Monday, June 1, 2015

Surat Kepada Saudara Abu Hassan : Kecintaan Dan Kasih Sayang Melalui Nama

Saudara Abu Hassan
Semuga rahmat dan redza Allah dilimpahi keatas saudara dan para pembaca.
Ramai orang memberi nama anaknya berpangkalkan Muhammad. Anak saya sendiri berpangkalkan nama Muhammad. Ini kerana kecintaan dan kasih sayang  kepada junjungan  saw kita. Saudara sendiri menamakan anak saudara Hassan dan Hussain , kerana kecintaan kepada Hassan as dan Hussain as. Demikian pula ada orang menamakan anaknya Muslim atau Bukhari atau Nawawi atau Jaafar. Sebaliknya tidak masuk akal bagi orang Islam menamakan anaknya dengan Budha, Latta, Uzza atau seumpamanya.
Sehubungan dengan itu saya berusaha untuk mencari apakah nama seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah, Abdul Mutalib dan Abu Talib ada dicatit namanya didalam senarai anak cucu Imam-imam Syiah. Abu Bakar, Umar , Usman dan Aishah adalah nama-nama yang sangat dibenci oleh ulama Syiah. Abdul Mutalib dan Abu Talib pula adalah nama yang sepatutnya disayangi oleh Imam-imam Syiah , hatta oleh Nabi saw sendiri.
Saudara Abu Hassan,
Saudara dan  Syiah saudara sangat membenci Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra  kerana mereka  dikatakan merampas hak Ali ra, malah Aishah ra  isteri rasullah saw juga di tomah dengan julukan yang buruk.
Di antaranya  dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6.  – Petikan ini dipetik dari : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
Terjemahannya;
Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata ” Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka ………
Aku ( Abu Hamzah ) bertanya lagi, “Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau.” Iajawab, “Empat berhala.” Ia bertanya lagi “Siapa empat berhala itu”? Ia menjawab, “Abu Fusail (Abu Bakar) Rama’ (Umar) Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah.”
Saudara boleh juga merujuk tulisan Syaikh Muhibbuddin Al Khatiib dihttps://aburedza.wordpress.com/2009/06/10/celaan-syiah-kepada-sahabat-nabi/
Saudara,
Anehnya jika di rujuk kepada fakta sejarah Imam-imam sendiri tidak membenci nama-nama tersebut. Pada kitab Para Pemuka Ahlul Bait Nabi Terbitan Al Ta’lif, Mu’assassah Al Balagh, tulisan Ali Muhammad Ali  atau kitab terjemahan  berjudul Tokoh-tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi  mencatit
Pertama :
Dari Utsman bin Khalid, dari ayahnya, berkata, “Ke­tika sakit yang menyebabkan wafatnya, Imam Ali ibn AI­Husain bin Ali bin Abi Thalib mengumpulkan puteranya:
Muhammad, AI-Hasan, Abdullah, Umar, Zaid, dan AI­Husain. Beliau menyampaikan wasiat kepada puteranya, Muhammad bin AIi, seraya memberinya nama panggilan AI-Baqir, dan menyerahkan urusan mereka semua kepada­nya.” –  Pada nota kaki  di catit Tulisan ini di kutip dari  AI-Bihar, jilid XXXXVI, Bab AI-Nushush ‘Ala Imamatih, dikutip dari Kifayat AI-A tsar.
Kedua :
Imam AI-Hadi wafat pada tahun 254 H, dengan me­ninggalkan empat orang anak laki-Iaki, I mam AI-Hasan AI­’Askari, AI-Husain, Muhammad, dan Ja’far, serta satu orang anak perempuan bernama Aisyah. – Pada nota kaki di catit Tulisan ini di kutip dari  Syaikh al Mufid , Al – Irsyad halaman 334
Ketiga :
