Pertama: Ayat al-Tath-hir
Perbahasan
kita dalam menganalisa dan menjawab ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan hujah
oleh Syi‘ah bermula
dengan sebuah ayat yang masyhur dikenali sebagai Ayat
al-Tath-hir (التطهير). Penamaan ini merujuk kepada perkataan “wa
yuthah-hirukum tath-hiran”dalam
firman Allah Subhanahu wa
Ta‘ala:
Sesungguhnya Allah
hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak
membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab
33:33][1]
Kita
mulakan dengan Ayat al-Tath-hir kerana
ia adalah hujahSyi‘ah yang paling kuat lagi masyhur
daripada al-Qur’an. Bahkan boleh dikatakan wujud satu kesepakatan (ijma’)
di sisiSyi‘ah untuk menggunakan ayat ini sebagai
hujah. Tidak ada juru dakwah, ahli dialog, buku dan laman web Syi‘ah yang
akan meninggalkan Ayat al-Tath-hirsebagai hujah. Paling kurang
terdapat tiga peranan pentingAyat al-Tath-hir di
sisi Syi‘ah:
1. Syi‘ah menggunakan Ayat
al-Tath-hir untuk membataskan istilah “Ahl
al-Bait” kepada empat orang sahaja: ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu
‘anhum.
2. Syi‘ah menggunakan Ayat
al-Tath-hir untuk menetapkan sifat maksum kepada
‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.
3. Dengan
sifat maksum ini,Syi‘ah bertegas bahawa kebenaran hanya
berada pada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dan keturunan mereka sahaja.
Tafsiran al-Qur’an yang benar hanya berasal daripada mereka, hadis yang sahih
hanya berpunca daripada mereka, hukum yang benar hanya bersumber daripada
mereka dan hak kekhalifahan hanya berada di tangan mereka. Dalam ertikata lain,
yang benar hanyalah Syi‘ah kerana
ia adalah mazhab yang berdiri di atas kemaksuman Ahl
al-BaitRasulullah.
al-‘Ismah adalah
syarat pada seorang imam menurutSyi‘ah kerana
imam yang diikuti selepas Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam bila tidak maksum, tidak boleh
dipercayai kata-katanya. Oleh itu sabitnya ‘ismah imam
adalah seperti sabitnya ‘ismahNabi shallallahu
‘alaihi wasallam.
Ayat
tersebut juga (al-Ahzab 33:33) menunjukkan kemaksuman Amir
al-Mukminin (‘Ali) dan dua anaknya Hasan dan
Husain‘alahima salam. Justeru terbukti bahawa jawatan khalifah adalah
untuk mereka dan bukan selain mereka …… Oleh itu berpegang kepada pendapat
mereka adalah wajib kerana orang lain tidak maksum. (Ini kerana) apabila tidak
wujudnya al-‘Ismahmaka akan berlakulah kesalahan. Oleh
itu tidak sah untuk (sesiapa) menjadi khalifah yang mengendalikan syari‘at
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam tanpaal-‘Ismah (kemaksuman).
Demikianlah
kepentingan Ayat al-Tath-hir sehingga
tidak berlebihan untuk dikatakan bahawa ia membentuk “tulang belakang” Syi‘ah. Seandainya ia tegak maka tegaklah Syi‘ah, seandainya ia runtuh maka
runtuhlah juga mazhab Syi‘ah.
Berikut
diterangkan bagaimana Syi‘ah menjadikanAyat
al-Tath-hir sebagai hujah:
HUJAH SYI‘AH
Syi‘ah menggunakan
beberapa petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk menjadikan Ayat
al-Tath-hirsebagai
hujah menetapkan sifat maksum kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu
‘anhum. Pada waktu yang samaSyi‘ah mengecualikan
para isteri Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhumdaripada sifat maksum ini. Yakni mereka para isteri
Rasulullah tidak termasuk dalam perbahasan ayat 33 surah al-Ahzab.
Petunjuk-petunjuk tersebut adalah:
Petunjuk daripada al-Qur’an.
Pertama:
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam memiliki dua keluarga, pertama
keluarga melalui ikatan pernikahan dan kedua keluarga melalui ikatan nasab.
Yang pertama disebut Bait Zawjiyyahmanakala yang kedua disebut Ahl
al-Bait.
Ayat 33 surah al-Ahzab menyebut Ahl al-Bait, bererti ia merujuk kepada keluarga
melalui ikatan nasab yang terdiri daripada ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu
‘anhum.
Ini berbeza dengan ayat-ayat sebelum dan selepas ayat 33 yang mana ia merujuk
kepada para isteri Rasulullah tanpa menggunakan istilah Ahl
al-Bait.
Kedua:
Ayat
33 surah al-Ahzab bersifat maskulin (muzakkar), bererti ia merujuk
kepada ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu ‘anhum. Sekiranya ia
merujuk kepada para isteri Rasulullah sahaja, pasti ia akan bersifat feminin (mu’annas).
Oleh itu sifat maksum yang ditetapkan oleh ayat 33 surah al-Ahzab hanya
terbatas kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja.
Ketiga:
Para
isteri Rasulullah pernah menyakiti hati Rasulullah sehingga menyebabkan AllahSubhanahu
wa Ta‘alamenurunkan ayat berikut menegur mereka:
Jika
kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang
sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada
perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk
(melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan
berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu
Jibril serta orang-orang yang salih dari kalangan orang-orang yang beriman dan
malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya. [al-Tahrim 66:04]
Sikap
para isteri Rasulullah dan teguran Allah dalam ayat 4 surah al-Tahrim di atas
jelas menunjukkan bahawa mereka tidak maksum. Maka dengan itu sudah pasti
mereka tidak termasuk sama dalam ayat 33 surah al-Ahzab.
