Yang
dimaksudkan dengan Iktikad.
Perkataan
iktikad (I’tiqad:إعتقاد) berasal daripada perkataan ‘Aqad (عقد) yang
bererti menyimpul atau mengikat, seperti menyimpul dan mengikat seutas tali.[1]
Contoh
penggunaannya di dalam al-Qur’an adalah sepertimana ayat berikut:
Dan dari
kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (tali) [al-Falaq
113:04]
Dari
sudut istilah, iktikad bermaksud segala sesuatu yang menjadi keyakinan selain
daripada amalannya seperti keyakinan akan wujudnya Allah dan keyakinan tentang
pengutusan para Rasul.[2] Ia adalah kepercayaan yang
tersemat atau tersimpul kuat di dalam hatinya yang tidak dicemari oleh keraguan
sedikitpun sehingga sukar untuk dileraikan.[3]
Kenapakah
penting untuk diketahui iktikad Ahl al-Sunnah terhadap Ahl
al-Bait?
Antara
asas penting yang perlu diketahui dalam perbincangan antara Ahl
al-Sunnah dan Syi‘ah ialah
iktikadAhl al-Sunnah ke atas Ahl
al-BaitRasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, radhiallahu
‘anhum.
Paling kurang terdapat dua sebab:
1. Iktikad Ahl
al-Sunnah yang sebenar terhadap Ahl
al-Baitperlu
difahami supaya tidak wujud salah faham, seolah-olah Ahl
al-Sunnahmemusuhi,
membenci dan merendah-rendahkan Ahl al-Bait, khasnya
‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.
2. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa di kalanganAhl al-Sunnah sendiri,
sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahui kenapa dan bagaimana
berinteraksi dengan Ahl al-Bait Rasulullah.
Apatah lagi untuk mengetahui iktikad yang diwajibkan ke atas mereka terhadap Ahl
al-BaitRasulullah.
Bagi
menerangkan iktikad Ahl al-Sunnah ke
atas Ahl al-BaitRasulullah,
penulis akan mengemukakan penjelasan Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H)
di dalam bukunya yang tersangat penting: al-‘Akidah al-Wasithiyyah.[4] Pemilihan
ini dilakukan kerana dua sebab:
1. Penerangan
Ibn Taimiyyah di dalam bab ini adalah antara yang paling lengkap merangkumi
iktikad Ahl al-Sunnah ke
atas para sahabat,Ahl al-Bait dan para isteri Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, radhiallahu
‘anhum.
2. Ibn
Taimiyyah sendiri telah dikritik sebagai orang yang membenci dan
merendah-rendahkan Ahl al-BaitRasulullah kerana tindakan
beliau yang menjawab hujah-hujah Syi‘ah, khasnya di dalam kitabnya Minhaj
al-Sunnah. Maka dengan nukilan ini akan
terhapuslah segala kritikan tersebut kecuali daripada orang-orang yang
sememangnya memiliki penyakit di dalam hatinya.
Iktikad Ahl
al-Sunnahterhadap
para sahabat, khasnya Ahl al-BaitRasulullah.[5]
i.
Iktikad umum Ahl al-Sunnah terhadap
para sahabat
Termasuk
dalam prinsipAhl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah menjaga
hati mereka dan perkataan mereka terhadap para sahabat Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam sebagaimana yang disifatkan
kepada mereka (Ahl al-Sunnah) tentangnya (para sahabat) oleh Allah Ta‘aladalam firman-Nya:
Dan
orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan)
berkata: “Wahai Tuhan Kami ! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara
kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan
kami ! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.”[al-Hasyr 59:10]
Dan
(prinsip menjaga hati dan perkataan termasuk) sebagai ketaatan kepada sabda
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
Janganlah
kalianmencaci sahabatku, Demi yang diriku berada di-Tangan-Nya, seandainya
seorang dari kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud tidaklah ia mencapai satu mud
(emas yang diinfakkan oleh) seorang dari mereka (sahabatku) dan tidak juga
separuh (daripada)nya.[6]
ii.
