu al-Muhammad Hasan al-Askari:
عن أبي هاشم الجعفري قال: كنت عند أبي الحسن عليه السلام بعد ما مضى
ابنه أبوجعفر وإني لافكر في نفسي أريد أن أقول: كأنهما أعني أبا جعفر وأبا محمد في
هذا الوقت كأبي الحسن موسى وإسماعيل ابني جعفر ابن محمد عليهم السلام وإن قصتهما
كقصتهما، إذ كان أبومحمد المرجى بعد أبي جعفر عليه السلام فأقبل علي أبوالحسن قبل
أن أنطق فقال: نعم يا أبا هاشم بدا لله في أبي محمد بعد أبي جعفر عليه السلام ما
لم يكن يعرف له، كما بدا له في موسى بعد مضي إسماعيل ما كشف به عن حاله وهو كما
حدثتك نفسك وإن كره المبطلون، وأبومحمد ابني الخلف من بعدي، عنده علم ما يحتاج
إليه ومعه آلة الامامة
Daripada Abu Hasyim al-Ja’fari katanya, saya bersama Abu
al-Hasan a.s. selepas kewafatan anaknya Abu Ja’far dan terlintas di fikiran
saya yang ingin saya katakan ialah seolah-olah Abu Ja’far dan Abu Muhammad
(Hasan al-Askari) pada waktu ini sama seperti apa yang telah berlaku kepada Abu
al-Hasan (Musa al-Kazhim) dan Ismail dua orang anak Ja’far as-Sadiq bin
Muhammad al-Baqir a.s. dan kisah kedua-duanya (Abu Ja’far dan Abu Muhammad
Hasan al-Askari) sama seperti kedua-duanya (Abu al-Hasan (Musa al-Kazhim) dan
Ismail) kerana Abu Muhammad a.s. yang diharapkan (menjadi imam) selepas Abu
Ja’far a.s.. Lalu Abu al-Hasan a.s. mengadap saya sebelum saya
sempat menuturkannya dengan katanya: “Ya! Wahai Aba Hasyim. Telah berlaku
bada’[3] kepada Allah tentang Abu Muhammad selepas (kematian) Abu Ja’far a.s.
sesuatu yang sebelum itu Dia tidak mengetahui tentangnya sebagaimana berlaku
bada’ kepada Allah tentang Musa al-Kazhim selepas kematian Ismail[4] apa yang
tersingkap tentang keadaannya. Ia berlaku sebagaimana yang terlintas di dalam
hatimu walaupun orang-orang yang sesat tidak menyukainya. Abu Muhammad anakku
adalah pengganti selepasku. Dia mempunyai ilmu yang diperlukan dan alat-alat
imamah.[5]
Dua contoh ini
sudahpun memadai sebagai dalil bahawa perlantikan imam di sisi Syi’ah Imamiyyah
Ithna ‘Asyariyyah adalah daripada Allah. Begitu juga di sisi Syi’ah yang lain.
Syi’ah Isma’iliyyah umpamanya mengatakan imamah adalah salah satu usul Islam,
asas dan tiang agama. Mereka berbeza dengan Ithna ‘Asyariyyah di dalam
perlantikan imam selepas Ja’far as-Sadiq iaitu mereka tidak menerima Musa al-Kazhim
sebagai imam yang menggantikannya tetapi menetapkan bahawa Ismail adalah orang
yang dilantik oleh Allah sebagai imam. Seorang tokoh Isma’iliyyah Ali bin
Muhammad al-Walid menjelaskan tentang imamah dengan katanya:
“Imamah adalah
kefardhuan dari Allah dan Ia menyempurnakan agama dengannya. Tidak sah beriman
dengan Allah dan rasul kecuali beriman dengan imam dan hujjah”.[6]
Ketetapan
imam-imam di sisi Isma’iliyyah juga sebagaimana Ithna ‘Asyariyyah iaitu
mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah ta’ala walaupun berbeza orang
yang layak menduduki jawatan tersebut. Seorang tokoh Isma’iliyyah menyebutkan
di dalam kitabnya:
“Hanya keturunan
Ali sahaja yang layak menduduki tempat imam iaitu Hasan dan Husain kemudian
dari kalangan keturunan Husain bukan keturunan Hasan. Kemudian sesudah itu dari
kalangan keturunan Ismail bin Ja’far as-Sadiq dan bukan dari kalangan keturunan
yang lain”.[7]
Bukti yang
dikemukakan di atas menunjukkan bahawa Syi’ah Ithna ‘Asyariyyah dan
Isma’iliyyah sepakat di dalam akidah tentang kewajipan beriman kepada imam-imam
maksum yang dilantik dari pihak Allah. Tetapi mereka berbeza pendapat siapakah
yang layak menduduki jawatan tersebut selepas Imam Ja’far as-Sadiq.