Dari beliau (Musa AI-Kadzim as ) lahir anak yang terbilang banyak, baik laki­laki maupun perempuan. Yang laki-Iaki ialah: Ali Ar-Ridha, Ibrahim, AI-‘Abbas, AI-Qasim, Isma’il, Harun, AI-Hasan, Ahmad, Muhammad, Hamzah, Abdullah, Ishaq, ‘Ubaidil­lah, laid, AI-Fadhal, dan Sulaiman. Sedangkan yang perem­puan adalah: Fathimah AI-Kubra, Fathimah AI-Shughra, Ruqayyah, Hakimah, Ruqayyah AI-Shughra, Kultsum, Ummu Ja’far, Lubabah, lainab, Khadijah, Aliyyah, Hasa­nah, Barihah, A’isyah, Ummu Salamah, Maimunah, Ummu Kultsum. – Pada nota kaki di catit Tulisan ini di kutip dari  Ali Muhammad Dakhyal, AI-Imam Musa AI-Kadzim, halaman 10, berdasar riwayat Syaikh AI-Mufid.
Di samping itu  sejarah juga mencatitkan Sayyidina Ali a.s. memberi nama putra-putra beliau dengan nama-nama mereka. Yaitu:
Abu Bakar bin Ali bin Abi Thalib. Beliau mati syahid di Karbala’ bersama saudaranya, yaitu Husein a.s.
Umar bin Ali bin Abi Thalib. Beliau ini mati syahid di Karbala’ bersama saudara beliau Husein a.s.
Utsman bin Ali bin Abi Thalib. Beliau ini juga mati syahid di Karbala’ bersama saudara beliau Husein a.s.
Hasan a.s. memberi nama putra-putra beliau dengan nama:
Abu Bakar; Umar; dan Thalhah bin Hasan. Ketiga-tiganya mati syahid di Karbala’ bersama paman mereka Husein a.s.
Husein a.s. memberi nama putra beliau dengan nama Umar bin Husein.
Saudara Abu Hassan
Demikian catitan ringkas saya mengenai nama-nama yang di benci Syiah saudara tetapi dirakam oleh Imam-imam saudara pada nama anak cucu mereka. Ini maknanya imam-imam  Syiah sendiri ada perasan kasih sayang kepada 3 khalifah rasullah saw dan isteri Baginda saw , Aishah ra.  Benarlah maksud firman Allah :
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.” (QS: Al-Fath 29).
Saudara,
Kita perhatikan apa yang di tulis Ali Muhamad Ali didalam kitab Para Pemuka Ahlul Bait mengenai imam Jaafar As Sadiq as :
Ibu Imam Jafar as adalah Fathimah ( Umm Farwah ) binti Al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, sedang ibu dari ibunya adalah Asma’ binti Abdurrahman bin Abu Bakar. Kerana itu Imam Jaafar as mengatakan , “ Abu menurunkan aku dua kali “ ( Abumengapa tidak di catit Abu Bakar!!!! )
Penulis lain seperti Shalih bin Abdul Qadir Ad Darwisy Hakim Pengadilan Tinggi Al Qathif menyebut Imam Ja’far ash Shadiq a.s. yang menyatakan:
“Saya dilahirkan oleh Abu Bakar dua kali!”
Saya memahami kata-kata “Saya dilahirkan oleh Abu Bakar dua kali!”  bermaksud kedua-dua nenek Imam Jaafar as adalah cucu Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.
Jadi bagaimana mungkin Imam Jaafar as dan anak cucunya berdoa laknat Allah untuk 2 berhala Kuraisy :
“Ya Allah, limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan kutuklah dua berhala, dua sesembahan, dua tukang sihir Quraisy dan kedua anak wanita mereka berdua……”
Saudara,
Satu hal lagi – didalam pencarian saya saya tidak jumpa ( mungkin ada – tapi tak jumpa ) nama Abdul Mutalib dan Abu Talib (Abdul Manaf=BUKAN CIRI NAMA ISLAM) sedangkan mereka berdua adalah bapa atau bapa saudara dan datok kepada Ali as dan Baginda Nabi saw sendiri. Mungkinkah kerana mereka belum Islam?
Catitan hujung :
2. Saya akhiri dengan maksud firman Allah :
“Mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yangtelah beriman lebih dahulu dari kami. Janganlah Engkau membiarkan kedengkiandalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.” (QS: Al Hasyr 10).