Petunjuk daripada al-Sunnah.
Pertama: Hadis al-Kisa’:
Syi‘ah menggunakan
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh majoriti ahli hadis Ahl
al-Sunnahuntuk
menguatkan hujah bahawa para isteri Rasulullah tidak termasuk dalam ayat 33
surah al-Ahzab. Hadis tersebut berasal daripada Umm Salamahradhiallahu
‘anha, beliau berkata:
Diturunkan ayat ini
kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud
hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu
sebersih-bersihnya [al-Ahzab
33:33] di
dalam rumah Umm Salamah.
Lalu Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan
kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan
kain.
Kemudian Nabi berdoa:
“Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka
dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”
Berkata Umm Salamah:
“Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap
pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”
Syi‘ah menamakan
hadis di atas sebagai Hadis al-Kisa’,merujuk kepada kain yang digunakan
oleh Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam untuk
menyelimuti 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu
‘anhum. Bagi Syi‘ah hadis
di atas merupakan petunjuk terbaik bahawa para isteri Rasulullah, sama ada Umm
Salamah atau selainnya, terkecuali daripada istilah Ahl
al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab.
Kedua: Hadis Seruan
Bersolat Subuh.
Syi‘ah juga
menggunakan hadis berikut sebagai petunjuk tambahan bahawa ayat 33 surah
al-Ahzab diturunkan kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja, radhiallahu
‘anhum.
Daripada Anas bin
Malik radhiallahu ‘anh, bahawasanya Rasulullah sallallau ‘alaihi wasallam
melintas di hadapan pintu (rumah) Fathimah radhiallahu ‘anha selama enam bulan
apabila keluar untuk pergi bersolat Subuh. Baginda akan bersabda:
“Bersolatlah wahai Ahl al-Bait (kemudian
membaca ayat 33 surah al-Ahzab): Sesungguhnya Allah
hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak
membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
Ketiga: Hadis Abu Sa‘id
al-Khudri.
Petunjuk
ketiga daripada al-Sunnah yang digunakan olehSyi‘ah ialah
hadis berikut daripada Abu Sa‘id al-Khudriradhiallahu ‘anh:
Diturunkan ayat ini
kepada lima orang: “Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan
dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya” ,
iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain
radhiallahu ‘anhum.
Demikianlah
tiga petunjuk daripada al-Qur’an dan tiga petunjuk daripada al-Sunnah yang
menyebabkan Syi‘ah tanpa
ragu berhujah bahawa ayat 33 surah al-Ahzab menetapkan sifat maksum kepada
'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja,radhiallahu ‘anhum. Sejauh
manakah kebenaran dakwaan dan hujah Syi‘ah ini?
Marilah kita menganalisa dan menjawab satu persatu dakwaan dan hujah mereka
ini.
Memandangkan
dakwaan dan hujah Syi‘ah ke
atas Ayat al-Tath-hir agak
panjang lagi mendalam, penulis akan membahagikan analisa dan jawapan ke atasnya
kepada lima perbahasan:
Jawapannya
tidak. Para pembaca dijemput memerhatikan semula ayat 33 surah al-Ahzab:
Sesungguhnya Allah hanyalah
bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan
kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab
33:33][3]
Perhatikan
bahawa Allah ‘Azza wa Jalla menggunakan
perkataanYuridu (يريد) yang bererti
“kehendak” atau “keinginan” atau “bermaksud”. Kemudian perkataan Yuzhiba (يذهب) didahului
dengan huruf Lam (ل) yang bererti
“untuk” atau “supaya”. Justeru firman Allah:(إنما يريد الله ليذهب) hanyalah menerangkan “kehendak” Allah “untuk” menghilangkan
dosa para Ahl al-Bait.
Seandainya
Allah ingin menetapkan sifat maksum (bebas dari dosa dan suci), Allahakan
berfirman dengan sesuatu yang
bersifat menetapkan,
umpama:
“Sesungguhnya
Allahtelah menghilangkan
dosa kamu wahai Ahl al-Bait dantelah membersihkan kamu
sebersih-bersihnya.”
Oleh
itu Syi‘ah telah
melakukan satu kesalahan yang amat besar lagi fatal apabila
mereka mendakwa ayat 33 surah al-Ahzab membicara subjek kemaksuman. Yang benar
ayat 33 surah al-Azhab tidak membicara subjek kemaksumam, jauh sekali daripada
berperanan menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada para isteri
Rasulullah atau kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.[4]
Timbul
soalan seterusnya, apakah maksud sebenar firman Allah dalam ayat 33 surah
al-Ahzab? Jawapannya akan diperolehi dalam perbahasan kedua seterus ini.
Sebelum
itu untuk memantapkan fahaman para pembaca, berikut dikemukakan contoh sebuah
ayat yang juga menggunakan perkataan (يريد) dan (التطهير). Ia adalah ayat berkenaan perintah wudhu’, firman Allah Subhanahu
wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman,
apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka
(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi
siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah
dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam
pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu
sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi),
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah
muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.
Allah tidak mahu menjadikan kamu
menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi berkehendak untuk membersihkan (طهر) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. [al-Maidah 5:06]
Perhatikan
perenggan kedua ayat di atas. Seandainya Syi‘ahmenafsirkan ayat 33 surah al-Ahzab
sebagai menetapkan sifat maksum kepada Ahl
al-Bait,maka
dengan itu juga setiap orang beriman yang berwudhu’ akan memiliki sifat maksum
juga. Ini kerana kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah
al-Maidah mengunakan istilah Tahara (طهر) yang
bermaksud “bersih” atau “suci”.
