Al-Qur’an
al-Karim ialah kitab rujukan umat Islam yang lengkap lagi sempurna. Firman
Allah ‘Azza wa Jalla:
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam 6 :38]
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab
(Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan
(Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat,
bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]
Walaubagaimanapun
kelengkapan dan kesempurnaan al-Qur’an bukanlah bererti ia menerangkan semua
perkara secara terperinci tetapi bererti ia menggariskan segala asas dan pokok
persoalan umat. Hal ini sepertimana yang pernah penulis terangkan dalam sebuah
buku yang lain:[1]
Ketahuilah
bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila Dia menyatakan
kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Qur’an al-Karim,
adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab
induk” yang mengusulkan pelbagai
kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah
dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat. Al-Qur’an adalah
lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah
dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya.
Demikian
juga, apabila dikatakan kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa
apa-apa, ia bererti al-Qur’an tidak leka atau lengah daripada menggariskan
pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat
untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini dalam semua suasana dan
keadaan.
Di
dalam dialog sebelum ini, apabila Ja’far al-Shiddiqradhiallahu ‘anh ditanya
sama ada kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman ada di dalam Al-Qur’an,
beliau tidak membaca apa-apa ayat yang ada menyebut nama Abu Bakar atau ‘Ali
bin Abi Thalib kerana sememangnya ayat sedemikian tidak wujud. Sebaliknya
Ja’far menjawab dengan membaca 3 buah ayat yang membentuk asas dan pokok dalam
persoalan khalifah. Tiga ayat tersebut adalah:
Pertama:
Dan
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu
atas setengahnya yang lain beberapa darjat. [al-An‘am 6:165]
Kedua:
Atau
siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya,
dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu khalifah bumi ? [al-Naml
27:62]
Ketiga:
Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa;
Dan Ia
akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka.
Dan Ia
juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan
(dari ancaman musuh).
Mereka
terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka
itulah orang-orang yang fasiq. [al-Nur 24:55]
Penjelasannya
adalah seperti berikut: Dua ayat pertama yang dibacakan oleh Ja’far al-Shiddiq
berperanan menetapkan konsep khalifah di dalam Islam. Di samping itu ayat yang
pertama menerangkan bahawa Allah ‘Azza wa Jalla meninggikan
darjat sebahagian manusia di atas sebahagian yang lain. Mereka yang diangkat
darjatnya oleh Allah, merekalah yang Allah jadikan khalifah di bumi ini
sebagaimana ayat yang kedua.
Ayat
yang ketiga memperincikan sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh seorang Khalifah
Allah, iaitu:
1. Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu …Hendaklah mereka terdiri
daripada orang yang beriman dan beramal salih. Orang bukan Islam tidak boleh
menjadi khalifah Allah. Demikian juga, orang yang leka dengan permainan nafsu
dan kehidupan dunia sehingga mengabaikan amal salih tidak boleh menjadi
khalifah Allah.
2. Menguatkan
agama mereka … Khalifah-khalifah ini mengukuh
dan menguatkan kedudukan umat Islam di muka bumi ini dengan melaksanakan
kewajipan dakwah dan jihad. Pemimpin yang menyebabkan kelemahan umat Islam
dengan meninggalkan kewajipan dakwah dan jihad terkeluar dari kategori Khalifah
Allah.
3. Menggantikan
bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan … Khalifah-khalifah
ini menjamin keamanan umat Islam dari segala bahaya yang wujud dalam pelbagai
bentuk. Pemimpin yang leka daripada kewajipan ini tidak tergolong dalam
kategori Khalifah Allah.
4. Mereka
terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan-Ku …Khalifah-khalifah
ini, dengan segala kejayaan yang telah mereka bawa kepada umat Islam, tidak
menjadi leka atau sombong. Mereka tetap mentauhidkan Allah dan beribadah
kepada-Nya.
Abu
Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhummenepati kesemua ciri-ciri
khalifah yang ditetapkan oleh ketiga-tiga ayat di atas. Secara lebih
terperinci:
Pertama: Allah
meninggikan darjat mereka.
Terdapat
banyak ayat al-Qur’an yang menerangkan keutamaan dan kemuliaan para sahabat,
diikuti dengan beberapa hadis Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallamyang
mengkhususkan kemuliaan beberapa sahabat seperti Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan
‘Ali.[2]
Kedua: Allah
menjadikan mereka khalifah.
Allah Subhanahu
wa Ta‘alamenjadikan
mereka khalifah dengan memberi mereka:
1. Kelengkapan
ilmu, yakni dengan pengalaman hidup yang lama di sisi Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallam.
2. Kelengkapan
sifat kepimpinan, seperti pengalaman memimpin beberapa ekspedisi jihad dan
dakwah.
3. Kemuliaan
peribadi sehingga dihormati, disokong, diikuti dan ditaati oleh kaum muslimin.
Ketiga: Menguatkan
agama.
Pada
zaman pemerintahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman, Islam berada dalam kedudukan
yang amat kuat sehingga ditakuti oleh negara-negara yang lain. Malah kerajaan
yang besar seperti Rom dan Parsi jatuh kepada kepimpinan Islam. Kekuatan Islam
tetap bertahan pada zaman pemerintah ‘Ali. Sekalipun berlaku Perang Jamal dan
Siffin pada zaman beliau, kedudukan umat Islam masih digeruni oleh negara bukan
Islam.