Sebahagian sahabat adalah lebih utama daripada sebahagian yang lain
Dan
mereka (Ahl al-Sunnah) menerima apa yang datang berkenaannya daripada
al-Kitab (al-Qur’an) dan al-Sunnah dan Ijma’ berkenaan keutamaan dan
tingkatan-tingkatan mereka. Maka mereka mengutamakan para sahabat yang berinfak
dan berperang (jihad) sebelum peristiwa al-Fath (pembukaan Kota Mekah) – yakni
peristiwa Perjanjian Hudaibiyah – di atas para sahabat yang berinfak dan
berperang selepas itu.[7]
Dan
mereka (Ahl al-Sunnah) mendahulukan kaumal-Muhajirin di
atas kaum al-Anshar. Dan mereka (Ahl al-Sunnah)
beriman bahawa sesungguhnya Allah telah berfirman kepada Ahl al-Badr (mereka
yang mengikuti Perang Badar) yang jumlah mereka 310 lebih orang:
Beramallah
kalian sehendak kalian kerana sesungguhnya Aku (Allah) telah mengampuni
(dosa-dosa) kalian.[8]
Dan
juga sabda baginda:
Tidak akan
masuk neraka seorang jua yang memberi janji taat setia (bai‘ah) di bawah pohon
ini.[9]
Sebagaimana
yang dikhabarkan tentangnya oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan sungguh Allah redha ke
atas mereka dan mereka juga redha kepada Allah, dan mereka (berjumlah) lebih
1400 orang.
iii. Iktikad Ahl
al-Sunnahberkenaan
keutamaan Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali
Dan
mereka (Ahl al-Sunnah) menetapkan dengan apa yang diterima secaramutawatir daripada
Amir al-Mukminin ‘Ali bin Abi Thalibradhiallahu ‘anh[12] dan daripada selainnya[13]bahawa sebaik-baik manusia daripada
kalangan umat ini sesudah Nabinya (shallallahu ‘alaihi wasallam) ialah
Abu Bakar kemudian Umar, ketiga ‘Utsman dan keempat ‘Aliradhiallahu ‘anhumsebagaimana
yang ditunjukkan oleh riwayat dan sebagaimana yang disepakati oleh para sahabat radhiallahu
‘anhum yang mendahulukan ‘Utsman
dengan janji taat setia (bai‘ah).
iv. Iktikad Ahl
al-Sunnahberkenaan
kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali
Sesungguhnya
sebahagianAhl al-Sunnah, setelah mereka bersepakat dalam mendahulukan
Abu Bakar dan ‘Umar, berselisih pendapat antara ‘Utsman dan ‘Aliradhiallahu
‘anhuma – siapakah di antara keduanya yang lebih utama ? Maka sebahagian
mereka telah mendahulukan ‘Utsman dan (kemudian) diam atau satu perempat
(daripada mereka) mendahulukan ‘Ali dan (ada juga) sebahagian yang mendahulukan
‘Ali dan (ada juga) sebahagian berhenti (yakni menahan diri daripada
berpendapat apa-apa).
Akan
tetapi (akhirnya) Ahl al-Sunnah telah
menetapkan untuk mendahulukan ‘Utsman. Namun masalah ini – yakni (masalah
perselisihan antara mendahulukan) ‘Utsman dan ‘Ali – di sisi jumhur Ahl
al-Sunnahbukanlah
merupakan masalah prinsip yang menyesatkan orang yang berselisih tentangnya.
Akan
tetapi masalah yang menyesatkan bagi orang yang berselisih tentangnya ialah
masalah kekhalifahan. Yang demikian (kerana) sesungguhnya mereka (Ahl
al-Sunnah) telah beriman bahawa khalifah (yang benar) sesudah Rasulullah
ialah Abu Bakar kemudian ‘Umar kemudian ‘Utsman kemudian ‘Ali. Barangsiapa
mencela kekhalifahan dan kepimpinan seorang jua daripada mereka maka dia lebih
sesat daripada keldai peliharaannya.
v.
