Apabila
kita membaca atau berdialog dengan pengikut Mazhab Syi‘ah, mereka seringkali
mengidentitikan diri mereka sebagai pengikut Mazhab Ahl
al-Bait.
Dakwaan ini akan kita kaji seterus ini.
Yang
dimaksudkan denganAhl al-Bait Rasulullah.
Perkataan Ahl digunakan
bagi seorang lelaki untuk merujuk kepada kabilahnya (عشيرته),
orang-orangnya (ذو)
dan kaum kerabatnya[1] Contoh penggunaannya boleh
dirujuk di dalam al-Qur’an:
Setelah
Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan berjalan dengan isterinya (Ahl), ia
melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Gunung Tursina. (Ketika itu)
berkatalah ia kepada isterinya (Ahl): “Berhentilah; sesungguhnya aku ada
melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ,
atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri.” [al-Qasas
28:29]
Perkataan Ahl
al-Bait merujuk kepada keluarga bagi
seseorang lelaki. Contohnya ialah ayat berikut berkenaan isteri Nabi Ibrahim ‘alaihi
salam:
Isteri
(Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan
anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya
kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.
Malaikat-malaikat
itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah
ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah
kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi
Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya.[Hud 11:73]
Di
sisi Ahl al-Sunnah,
istilahAhl al-Bait merujuk kepada keluarga
Rasulullah yang terjalin berdasarkan ikatan penikahan (para isterinya) dan
ikatan nasab (anak-anaknya termasuk ‘Ali). Di sisi Syi‘ah, Ahl
al-Bait hanyalah merujuk kepada
keluarga ikatan nasab Rasulullah yang terdiri daripada ‘Ali, Fathimah, Hasan
dan Husain diikuti dengan keturunan mereka. Ini berdasarkan tafsiran mereka
terhadap ayat 33 surah al-Ahzab yang akan kita bahas nanti,insya-Allah.
Oleh
itu Syi‘ah sering kali mengistilahkan diri
mereka sebagai Mazhab Ahl al-Bait. Ahl
al-Sunnah tidak menerima pengistilahan
ini kerana para pengikut Ahl al-Bait yang
sebenar terdiri daripada mereka yang mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar
dan ‘Utsman serta mengutamakan mereka melebihi orang-orang lain, termasuk ‘Ali
sendiri. Ini merupakan iktikad para Ahl al-Bait Rasulullah:
‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain diikuti dengan para imam keturunan mereka.[2] Antara bukti terkuat bagi
perbezaan ini ialah dialog berikut antara Ja’far al-Shiddiq radhiallahu
‘anhdengan
salah seorang Syi‘ah.
Dialog
Ja’far al-Shiddiq dengan seorang Syi‘ah.[3]
(Dialog
pertama):
Syi‘ah tadi
bertanya: Wahai putra Rasulullah, siapakah manusia terbaik setelah Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam?
Ja’far
al-Shiddiq menjawab: Abu Bakar (radhiallahu ‘anh).
Syi‘ah bertanya:
Mana hujahnya dalam hal itu?
Ja’far
menjawab: Firman Allah Ta‘ala:
Kalau kamu
tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya,
iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah)
sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam
gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita,
sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan semangat tenang
tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera
(malaikat) yang kamu tidak melihatnya. [al-Taubah 9:40]
Ja’far
melanjutkan: Cuba fikirkan, apakah ada orang yang lebih baik dari dua orang
yang nombor ketiganya adalah Allah ? Tidak ada seorang pun yang lebih
afdhal daripada Abu Bakar selain Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
Maka Syi‘ah berkata:
Sesungguhnya ‘Ali bin Abu Thalib ‘alaihi salam telah
tidur di tikar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (demi
menggantikannya dalam peristiwa hijrah) tanpa mengeluh (jaza’, ertinya
tabah) dan tidak takut (faza’, ertinya ia tegar).
Maka
Ja’far menjawab: Dan begitu pula Abu Bakar, dia bersama Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallamtanpa jaza’ dan faza’.
Syi‘ah menyanggah:
Sesungguhnya Allah Ta‘alatelah menyatakan berbeza dengan
apa yang anda katakan !
Ja’far
bertanya: Apa yang difirmankan oleh Allah?