Di
sisi Ahl al-Sunnah, kedua-dua
ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah tidak membicarakan sifat
maksum mahupun menetapkan sifat maksum kepada orang yang dirujuk olehnya.
Perhatikan, sebagaimana ayat 33 surah al-Ahzab, ayat di atas juga menggunakan
perkataan Yuridudan tambahan huruf Lam: …tetapi
(Allah) berkehendak(يريد) untuk
membersihkan (ل + يطهر = ليطهر) kamu
dan…
Berdasarkan
penggunaan perkataan Yuridu (يريد) dan tambahan
huruf Lam (ل), maka ayat
kelima surah al-Maidah ini tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepada
setiap orang beriman yang berwudhu’. Demikianlah juga bagi ayat 33 surah
al-Ahzab, ia tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepada Ahl
al-Bait.
Kedua: Adakah istilah Ahl al-Bait dalam
ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain?
Jawapannya
akan diperolehi dengan mengkaji keseluruhan konteks perbincangan ayat dari mula
hingga akhir. Ia bermula dengan ayat 28 surah al-Ahzab:
Wahai Nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan
perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu
pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang
sebaik-baiknya. [al-Ahzab
33:28]
Dan sekiranya kamu semua mahukan
(keredaan) Allah dan Rasul-Nya serta (nikmat kemewahan) di Negeri Akhirat maka
sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara
kamu: pahala yang besar. [al-Ahzab
33:29]
Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di
antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan
digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. [al-Ahzab 33:30]
Dan sesiapa di antara kamu semua
tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengerjakan amal yang salih, Kami
akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan
baginya limpah kurnia yang mulia. [al-Ahzab 33:31]
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua
bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh
itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan
lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada
penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya
berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [al-Ahzab 33:32]
Dan hendaklah kamu tetap di rumah
kamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang
Jahiliyah yang dahulu; dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat; dan taatlah
kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya Allah hanyalah
bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan
kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab
33:33][5]
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa
yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah
pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus Tadbir-Nya,
lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. [al-Ahzab 33:34]
Jelas
daripada ayat-ayat di atas bahawa yang menjadi konteks perbincangan ialah
tunjuk ajar serta perintah dan larangan Allah ‘Azza
wa Jallakepada
para isteri Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum. Firman
Allah dalam ayat 33 ……Sesungguhnya
Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan
hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya…… bukan
suatu ayat yang terpisah daripada rangkaian ayat 28 hingga 34. Akan tetapi ia
termasuk sebahagian daripada ayat-ayat tersebut. Ia berperanan menerangkan tujuan atau hasil
yang ingin dikurniakan oleh Allah kepada para isteri
Rasulullah dengan segala tunjuk ajar, perintah dan larangan tersebut.
Oleh
itu perkataan Ahl al-Baitdalam ayat 33 surah al-Ahzab tetap
merujuk kepada para isteri Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum.Jika ditafsirkan ayat 33 ini merujuk kepada ‘Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain, ia bererti ‘Ali, Hasan dan Husain diperintahkan
untuk tetap berada di dalam rumah. Seterusnya mereka dilarang berhias (tabarruj)
apabila berada di luar rumah. Ini adalah tafsiran yang menjauhi fakta yang
benar dan pemikiran yang sihat kerana sedia diketahui bahawa ‘Ali, Hasan dan
Husain sentiasa bergiat aktif di luar rumah dalam ekspedisi dakwah dan jihad.
Lebih dari itu mereka terdiri daripada kaum lelaki yang tidak berhias
sebagaimana kaum wanita. Justeru tidak mungkin menafsirkan perkataan Ahl
al-Bait dalam ayat di atas sebagai merujuk
kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.
Adapun
beberapa petunjuk daripada al-Qur’an yang dikemukakan oleh Syi‘ah sebagai
bukti bahawa ayat 33 surah al-Ahzab hanya merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan
dan Husainradhiallahu ‘anhum, ia
dapat dijawab dengan mudah seperti berikut:
Jawapan Kepada Petunjuk
Pertama:
Istilah Ahl
al-Bait tidaklah mutlak merujuk kepada
keluarga yang memiliki ikatan nasab sahaja. Ia juga merujuk kepada keluarga
yang memiliki ikatan pernikahan. Berikut adalah satu contoh ayat al-Qur’an yang
menggunakan istilah Ahl al-Baitketika merujuk kepada
isteriNabi
Ibrahim ‘alaihi salam.
Isteri (Nabi Ibrahim) berkata:
Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua
dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang
menghairankan.
Malaikat-malaikat itu berkata:
Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah?
Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai
Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji,
lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya.[Hud 11:72-73]
Jawapan Kepada Petunjuk Kedua:
Ayat
33 surah al-Ahzab yang bersifat maskulin (muzakkar) bukan kerana ia
mengecualikan para isteri Rasulullah tetapi kerana ia merujuk kepada perkataan Ahl (أهل) yang
sememangnya bersifat maskulin. Dalam kaedah bahasa Arab:
1. Apabila
istilah Ahl bersifat
maskulin, maka seluruh ayat akan bersifat maskulin juga sekalipun yang
dibicarakan ialah berkenaan kaum wanita.