Iktikad Ahl al-Sunnahberkenaan keutamaanAhl
al-Bait Rasulullah: ‘Ali, Fathimah,
Hasan dan Husain
Dan
mereka (Ahl al-Sunnah) mengasihi Ahl al-BaitRasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam,
setia kepada mereka dan memelihara wasiat Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam berkenaan mereka yang baginda
sampaikan pada Hari Ghadir Khum:
Aku
peringatkan kalian kepada Allah berkenaan Ahl al-Baitku, aku peringatkan kalian
kepada Allah berkenaan Ahl al-Baitku.[14] Dan
baginda juga bersabda kepada al-‘Abbas, pakciknya, ketika beliau mengadu
kepadanya bahawa sebahagian orang Quraish telah mengasingkan Bani Hasyim, lalu
baginda bersabda:
Demi yang
diriku berada di tangan-Nya, mereka tidak beriman sehingga mereka mencintai
kalian kerana Allah dan kerana kalian adalah kerabat aku. [15]
Dan
baginda juga bersabda:
Sesungguhnya
Allah telah memilih Bani Ismail dan telah memilih daripada Bani Ismail (suku)
Kinanah dan telah memilih daripada (Bani) Kinanah (suku) Quraisy dan telah
memilih daripada (Bani) Quraisy – Bani Hasyim dan telah memilih aku daripada
Bani Hasyim.[16]
vi.
Iktikad Ahl al-Sunnahberkenaan para isteri
Rasulullah
Dan
mereka (Ahl al-Sunnah) setia kepada para isteri Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, Ibu-ibu
kaum Mukminin[17] kerana sesungguhnya mereka
adalah isteri baginda (sehingga) ke Akhirat nanti, khasnya Khadijah radhiallahu
‘anha – ibu kepada kebanyakan
anak-anak Rasulullah dan orang yang pertama beriman dengannya (kepada Islam)
dan (yang pertama) mendukung urusannya. Baginya (Khadijah) kedudukan yang
tinggi.
Dan al-Shiddiqah
binti al-Shiddiq (‘A’isyah binti Abu Bakar) radhiallahu
‘anha yang pernah Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda berkenaannya:
Keutamaan
‘A’isyah di atas seluruh wanita adalah umpama keutamaan al-Tsarid (sejenis
makanan roti dan daging) di atas semua jenis makanan.[18]
vii.
Sikap Ahl al-Sunnahterhadap
orang yang menyelisihi Ahl al-Baitdan para sahabat
Dan
mereka (Ahl al-Sunnah) berlepas diri dari jalan (manhaj dan sikap) al-Rafidhah, iaitu
orang-orang yang membenci para sahabat dan mencela mereka. Dan (Ahl
al-Sunnah berlepas diri) dari jalan
(manhaj dan sikap)al-Nawashib, iaitu orang-orang yang
menyakiti Ahl al-Bait dengan
perkataan atau perbuatan.
viii. Sikap Ahl
al-Sunnahberkenaan
sejarah pertelingkahan para sahabat
Dan
mereka (Ahl al-Sunnah) berdiam diri (berkenaan sejarah) pertelingkahan
para sahabat.[19] Dan mereka (Ahl al-Sunnah)
berkata: Sesungguhnya kisah-kisah sejarah yang diriwayatkan berkenaan
(pertelingkahan) mereka, di antaranya ada yang dusta, di antaranya ada yang
ditokok tambah dan ada yang dikurangkan dan ada yang diubah daripada yang
sebenar. Yang benar adalah mereka dimaafkan sama ada di dalam ijtihad mereka
yang benar atau ijtihad mereka yang silap.
Yang
sedemikian adalah kerana mereka (Ahl al-Sunnah) tidak memiliki iktikad
bahawa setiap seorang daripada kalangan para sahabat maksum daripada dosa-dosa besar
dan dosa-dosa kecil, bahkan mungkin sahaja mereka itu memiliki sejumlah dosa.