Syi‘ah menjawab: …ketika
ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah
bersama kita” bukankah ketakutan tadi adalah jaza’ ?
Ja’far
menjelaskan: Tidak kerana Huzn (sedih)
itu bukanjaza’ dan faza’. Sedihnya Abu Bakar
adalah khuatir jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dibunuh
dan agama Allah tidak lagi ditaati. Jadi kesedihannya adalah terhadap
agama Allah dan terhadap Rasul Allah, bukan sedih terhadap dirinya.
Bagaimana (dapat dikatakan dia sedih untuk dirinya sendiri padahal) dia
disengat lebih dari seratus sengatan dan tidak pernah mengatakan “His” juga
(tidak pernah) mengatakan “Uh” (tidak mengerang kesakitan).
(Dialog
kedua):
Syi‘ah berkata:
Sesungguhnya Allah Ta‘alaberfirman:
Sesungguhnya
Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman,
yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk. [al-Maidah
5:55]
Ayat
ini turun berkenaan ‘Ali bin Abu Thalib ketika mensedekahkan cincinnya ketika
dia sedang rukuk, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Segala
puji bagi Allah yang telah menjadikannya (ayat di atas) di dalam diriku dan Ahl
al-Baitku.”[6]
Ja’far
menjelaskan: Ayat yang sebelumnya lebih agung daripadanya. Allah berfirman:
Wahai
orang-orang yang beriman ! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya
(jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka
dan mereka juga kasihkan Dia. [al-Maidah 5:54]
Ternyata
perbuatan riddah (murtad, keluar dari Islam) terjadi besar-besaran
sepeninggalan Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam.
Orang-orang
kafir itu tertumpu di Nahawand, mereka berkata:
“Orang
yang selama ini mereka bela (Rasulullah) kini telah wafat (maka tidak perlu
lagi membayar zakat).”
Hingga
‘Umar radhiallahu ‘anh berkata (kepada Abu Bakar yang
bertekad memerangi mereka):
“Terimalah
solat dari mereka dan biarkan (maafkan) zakat bagi mereka.”
Maka
dia (Abu Bakar) berkata:
“Demi
Allah seandainya mereka menghalangiku (tidak mahu menyerahkan sekalipun) seutas
tali (pengikat haiwan, yakni untuk zakat haiwan ternakan) yang dulu mereka
membayarkannya kepada Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam, pasti aku
memerangi mereka biarpun seorang diri.” [7]
Maka
ayat ini (al-Maidah 5:54) lebih utama untuk Abu Bakar radhiallahu
‘anh.
(Dialog
ketiga):
Syi‘ah tersebut
melanjutkan hujahnya: Sesungguhnya Allah Ta‘alatelah berfirman:
Orang-orang
yang menginfakkan hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau
terbuka. [al-Baqarah 2:274]
Ayat
ini turun berkenaan ‘Ali ‘alaihi salam. Dia memiliki empat dinar,
satu dinar dia nafkahkan pada malam hari, satu dinar dia nafkahkan pada siang
hari, satu dinar secara sembunyi-sembunyi dan satu dinar secara
terang-terangan. Maka turunlah ayat ini.[8]
Ja’far ‘alaihi
salammenjelaskan:
Abu Bakar memiliki yang lebih utama lagi di dalam Al-Quran. Allah
berfirman:
Demi malam
apabila ia menyelubungi segala-galanya. [al-Lail 92:01] Ini
adalah sumpah Allah.
Dan siang
apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhluk-Nya)
lelaki dan perempuan; Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai
keadaannya. Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke
jalan kebaikan dan bertaqwa; Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang
baik. [al-Lail 92:02-06] Ini
ialah Abu Bakar.
Maka
sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan. Ini
ialah (bagi) Abu Bakar.
Dan akan
dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa. [al-Lail
92:17].Ini ialah Abu Bakar.
Yang
mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya. [al-Lail
92:18]. Ini ialah Abu Bakar.
Sedang ia
tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas. [al-Lail
92:19] Ini ialah Abu Bakar.