2. Ayat
yang bersifat maskulin tidak mengecualikan kaum wanita kerana lafaz mazkulin
boleh mewakili kedua-dua lelaki dan wanita.[6]
Kedua-dua
poin di atas merupakan kaedah yang amat asas dalam ilmu bahasa Arab. Hal ini
mendapat perhatian Wan Zahidi Wan Teh di dalam tulisannya: Ahlul
Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syi‘ahsehingga beliau mengulas:[7]
Hujah
ini sebenarnya menunjukkan kejahilan mereka (Syi‘ah) dalam bahasa Arab
kerana kebanyakan mereka daripada bangsa Parsi tidak memahami bahasa Arab
secara mendalam.
Jawapan Kepada Petunjuk Ketiga:
Syi‘ah menggunakan
teguran Allah kepada para isteri Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhumdalam ayat 4 surah al-Tahrim sebagai hujah bahawa
mereka (para isteri) tidak termasuk dalam ciri-ciri kemaksuman yang ditetapkan
dalam ayat 33 surah al-Ahzab. Hujah ini tertolak dengan dua sebab:
1. Teguran
Allah kepada para isteri Rasulullah bukanlah untuk merendahkan mereka tetapi
kerana ingin memelihara mereka daripada sifat-sifat yang tidak baik. Para
isteri Rasulullahradhiallahu ‘anhum adalah
ibu kepada umat Islam seluruhnya sebagaimana firman Allah Subhanahu
wa Ta‘ala:
Nabi itu lebih menolong dan lebih
menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan
isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. [al-Ahzab
33:06]
Sebagai
“ibu” umat Islam, para isteri Rasulullah menjadi teladan kepada para isteri
orang beriman seluruhnya. Justeru apabila Allah menegur dan memberi tunjuk
ajar, ia bukanlah kerana keburukan yang ada pada para isteri Rasulullah tetapi
kerana Allah ingin menjadikan mereka sumber teladan atau rujukan kepada para isteri
umat Islam seluruhnya.
2. Ayat
33 surah al-Ahzab tidak menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada
para isteri Rasulullah mahupun 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Oleh itu
sia-sia sahaja penghujahanSyi‘ah ini.
Demikianlah
jawapan Ahl al-Sunnah kepada
petunjuk-petunjuk al-Qur’an yang dikemukakan oleh Syi‘ah untuk
mengecualikan para isteri Rasulullah daripada istilah Ahl
al-Bait. Kembali kita kepada persoalan asal
yang sedang dibahas: Adakah
istilah Ahl
al-Bait dalam ayat 33
surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan
dan Husain?
Jawapannya: Istilah Ahl
al-Bait dalam ayat 33
surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam sahajaradhiallahu
‘anhum.
Ketiga: Darjat
dan maksudHadis al-Kisa’.
Umm
Salamah radhiallahu ‘anha berkata:
Diturunkan ayat ini kepada Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak
menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu
sebersih-bersihnya [al-Ahzab
33:33] di dalam rumah Umm
Salamah.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan
kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan
kain.
Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah !
mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan
bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”
Berkata Umm Salamah: “Dan aku
bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada
kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”
Perbicaraan
ke atas apa-apa hadis tidak memiliki nilai melainkan didahului dengan darjat
kekuatannya. Oleh itu kita mulakan dengan membahas darjat kekuatan Hadis
al-Kisa’.
Darjat Hadis al-Kisa’.
Hadis al-Kisa’ memiliki
darjat yang sahih. Ia dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ahmad, al-Tirmizi,
al-Bazzar, Ibn Jarir al-Thabari, Ibn Hibban, Ibn Abi Hatim, al-Hakim,
al-Thabarani, al-Baihaqi dan al-Hafiz al-Haskani, di atas dengan lafaz
al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi – no: 3787 (Kitab
Manaqib, Bab Manaqib Ahl Bait Nabi). Juga
dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya– no: 2424 dan lain-lain daripada
‘A‘isyah (عائشة) radhiallahu
'anha tanpa disertai oleh pertanyaan Umm
Salamah.
Maksud Hadis al-Kisa’.
Merupakan
satu keajaiban bagaimana Hadis al-Kisa’ boleh
dijadikan hujah oleh Syi‘ahpadahal ia adalah sebaik-baik dalil
bagi menolak dakwaan mereka bahawa ayat 33 surah al-Ahzab turun untuk ‘Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu
‘anhum.
Ini
kerana seandainya ayat 33 tersebut pada asalnya ditujukan kepada ‘Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain, tidak
perlu lagi untuk Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam menyelimuti mereka berempat dan
mendoakan mereka. Namun Rasulullah berbuat yang sebaliknya, menunjukkan bahawa
baginda mengetahui bahawa ayat 33 tersebut pada asalnya ditujukan kepada para
isteri baginda. Lalu baginda mengingini agar ia mencakupi juga ‘Ali, Fathimah,
Hasan dan Husain. Maka kerana itulah baginda berdoa agar mereka turut serta.[8]
Perlu
diingatkan bahawa Rasulullah dengan bimbingan wahyu yang diperolehinya tidak
sekali-kali melakukan perkara yang sia-sia. Sungguh amat jauh daripada akal
yang lurus dan logik yang sihat jika Rasulullah mendoakan ‘Ali, Fathimah, Hasan
dan Husain dengan lafaz doa yang berasal dari ayat yang ditujukan kepada mereka
berempat – melainkan –
ayat tersebut sememangnya tidak ditujukan kepada mereka berempat lalu
Rasulullah berdoa dengannya agar mereka berempat termasuk sama.