Akan tetapi apa yang telah mendahului (daripada segala keimanan, ketaqwaan dan
kebajikan mereka) dan keutamaan mereka mewajibkan keampunan akan apa yang
muncul daripada mereka, seandainya hal tersebut benar-benar muncul.[20]Sehingga diampunkan bagi mereka
kesilapan-kesilapan mereka apa yang tidak diberi pengampunan kepada orang sesudah
mereka. Kerana sesungguhnya bagi mereka terdapat kebaikan-kebaikan yang
menghapuskan kesilapan-kesilapan (dan kebaikan-kebaikan ini) tidak terdapat
pada orang sesudah mereka.
Dan
sungguh telah sabit daripada sabda Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam(bahawa)
sesungguhnya mereka (para sahabat) adalah sebaik-baik orang pada kurunnya[21] dan sesungguhnya jika seorang
daripada mereka (para sahabat) menyedekahkan satu mud – adalah ia lebih utama
daripada seseorang selepas mereka yang menyedekahkan emas sebesar gunung Uhud.[22]
Justeru
jika muncul daripada salah seorang daripada mereka (para sahabat – kesalahan
yang menghasilkan) dosa, maka mungkin mereka (1) telah bertaubat daripadanya
atau (2) membuat kebaikan-kebaikan yang menghapuskannya (dosa tersebut) atau
(3) diampunkan baginya kerana keutamaan yang mendahului (daripada segala
keimanan, ketaqwaan dan kebajikan mereka) atau (4) diberi syafaat oleh Muhammadshallallahu
‘alaihi wasallam di mana mereka adalah manusia
yang paling berhak memperolehi syafaat baginda atau (5) diuji dengan kesukaran
(bala’) di dunia yang dihapuskan dengannya (dosa-dosa)nya.[23]
Maka
jika di atas adalah untuk (perbuatan) dosa yang hakiki (benar-benar berlaku)
maka bagaimana pula dengan urusan yang merupakan ijtihad mereka (para sahabat –
kerana) sesungguhnya jika mereka benar maka bagi mereka dua ganjaran dan jika
mereka salah maka bagi mereka satu ganjaran dan kesalahan tersebut diampunkan
bagi mereka ?
Kemudian
kadar yang diingkari daripada perbuatan sebahagian mereka (para sahabat) adalah
sangat sedikit – tambahan pula ia adalah sesuatu yang dapat diampuni – jika
dibanding dengan keutamaan mereka dan segala kebaikan mereka daripada keimanan
kepada Allah dan Rasul-Nya, berjihad di jalan-Nya, hijrah (di jalan Allah),
membantu (agama Allah), ilmu yang bermanfaat dan amal salih.
Dan
sesiapa yang memperhatikan sejarah perjalanan hidup mereka (para sahabat)
berdasarkan ilmu, mata hati yang ikhlas (bashirah) dan pengetahuan yang
yakin akan apa yang dikurniakan Allah ke atas mereka daripada pelbagai
keutamaan, (akan menyedari hakikat) bahawa mereka (para sahabat) adalah
sebaik-baik makhluk sesudah para Nabi yang tidak ada semisalnya sebelum dan
sesudahnya. Dan bahawasanya mereka adalah orang-orang terpilih daripada
generasi umat ini yang merupakan sebaik-baik umat yang dimuliakan oleh AllahTa‘ala.
Sekian
Ibn Taimiyyah.Beberapa poin penting berkenaan iktikad Ahl
al-Sunnah terhadapAhl al-Bait Rasulullah:
1. Hendaklah
dipelihara wasiat Rasulullah berkenaan mereka sebagaimana pesan baginda dalam
Khutbah Ghadir Khum:“Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian dua perkara
yang amat berharga, yang pertama adalah Kitab Allah (al-Qur’an) … (yang kedua
ialah) Ahl al-Baitku. Aku peringatkan kalian kepada Allah berkenaan Ahl
al-Baitku…”
2. Pemeliharaan
tersebut ialah menjaga hak-hak mereka seperti (1) mencintai mereka, (2)
memuliakan mereka, (3) menghormati mereka, (4) berselawat kepada mereka dan (5)
membantu mereka jika di dalam kesulitan.
