[sambungan]
Ayat
al-Qur’an yang kedua terpenting yang dijadikan hujah oleh Syi‘ah dalam
persoalan khalifah ialah ayat 55 surah al-Maidah. Syi‘ah menamakannyaAyat
al-Wilayah merujuk kepada perkataan Wali di permulaan
ayat: Innawa Waliyukum
Allah wa Rasuluhu………
Jika
sebelum ini Ayat al-Tath-hir berperanan menetapkan sifat
maksum kepada ‘Ali bin Abi Thalib dan Ahl al-Baitnya, makaAyat
al-Wilayah pula berperanan melengkapkannya, iaitu dengan menetapkan
sifat khalifah kepada ‘Ali. Ini kerana perkataan Waliditafsirkan
oleh Syi‘ah sebagai membawa maksud khalifah dan pemimpin.
Walhasil Ayat al-Tath-hir dan Ayat al-Wilayah saling
bergandingan dalam menetapkan sifat “maksum” dan “khalifah” kepada ‘Ali
dan Ahl al-Baitnya. Demikianlah pentingnya Ayat
al-Tath-hir dan Ayat al-Wilayahkepada Syi‘ah.
Berikut
dikemukakan Ayat al-Wilayah dengan lengkap:
Sesungguhnya Wali kamu hanyalah
Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan
menunaikan zakat sedang mereka rukuk. [al-Maidah 5:55]
Penghujahan Syi‘ah ke
atas ayat ini adalah seperti berikut:
HUJAH SYI‘AH
Sepertimana
yang disebut di atas, Syi‘ah menafsirkan perkataan “Wali” di
dalam ayat 55 surah al-Maidah di atas sebagai khalifah dan pemimpin.
Seolah-olah ia bermaksud:
Sesungguhnya khalifahkamu hanyalah Allah dan
Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan
zakat sedang mereka rukuk.
Seterusnya Syi‘ah mendakwa
firman Allah: ……orang-orang
yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka
rukuk merujuk kepada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu
‘anh. Ini kerana ayat tersebut telah menyebut 3 sifat yang harus dimiliki
oleh seorang Waliatau khalifah, iaitu (1) Mendirikan Solat, (2)
Menunaikan Zakat dan (3) Dalam Keadaan Rukuk.
Di
antara semua para sahabat, hanya ‘Ali seorang sahaja yang menepati kesemua 3
sifat di atas. Ini kerana pada satu hari ketika ‘Ali sedang solat dalam posisi
rukuk, datang seorang pengemis meminta sedekah. Lalu sambil rukuk, ‘Ali terus
memberikan cincin yang ada dijarinya sebagai zakat kepada pengemis tersebut.
Perbuatan ‘Ali ini menyebabkan turunnya ayat 55 surah al-Maidah. Riwayat berikut
menjadi rujukan:
Daripada ‘Ammar bin Yasir, beliau
berkata: Seorang peminta sedekah datang kepada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu
'anh meminta sedekah, pada ketika itu beliau (‘Ali) sedang rukuk menunaikan
solat sunat. Maka (‘Ali) melepaskan cincinnya dan diberikan kepada si peminta
itu.
Kemudian datang Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda mendapat tahu tentang hal tersebut,
lalu diturunkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ayat:
“Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang
beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk.” [al-Maidah 5:55]
Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam membacakan ayat tersebut seraya bersabda: Barangsiapa aku adalah
Mawlanya maka ‘Ali adalah Mawlanya. “Ya Allah! jadilah Wali kepada sesiapa yang
mewalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.”
Berdasarkan
peristiwa ini tokoh-tokoh Syi‘ah bersepakat bahawa ayat 55
surah al-Maidah merujuk kepada ‘Ali bin Abi Thalib sahaja. Bahkan didakwa ini
adalah pendapat majoriti tokoh Ahl al-Sunnah juga sebagaimana
ulas Muhammad Mar’i al-Amin dalam bukunyaMengapa Aku Memilih Ahl al-Bait?:[1]
Telah
sepakat semua Ahl al-Bait ‘alaihi salam, para ulama tafsir dan
hadis daripada golongan Syi'ah dan kebanyakan para ulama
tafsirAhl al-Sunnah, malah keseluruhan mereka, bahawa ayat ini telah
diturunkan kepada Amir al-Mukminin ‘Ali ‘alaihi salam ketika beliau memberi
sedekah cincinnya kepada si miskin di dalam keadaan beliau (‘Ali) sedang solat
di Masjid Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam. Peristiwa ini
telah diakui oleh para sahabat pada zaman Nabi, para tabi'in dan
penyair-penyair yang terdahulu sehingga mereka memasukkan peristiwa ini ke
dalam syair-syair mereka.