Adapun
pertanyaan Umm Salamah: “Dan
aku bersama mereka wahai Nabi Allah?”, maka ia memiliki dua sebab tanpa yang ketiga:
1. Di
saat tersebut Umm Salamah tidak tahu berkenaan ayat 33 surah al-Ahzab kerana ia
baru sahaja diturunkan dan Rasulullah belum membacakannya kepada beliau. Maka
Umm Salamah bertanya dalam suasana beliau tidak mengetahui keberadaan ayat 33
tersebut.
2. Jawapan
Rasulullah: Engkau
tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan bukanlah mengecualikan Umm Salamah
daripada ayat 33 surah al-Ahzab tetapi daripada doa baginda kepada ‘Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain. Bahkan di dalam jawapan Rasulullah sendiri
terkandung petunjuk bahawa baginda mengetahui Umm Salamah terdiri daripada
orang yang ditujukan oleh ayat 33 surah al-Ahzab.
Dalam
sebahagian kecil lafaz yang lain dari hadis yang sama, disebut bahawa
Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam pada
mulanya berdoa: “Ya
Allah! Mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan
bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya” kemudian
barulah turun ayat 33 surah al-Ahzab. Perbezaan lafaz ini tidak membawa apa-apa
kesan positif kepada penghujahan Syi‘ahkerana:
1. Riwayat
yang lebih terpelihara menerangkan bahawa ayat 33 surah al-Ahzab turun dahulu
kemudian diikuti dengan doa Rasulullah.
2. Sekalipun
Rasulullah sememangnya berdoa sebelum turunnya ayat, ia tetap tidak memiliki
apa-apa perbezaan kerana ayat 33 surah al-Ahzab yang turuntidak bersifat menetapkanapa yang didoakan
oleh baginda.
3. Doa
Rasulullah hanyalah merupakan satu doa dan tidak lebih dari itu. Baginda
mengharapkan agar ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dibersihkan daripada dosa
dan disucikan. Paling tinggi doa tersebut mengharapkan supaya mereka berempat
menjadi golongan bertaqwa yang dihilangkan dosa dan disucikan dengan
sesuci-sucinya. Doa baginda tidak menetapkan sifat maksum kepada mereka
berempat.[9]
Justeru
tidak ada beza sama sekali sama ada Rasulullah berdoa sebelum atau selepas
turunnya ayat 33 surah al-Ahzab kerana ia (ayat tersebut) dan doa baginda tetap tidak bersifatmenghapuskan dosa dan menyucikan
‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, jauh sekali daripadamenetapkan sifat maksum kepada mereka berempat,radhiallahu
‘anhum.
Timbul
soalan seterusnya: Adakah doa Rasulullah dalamHadis al-Kisa’ dimakbulkan
oleh Allah sehingga ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain menjadi manusia yang
maksum sebagaimana dakwa Syi‘ah?
Jawapannya
tidak. Hal ini dibuktikan oleh sejarah di mana ‘Ali, Hasan dan Husain telah
berijtihad sebagai manusia biasa dalam menghadapi pelbagai cabaran dan krisis
pada zaman kehidupan mereka. Sebahagian daripada ijtihad mereka benar dan
sebahagian lagi salah sehingga akhirnya mereka gugur syahid dan mendapat darjat
yang mulia di sisi Allah.
Keempat: Darjat dan maksud Hadis Seruan Bersolat Subuh.
Daripada Anas bin Malik (radhiallahu
‘anh), bahawasanya Rasulullah sallallau ‘alaihi wasallam melintas di hadapan
pintu (rumah) Fathimah radhiallahu ‘anha selama enam bulan apabila keluar untuk
pergi bersolat Subuh. Baginda akan bersabda:
“Bersolatlah wahai Ahl al-Bait
(kemudian membaca ayat 33 surah al-Ahzab): Sesungguhnya Allah hanyalah
bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak
membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
Darjat Hadis Seruan Bersolat
Subuh
Sekalipun
hadis ini tercatit di dalam banyak rujukan, ia tidak memiliki darjat yang
sahih. Yang benar sanadnya berdarjat dha‘ifsekalipun dengan tiga jalan
periwayatan yang dimilikinya:
Jalan Periwayatan Pertama:
Dikeluarkan oleh
al-Thayalisi (الطيالسي) di dalam al-Musnad –
no: 2059 (Kitab isnad Anas
bin Malik al-Anshori, Bab ‘Ali bin Ziyad bin Jud‘an), Ibn Abi Syaibah di dalamal-Musannaf –
no: 32262 (Kitab Keutamaan,
Bab apa yang disebut berkenaan keutamaan Fathimah), ‘Abd
bin Humaid (عبد بن حميد) di dalam al-Musnad –
no: 1223 (Musnad Anas bin
Malik),
Ahmad di dalam al-Musnad –
no: 13728 & no: 14040 (Musnad Anas bin
Malik),
al-Tirmizi di dalam al-Sunan –
no: 3206(Kitab tafsir, Bab tafsir surah al-Ahzab), Abu Ya’la di dalam al-Musnad –
no: 3978 (Musnad Anas bin
Malik),
Ibn Jarir al-Thabari di dalam Jami’ al-Bayan– no: 21729 (tafsir
ayat 33 surah al-Ahzab), al-Thahawi di dalamMusykil
al-Atsar – no: 784 (Bab
penjelasan daripada Rasulullah berkenaan maksud ayat 33 surah al-Ahzab), al-Thabarani di dalamal-Mu’jam
al-Kabir, jld. 3, ms. 56, no: 2671 & jld.