Dia
telah menafkahkan untuk (dakwah Rasulullah) sebanyak 40 ribu dinar sehingga
baginda bersuka-cita. Kemudian turunlah Jibril‘alaihi salam memberi
khabar bahawa:
“Allah
yang Maha Tinggi dan Luhur memberikan salam untukmu (wahai Rasulullah) dan Dia
berkata ucapkan juga kepada Abu Bakar salam dari-Ku dan katakan kepadanya:
Apakah engkau redha kepada Allah dalam kefakiranmu ini ataukah engkau tidak
suka ?”
Maka
Abu Bakar menjawab:
“Apa
mungkin aku marah (tidak suka) kepadaRabb-ku ‘Azza
wa Jalla ? Aku redha kepada Rabb-ku, aku redha kepadaRabb-ku,
aku redha kepada Rabb-ku.”
Dan
Allah berjanji untuk meredhakannya.[9]
(Dialog
keempat):
Syi‘ah berhujah
lagi: Sesungguhnya Allah berfirman:
Adakah
kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan
Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haram itu sama seperti orang
yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah ?
Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah. [al-Taubah
9:19] Ayat ini turun berkenaan ‘Ali ‘alaihi salam.[10]
Ja’far ‘alaihi
salammenjawab:
Abu Bakar memiliki sesuatu yang lebih afdal di dalam Al-Qur’an, Allah
berfirman:
Tidaklah
sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut
berperang sebelum kemenangan (menguasai Kota Mekah: Fath al-Mekah). Mereka itu
lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta
turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah
janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan. [al-Hadid 57:10]
Abu
Bakar adalah orang yang pertama kali menafkahkan hartanya untuk Rasulullah,
orang yang pertama berperang dan yang pertama berjihad (yakni ketika)
orang-orang musyrik datang memukul Nabishallallahu ‘alaihi wasallamsampai
berdarah. Sebaik sahaja Abu Bakar mendengar berita itu dia terus berlari
mendatangi mereka lalu berkata:
“Celaka
kalian ! Apakah kalian akan membunuh orang yang mengatakan Rabb-ku adalah Allah padahal dia
telah membawa bukti-bukti yang jelas dari Tuhan kalian ?”
Maka
mereka meninggalkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan
berbalik memukul Abu Bakar sehingga tidak jelas antara hidung dan wajahnya.[11]
Dia
(Abu Bakar) adalah orang yang pertama berjihad di jalan Allah dan orang pertama
yang berperang bersama Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam,serta
orang pertama yang menafkahkan hartanya. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam telah bersabda:
“Tidak ada
harta yang bermanfaat untukku seperti manfaatnya harta Abu Bakar.” [12]
(Dialog
kelima):
Syi‘ah terus
berhujah: Sesungguhnya ‘Ali tidak pernah menyekutukan Allah walau sekelip mata.
Maka
Ja’far berhujah kembali: Sesungguhnya Allah telah memuji Abu Bakar dengan
pujian yang mencukupi dari segala sudut. Allah berfirman:
Dan yang
membawa kebenaran serta yang mengakui kebenarannya, mereka itulah orang-orang
yang bertaqwa. [al-Zumar 39:33]
Dan
yang membawa kebenaran…ialah
Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, serta
yang mengakui kebenarannya…ialah
Abu Bakar. Semua orang berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (setelah
peristiwa Isra’ dan Mikraj): “Engkau dusta” sedangkan Abu Bakar, hanya dia yang
berkata: “Engkau benar.” Maka turunlah ayat ini berkenaan dengannya: Ayat tashdiq(pembenaran) secara khusus.
Maka
Abu Bakar adalah orang yang taqwa (taqiy), bersih (naqiy), yang
diredhai (mardhi), yang redha (radhiy), yang adil (‘adl),
penegak keadilan (mu‘addil) dan yang menepati perjanjian (wafiy).
(Dialog
keenam):
Syi‘ah kemudian
berkata: Sesungguhnya mencintai ‘Ali adalah fardhu menurut ketetapan Allah Ta‘ala:
Katakanlah
(wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku
kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan.” [al-Syura 42:23][13]
Ja’far
menjawab: Bahawa Abu Bakar juga memiliki yang seumpama. Allah berfirman:
Dan
orang-orang yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:
“Wahai Tuhan Kami ! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang
mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan
kami ! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.”[al-Hasyr 59:10]
Abu
Bakar terlebih dahulu membawa iman, maka meminta ampun untuknya adalah wajib
dan mencintainya adalah fardhu serta membencinya adalah kufur.