Berdasarkan
hujah-hujah di atas, Syi‘ah membuat kesimpulan bahawa ayat ini
adalah dalil al-Qur’an yang paling jitu dalam menetapkan kekhalifahan ‘Ali bin
Abi Thalib. Lebih dari itu, dakwaSyi‘ah, perkataan Innama… di permulaan ayat
berperanan membatasi maksud orang-orang
yang beriman kepada ‘Ali sahaja. Oleh itu tidak perlu lagi
membicara atau memikirkan siapa yang berhak untuk menduduki jawatan khalifah
selepas kewafatan Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam.Muhammad Mar’i
al-Amin merumuskan:[2]
Apabila
anda mengetahui dalil-dalil Sunnah dan Syi'ahyang
telah saya kemukakan, maka saya berkata: Tidak harus mendahului (sesiapa)
selain daripada 'Ali ke atas 'Ali sebagaimana tidak harus mendahului
seseorangpun ke atas Nabi SAWAW kerana sesungguhnya AllahSubhanahu wa
Ta‘ala telah menjadikan Muhammad dan 'Ali bersamaNya di dalam Ayatal-Wilayah.
Adapun orang-orang yang bertentangan dengan kami sekalipun mereka mengetahui
sesungguhnya Ayat al-Wilayah telah diturunkan kepada
'Ali ‘alaihi salamsecara Qat'i (jelas) sebagaimana
telah aku kemukakan tadi, mereka sengaja mengubah maknanya menurut mazhab
mereka dan hawa nafsu mereka.
Demikianlah
penghujahanSyi‘ah ke atas ayat 55 surah al-Maidah yang mereka
gelar Ayat al-Wilayah. Marilah kita mengkaji sejauh mana
kebenaran yang terkandung di dalam penghujahan ini.
Untuk
mengkaji sejauh mana kebenaran penghujahan Syi‘ahke atas Ayat
al-Wilayah, penulis akan membahagikannya kepada empat persoalan atau
perbahasan, iaitu:
Kehadiran
riwayat yang menerangkan peristiwa ‘Aliradhiallahu 'anh membayar
zakat dengan cincinnya kepada pengemis ketika sedang rukuk di dalam majoriti
kitab tafsir dan hadis Ahl al-Sunnah bukan hujah bahawa ia
berdarjat sahih. Ini kerana penilaian sahih atau tidak sesebuah riwayat
bergantung kepada kedudukan sanad dan matan, bukan jumlah rujukan. Diulangi:
Diterima atau
tidak sesebuah hadis diukur berdasarkan kedudukan sanad dan matannya, bukan
jumlah rujukan.
Perkara
ini telah penulis gariskan dalam Buku
Pertamaketika membahas Strategi
AsasSyi‘ah yang Ketiga:
Kebenaran hujah
tidak diukur dengan jumlah rujukan tetapi hujah yang terkandung di dalam
rujukan itu sendiri.
Lebih dari itu, tidak satu jua daripada rujukan-rujukan
yang disebut oleh Syi‘ah telah membahas darjat riwayat di
atas, apatah lagi mensahihkannya. Mereka hanya menukilnya tanpa membahas sama
ada ia sahih atau tidak. Bahkan sebahagian mereka mengemukakan riwayat tersebut
tanpa sanad.
Sebaliknya
jika kita mengkaji rujukan yang bersanad, akan didapati bahawa ia sebenarnya
memiliki kecacatan yang amat berat. Dalam istilah hadis ia dikategorikan
sebagai sangat dha‘if (Dha‘if
Jiddan). Ia memiliki dua jalan periwayatan yang masyhur seperti
berikut:
Jalan Periwayatan
Pertama:
Dikeluarkan
oleh al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Ausath – no:
6232 (Bab yang bernama Muhammad) dan al-Hafiz al-Haskani di
dalam Syawahid al-Tanzil – no: 231 (Asbab al-Nuzul no:
33) dengan sanad yang berpangkal kepada Khalid bin Yazid al-‘Umari,
dikhabarkan kepada kami oleh Ishaq bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin ‘Ali bin
Husain, daripada al-Hasan bin Zaid, daripada ayahnya: Zaid bin al-Hasan,
daripada datuknya, dia berkata, aku mendengar ‘Ammar bin Yasar dia
berkata…….sepertimana di atas. al-Suyuthi di dalam al-Durr
al-Mantsur, jld 2, ms. 519, (riwayat ke-4 bagi ayat 55 surah
al-Maidah) menyandarkan riwayat di atas kepada Ibn Marduyah (ابن مردويه).
Khalid
bin Yazid al-‘Umari, beliau ialah Khalid bin Yazid Abu al-Haitsam al-‘Umari
al-Makki, Abu al-Walid. Berkata Ibn Ma‘in:Pendusta. Berkata Abu Hatim:Seorang
pendusta, muncul di Kota Mekah, tidak ditulis hadisnya, malah dia seorang
perosak hadis [3]
Jalan Periwayatan Kedua:
Dikeluarkan
oleh al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul, ms. 230 (ayat 55
surah al-Maidah), Ibn al-Maghazali (ابن المغازلي) di dalam Manaqib al-Imam ‘Ali bin Abi Thalib –
no: 357 dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid al-Tanzil
– no: 236 & 237. Semuanya dengan sanad yang berpangkal kepada
Muhammad bin al-Sa’ib, daripada Abi Shaleh, daripada Ibn ‘Abbas dengan lafaz
yang lebih panjang tetapi maksud yang sama. Juga dinukil oleh Ibn Katsir di
dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim, jld. 5, ms. 266,(riwayat ke-6
bagi ayat 55 surah al-Maidah) dan al-Suyuthi di dalam al-Durr
al-Mantsur, jld 2, ms. 519, (riwayat ke-9 bagi ayat 55 surah
al-Maidah) dengan menyandarkannya kepada Ibn Marduyah.