22, ms. 402, no: 1002, al-Hakim di dalam al-Mustadrak –
no: 4748 (Kitab Ma’rifah
para sahabat, Bab manaqib keluarga Rasulullah)dan al-Hafiz al-Haskani di dalamSyawahid
al-Tanzil li Qawa‘id al-Tafdhil –
no: 637, 638, 639, 640, 641, 643, 644 & 773 (Asbab
al-Nuzul no: 130).
Semuanya dengan
sanad yang berpangkal kepada ‘Ali bin Ziyad bin Jud‘an, daripada Anas bin
Malik. ‘Ali bin Ziyad bin Jud‘an Abu al-Hasan al-Quraisy, berkata Ahmad
bin Hanbal: Tidaklah dia kuat dan orang ramai meriwayatkan daripadanya. Berkata
Yahya bin Ma‘in dan Abu Zar‘ah: Tidak boleh dijadikan hujah. Berkata Abi Hatim
al-Razi: Tidaklah dia kuat, ditulis hadisnya dan tidak boleh dijadikan hujah.[10]
Jalan Periwayatan Kedua:
Dikeluarkan oleh
‘Abd bin Humaid di dalam al-Musnad –
no: 475(Bab Abu al-Hamra’ maula Nabi), Ibn Jarir al-Thabari di dalamJami’
al-Bayan – no: 21731(tafsir ayat 33 surah
al-Ahzab), al-Thahawi di dalam Musykil al-Atsar –
no: 785 (Bab penjelasan
daripada Rasulullah berkenaan maksud ayat 33 surah al-Ahzab),al-Thabarani di dalam al-Mu’jam
al-Kabir,
jld. 3, ms. 56, no: 2672 & jld. 22, ms. 200, no: 525, al-Tsa’labi di dalam al-Kasyf
wa al-Bayan, jld. 8, ms. 44 (tafsir
ayat 33 surah al-Ahzab) dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid
al-Tanzil – no: 694, 695, 696, 697, 698, 699,
701, 702, 703, 766, 771 & 772 (Asbab al-Nuzul
no: 130).
Semuanya dengan
sanad yang berpangkal kepada Abu Daud, dia berkata aku mendengar Abi al-Hamra’ radhiallahu
‘anh,
dia berkata: Aku melihat
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam datang ke pintu (rumah) Fathimah selama
6 bulan lalu baginda bersabda (dengan membaca ayat 33 surah al-Ahzab):Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak
menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu
sebersih-bersihnya. Demikian mengikut lafaz
al-Thabarani.
Abi al-Hamra’,
beliau ialah salah seorang budak kerja Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam.
Abu Daud, nama sebenarnya ialah Nafi’ bin al-Harits al-Hamdani al-A’mi daripada
Kufah, demikian terang Abu Ja’far al-Thahawi dan al-Hafiz al-Haskani. Beliau
ditinggalkan hadisnya (matruk) manakala didustakan oleh Yahya bin Ma‘in.[11]
Jalan Periwayatan Ketiga:
Dikeluarkan oleh
al-Thabarani di dalam al-Mu’jam
al-Ausath – no: 8127 (Bab
yang bernama Musa),
al-Tsa’labi di dalam al-Kasyf wa
al-Bayan, jld. 8, ms. 42 (tafsir
ayat 33 surah al-Ahzab) dan al-Hafiz al-Haskani di dalamSyawahid
al-Tanzil – no: 665, 666, 667 & 668 (Asbab
al-Nuzul no: 130).
Semuanya dengan
sanad yang berpangkal kepada ‘Athiyah, daripada Abu Sa‘id al-Khudriradhiallahu
‘anh, bahawa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam datang ke pintu (rumah) ‘Ali selama
40 pagi dengan mengucapkan salam:Assalamu‘alaikum Ahl al-Bait waRahmatullahi
waBarakatuh, bersolatlah semoga dirahmati Allah (kemudian
baginda membaca ayat 33 surah al-Ahzab): Sesungguhnya Allah
hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak
membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
‘Athiyah,
beliau ialah ‘Athiyah bin Sa‘ad Abu al-Hasan al-‘Aufiy, seorang Syi‘ah daripada
Kufah.Beliau dihukum dha‘if oleh Hisyam, Yahya bin Sa‘id al-Qathan, Ahmad bin
Hanbal, Sufyan al-Tsauri, Abu Zar‘ah al-Razi, Ibn Ma‘in, Abu Hatim al-Razi,
al-Nasa’i, al-Jauzajani, Ibn ‘Adiy, Abu Daud, Ibn Hibban, al-Daruquthni dan
lain-lain lagi. Selain itu beliau masyhur dengan sifat tadlis yang
amat buruk.[12]
Demikianlah takhrij
hadis atau semakan hadis berdasarkan
sumbernya yang asal. Ia memiliki tiga jalan periwayatan dengan yang pertama
memiliki kecacatan yang sederhana. Akan tetapi jalan yang kedua dan ketiga
memiliki kecacatan yang berat sehingga tidak boleh dijadikan penguat untuk
jalan periwayatan yang pertama. Justeru darjatsanad hadis ini adalah dha‘if.
Maksud Hadis Seruan Bersolat
Subuh
Jika
sebelum ini kita telah saksikan keajaiban Syi‘ahmenggunakan Hadis
al-Kisa’sebagai
hujah, kini kita akan saksikan keajaiban kedua pula. Ini kerana, sebagaimana Hadis
al-Kisa’, Hadis Seruan Bersolat Subuh juga
adalah sebaik-baik dalil bagi menolak dakwaanSyi‘ah bahawa
ayat 33 surah al-Ahzab turun untuk ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu
‘anhum.