(Dialog
ketujuh):
Syi‘ah berkata:
Sesungguhnya Nabishallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
“Hasan dan
Husain keduanya adalah sayyid (pemuka) pemuda ahli syurga dan ayah mereka
berdua lebih baik daripada keduanya.”[14]
Ja’far
berkata kepadanya: Bagi Abu Bakar di sisi Allah ada keutamaan yang melebihi
itu. Aku diberitahu oleh ayahku, daripada datukku, daripada ‘Ali bin Abu Thalib‘alaihi
salam, dia berkata:[15]
Saya
ada di samping Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, tidak
ada orang lain selain aku. Tiba-tiba muncullah Abu Bakar dan ‘Umarradhiallahu
‘anhuma maka Nabi bersabda:
“Hai ‘Ali
! Kedua orang ini adalah sayyid (pemuka) penduduk ahli syurga, yang tua
maupun yang muda, yang telah lewat dan yang terdahulu dari generasi awal maupun
yang tersisa dan yang tinggal dari generasi yang belakangan kecuali para
Nabi. Jangan engkau beritahukan kepada keduanya wahai ‘Ali.”
Maka
aku (‘Ali) tidak memberitahukannya kepada siapa pun hingga keduanya tiada.
(Dialog
kelapan):
Syi‘ah bertanya:
Manakah yang lebih utama, Fathimah putri Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam atau ‘A’isyah binti Abu Bakar ?
Ja’far
menjawab: (dengan membaca ayat):
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Yasin; Demi Al-Quran yang
mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh. [Yasin
36:01-02]
Ha-Mim;
Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [al-Zukhruf
43:01-02]
Syi‘ah kemudian
berkata: Aku bertanya kepadamu manakah yang lebih baik, Fathimah putri
Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallamataukah ‘A’isyah putri Abu Bakar,
kenapakah kamu membaca Al-Quran ?
Ja’far
menjawab: ‘A’isyah putri Abu Bakar adalah isteri Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam,
dia akan bersamanya di syurga. Sedangkan Fathimah putri Rasulullah adalah
sayyidah (pemuka) wanita ahli syurga. Yang mencela isteri Rasulullah
mudah-mudahan dilaknat oleh Allah Ta‘ala dan
yang membenci putri Rasulullah mudah-mudahan dihina oleh Allah Ta‘ala.
Syi‘ah (tidak
berpuas hati lalu) berkata: ‘A’isyah telah memerangi ‘Ali dan dia adalah isteri
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam !
Ja’far
menjawab tegas: (Itu adalah) benar (tetapi) celakalah kamu ! (Bukankah) Allah
Ta’ala telah berfirman:
Dan kamu
tidak boleh sama sekali menyakiti (hati) Rasul Allah. [al-Ahzab
33:53][16]
(Dialog
kesembilan):
Kemudian Syi‘ah bertanya:
Apakah kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman ada di dalam Al-Qur’an ?”
Ja’far
menjawab: Ada, bahkan juga di dalam Taurat dan Injil. Allah berfirman:
Dan
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu
atas setengahnya yang lain beberapa darjat. [al-An‘am 6:165]
Atau
siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa
kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu khalifah
bumi? [al-Naml 27:62]
Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan
menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk
mereka.[al-Nur
24:55][17]
Syi‘ah meminta
penjelasan: Wahai putra Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu
di manakah kekhalifahan mereka di (sebut) dalam Taurat dan Injil ?
Ja’far
menjawab (dengan membaca firman Allah):
Muhammad
ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan
tegas terhadap orang-orang kafir dan (sebaliknya) bersikap kasih sayang serta
belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap
beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari
Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka
terdapat muka mereka - dari kesan sujud. Demikianlah sifat mereka yang tersebut
di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil. [al-Fath
48:29]
Dan
orang-orang yang bersama dengannya… ialah Abu Bakar.
Bersikap
keras dan tegas terhadap orang-orang kafir… ialah ‘Umar bin al-Khaththab.
Dan
(sebaliknya) bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri
(umat Islam)… ialah ‘Utsman bin ‘Affan.