E mail Kepada Sahabat Syiah : Kecintaan Ali ra. Kepada Abu Bakar ra. Umar ra. dan Usman ra.

Saudara pembaca, saya mempunyai seorang sahabat Syiah. Saya panggil nya Abu Hassan. Dia kawan sebilik asrama semasa belajar 30 tahun dulu. Kami sering berhujah mengenai kelebihan Mazhab Suni dan  Syiah . Kami berhujah melalui e mail.  Kerana itu saya rasa elok di peturunkan beberapa e mail saya berhujah dengannya untuk dikongsi bersama. Untuk tujuan itu saya membuat beberapa pindaan dan tambahan sesuai untuk pembaca blog ini.
Untuk kali ini saya memberi salah satu hujah kecintaan Ali ra kepada Abu Bakar ra , Umar ra dan Usman ra yang mana Syiah mengangap sebaliknya .  Berikut tulisan saya kepada beliau :

Saya  tertarik dan sependapat dengan  Syaikh Sa’id Ramadhan al-Buthi Ghazali rahimahullah  mengenai polimik  sunah siyah.  

( Ucapan ini  dikutip dari Ucapan beliau dalam majlis Mahjaran al-Imam ‘Ali di London pada Ogos 1991 dan  di catit dalam bukuSunnah-Syiah Bergandengan Tangan! Mungkinkah?, ms. 270-275. )
Kita semua mengetahui bahawa sesuatu yang paling menonjol, paling penting, sekaligus
paling jelas menyangkut buah cinta adalah keteladanan kepada siapa yang dicintai.
“Sesungguhnya yang mencintai patuh kepada siapa yang dicintainya”.
Saya selalu melihat kepada hakikat yang pasti ini, saya menuntun diri saya dan setiap
muslim untuk melakukannya, apapun mazhab atau ragam keterikatannya. Saya tidak menemui
seorang muslim yang bersikap jujur kepada Allah kecuali dia meneladani Ahl al-Bait dalam
tingkah-laku dan perasaannya.
Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, seandainya ‘Ali karramahullahu wajhu
mengambil satu sikap yang jelas berbeza pada hari Saqifah, atau mengambil sikap demikian pada
waktu penunjukkan ‘Umar sebagai khalifah oleh Abu Bakar, atau pada majlis syura yang atasnya
‘Utsman dibai‘ah, seandainya yang demikian itu terjadi, maka pastilah kita meninggalkan semua
cara dan jalan, lalu kita mengikuti jalan yang ditempuh oleh ‘Ali.
Akan tetapi kami telah mengamati dan kami mendapati bahawa imam yang mulia itu (‘Ali)
bersama-sama dalam fikiran dan tingkah-laku di atas kalimat yang menyatu-padukan umat,
bersama-sama di atas jalan yang ditempuh oleh masyarakat umum. Oleh kerana itu mestilah cinta
(yang sejati akan) menghantar kita kepada meneladani beliau dan menempuh jalan yang beliau
telusuri.
 Dalam analisa ini, saya tidak memiliki sikap yang lain daripada perkataan saya di atas.
Cukuplah bagi saya menemui ‘Ali yang telah berada pada jalur itu dan saya mengikutinya.
Saya adalah seorang muslim. Tidak perlu saya melakukan analisa atau tertanya-tanya.
Saya tidak memiliki kepentingan untuk melemahkan Hadis al-Ghadir (yang bermaksud “Sesiapa
yang aku adalah mawlanya, maka Ali adalah mawlanya”), tidak juga mentakwilkannya atau
menjauh dari lafaznya. Saya tidak memerlukan semua itu kerana saya telah menjadikan ‘Ali
panutan saya dalam memahami hadis tersebut, bahkan dalam menafsirkan semua persoalan.
Bukti dari apa yang saya katakan ini, bukti keteladanan yang saya rasakan kewajipannya
itu, adalah saya merasakan iman saya berkurang – bahkan terumbang-ambing lagi bergoncang –
bila keteladanan kepada Ahl al-Bait Rasulullah tidak dipenuhi.
Majoriti kaum muslimin berpendapat bahawa Hadis al-Ghadir dan apa yang difahami dan
dikesan olehnya hanya berkaitan dengan peribadi ‘Ali, tidak selain beliau. Kaum muslimin
dipersilakan untuk bersepakat memilih siapa yang mereka kehendaki (untuk menjadi khalifah).