3. Peringatan
pula ialah tidak melakukan apa yang di sebaliknya seperti tidak membenci
mereka, tidak menzalimi mereka dan sebagainya.
4. Ahl
al-Bait yang dimaksudkan umum meliputi
semua kaum kerabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehingga
ke hari ini tanpa terhad kepada ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja, radhiallahu
‘anhum.
[1] al-Qamus
al-Muhith,ms.
300 (Bab al-Dal, Fasl al-‘Ain).
[2] al-Mu’jam
al-Wasith ,ms.
957.
[3]
Abdullah Yasin –Manhaj Akidah Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah (kertas
kerja seminar).
[4]
Kitab Akidah al-Wasithiyyah sebenarnya ialah jawapan Ibn
Taimiyyah kepada pertanyaan seorang Qadi dari negeri Wasith tentang apakah itu
akidah Salaf ? Jawapan ini termuat di dalam kitabnyaMajmu’ al-Fatawa akan
tetapi telah juga dibukukan secara berasingan lengkap dengan syarahannya. Ia
telahpun diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan Inggeris lengkap dengan
syarahnya, ada yang ringkas dan ada yang terperinci. Dianjurkan kepada para
pembaca untuk memilikinya agar dapat dikenali apakah asas-asas yang membentuk
akidah mereka sebagai seorang Ahl al-Sunnahwa al-Jama‘ah.
[5] Majmu’
al-Fatawa,(Dar
al-Wafa’, Kaherah 2002), jld. 3, ms. 152-156 (Rujukan jilid dan mukasurat
adalah berdasarkan edisi standard 36 jld) dengan beberapa tambahan
daripada penulis:
1. Melakukan
beberapa penjelasan tambahan, sama ada dalam bentuk kurungan dalam teks asal
atau berasingan di bahagian notakaki.
2. Mentakhrij hadis-hadis
secara ringkas di bahagian notakaki.
[6]
Rujuk hadis ini di dalam Shahih al-Bukhari –
no: 3673 (Kitab Manaqib, Bab sabda
Nabi…). Satu mud ialah ukuran yang
memenuhi dua telapak tangan yang diletakkan bersama bersebelahan.
[7]
Ini merujuk kepada ayat 10 surah al-Hadid sepertimana yang telah dikemukakan
oleh Ja’far al-Shiddiq radhiallahu ‘anh dalam
dialognya sebelum ini.
[8]
Sebahagian daripada sebuah hadis yang panjang, lihatShahih Muslim –
no: 2494 (Kitab Keutamaan para sahabat,
Bab Keutamaan Ahli Badar…).
[9]
Rujuk hadis ini di dalam Sunan Abu Daud –
no: 4653 (Kitab Sunnah, Bab Berkenaan
para khalifah).
Ia merujuk kepada peristiwa sebelum Perjanjian Hudaibiyah yang disebut juga
oleh al-Qur’an:
Demi
sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka
memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan
pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia
diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati
mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas
mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.[al-Fath 48:18]
[10]
Mereka ialah Abu Bakar, ‘Umar bin al-Khaththab, Utsman bin ‘Affan, ‘Ali bin Abi
Thalib, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, al-Zubair bin Awwam, Sa‘ad bin Abi Waqqash,
Sa‘id bin Za‘id, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah dan Thalhah bin ‘Ubaidullahradhiallahu
‘anhum. Rujuk hadisnya di dalam al-Jami’ al-Shagheir –
no: 73 daripada riwayat Ahmad, al-Dhiya’ dan al-Tirmizi.
[11]
Rujuk hadisnya di dalam Shahih Muslim –
no: 119(Kitab Iman, Bab Kebimbangan orang mukmin bahawa amalannya akan
hilang).