Muhammad
bin al-Sa’ib, beliau ialah Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalbi, Abu al-Nadhir, dari
Kufah. Berkata al-Nasa’i: Matruk al-Hadits, bermaksud:Ditinggalkan
hadis-hadisnya kerana dia lazim berdusta dalam percakapannya. Dia bukan
pencipta hadis, namun sifat lazim berdusta dalam bercakap menyebabkan wujud
kemungkinan tokok tambah di dalam hadis-hadisnya. Berkata al-Jawzajani dan
selainnya:Pendusta.[4]
Berkata al-Hafiz Abu Nu‘aim al-Ashbahani al-Shufi: Muhammad bin al-Sa’ib
al-Kalbi (meriwayat) daripada Abi Saleh hadis-hadis yang palsu.[5]
Berkata
Ibn Hibban:Muhammad bin Sa’id daripada aliran Sabaiyyan, sahabat
‘Abd Allah bin Saba’, daripada kalangan mereka yang berkata: “ ‘Ali tidak mati,
dia akan kembali ke dunia……” [6]
Dua
jalan periwayatan di atas adalah yang paling masyhur dikemukakan oleh Syi‘ah.
Selain itu terdapat beberapa jalan periwayatan lain yang dikemukakan oleh Ibn
al-Maghazali di dalam Manaqib al-Imam ‘Ali bin Abi Thalib –
no: 354-358 dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid al-Tanzil li
Qawa‘id al-Tafdhil, riwayat no: 216-240. Sengaja penulis
tidak mentakhrij jalan-jalan periwayat tersebut dalam buku ini
kerana:
1. Sebahagian
daripada jalan-jalan periwayatan tersebut telah diterangkan kecacatannya oleh
al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah di dalam Tafsir
al-Qur’an al-‘Adzhim, jld. 5, ms 265-267 (tafsir ayat 55 surah
al-Maidah).
2. Riwayat-riwayat
selebihnya memiliki sanad yang terdiri daripada para perawi yang tidak ditemui
status al-Jarh wa al-Ta’dilnya oleh penulis.
3. Pengarangnya
sendiri, Ibn al-Maghazili dan al-Hafiz al-Haskani tidak membahas darjat sanad
riwayat-riwayat yang mereka kemukakan. Maka di sini kita merujuk kepada sebuah
kaedah ilmu hadis yang menyebut bahawa setiap riwayat pada awalnya dianggap
dha‘if sehingga dibuktikan darjatnya yang sebenar. Kaedah ini adalah penting
sehingga wajar diulangi:[7]
Setiap riwayat
pada awalnya dianggap dha‘if sehingga dibuktikan darjatnya yang sebenar.
4. Seandainya
setiap satu jalan periwayatan yang lemah ini dapat digunakan untuk saling
menguat antara satu sama lain, ia tetap tidak membawa apa-apa kesan positif
kepadaSyi‘ah. Yang terakhir ini akan kita bahas dalam poin-poin
seterusnya.
Walhasil,
merujuk kepada persoalan: Adakah riwayat yang menerangkan peristiwa ‘Aliradhiallahu
'anh membayar zakat dengan cincinnya kepada pengemis ketika sedang
rukuk berdarjat sahih?
Jawapannya:
Tidak ada mana-mana tokoh Ahl al-Sunnahsama ada dalam bidang tafsir
mahupun hadis yang mensahihkannya.[8] Jika
kita kaji secara mendalam dari sudut sanad, jelas di dalamnya terdapat
kelemahan dan kecacatan. Hal ini sedia diketahui oleh Syi‘ah,khasnya
tokoh-tokoh mereka. Namun mereka mendiamkannya, bahkan beralih kepada strategi
menyenaraikan jumlah rujukan yang banyak sebagai bukti kebenaran riwayat.
Perkataan Wali di
dalam bahasa Arab memiliki beberapa maksud. Ia boleh bermaksud “Khalifah” dan
“Yang mengatur urusan”. Ia boleh juga bermaksud “Penolong” dan “Pelindung”. Di
antara dua maksud ini, Syi‘ah merebut peluang untuk mendakwa
bahawa perkataan Walibermaksud Khalifah, sekaligus menafsirkan ayat
55 surah al-Maidah sebagai ayat yang membicarakan persoalan kekhalifahan.
Berbeza
dengan Ahl al-Sunnah, apabila berhadapan dengan satu perkataan
yang memiliki beberapa maksud, Ahl al-Sunnah akan mencari
petunjuk yang menerangkan maksud sebenar yang diwakili oleh perkataan tersebut.
Ini keranaAhl al-Sunnah memiliki sebuah kaedah yang baku untuk
berinteraksi dengan sebuah perkataan yang memiliki lebih dari satu maksud.
