Peristiwa Karbala : Siapa
Periwayatnya ?
Cerita berkenaan peristiwa Karbala itu tidak lebih dari hikayat
yang tidak mampu bertahan apabila diuji dengan batu menguji sistem riwayat. Ini
ialah kerana tidak ada seorang pun pewarta kisah tersebut terdiri daripada
orang – orang yang menjadi saksi mata kepala bagi peristiwa ini . Pewarta paling awal bagi peristiwa Karbala ini ialah Abu Mukhnaf
Lut bin Yahya yang hidup di kurun ke 2H ! Boleh dikatakan 90% dari kisah-kisah
daripada peristiwa Karbala adalah berpunca daripada Abu Mukhhaf Lut bin Yahya
ini. Dia adalah seorang yang telah
dihukum oleh tokoh-tokoh ilmu rijal sebagai seorang Syiah yang ” hangus” atau
Syiah pekat , pembohong dan pereka banyak hadis – hadis palsu . Dia telah
menulis beberapa buah buku yang memuatkan cerita – cerita perang saudara di
permulaan Islam seperti peperangan Jamal, Siffin , perang di Naharwan juga
pertempuran di medan Karbala yang terkenal dengan nama ”Maqtal Abi Mikhnaf “
Ahli – ahli sejarah yang datang kemudian pula bersandar terus
kepada Thabari dan dengan itu cereka – cereka Abu Mikhnaf ini semakin mendapat
tempat di dalam sejarah .
Ketika peristiwa Karbala ini
berlaku Abu Mikhnaf belum lagi wujud di dunia ini . Imam Zahabi mengatakan , ”
Dia ( Abu Mikhnaf ) mati pada tahun 170H”. Ada pula yang mengatakan dia mati
pada tahun 157H. Ertinya lebih kurang 100 tahun selepas berlakunya peristiwa
Karbala itu .
Sekarang marilah pula kita melihat kedudukan Abu Mikhnaf ini
pada pandangan tokoh – tokoh Ilmu Rijal kerana dengan bercerminkan Ilmu Rijal
kita dapat melihat rupa paras sebenar pewarta sesuatu cerita. Mukanya akan
kelihatan kepada kita melalui cermin ini , sama ada cantik atau hodoh. Imam
Zahabi dalam ” Mizan
Al I’tidal ” menulis tentang Abu Mikhnaf ini katanya
, ” Tidak boleh dipercayai “. Abu Halim dan lain – lain ulama jarh dan ta’dil
telah meninggalkannya ( tidak menerima riwayatnya ). Daaraqutni berkata, “Dia
seorang yang lemah” . Ibnu Ma’in berkata : “Dia seorang yang tidak boleh
dipercayai”. Murrah berkata, “Dia seorang yang tidak bernilai “, dan Ibu Adiy
berkata : “Dia adalah seorang Syiah yang hangus, ahli mereka cerita “.
Imam As Suyuti di dalam Al
Laaliu Al Masnuu’ah menghukum
Abu Mikhnaf dan seorang lagi ahli cerita sepertinya iaitu Al Kalbi dengan
berkata : ” Lut ( Abu Mikhnaf ) dan Al Kalbi adalah dua orang pendusta besar”.
Pengarang ” Taajul Arus ” pula memperkenalkan Abu Mikhnaf
dengan mengatakan : ” Dia adalah seorang ahli cerita Syiah, rosak dan
ditinggalkan riwayatnya “. Berkenaan dengan Muhammad As Saaib Al Kalbi pula
Ibnu Hibban berkata : ” Kalbi adalah seorang Saba’i ( orang yang mengikut jejak
langkah Abdullah bin Saba’ dan pengikutnya )”. Dia adalah dari kalangan orang –
orang yang berfahaman bahawa Ali tidak mati bahkan dia akan datang ke dunia ini
dan akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi dunia ini
sebelum itu dengan kezaliman. Ibnu Ma’in berkata : ” Kalbi ini seorang yang
tidak boleh dipercayai”. Jazajani dan lain – lain berkata : ” Dia adalah
seorang pendusta besar”. Daaraqutni dan sekumpulan besar ulama menghukum dia
sebagai “matruk” ( orang yang tidak diterima pewartaannya ). Imam A’masy pula
berkata : ” Waspadalah daripada saba’i ini kerana saya mendapati ramai ulama
menyenaraikannya dalam golongan pendusta “.
Begitu
juga kedudukan anaknya Hisyam. Dia adalah seorang yang tidak diterima
periwayatannya oleh ulama Rijal , bahkan mereka telah menghukumnya sebagai
pendusta besar. Ringkasnya beginilah kedudukan dan latar belakang
pewarta-pewarta kisah Karbala. Jadi bagaimanakah akan diterima cerita orang –
orang yang seperti ini ?
al-ahkam.net
Juga boleh
di baca di http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/10/pembunuh-sayyidina-husain-2/