Ini belum lagi
dilihat kepada kelompok Syi’ah yang lain. Umpamanya Syi’ah al-Kaisaniyyah
berbeza pendapat di dalam pemilihan imam selepas Ali r.a. bila mereka
mengatakan imam selepasnya ialah Muhammad bin al-Hanafiyyah bukan Hasan r.a..
Begitu juga dengan pecahan-pecahan Syi’ah yang begitu banyak, perbezaan mereka
yang besar adalah dalam pemilihan imam selepas kematian seseorang imam dan
perbezaan tersebut bukanlah perkara ranting tetapi ia adalah termasuk di dalam
pokok ajaran kerana ia merupakan asas penting agama.
Kalau begitu,
Syi’ah dari kelompok manakah yang menepati nas dari Allah ta’ala? Jikalau
Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah menjadikan ayat at-Tathir sebagai dalil pegangan
mereka, maka apakah Syi’ah-syi’ah yang lain tidak menjadikan dalil yang sama
untuk menguatkan pegangan mereka?[8] Siapakah dari kalangan mereka yang
menepati nas tersebut? Ayat itu ialah:
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ
الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Bermaksud: Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan
semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang
mencemarkan diri kamu wahai “Ahlul Bait” dan hendak membersihkan kamu
sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).[9]
Di antara dalil golongan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah di dalam
menegakkan akidah imamah mereka ialah hadith dua belas khalifah iaitu:
عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ كَتَبْتُ إِلَى
جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلَامِي نَافِعٍ أَنْ أَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ
سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
فَكَتَبَ إِلَيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَوْمَ جُمُعَةٍ عَشِيَّةَ رُجِمَ الْأَسْلَمِيُّ يَقُولُ لَا يَزَالُ الدِّينُ
قَائِمًا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ أَوْ يَكُونَ عَلَيْكُمْ اثْنَا عَشَرَ
خَلِيفَةً كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ عُصَيْبَةٌ مِنْ
الْمُسْلِمِينَ يَفْتَتِحُونَ الْبَيْتَ الْأَبْيَضَ بَيْتَ كِسْرَى أَوْ آلِ
كِسْرَى
Daripada ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqas katanya, saya menulis
kepada Jabir bin Samurah bersama hambaku Nafi’ supaya engkau ceritakan kepadaku
sesuatu yang engkau mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w., Dia (‘Amir)
berkata, “lalu dia (Jabir) menulis kepadaku, “aku mendengar Rasulullah s.a.w.