Kaedah tersebut ialah:
Tidak
boleh membatasi satu perkataan yang memiliki beberapa maksud kepada satu maksud
tertentu melainkan wujud petunjuk yang mengarah kepada pembatasan maksud
tersebut.
Justeru
bagi perkataan Walidalam ayat 55 surah al-Maidah,Ahl al-Sunnah mencari
petunjuk yang dapat menerangkan maksud sebenarnya. Petunjuk ini tidak lain
tidak bukan diperolehi dengan mengkaji rangkaian ayat yang mendahului dan mengakhiri
ayat 55 surah al-Maidah. Marilah kita mengkaji ayat-ayat tersebut:
Ia
didahului dengan firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai Wali,
kerana setengah mereka menjadi Wali kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa
di antara kamu yang menjadikan mereka Walinya, maka sesungguhnya dia adalah
dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada
kaum yang berlaku zalim. [al-Maidah 5:51]
Dalam pada itu, engkau lihat
orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri
kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: “Kami takut bahawa kami
akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka).” [al-Maidah 5:52]
Diikuti
dengan ayat 55 yang menjadi perbahasan kita sekarang ini:
Sesungguhnya Wali kamu hanyalah
Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan
menunaikan zakat sedang mereka rukuk. [al-Maidah 5:55]
Kemudian
diakhiri dengan firman Allah:
Dan sesiapa yang menjadikan Allah
dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman itu Walinya maka sesungguhnya
golongan Allah itulah yang tetap menang. [al-Maidah 5:56]
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai
ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum
kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi Wali; dan bertaqwalah kepada
Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. [al-Maidah 5:57]
Daripada
ayat-ayat di atas jelas kepada kita bahawa perkataan Wali merujuk
kepada maksud “Penolong” dan “Pelindung”. Allah menegah orang Islam daripada
menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai penolong dan pelindung mereka [ayat
51]. Tegahan ini Allah Subhanahu wa Ta‘alaperintahkan memandangkan
ada sebahagian umat Islam ketika itu yang mendampingi kaum Yahudi dan Nasrani
sebagai sumber bantuan dan perlindungan daripada bencana [ayat 52]. Allah
menerangkan bahawa yang sepatutnya dijadikan sumber pertolongan dan
perlindungan ialah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman [ayat 55].
Hanya dengan cara ini mereka akan memperolehi kemenangan sebenar yang dapat
menjauhkan daripada bencana [ayat 56]. Pengakhirnya, Allah sekali lagi melarang
orang Islam daripada menjadikan orang bukan Islam sebagai penolong dan
pelindung mereka [ayat 57].[9]
Ayat-ayat
di atas termasuk ayat 55 surah al-Maidah tidak merujuk kepada isu kekhalifahan.
Ini kerana orang Yahudi dan Nasrani pada saat tersebutbukan merupakan khalifah kepada apa-apa negara atau wilayah. Mereka
hanya hidup dalam kelompok-kelompok mereka yang tersendiri. Paling hebat
sebahagian mereka adalah ketua kepada sebahagian yang lain. Mereka bukan
khalifah tetapi sekadar ketua kabilah dan suku bangsa.
Sebahagian
umat Islam yang ditegur dalam ayat di atas (ayat 52), mereka sememangnya tidak
menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai khalifah kerana orang Yahudi dan
Nasrani itu sendiri bukan khalifah. Mereka hanya mendampingi orang Yahudi dan
Nasrani demi mengharapkan pertolongan dari sudut ekonomi dan perlindungan dari
sudut keselamatan.
Rujukan
dan kajian kepada ayat-ayat sebelum dan selepas ayat 55 surah al-Maidah memberi
jawapan kepada persoalan asal kita: Adakah ayat 55 surah al-Maidah membahas
persoalan khalifah?
Jawapannya:
Tidak. Ayat 55 surah al-Maidah tidak membahas persoalan khalifah. Ia membahas
persoalan “Penolong” dan “Pelindung”. Dalam erti kata lain ia menerangkan
kepada umat Islam bahawa satu-satunya sumber pertolongan dan perlindungan yang
akan membawa mereka kepada kemenangan ialah Allah, Rasulullah dan orang-orang
yang beriman.
Sebelum
berpindah ke perbahasan ketiga, ingin penulis menarik perhatian para pembaca
kepada satu perkara lain yang tidak kurang pentingnya. Dalam keghairahan Syi‘ah menafsirkan
perkataan Wali sebagai khalifah, tanpa disedari mereka telah
menjerumuskan diri mereka dalam lembah syirik yang amat bahaya.