[12]
Rujuk hadisnya di dalam Shahih al-Bukhari –
no: 3671 (Kitab Manaqib, Bab sabda
Nabi…). Ia berasal daripada Muhammad
bin al-Hanafiyah, dia berkata:
Aku
bertanya kepada ayahku (yakni ‘Ali bin Abi Thalib): Siapakah manusia terbaik
selepas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ? ‘Ali menjawab: Abu Bakar. Aku
bertanya: Kemudian siapa ? ‘Ali menjawab: Kemudian ‘Umar. Aku bimbang dia (‘Ali
kemudiannya akan berkata) ‘Utsman, lalu aku berkata: Kemudian anda ? ‘Ali
menjawab: Aku tidak lain adalah manusia biasa dari kalangan orang-orang Islam.
[13]
Rujuk hadisnya di dalam Shahih al-Bukhari –
no: 3655 (Kitab Manaqib, Bab Keutamaan
Abu Bakar selepas Nabi). Ia berasal daripada Ibn ‘Umar radhiallahu
‘anhuma
yang bermaksud: Kami membandingkan kebaikan
manusia pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan kami mengutamakan Abu
Bakar kemudian ‘Umar bin al-Khaththab kemudian ‘Utsman bin ‘Affan radhiallahu
‘anhum.
[14]
Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahih
Muslim – no: 2408 (Kitab
Keutamaan-keutamaan para sahabat, Bab Keutamaan-keutamaan ‘Ali bin Abi Thalib). Ia
berasal daripada Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhdan bermaksud:
Sesungguhnya
aku meninggalkan kepada kalian dua perkara yang amat berharga, yang pertama
adalah Kitab Allah (al-Qur’an) di mana di dalamnya terdapat hidayah dan
(cahaya) nur, maka berpeganglah kepada Kitab Allah.
Berkata
Zaid: Baginda (Nabi) sangat memberi penekanan dan kepentingan Kitab Allah.
Kemudian Rasulullah menyambung: Dan Ahl al-Bait aku. Aku
peringatkan kalian kepada Allah berkenaan Ahl al-Baitku, aku peringatkan kalian
kepada Allah berkenaan Ahl al-Baitku.
Hadis
ini juga dikenali sebagaiHadis Tsaqalain dan merupakan antara hujah Syi‘ah ke
atas Ahl al-Sunnah.
Ia akan dibahas dalam siri akan datang nanti,insya-Allah.
[15]
Hadis seumpama ini memiliki lafaz yang berbeza-beza tetapi maksud yang sama,
dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ahmad, al-Tirmizi al-Nasa’i, al-Hakim dan
lain-lain. Rujuk kitab al-Suyuthi yang khas di dalam bab ini berjudul Ihya’
al-Mayyit fi Fada’il Ahl al-Bait, hadis no: 04.
[16]
Hadis ini dengan lafaz yang sedikit berbeza tetapi dengan maksud yang sama
boleh dirujuk di dalam Shahih Muslim –
no: 2276 (Kitab Keutamaan, Bab Keutamaan
nasab Nabi……).
[17]
Ini merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Nabi
itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang beriman daripada diri mereka
sendiri dan isteri-isterinya (Nabi) adalah ibu-ibu mereka.[al-Ahzab 33:06]
[18]
Rujuk hadisnya di dalam Shahih al-Bukhari –
no: 3769 (Kitab Manaqib, Bab Keutamaan
‘A’isyah).
[19]
Maksudnya menahan diri daripada mendakwa pihak mana yang benar dan menuduh
pihak mana yang salah di dalam peristiwa Peperangan Jamal dan Siffin. Bersikap
diam tidaklah bererti meninggalkan kajian dan analisa kerana apa yang telah
berlaku daripada sejarah pertelingkahan para sahabat sebenarnya adalah satu
“model” pengajaran kepada umat seluruhnya untuk mengenal faktor-faktor yang
boleh menyebabkan perselisihan dan pertelingkahan. Oleh itu “sejarah
pertelingkahan” para sahabat ini tetap merupakan satu teladan kepada umat
seluruhnya jika ia dipandang dari sudut yang positif.