Engkau
melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud dengan mengharapkan limpah
kurnia dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya… ialah
‘Ali bin Abi Thalib.
Tanda
yang menunjukkan mereka terdapat muka mereka - dari kesan sujud… ialah
para sahabat Rasulullah.
Demikianlah
sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam
Kitab Injil.
Syi‘ah bertanya
lagi: Apakah yang dimaksud dalam Taurat dan lnjil ?
Ja’far
menjawab: Muhammad Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallamdan para
khulafa' sesudahnya: Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali.
Kemudian
Ja’far menepuk dada Syi‘ah itu
dan berkata: Allah Ta‘ala berfirman
(dengan membaca sambungan ayat 29 surah al-Fath):
Seperti
pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu
menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas
(pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang
menanamnya.
(Allah
menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang
biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang
kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya
umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang
beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. [al-Fath
48:29]
Seperti
pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu
menyuburkannya… ialah Abu Bakar.
Sehingga
ia menjadi kuat… ialah ‘Umar.
Lalu
ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya… ialah
‘Utsman bin ‘Affan.
Dengan
keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya kerana Ia hendak
menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki -
dengan kembang biaknya umat Islam itu…ialah ‘Ali bin Abi Thalib.
Allah
telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari mereka,
keampunan dan pahala yang besar… ialah para sahabat Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallam. Semoga Allah meredhai mereka, sungguh celakalah kamu !
Aku
diberitahu oleh ayahku, daripada datukku, daripada ‘Ali bin Abi Thalib, bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Aku adalah
orang yang pertama bangkit dari bumi dan tidak ada kesombongan. Allah
memberi kemudahan kepadaku dari hal-hal yang belum pernah diberikan kepada
seorang Nabi pun sebelumku. Kemudian Dia memanggil: “Dekatkan para
khulafa' sesudahmu.”
Maka aku
berkata, “Ya Rabb ! Siapakah khulafa’ itu ?” Maka Dia berkata: “ ‘Abd
Allah bin ‘Utsman Abu Bakar al-Shiddiq.” Maka orang yang pertama keluar dari
tanah setelahku ialah Abu Bakar. Dia kemudian didirikan di hadapan Allah
Ta‘ala untuk dihisab dengan hisab yang ringan sekali (hisaban yasiran) kemudian
dia diberi pakaian sutera berwama hijau lalu didirikan di depan
al-‘Arasy.
Kemudian
ada panggilan: “Mana ‘Umar bin al-Khaththab ?” Datanglah ‘Umar dengan urat-urat
leher yang masih mengalirkan darah. Dia bertanya: “Siapa yang telah
berbuat seperti ini kepadamu?” ‘Umar menjawab: “Budak Mughirah bin Syu’bah.”
Dia kemudian didirikan di hadapan Allah lalu dihisab dengan hisab yang sangat
ringan dan diberi pakaian sutera berwarna hijau lalu didirikan di depan
al-‘Arasy.
Kemudian
didatangkan ‘Utsman bin 'Affan dengan urat-urat leher yang mengalirkan
darah. Dia ditanya: “Siapa yang telah berbuat ini kepadamu ?” Maka dia
menjawab: “Fulan dan fulan.” Dia didirikan di hadapan Allah lalu dihisab
dengan hisab yang ringan kemudian diberi pakaian sutera berwarna hijau lalu
didirikan di depan al-‘Arasy.
Kemudian
dipanggil ‘Ali bin Abu Thalib. Dia datang dengan urat-urat leher yang
mengalirkan darah. Dia ditanya: “Siapa yang berbuat ini kepadamu ?” Maka
‘Ali menjawab: ‘Abd al-Rahman bin Muljam.” Dia didirikan di hadapan Allah
Ta‘ala dan dihisab dengan hisab yang ringan kemudian diberi pakaian sutera
berwarna hijau dan didirikan di depan al-‘Arasy.
Syi‘ah tadi
bertanya sekali lagi: Apakah semua ini ada di dalam al-Qur'an wahai putra
Rasulullah ?
Ja’far
menjawab: Ya ! Allah berfirman:
Dan akan
dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi dan akan dihakimi di antara mereka dengan
adil sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. [al-Zumar
39:69]
Dan
akan dibawa Nabi-nabi serta para saksi…ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali (di mana) …akan
dihakimi di antara mereka dengan adil sedang mereka tidak dikurangkan
balasannya sedikitpun.