Ini
kerana apabila perkataanWali dalam ayat 55 surah al-Maidah
ditafsirkan sebagai khalifah, bererti terdapat 3 khalifah dalam satu waktu yang sama. Perhatikan
bahawa ayat 55 tersebut menggunakan perkataan “Dan” bagi menghubungkan antara
(1) Allah, (2) Rasulullah dan (3) Orang-orang beriman. Perhatikan semula ayat
55 dengan perkataan Wali diterjemahkan sebagai khalifah:
Sesungguhnya Khalifahkamu hanyalah Allah danRasul-Nya dan orang-orang yang beriman……
Ayat
55 tidak menggunakan perkataan “Kemudian” bagi menunjukkan kekhalifahan yang
berbeza waktunya, umpama:
Sesungguhnya Khalifahkamu hanyalah Allahkemudian Rasul-Nyakemudian orang-orang yang
beriman……
Ringkasnya
menafsirkan Walisebagai khalifah membawa tiga akibat yang amat
berat:
1. Ia
menjadikan AllahSubhanahu wa Ta‘ala sebagai khalifah umat Islam,
bahkan menyandang gelaran “Amirul Mukminin”. Maha Suci Allah daripada memiliki
sifat-sifat yang tidak pernah Dia sifati Diri-Nya dengannya.
2. Ia
bererti wujud tiga khalifah dalam satu waktu yang sama. Ini tidak lain akan
membawa kepada suasana hiruk pikuk dan perpecahan.
3. Allah ‘Azza
wa Jalla dengan segala Keesaan-Nya dan Kebesaran-Nya tidak sekali-kali
memerlukan rakan kongsi (associate) mahupun pasangan (partner)
dalam urusan-Nya. Apatah lagi dengan tugas “Khalifah umat Islam” yang
sememangnya tak pernah menjadi tugas-Nya.
Berbeza
halnya apabila perkataan Wali ditafsirkan sebagai penolong dan
pelindung di mana ia memang boleh wujud secara bersamaan antara (1) Allah, (2)
Rasulullah dan (3) Orang-orang beriman. AllahSubhanahu wa Ta‘ala dengan
sendirinya telah menyifati Diri-Nya sebagai penolong dan pelindung umat Islam,
sebagaimana firman-Nya:
Dan Allah ialah Wali – Penolong dan
Pelindung sekalian orang-orang yang beriman. [‘Ali Imran 3:68]
Dan Allah menjadi Wali – Penolong
dan Pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa.[al-Jatsiyah 45:19]
Sementara
itu Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam dan orang-orang yang
beriman adalah penolong dan pelindung sesama sendiri. Firman Allah:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan, setengahnya menjadi Wali (penolong dan pelindung) bagi
setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada
berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta
taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]
Kesimpulannya,
menafsirkanWali sebagai khalifah dan pemimpin bukan sahaja
menyalahi konteks perbicaraan ayat tetapi juga membawa akibat syirik kepada
Allah ‘Azza wa Jalla.Yang benar ia bermaksud penolong dan pelindung
sebagaimana yang disokongi dan dijelaskan oleh ayat-ayat lain di atas.
Dalam
kita membahas Ayat al-Wilayah, mungkin sahajaSyi‘ah akan
tetap mendakwa bahawa riwayat ‘Ali membayar zakat dengan cincinnya kepada
pengemis ketika sedang rukuk adalah sahih. Sebenarnya bagiAhl al-Sunnah,
adalah lebih baik jika riwayat tersebut berstatus sahih. Ini kerana jika
dibandingkan riwayat tersebut dengan tiga sifat yang disebut oleh ayat 55 surah
al-Maidah, ia sebenarnya tidak memiliki apa-apa kaitan untuk menyokong
hujah Syi‘ah. Lebih dari itu, riwayat tersebut juga
membatalkan tafsiran Syi‘ahbahawa perkataan Walibermaksud
khalifah dan pemimpin.
Baiklah,
sekarang kita mulakan kajian kepada tiga sifat yang digariskan oleh ayat 55
surah al-Maidah dalam rangka menjawab persoalan: Adakah tindakan ‘Ali membayar
zakat dengan cincinnya kepada pengemis ketika sedang rukuk, seandainya ia
adalah sahih,memiliki kaitan dengan
sifat (1) Mendirikan Solat, (2) Menunaikan Zakat dan (3) Dalam Keadaan Rukuk?
Untuk
memudahkan rujukan para pembaca, penulis kemukakan semula ayat 55 surah
al-Maidah di bawah ini:
Sesungguhnya Wali kamu hanyalah
Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang (1) mendirikan
solat (2) dan menunaikan zakat (3) sedang
mereka rukuk. [al-Maidah
5:55]
Sifat Pertama: Mendirikan
Solat.
Firman
Allah dalam ayat 55 surah al-Maidah: …yang mendirikan solat… (يقيمون الصلاة) merujuk kepada solat fardhu lima kali sehari dan bukan solat
sunat. Ini kerana sifatmendirikan
solat yang dimaksudkan adalah lanjutan daripada ciri-ciri orang
yang beriman (والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة). Tidak mungkin seseorang itu dikatakan beriman jika dia hanya mendirikan
solat sunat.
Oleh
itu sifat …yang mendirikan
solat… (يقيمون الصلاة) dalam ayat 55 surah al-Maidah tidak merujuk kepada solat yang
sedang dilaksanakan oleh ‘Ali ketika memberikan cincinnya kepada pengemis. Ini
kerana seandainya ‘Ali sedang melaksanakan solat fardhu, maka yang sepatutnya
menjadi tindakan ‘Ali ialah menyuruh pengemis turut bersolat dan menangguh
pemberian cincin sehingga selesai solat.