Bahkan ia juga menjadi dalil bahawa ayat 33 tersebut tidak menetapkan sifat
maksum kepada mereka berempat. Sebabnya:
1. Istilah Ahl
al-Bait,
sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini dalam Perbahasan Kedua, boleh merujuk kepada keluarga
ikatan pernikahan atau keluarga ikatan nasab. Baginda Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam sendiri pernah berdiri di hadapan
pintu rumah ‘A‘isyah (عائشة)radhiallahu
‘anha dan memanggil beliau dengan gelaran Ahl
al-Bait:
Oleh
itu tindakan Rasulullah menyeru ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dengan gelaran Ahl
al-Bait bukanlah kerana mereka telah
dikhususkan oleh ayat 33 surah al-Ahzab tetapi kerana mereka pada asalnya
tergolong di dalamkeumuman istilah Ahl
al-Bait.
2. Penggunaan
ayat 33 surah al-Ahzab oleh Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallamadalah
kerana keinginan baginda agar ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu
‘anhum tergolong
sama dalam tujuan ayat,
iaitu agar dihapuskan dosa dan dibersihkan daripada pengaruhnya. Maka kerana
itu baginda mendahuluinya dengan perintah untuk bangun menunaikan solat Subuh.
Sama-sama kita ketahui daripada beberapa hadis sahih yang lain bahawa satu
solat fardhu ke solat fardhu yang lain menghapuskan dosa di antaranya dan
membersihkan pengamalnya daripada pengaruh dosa umpama seorang yang mandi lima
kali sehari.
3. Hadis
di atas membatalkan dakwaan Syi‘ah bahawa
ayat 33 surah al-Ahzab menetapkan sifat maksum kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan
Husain radhiallahu
‘anhum. Sebabnya, adalah mustahil seorang
yang dinobatkan sifat maksum, khalifah umat dan sumber rujukan syari‘at tidak
dapat bangun pagi dengan sendirinya untuk menunaikan solat Subuh selama
beberapa bulan berturut-turut.
4. Di
sisi Ahl al-Sunnah, hadis ini menunjukkan bahawa ‘Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain adalah manusia biasa yang terkadang lewat untuk
bangun menunaikan solat Subuh, berbeza dengan Muhammad sebagai seorang Rasul
Allah yang maksum, khalifah umat dan sumber rujukan syari‘at, baginda sentiasa
dalam keadaan bersiap sedia untuk menunaikan solat Subuh.
Kesimpulannya,
Hadis Seruan Bersolat Subuh dari sudut darjat, ia memiliki sanad yang dha‘if
manakala dari sudut maksud, ia membelakangi bahkan membatalkan hujah yang cuba
ditegakkan oleh Syi‘ahdaripadanya.
Kelima:
Darjat dan maksud Hadis Abu Sa‘id al-Khudri.
Diriwayatkan
daripada Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu
‘anhum bahawa beliau berkata:
Diturunkan ayat ini kepada lima
orang: “Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu
wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya” , iaitu
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain
(radhiallahu ‘anhum).
Darjat Hadis Abu Sa‘id
al-Khudri.
Hadis
ini dikeluarkan oleh al-Bazzar sebagaimana takhrij al-Haitsami
di dalam Majma’ al-Zawa‘id –
no: 14976 (Kitab Manaqib,
Bab ke 14) (LihatMusnad al-Bazaar –
no: 2611 sebagaimana di catitan notakaki), Ibn Jarir al-Thabari di dalamJami’
al-Bayan – no: 21727, al-Thabarani di dalam al-Mu’jam
al-Shagheir, jld. 1, ms. 135 (Bab
al-Ha’, yang bernama al-Hasan), al-Mu’jam
al-Ausath – no: 3456(Bab yang bernama
al-Hasan) &al-Mu’jam al-Kabir, jld.
3, ms. 56, no: 2673 dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid
al-Tanzil – no: 660, 661, 662, 663, 664, 767,
769, 770 & 774 (Asbab al-Nuzul no: 130). Ibn Abi Hatim menyebutnya
di dalam Tafsir al-Qur’an
al-‘Adzhim Musnadan ‘an Rasulullah wa al-Shahabah wa al-Tabi‘in –
no: 17673 dari Abu Sa‘id tanpa sanad.
Di
atas dengan lafaz al-Thabarani di dalam al-Kabir.Diperselisihkan riwayat ini sama ada marfu’ (sabda
Rasulullah) atau mauquf (kata-kata
Abu Sa‘id sendiri). Namun hal ini tidak menjadi masalah kerana semua jalan
periwayatan di atas berpangkal kepada ‘Athiyah, daripada Abu Sa‘id al-Khudri.
‘Athiyah, beliau ialah ‘Athiyah bin Sa‘ad Abu al-Hasan al-‘Aufiy, seorang Syi‘ah daripada
Kufah. Beliau dihukum dha‘if oleh Hisyam, Yahya bin Sa‘id al-Qathan, Ahmad bin
Hanbal, Sufyan al-Tsauri, Abu Zar‘ah al-Razi, Ibn Ma‘in, Abu Hatim al-Razi, al-Nasa’i,
al-Jauzajani, Ibn ‘Adiy, Abu Daud, Ibn Hibban, al-Daruquthni dan lain-lain
lagi. Selain itu beliau masyhur dengan sifat tadlis yang
amat buruk.[15]
Berdasarkan
kecacatan di atas, hadis ini ditolak bukan sahaja kerana kedha‘ifan dan sifat tadlis ‘Athiyah,
tetapi juga kerana di sisi disiplin hadis Ahl
al-Sunnah, riwayat yang dibawa oleh seorang Syi‘ah demi
kepentingan mazhabnya adalah tertolak.
al-Hafiz
al-Haskani mengeluarkan riwayat yang seumpama daripada Ibn ‘Abbas (no: 700) dan
Umm Salamah (no: 756) tetapi dengan sanad yang tidak penulis temui statusal-Jarh
wa al-Ta’dil bagi para perawinya.