pada hari Jumaat ……….. yang direjam Ma’iz al-Aslami bersabda: “Agama ini akan
terus teguh sehingga berlakunya kiamat atau sehingga kamu dikuasai oleh dua
belas orang khalifah, mereka semuanya dari Quraisy”. Aku mendengar Baginda
bersabda lagi, “satu kelompok dari orang-orang Islam akan menakluk rumah putih
iaitu rumah (kerajaan) Kisra atau keluarga Kisra”.[10]
Kalaulah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah menjadikan hadith ini
sebagai dalil mereka maka bagaimana pula dengan pecahan Syi’ah yang lain?[11]
Kalaulah dalil-dalil yang lain dijadikan hujah oleh Imamiyyah
Ithna ‘Asya’irah sama ada takwilan yang bathil daripada ayat al-Quran maka mungkin
juga pecahan Syi’ah yang lain menggunakan dalil yang sama untuk menguatkan
pegangan mereka. Ini kerana hujah mereka adalah sama iaitu untuk menguatkan
akidah imamah yang menjadi tunjang kepada ajaran mereka semua.
Jadi….. siapakah dari kalangan mereka yang menepati nas dan
menepati kehendak Allah di dalam pemilihan imam?[12]
NOTA KAKI:
[1] Al-Imam al-Ghazali Fadhaaih al-Bathiniah Bab Ketiga
Peringkat-Peringkat Helah Mereka (Golongan Sesat) Dan Sebab Manusia Terpedaya
Dengan Mereka Walaupun Jelas Kejahatan Mereka, hal. 30
[2] Al-Usul Min
al-Kafi jil. 1 hal. 188
[3] Nyata atau
jelas sesuatu setelah tersembunyi. Bada’ bererti jahil tidak mempunyai ilmu
yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada’.
[4] Telah
berlaku bada’ kepada Allah ta’ala iaitu pada peringkat permulaannya Allah
menentukan Ismail sebagai imam selepas Ja’far as-Sadiq tetapi apa yang berlaku
ialah Ismail meninggal sebelum Ja’far as-Sadiq. Setelah Allah ta’ala menyedari
apa yang berlaku maka ia memindahkan penentuan imam kepada Musa al-Kazhim. Begitu
juga keadaan yang berlaku kepada penentuan imam selepas Abu al-Hasan iaitu Ali
al-Jawad.
[5] Al-Usul Min
al-Kafi jil. 1 hal. 326
[6] Taj
al-‘Aqaaid wa Ma’din al- Fawaaid hal. 65 (sumber: Ihsan Ilahi Zahir,
al-Ismaa’iliyyah Tarikh wa ‘Adaaid hal. 367)
[7] Qadhi
an-Nu’man al-Maghribi, Da’aaim al-Islam hal. 109. sumber: Ihsan Ilahi Zahir,
al-Ismaa’iliyyah Tarikh wa ‘Adaaid hal. 375)
[8] Syi’ah
menjadikan ayat ini sebagai dalil akidah imamah dan imam-imam adalah maksum.
Jawapan terhadap pegangan mereka tersebut telah dijawab oleh ulama Ahlus Sunnah
dan penulis juga memasukkan jawapan terhadap dalil tersebut di dalam kertas
kerja ‘sumber ajaran Syi’ah’.
[9] Al-Quran
Surah al-Ahzab ayat 33
[10] Sahih
Muslim
[11] Jawapan
sebagai menolak hujah mereka berdasarkan dalil ini telahpun dikemukakan sebelum
ini di dalam kertas kerja ‘sumber ajaran Syi’ah’
[12] Kerana di
dalam persoalan akidah tidak boleh berlaku perbezaan pendapat berbeza dengan
perbezaan pendapat dari kalangan Ahlus Sunnah yang hanya melibatkan persoalan
furu’ iaitu feqah sahaja.
SOALAN KPD SAUDARA YADI – 1. UGAMA SYIAH MANA YANG BETUL DI
ANTARA PECAHAN SYIAH TERSEBUT? RINGKASAN PECAHAN TERSEBUT SILA LIHAT DI
2. BAGAIMANA PEKARA POKOK ( SIAPA IMAM) BOLEH BERBALAH? MAZHAB SUNI TIDAK
PERNAH BERBALAH PEKARA POKOK CUMA PEKARA RANTING? UGAMA SYIAH MANA SATU YANG
BETUL?
( Comments )