Malah
dalam kebanyakan riwayat yang dikemukakan olehSyi‘ah sendiri, diterangkan
bahawa ‘Ali sedang bersolat sunat apabila beliau didatangi oleh pengemis yang
meminta. Setelah ‘Ali memberi cincin kepada pengemis, barulah Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam keluar dari
rumahmenuju ke masjid sambil membaca ayat 55 surah al-Maidah. Di sini
jelas bahawa ‘Ali sedang bersolat sunat kerana sangat tidak mungkin solat
fardhu sedang di laksanakan di masjid manakala Rasulullah tidak mengimaminya,
bahkan berada di rumah pula.
Walhasil,
sifat pertama yang digariskan oleh ayat 55 surah al-Maidah tidak memiliki
kaitan dengan solat sunat yang sedang dilaksanakan oleh ‘Ali ketika memberi
cincinnya kepada pengemis. Sekarang kita beralih kepada sifat kedua pula.
Sifat Kedua: Menunaikan
zakat.
Sekali
lagi, firman Allah … dan
menunaikan zakat…(ويؤتون الزكاة) merujuk kepada zakat harta yang wajib dibayar setiap tahun dan
bukannya sedekah biasa. Ini kerana sifatmenunaikan zakat yang dimaksudkan adalah lanjutan
daripada ciri-ciri orang yang beriman dan mendirikan solat. Jauh sekali untuk
dikatakan seseorang itu beriman jika dia hanya bersedekah tanpa membayar zakat
harta tahunan.
Cincin
yang diberikan oleh ‘Ali kepada pengemis yang meminta ialah sedekah sunat dan
bukannya zakat harta tahunan yang wajib hukumnya. Sebabnya:
1. Sama-sama
diketahui olehAhl al-Sunnah dan Syi‘ahbahawa ‘Ali
adalah seorang mukmin yang mengorbankan seluruh hidupnya untuk Islam, khasnya
dalam ekspedisi Dakwah dan Jihad. Semasa zaman kehidupan Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallam,‘Ali tidak memiliki dinar dan dirham, apatah lagi
perladangan, penternakan atau perniagaan yang dapat menjanakan harta yang wajib
dizakatkan. Tidak ada kewajipan zakat ke atas ‘Ali.
2. Seandainya
memberi cincin adalah sebagai bayaran zakat harta, maka yang wajib bagi ‘Ali
ialah membayarnya kepada Rasulullah dan bukan kepada pengemis. Ini kerana
antara syarat bagi pembayaran zakat harta tahunan ialah ia dibayar kepada
pemimpin negara atau wakil yang dilantiknya. Di saat itu ‘Ali bukan pemimpin
umat Islam. Justeru tindakan ‘Ali memberi cincin kepada pengemis bukanlah
pembayaran zakat harta tahun tetapi sedekah sunat sahaja.
3. Pembayaran
zakat harta tahunan memiliki kadar nisab dan jumlah bayaran yang ditentukan.
Selain itu sama-sama diketahui bahawa syari‘at Islam melarang kaum lelaki
daripada memakai perhiasan emas. Maka cincin ‘Ali bukanlah cincin emas.
Soalannya, apakah kadar nisab dan jumlah bayaran zakat harta yang dipenuhi oleh
‘Ali dengan cincin bukan emasnya itu? Jawapannya tidak terletak pada kiraan
atau timbangan tetapi pada hakikat bahawa apa yang dilakukan oleh ‘Ali pada
asalnya bukanlah membayar zakat harta tahunan tetapi sekadar bersedekah.
Berdasarkan
poin-poin di atas, maka sifat kedua yang digariskan oleh ayat 55 surah
al-Maidah tidak memiliki kaitan dengan tindakan ‘Ali yang memberi cincinnya
kepada pengemis. Sekarang kita beralih kepada sifat ketiga pula.
Sifat Ketiga: Rukuk.
Untuk
memahami maksud perkataan Rukuk dalam ayat 55 surah al-Maidah,
ingin penulis perkenalkan kepada para pembaca sebuah kaedah yang amat penting
dalam ilmu tafsir al-Qur’an:
Al-Qur’an tidak akan menggunakan dua susunan ayat yang berbeza
untuk mewakili satu maksud yang sama melainkan kedua-duanya memiliki maksud
yang berbeza.
Maksudnya,
di dalam al-Qur’an seringkali ditemui ayat yang mengandungi perkataan yang sama
tetapi disusun dalam struktur yang berbeza. Perbezaan ini bukan sesuatu yang
berlaku secara rambang atau tidak sengaja. Maha Suci Allah daripada menyusun
al-Qur’an secara leka dan lewa. Yang benar setiap susunan yang berbeza mengarah
kepada maksud yang berbeza juga. Perbahasan kita seterus ini akan memberi
contoh praktikal yang baik kepada maksud dan penggunaan kaedah di atas.