Maksud Hadis Abu Sa‘id
al-Khudri.
Hadis
ini memiliki maksud yang tertolak. Ini kerana apabila ia memasukkan Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallam ke dalam cakupan ayat 33 surah
al-Ahzab, ia bererti Rasulullah sendiri pada asalnya merupakan seorang yang
berdosa dan tercemar dengan kotorannya. Ini jelas ditolak oleh iktikad yang
tulen, nas yang sahih dan pengetahuan yang benar.
Alhamdulillah,
selesailah perbahasan kita dalam menjawab dan menolak hujah-hujah Syi‘ahke atas Ayat
al-Tath-hir.Terbuktikan
bahawa semua penghujahan Syi‘ah tidak
ada yang benar. Bahkan sebahagian “petunjuk” yang mereka gunakan sebagai
penguat hujah sebenarnya bertindak untuk membatalkan hujah itu sendiri.
Insya-Allah seterusnya kita beralih kepada ayat yang kedua terpenting dalam
Mazhab Syi‘ah,iaitu Ayat
al-Wilayah.
Kesimpulan mudah kepada para pembaca:
Ayat 33 surah al-Ahzab diturunkan kepada para isteri Rasulullah
dalam rangka menyuruh mereka berusaha menghindari dosa dan menyucikan diri
daripada pengaruhnya.
Sekalipun ayat 33 surah al-Ahzab mencakupi ‘Ali, Fathimah, Hasan dan
Husain, ia tetap tidak memberi mereka status maksum untuk dinobatkan sebagai
khalifah umat Islam dan sumber rujukan syari‘at selepas kewafatan Rasulullah.
Istilah “Ahl al-Bait” boleh merujuk kepada keluarga
berdasarkan ikatan pernikahan dan nasab.
[1]
Terjemahan daripadaal-Qur’an dan
Terjemahannyayang
diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an,
Indonesia.
[2]
Nukilan berpisah daripada Limaza Akhtartu
Mazhab al-Syi‘ah (Muassasah al-‘Alami, Beirut,
tp.thn.), ms. 66.
[3]
Terjemahan daripadaal-Qur’an dan
Terjemahannyayang
diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an,
Indonesia.
[5]
Terjemahan daripadaal-Qur’an dan
Terjemahannyayang
diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an,
Indonesia.
1. Muhammad
al-Amin al-Syanqithi – Adwa’ al-Bayan fi
Aydhoh al-Qur’an bi al-Qur’an, jld. 6, ms. 379.
2. Muhammad
al-Amin bin ‘Abd Allah al-Uramiyyi – Tafsir
Hadaiq al-Rahw wa al-Raihan
(حدائق الروح والريحان) fi Rawabiy ‘Ulum
al-Qur’an (Dar Thuq al-Najah, Beirut 2001),
jld. 23, ms. 17.
3. Wan
Zahidi Wan Teh –Ahlul Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syi‘ah (kertas
kerja seminar Syi‘ah Imamiyah
Mazhab Ke 5?;
Nur Publications, Kajang 1996), ms. 59-60.
[8]
Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi (671H) – Jami’
li Ahkam al-Qur’an, jld. 14, ms. 135 (tafsir
bagi ayat 34 surah al-Ahzab).
[12]
al-‘Uqaili – al-Dhu‘afa’
al-Kabir – biografi no: 1392; Ibn Hajar
al-‘Asqalani – Thabaqat
al-Mudallisin – biografi no: 122 dan Syu‘aib al-Arna’uth
(الأرنؤوط) & Basyar
‘Awwad Ma’ruf – Tahrir Taqrib
al-Tahzib, biografi no: 4616.
Tadlis bermaksud
menyembunyikan nama perawi sebenar yang diambil hadis daripadanya. Ini
dilakukan atas beberapa sebab, yang masyhur ialah menutup kelemahan dan
kecacatan yang terdapat pada perawi yang disembunyikan itu supaya hadis yang
dibawanya tidak menjadi lemah atau tertolak.
[13]
Disebut rumah ‘A‘isyah sebagai “bilik” kerana di saat itu rumah para isteri
Rasulullah semuanya kecil seperti sebuah bilik.
[14] Sahih: Ringkasan
hadis daripada Anas bin Malikradhiallahu ‘anh, lihat Shahih
al-Bukhari – no: 4793 (Kitab
tafsir, Bab tafsir ayat 53 surah al-Ahzab).
[15]
al-‘Uqaili – al-Dhu‘afa’
al-Kabir – biografi no: 1392; Ibn Hajar
al-‘Asqalani – Thabaqat
al-Mudallisin – biografi no: 122 dan Syu‘aib
al-Arna’uth (الأرنؤوط) & Basyar ‘Awwad Ma’ruf – Tahrir
Taqrib al-Tahzib, biografi no: 4616.
Tadlis bermaksud
menyembunyikan nama perawi sebenar yang diambil hadis daripadanya. Ini
dilakukan atas beberapa sebab, yang masyhur ialah menutup kelemahan dan
kecacatan yang terdapat pada perawi yang disembunyikan itu supaya hadis yang
dibawanya tidak menjadi lemah atau tertolak.