(Dialog
terakhir):
Akhirnya Syi‘ah tadi
bertanya: Wahai putra Rasulullah, apakah Allah masih mahu menerima taubat saya
dari dosa-dosa saya yang telah memisahkan antara Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan
‘Ali ?”
Ja’far
menjawab: Tentu, pintu taubat selalu terbuka maka perbanyaklah istighfaruntuk mereka. Adapun jika
sekiranya kamu mati dalam keadaan menyalahi mereka maka kamu pasti mati di atas
dasar selain fitrah Islam dan amal-amal kamu seperti amalan-amalan orang kafir
– akan sirna tak tersisa.
(Rawi
menerangkan): Akhirnya orang tadi bertaubat meninggalkan ucapan buruknya dengan
taubat nashuha.
Sekian
dialog antara Ja’far al-Shiddiq radhiallahu ‘anhdengan seorang Syi‘ah. Jelas terdapat perbezaan
iktikad antara beliau dengan Ja’far al-Shiddiq yang merupakan salah seorang
imam Ahl al-Bait Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallam.
Semoga
dialog ini dapat memberi keinsafan kepada ahli-ahli Syi‘ah masa
kini. Sesiapa yang membacanya dengan fikiran yang terbuka akan dengan mudah
mengetahui ketepatan Ja’far al-Shiddiq radhiallahu ‘anhdalam mengemukakan ayat dan
hadis sebagai dalil dan kecerdasan beliau dalam menghujahkannya sebagaimana di
atas sehingga tidak mungkin dapat diragui atau ditolak lagi.
Oleh
itu hendaklah ahli-ahliSyi‘ah masa kini yang mendakwa diri
mereka sebagai penyokong dan pengikut Mazhab Ahl al-Baitmengkaji semula iktikad mereka
secara jujur dan ikhlas. Antara caranya ialah terus membaca dan mengkaji buku
ini, mudah-mudahan dengan izin Allah akan terserlah antara yang benar dan yang
salah.
[1]
al-Fairuzabadi – al-Qamus al-Muhith, ms. 963 (Bab
al-Lam, Fasal al-Hamzah).
[2]
“Imam” yang penulis maksudkan ialah kepimpinan mereka ke atas umat dalam
ilmu-ilmu agama seperti mana gelaran “Imam” yang diberikan kepada Malik, Abu
Hanifah, al-Syafi‘i dan Ahmad bin Hanbal rahimahullah. “Imam” bukanlah gelaran
kekhalifahan kerana mereka, para imam daripada keturunanAhl al-Bait Rasulullah,
tidak pernah mendakwa diri mereka sebagai Khalifah Allah yang berhak di muka
bumi ini.
[3]
Teks dialog ini tersimpan dalam dua manuskrip, yang pertama di Perpustakaan
Syahid ‘Ali Basha, Istanbul bernombor 2764 sebanyak 10 mukasurat, yang kedua di
Perpustakaan Zhahiriyyah, Damsyik, bernombor 111 sebanyak 9 mukasurat.
Kedua-duanya kemudian dibukukan oleh ‘Ali Abd al-‘Aziz ‘Ali Syibl pada tahun
1417H. Saya (penulis) menukilnya daripada buku Gen Syi‘ah, ms. 273-280, kemudian:
1. Melakukan
beberapa suntingan ke atas struktur penyampaian dan bahasa kerana buku Gen
Syi‘ah yang penulis nukil asalnya
dalam bahasa Indonesia.
2. Menambah
beberapa penjelasan tambahan di bahagian notakaki bagi memantapkan kefahaman
para pembaca.
3. Mentakhrij secara
ringkas sumber rujukan hadis.
[4]
Nama “rawi” tidak dinyatakan secara jelas. Hal ini tidak mengapa kerana:
1. Untuk
meriwayatkan siri dialog yang amat panjang ini pasti sahaja merupakan salah
seorang anak murid Ja’far al-Shiddiq yang cerdas lagi kuat daya hafalannya.