Di
dalam al-Qur’an, perkataanRukuk disusun dalam dua bentuk yang
berbeza:
Susunan Pertama:
Perkataan Rukukdigandingkan
dengan perkataan Sujud, umpama:
Wahai orang-orang yang beriman,
rukuklah serta sujudlah. Dan beribadatlah kepada Tuhan kamu serta kerjakanlah
amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya. [al-Hajj 22:77]
Lihat
juga al-Baqarah 2:125, ‘Ali Imran 3:43, al-Taubah 9:112, al-Hajj 22:26 dan
al-Fath 48:29.
Susunan Kedua:
Perkataan Rukukdigunakan
secara bersendirian, umpama:
Kecelakaan yang besarlah pada hari
itu bagi orang-orang yang mendustakan. Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Rukuklah” niscaya mereka enggan rukuk. [al-Mursalat 77:47-48]
Lihat
juga al-Baqarah 2:43 dan al-Maidah 5:55.
Dalam Susunan Pertama, gandingan
perkataan Rukuk danSujud merujuk kepada amalan
solat. Ini kerana tidak ada satu perbuatan yang menghimpun kedua-dua rukuk dan
sujud melainkan solat.
Dalam Susunan Kedua, perkataan Rukuk merujuk
kepada tindakan tunduk dan patuhkepada
perintah dan larangan Allah, yakni syari‘at Islam. Perkataan Rukuk di
dalam ayatSusunan Kedua ini
memiliki konteks yang luas, merujuk kepada pelbagai perintah dan larangan
syari‘at seperti taat beribadah, berbuat baik kepada ibubapa, berdakwah, keluar
berjihad, menjauhi zina, menjaga yang halal dan haram, meninggalkan riba dan
pelbagai lagi.
Ayat
55 surah al-Maidah:Sesungguhnya Wali
kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan
solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuktermasuk dalam Susunan Kedua ini.
Perkataan Rukuk tidak
merujuk kepada posisi rukuk di dalam solat kerana ia (solat) telahpun disebut
sebelum itu. Yang benar perkataan Rukukmerujuk tindakan tunduk dan
patuh kepada perintah dan larangan syari‘at Islam. Dalam erti kata lain,
ciri-ciri orang yang beriman ialah mereka (1) mendirikan solat, (2) menunaikan
zakat serta (3) tunduk dan patuh kepada lain-lain perintah dan larangan
syari‘at Islam.
Walhasil,
sifat ketiga yang digariskan oleh ayat 55 surah al-Maidah tidak memiliki kaitan
dengan posisi rukuk dalam solat sunat yang sedang dilaksanakan oleh ‘Ali ketika
menyedekahkan cincinnya kepada pengemis.
Sekarang
jelas kepada kita bahawa tiga sifat yang digariskan oleh ayat 55 surah
al-Maidah tidak ada kaitannya dengan tindakan ‘Ali memberi cincinnya kepada
pengemis ketika sedang rukuk. Di sini akan timbul satu soalan: Jika ia tidak
memiliki kaitan, kenapakah kebanyakan rujukan tafsir Ahl al-Sunnahmenukil
riwayat tersebut?
Jawapannya:
Para ahli tafsir di kalangan Ahl al-Sunnahmenukil riwayat tersebut
bukanlah untuk mengaitkannya dengan sifat (1) mendirikan solat, (2) menunaikan
zakat serta (3) tunduk dan patuh kepada lain-lain perintah dan larangan
syari‘at Islam, tetapi adalah untuk menafsirkan perkataanWali di
permulaan ayat.
Sebelum
ini dalam perbahasan kedua: Adakah
ayat 55 surah al-Maidah membahas persoalan khalifah?, telah diterangkan
bahawa maksud perkataan Waliialah penolong dan pelindung, bukan
khalifah. Jika para pembaca mendalami semula riwayat yang menerangkan tindakan
‘Ali menyedekahkan cincinnya kepada pengemis, mudah ditangkap bahawa tindakan
‘Ali sebenarnya adalah sebagai seorang penolong dan pelindung kepada pengemis
tersebut. Ini kerana bersedekah termasuk dalam perbuatan memberi pertolongan
dan perlindungan kepada orang yang memerlukannya. Manakala tindakan si pengemis
meminta kepada ‘Ali juga menunjukkan bahawa dia menjadikan ‘Ali sebagai penolong
dan pelindungnya.
Ayat
55 surah al-Maidah menegaskan kepada kita bahawa satu-satunya sumber penolong
dan pelindung umat Islam ialah Allah, Rasul-Nya dan sesama orang-orang yang
beriman. Perkataan Innama… (إنما) di permulaan ayat memang
bertujuan membatasi sumber penolong dan pelindung tersebut kepada Allah,
Rasul-Nya dan sesama orang-orang yang beriman sahaja.
Seandainya
sahih riwayat yang menerangkan bahawa ayat 55 surah al-Maidah turun kerana
tindakan ‘Ali menyedekahkan cincinnya kepada pengemis, ia tidaklah memiliki
peranan mengkhususkan ayat ini yang pada asalnya bersifat umum. Sebaliknya ia
berperanan membantu kita memahami maksud ayat. Diulang semula kaedah yang telah
digariskan dalam buku Siri
Pertama ketika membahas Strategi Asas Syi‘ahyang Kedua:
Yang diambil
adalah keumuman lafaz
dan bukan kekhususan sebab.
al-Suyuthi rahimahullah di
dalam kitabnya al-Durr al-Mantsur fi al-Tafsir al-Ma’tsur jld.
