Monday, June 1, 2015

Periwayatan Sejarah at-Tabari

Periwayatan Sejarah at-Tabari
Seorang Syiah berhujah dengan merujuk kepada laporan At Tabari  seorang sejarahwan Suni untuk menyokong hujah-hujah sejarah kebenaran Syiah. Kerana itu saya menulis menjawab penilaian saya terhadap Periwayatan Sejarah at-Tabari. Tulisan balas saya ingin saya kongsikan bersama, seperti berikut:
Di antara rujukan utama catitan sejarah berkaitan isu ugama Syiah,  adalah Tarikh at Tabari ( Tarikh al Umam wa al Muluk) oleh Muhammad Bin Jarir Al-Tabary (224 — 310H), Tarikh al Yaqubi dan Muruj al Zhahab oleh al Masudi. Yang pertama ulama AS dan dua yang berikutnya sejarahwan Syiah.  Dalam menilai periwayatan sejarah saya berhati-hati dengan riwayat  at Tabari dan menolak ulama Syiah.

Terlebih dulu saya ulanggi kata-kata saya beberapa tahun dulu mengenai kaedah periwayatan sejarah At tabari, at Tabari berkata dia mencatitkan apa yang orang sampaikan kepadanya. Lebih tepat saya salin  katanya begini :
Apa yang terkandung  di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembaca berasa benci atau pendengarnya merasa jelek. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripada ku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepada ku”
Didalam hadis ada 3 pekara penting – matan ( teks) . sanad ( rangkaian perawi sehingga sampai kpd Nabi saw atau sahabat ) dan perawi. Bagi mazhab AS  sanad dan perawi akan menentukan sesuatu hadis itu boleh di jadikan hujah atau tidak.
Bagi catitan sejarah ada penulis sejarah tidak mengikut displin hadis seperti di atas. Kerana itu kita dapati di bidang hadis kita boleh dapatkan kumpulan Hadis yang sahih dengan mudah.  Sebaliknya dibidang sejarah tidak ada buku atau kitab sejarah yang sahih. Sebaliknya yang ada, adalah yang bercampur baur, sehingga pembaca boleh keliru.
Oleh itu apabila membaca dan menilai kesahihan sejarah kayu ukurnya adalah al Quran dan Hadis sahih. Contohnya apabila Al Quran  dan hadis mengiktiraf seorang sahabat (Allah redza kepada sahabat) maka, jika ada catatan sejarah menyebut sebaliknya maka ia akan tertolak.
Bagi at Tabari,  beliau mencatit sanad tanpa menilai perawi. Muhib al Din al Khatib menulis : “….at Tabari menyebut peristiwanya dengan disanadkan kepada perawi-perawinya. Di kalangan mereka ada yang benar dan ada pula yang pendusta. Ahli sejarah yang mengetahui keadaan perawi-perawi dapat membedza antara yang benar dengan yang palsu. Adapun mereka yang tidak mengetahui tentang ilmu sanad, mereka akan sesat dengan kesesatan yang jauh apabila meraka membaca Tarikh at Tabari.”
Oleh itu menjadi tangung jawab bagi setiap pengkaji sejarah untuk menyemak peribadi atau latar belakang setiap perawi yang membawa kisah yang buruk tentang sahabat nabi.
Sebenarnya terdapat antaranya 4 perawi utama didalam Tarikh at Tabari  seperti berikut :
1. Abu Mikhnaf ( W 157H). Terdapat 585 riwayatnya dalam at tabari. Dia tidak suka Usman r.a menjadi pemimpin dan cuba menghalangnya. Dia menyokong politik Syiah dan tulisannya menyokong aliran Bidaah Syiah yang beliau anuti. Abu Hatim berkata ia matruk al Hadis.Ad-Daraqutni berkata seorang yang lemah dalam riwayat. Az Zahabi : seorang yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak menerima riwayatnya kerana riwayatnya adalah rekaan dan berlawanan dengan Al Quran. Riwayatnya punca perbalahan ahli sejarah dan digunakan oleh oriantalis untuk merendahkan Islam.

2. Al Kalbi ( 240H ).Nama penuh Hisyam b. Muhammad b. al Saib b. al Kalbi. Dalam Tarikh at Tabri ia meriwayat hampir 300 riwayat.Kata Ibn Asakir : Dia seorang Rafidi. Az Zahabi : Ia seorang yang tidak boleh di percayai dan seorang Syiah. Al Daraqutni : seorang matruk hadis. Saya tidak menerima riwayatnya kerana riwayatnya adalah rekaan dan berlawanan dengan Al Quran. Riwayatnya punca perbalahan ahli sejarah dan digunakan oleh oriantalis untuk merendahkan Islam.
3. Muhammad b. Umar al Waqidi ( w 207H ). Atau al Waqidi. Muslim berkata : Dia matruk hadis. Nasai berkata : tidak boleh di percayai. Shafii : dia seorang pendusta. Ishak b Rahuyah : seorang pemalsu hadis. Ibn Nadim pula berkata : Al Waqidi seorang Syiah dan berpegang dengannya. Dia sentiasa mengamalkan taqiyyah. Dia juga meriwayatkan bahawa Ali itu adalah salah satu daripada mukjzat Nabi saw, sama seperti tongkat bagi Nabi Musa as dan menghidupkan orang mati bagi nabi Isa as dan berbagai-bagai lagi. Beliau berkata Ali r.a bercangah dengan Usman r.a dan Muhammad bin Abu Bakar adalah pembunuh. Saya tidak menerima riwayatnya kerana riwayatnya adalah rekaan dan berlawanan dengan Al Quran. Riwayatnya punca perbalahan ahli sejarah dan digunakan oleh oriantalis untuk merendahkan Islam.
4. Sayf b Umar al Tamimi ( w 180 H ) atau di panggil Ad Dhibbi. Imam Ibn Hajar berkata : ia seorang lemah dalam hadis tetapi dipercayai dalam sejarah. Muhammad Amhazun :  Dia telah mengemukakan riwayat sejarah yang tersusun yang tidak ada padanya sebarang tomahan  terhadap para sahabat …. Dan ia selari dengan riwayat yang sahih di sisi ahli hadis.  Saya menerima riwayat Sayf dalam bidang sejarah. Daripada riwayanyalah  terdapat perancangan buruk tokoh besar zindiq Abdullah b Saba – yang saudara tidak percaya dan mengatakan tokoh khayalan, tetapi disebut didalam Tarikh at Tabari, malah juga terdapat di dalam kitab-kitab Syiah sendiri.
Rujukan:
1. Sejarah Khalifah Rasulullah oleh Prof Dr. Amin Qudah – PTS Publication
2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. Antara Ketulinan Fakta dengan Pembohongan sejarah oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin – Pustaka Yamin