[20]
Yakni segala kebaikan dan kebajikan para sahabat akan menutupi apa-apa
kesalahan yang mungkin timbul akibat daripada pertelingkahan mereka. Itupun
jika dapat dikatakan pertelingkahan mereka adalah satu kesalahan kerana jika
dikaji antara faktor-faktor penyebab pertelingkahan, ianya bermuara daripada
keinginan setiap individu untuk mencari dan menegakkan kebenaran.
[21]
Di sini Ibn Taimiyyah merujuk kepada hadis yang masyhur daripada Imran bin
Husain radhiallahu ‘anh: Sebaik-baik kalian adalah pada
kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang
mengikutinya. Lihat Shahih
al-Bukhari – no: 3650. (Kitab
Fadhilat Sahabat).
[22]
Di sini Ibn Taimiyyah merujuk kepada hadis yang telah beliau sampaikan di
permulaan perbahasan.
[23]
Ini merupakan salah satu iktikad Ahl al-Sunnah yang
sangat penting, di mana mereka (Ahl al-Sunnah) tidak menghukum seseorang
yang berbuat dosa, sekalipun dosa yang besar, sebagai kafir yang keluar dari
Islam atau sebagai ahli neraka. Ini kerana manusia hanya mampu menilai dari
sudut zahir perbuatan manakala Allah sebagai Yang satu-satunya berhak
menghukum, akan menilai dari semua sudut. JusteruAhl al-Sunnah tidak
menghukum orang yang berbuat dosa sebagai kafir atau ahli neraka kerana mungkin
sahaja dari sudut lain:
1. Orang
tersebut telah atau akan bertaubat.
2. Orang
tersebut meminta keampunan Allah dan Allah mengampunkannya.
3. Orang
tersebut melakukan banyak amal kebajikan yang menghapuskan dosanya tersebut.
4. Doa
sesama orang Islam yang antara lain meminta keampunan Allah kepada semua umat
Islam, seperti ketika menunaikan Solat Jenazah. Ini mampu menghasilkan
keampunan kepada orang tersebut
5. Amal-amal
kebajikan yang dilakukan oleh ahli warisnya, seperti ilmu yang dimanfaatkan,
sedekah jariah dan doa si-anak, semua ini mampu menghapuskan dosanya.
6. Orang
tersebut memperoleh syafaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada
hari Akhirat.
7. Orang
tersebut menerima beberapa ujian berupa kesukaran dalam kehidupan dunia yang
semua ini juga merupakan sesuatu yang menghapuskan dosa.
8. Orang
tersebut menerima azab kubur yang dengan itu dihapuskan dosanya dan akhirnya
terselamat daripada azab api neraka.
9. Orang
tersebut menerima kesukaran suasana Hari Kebangkitan, Padang Masyar dan
sebagainya dan ini semua juga mampu menghapuskan dosa-dosanya dan
menyelamatkannya daripada azab api neraka.
10. Orang
tersebut memperoleh Rahmat dan Keampunan daripada Allah yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang.
10
sudut ini telah dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah lengkap dengan dalil-dalilnya di
dalamMajmu’ al-Fatawa, jld. 7, ms. 487-501. Ringkasnya Ahl
al-Sunnah hanya menghukum benar atau
tidak perbuatan seseorang tetapi tidak menghukum akibat daripada perbuatan
tersebut. Contohnya jika ada orang Islam yang minum arak, kita menghukum bahawa
perbuatannya adalah salah dan menghalang orang tersebut daripada terus minum (Amr
Ma’ruf Nahi mungkar) akan tetapi kita tidak
menghukum dia sebagai orang kafir yang bakal menjadi ahli neraka. Demikian juga
jika ada orang Islam yang tawaf di kubur si fulan, kita menghukum perbuatan
tersebut sebagai bid‘ah dan menghalang orang tersebut daripada terus tawaf (Amr
Ma’ruf Nahi mungkar) tetapi tidak menghukum dia sebagai ahli bid‘ah yang
bakal masuk ke dalam neraka.