2, ms. 520-521 (tafsir ayat 55 surah al-Maidah) mengemukakan
sebuah riwayat yang dikeluarkan oleh ‘Abd bin Humaid, Ibn Jarir al-Tabari, Ibn
al-Munzir dan Abu Nu‘aim rahimahumullahu bahawa ‘Abd al-Malik
bin Abi Sulaiman telah bertanya kepada Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali al-Baqir
(bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib) tentang ayat: Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang
yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka
rukuk [al-Maidah 5:55]. Beliau menjawab: Para sahabat
Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
‘Abd
al-Malik berkata:Dikatakan (ia merujuk kepada) ‘Ali?
Abu
Ja’far menjawab: ‘Ali termasuk mereka.
Kesimpulan mudah kepada para pembaca:
Perkataan Wali di dalam ayat 55 surah al-Maidah
tidak bermaksud khalifah tetapi bermaksud penolong dan pelindung.
Tindakan ‘Ali menyedekahkan cincinnya – seandainya riwayat tersebut
adalah sahih – tidak lain hanyalah sebagai seorang mukmin yang membantu dan
melindung nasib seorang fakir.
[1]
Rujuk Bab Kedua: Syi’ah dan al-Qur’an, di permulaan
perbahasan Ayat al-Wilayah dengan beberapa suntingan bahasa
oleh penulis.
[2]
Rujuk Bab Kedua: Syi’ah dan al-Qur’an, di akhir perbahasan Ayat
al-Wilayahdengan beberapa suntingan bahasa oleh penulis.
[3]
Ibn Abi Hatim – al-Jarh wa al-Ta’dil, jld. 3, ms. 360,
biografi no: 1630; al-Dzahabi –al-Mizan al-Iktidal, biografi no:
2479
[4]
al-Nasa’i – Kitab al-Dhu‘afa’ wa al-Matrukin – biografi no:
539 (bersama catitan notakaki no: 539).
[7]
Kaedah ini adalah sangat penting sehingga perlu menjadi asas kepada setiap
pembaca apabila mereka berinteraksi dengan hadis-hadis Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Janganlah diterima apa-apa hadis yang dikemukakan
oleh para penceramah, pensyarah, khatib, penulis dan sebagainya sebagai sahih
secara bulat-bulat.
Sebagai
contoh, jika seorang penceramah menyampaikan sebuah hadis tanpa dibahas darjat
kekuatannya sama ada sahih atau tidak, ia dianggap sebagai dha‘if sehinggalah:
1. Dirujuk
hadis tersebut dalam kitabnya yang asal lengkap dengan sanad dan matannya.
2. Daripada
sanad tersebut, disemak kedudukan para perawi dan perhubungan antara seorang
perawi dengan perawi yang lain.
3. Disemak
sanad dan matan hadis sama ada ia mengandungi kecacatan tersembunyi (‘illah)
dan/atau keganjilan (syaz) jika dibanding dengan al-Qur’an dan
hadis-hadis lain yang sahih.
Setelah
dilalui 3 proses di atas, barulah dihukumkan hadis tersebut dengan darjatnya
yang sebenar. Dalam kaedah ini, perkataan “…pada awalnya dianggap dha‘if…”
merujuk kepada darjat riwayat sebelummelalui
3 proses di atas. Perkataan “…sehingga dibuktikan darjatnya yang sebenar”
merujuk darjat riwayat selepas melalui
3 proses di atas.
[8]
Ketika menghujahkanAyat al-Wilayah ini, Muhammad Mar’i al-Amin di
dalam bukunyaMengapa Aku Memilih Ahl al-Bait?menulis: Muhibbuddin
al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba telah meriwayatkan
beberapa riwayat yang sahih di dalam bab ini.Seterusnya dalam catitan notakaki
beliau menulis:Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 88.
Semakan
penulis kepada kitab yang sama: Dzaka’ir al-Uqba fi Manaqib Zawi
al-Qurba oleh Muhibb al-Din Ahmad bin ‘Abd Allah al-Thabari (894H),
ms. 88 [Bab berkenaan apa yang diturunkan berkenaannya daripada ayat
(al-Qur’an)] mendapati kata-kata al-Thabari hanyalah seperti berikut:
ومنها قوله تعالى: (إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ
آمَنُوا) نزلت فيه. أخرجه الوحدى.
Dan
di antaranya ialah firman (Allah) Ta’ala: “Sesungguhnya wali kamu
hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman” – ia diturunkan
tentangnya (‘Ali), dikeluarkan oleh al-Wahidi.
Sekian
Muhibb al-Din al-Tabari. Perhatikan bahawa yang dikemukakan hanya satu riwayat
dan beliau tidak mensahihkannya sebagaimana dakwa Muhammad Mar’i al-Amin. Lebih
dari itu sanad yang dikeluarkan oleh al-Wahidi telah kita takhrij di
ruangan utama di atas. Ia adalah melalui jalan Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalabi,
seorang perawi yang sedia dikenali sebagai pendusta.