2. Apabila
dibaca keseluruhan dialog ini akan jelas terserlah kebijaksanaan Ja’far
al-Shiddiq dalam menanggapi hujah-hujah yang dikemukakan kepadanya. Kebijaksaan
ini tidak mungkin dimiliki oleh para pemalsu sanad, melainkan secara tulen
berasal dari Ja’far al-Shiddiq sendiri.
[5]
Beliau ialah al-Imam al-Mujtahid Ja’far bin Muhammad bin ‘Ali bin Husain bin
‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhum. Beliau dilahirkan di Madinah
pada 17 Rabi’ al-Awwal tahun 83H dan merupakan seorang ahli hadis, ahli tafsir,
ahli fiqh dan pelbagai lagi ilmu-ilmu Islam. Pendapat-pendapat beliau dihimpun
dan dikenali sebagai Fiqh Mazhab Ja’fari. Meninggal
dunia pada 25 Syawal tahun 148H di Madinah juga.
[6]
Rujuk hadis ini di dalam al-Mu’jam al-Ausath oleh
al-Thabarani – no: 6232 (Bab Orang yang namanya
Muhammad) tanpa lafaz “Segala
puji bagi Allah yang telah menjadikannya (ayat di atas) di dalam diriku dan Ahl
al-Baitku.”
[7]
Hukum bagi zakat unta adalah ia dibayar bersama dengan tali pengikatnya. Kisah
atas disebut juga secara ringkas di dalam Shahih al-Bukhari –
no: 1399 & 1400 (Kitab Zakat, Bab Kewajipan
zakat).
[8]
Rujuk Tafsir ‘Abd al-Razzaq – riwayat no: 344 (tafsir
ayat 274 surah al-Baqarah).
[9]
Yakni dengan ayat seterusnya:
Hanyalah mengharapkan Wajah
Tuhannya Yang Maha Tinggi; Dan demi sesungguhnya, dia akan meredhainya. [al-Lail
92: 20-21].
Dikemukakan
dengan riwayat yang sedikit berbeza oleh al-Suyuthi di dalam Lubab
al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul,
ms. 599-600(Surah al-Lail) daripada riwayat al-Bazzar, Ibn
Abi Hatim dan al-Hakim.
[10]
Rujuk Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul, ms.
245-246(tafsir ayat 19 surah al-Taubah)daripada riwayat al-Firyabi.
[11]
Sebahagian daripada kisah ini dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahih
al-Bukhari – no: 3678 (Kitab
Keutamaan sahabat-sahabat Nabi, Bab Keutamaan Abu Bakar).
[12]
Rujuk hadisnya di dalam al-Jami’ al-Shagheir –
no: 8119 daripada riwayat Ahmad dan Ibn Majah.
[13]
Terjemahan daripadaal-Qur’an dan Terjemahan yang
diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an,
Indonesia.
[14]
Rujuk hadis ini di dalam Sunan Ibn Majah –
no: 118 (Muqaddimah, Bab Keutamaan ‘Ali
bin Abi Thalib).
[15]
Ini adalah jalan periwayatan yang terdiri daripadaAhl al-Bait Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, radhiallahu
‘anhum.
[16]
Ertinya ‘A‘isyah dan Fathimah radhiallahu ‘anhumakedua-duanya adalah insan
kesayangan Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam. Maka tidak boleh
membenci salah seorang atau kedua-dua mereka dan membeza-bezakan manakah yang
lebih utama kerana tindakan ini akan “menyakitkan hati” Rasulullah.
Tidak boleh menggunakan kisah sejarah sebagai nilai ukuran keutamaan antara
mereka berdua kerana yang sah untuk diambil kira hanyalah ukuran Rasulullah
yang menyayangi mereka berdua secara bersamaan.
Hikmah disebalik tindakan Ja’far radhiallahu ‘anhmembaca beberapa ayat yang
pertama dari surah Yasin dan al-Zukhruf sebelum menjawab hujah Rafidhah yang
bertanya adalah untuk mengisyaratkan bahawa jawapan bagi hujah tersebut wujud
di dalam al-Qur’an al-Karim. Akan tetapi isyarat ini tidak dapat ditangkap oleh Syi‘ah tersebut.
[17]
Maksud Ja’far dalam membaca ayat-ayat di atas akan diterangkan dalam bahagian
seterusnya, insya-Allah.