Adapun saudara-saudara kami dari Syi‘ah, mereka memahami Hadis al-Ghadir sebagai
menunjuk kepada jawatan imam bagi ‘Ali dan berlanjutan – masih menurut hadis itu – kepada
keluarga beliau sehingga ghaibnya imam ke-12.
Masa kini, betapapun pentingnya perbezaan pendapat itu, namun persoalannya telah
berlalu, telah tertutup. Ia telah menjadi sebahagian dari sejarah masa lampau. Masa kini, di mana
kita berada dalam zaman ghaibnya imam ke-12 yang dinanti-nantikan oleh saudara-saudara kita
dari kalangan Syi‘ah, saya menyatakan dengan sesungguhnya, saya menyatakan atas nama diri saya
sendiri dan nama setiap muslim, bahawa:
Jika tiba masanya kehadiran imam yang ghaib itu, ketika beliau benar-benar datang –
tidak ada keraguan menyangkut kehadirannya, tidak ada kabut atau kerancuan menyangkut
keperibadiannya – jika tiba masa itu, maka saudara-saudara semua akan mendapati kaum muslimin
menganut satu mazhab sahaja. Mereka semua akan mempersembahkan kesetiaan kepada imam itu
dan berbai‘ah kepadanya.
Hal ini jika kita memandang ke masa depan. Jika kita memandang ke masa lampau, ke
belakang, maka saya memandang kepada ‘Ali di mana setiap orang dari ketiga-tiga khalifah
sebelumnya menjadikan beliau sebagai penasihat, bahkan sebagai amir yang tidak bermahkota.
Saya menemui Abu Bakar radhiallahu ‘anh yang bermaksud untuk berangkat memerangi
kaum yang murtad. Lalu ‘Ali datang kepada beliau sambil memegang tali pacuan kudanya, dan
berkata:
 “Aku sampaikan kepadamu wahai khalifah Rasulullah apa yang disampaikan pada hari
peperangan Uhud – Jangan hunus pedang kamu (pergi berperang) dan bahagiakanlah kami dengan
(kehadiranmu bersama-sama kami) kerana Demi Allah, seandainya kaum muslimin mendapat
cubaan melalui dirimu (yakni gugurnya Abu Bakar di medan perang), maka kaum muslimin tidak
akan tegak lagi sesudah pemergianmu itu.”
Mendengar nasihat ‘Ali itu, Abu Bakar membatalkan niatnya untuk berangkat dan melantik
orang lain bagi memimpin pasukan (memerangi kaum murtad).
Saya memandang ‘Ali dan saya memandang Abu Bakar, ketika beliau meminta pandangan
‘Ali berkenaan ekspedisi ketenteraan ke Rom, lalu ‘Ali menjawab:
 “Saya merasakan anda (wahai Abu Bakar) adalah seorang yang diberkati, ditinggikan dan dimenangkan urusannya insya-Allah.”
Maka Abu Bakar merasa tenang, lalu mengikuti saranan ‘Ali dengan mempersiapkan pasukan
ekspedisi itu.
Lihatlah juga pada masa pemerintahan ‘Umar radhiallahu ‘anh. Bagaimana beliau meminta
nasihat ‘Ali berkenaan dirinya memimpin pasukan ke Parsi.
 ‘Ali menasihatkan agar ‘Umar jangan meninggalkan pusat pemerintahan (Kota Madinah), bimbang jangan sampai musuh dalam negeri membuat kekacauan.
Saya juga menemui nasihat-nasihat ‘Ali kepada ‘Utsman radhiallahu ‘anh, ketika para
pemberontak mengepung beliau, nasihat yang mustahil lahir kecuali dari hati yang ikhlas dan
cinta. Saya juga menemui beliau menyuruh kedua-dua buah matanya – Hasan dan Husain
radhiallahu ‘anhuma – untuk menjaga ‘Utsman dari ancaman apapun yang mungkin menimpanya.
Ketika saya menemui semua sikap di atas pada ‘Ali, maka bagaimana saya hendak
menyatakan cinta saya kepada beliau? Saya tidak dapat menyatakan cinta itu kecuali dengan
mengikuti langkah-langkah beliau, kecuali dengan berjalan pada jalan yang beliau telusuri.
Demi Allah! Sekali lagi saya ucapkan, seandainya ‘Ali karramallahu wajhu mengambil satu
sikap yang jelas dan mandiri pada satu masa dari masa-masa kehidupannya, maka pastilah kita
meninggalkan semua sikap dan bergabung sikap beliau itu.

Dalam  ucapan tersebut kita dapati  Ali kwh tidak mengambil sikap yang sepertimana yang diambil oleh Syi‘ah . Inti ucapan ini ialah kecintaan Ali kwh dan AB terhadap Abu Bakar ra ,Umar  ra. dan Usman ra.