Keempat: Menggantikan
bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan.
Pada
zaman pimpinan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman, musuh-musuh Islam seperti Kerajaan
Rom, Parsi dan lain-lain bertekad untuk memerangi umat Islam. Akan tetapi
ketiga-tiga khalifah ini berjaya menumpaskan kerajaan tersebut, menggantikan
ketakutan kepada keamanan.[3]
Hal
yang sama berlaku pada zaman pimpinan ‘Ali, hanya tumpuan adalah menjamin
keamanan umat daripada musuh-musuh yang berselindung di kalangan umat. Ini
berbeza dengan Abu Bakar, ‘Umar dan Utsman di mana tumpuan mereka adalah
menjamin keamanan umat daripada musuh-musuh yang berada di luar kalangan umat.
Kelima: Terus
beribadat tanpa menyekutukan Allah.
Di
sebalik segala cabaran dan kejayaan yang mereka capai, Abu Bakar, ‘Umar,
‘Utsman dan ‘Ali tidak menjadi leka atau sombong. Mereka tetap mentauhidkan
Allah dan beribadah kepada-Nya sepenuhnya.
Demikianlah
ciri-ciri Khalifah Allah yang semuanya dipenuhi oleh Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman
dan ‘Ali radhiallahu ‘anhum. Merekalah Khalifah Allah yang
diiktiraf umat Islam. Sesiapa yang mengingkarinya, maka mereka dihukum oleh
Allah sebagai “…orang-orang yang fasiq” sebagaimana
firman-Nya di akhir ayat 55 surah al-Nur tersebut: Dan
(ingatlah) sesiapa yang ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang
fasiq.[4]
Seandainya
Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman bukan merupakan Khalifah Allah yang hak
sebagaimana dakwa Syi‘ah, pasti mereka bertiga tidak
akan menepati ciri-ciri yang digariskan oleh ketiga-tiga ayat di atas, khasnya
ayat 55 surah al-Nur. Seandainya benar mereka bertiga menyalahi petunjuk wahyu
dan wasiat Rasulullah dalam kekhalifahan, pasti mereka menjadi pemimpin yang
tidak beriman lagi berbuat banyak kerosakan. Islam pada zaman mereka lemah
manakala umat dizalimi musuh. Tidak ada keamanan kecuali ketakutan dan suasana
porak peranda.
Namun
yang benar semua di atas tidak berlaku. Di bawah pimpinan mereka bertiga yang
bercirikan keimanan dan ketaqwaan, Islam menjadi kuat manakala umat aman di
bawahnya. Hakikat ini tidak lain menunjukkan bahawa mereka bertiga adalah
Khalifah Allah yang hak.
Timbul
persoalan lain:Wujudkah petunjuk al-Qur’an yang mengiktiraf Abu Bakar sebagai
khalifah yang pertama bagi umat Islam setelah wafatnya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam ? Jawapannya terdapat di dalam
ayat-ayat berikut:[5]
Orang-orang
"A'raab" yang ketinggalan (tidak turut serta) akan berkata kepadamu
(wahai Muhammad):
“Kami
telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri
kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami.” Mereka berkata
dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya.” [al-Fath
48:11]
Orang-orang
yang tidak turut berjuang (bersama-sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi
mendapat harta rampasan (selepas berakhirnya peperangan):
“Biarkanlah
kami turut serta dengan kamu!”
Mereka
(dengan itu) hendak mengubah janji Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu
tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; demikianlah Allah
menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi.” [al-Fath
48:15]
Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu)
dari kalangan kaum-kaum Arab Badwi:
“Kamu akan
diajak menentang satu kaum yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya,
atau mereka menurut perintah Islam (secara damai). Jika kamu taat (menjalankan
perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di
dunia dan akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu,
nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya.” [al-Fath
48:16]
Penjelasannya,
ayat-ayat di atas berada di dalam surah al-Fath, surah yang menerangkan perihal
kejayaan umat Islam mengambil alih semula Kota Mekah. Ayat 11 yang bermaksud:Orang-orang
"A'raab" yang ketinggalan … merujuk kepada sekumpulan kaum
Arab Badwi yang enggan turut serta di dalam Perjanjian Hudaibiyah dan ekspedisi
peperangan Pembukaan Kota Mekah (Fath al-Makkah). Mereka memberi alasan
kononnya … menjaga keselamatan harta
benda dan anak isteri kami. [ayat 11]
Akan
tetapi apabila peperangan berakhir dan pasukan mujahidin Islam berjaya
memperoleh harta rampasan perang, kumpulan Arab Badwi ini bertukar fikiran
dengan berkata:“Biarkanlah kami turut serta dengan kamu!” [ayat
15]. Ini tidak diterima oleh Allah ‘Azza wa Jalla kerana
keengganan mereka pada awalnya menyebabkan Allah menetapkan bahawa mereka tidak
akan sekali-kali keluar dalam ekspedisi jihad bersama Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam.
Justeru Allah berfirman: Mereka hendak mengubah janji
Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut
serta dengan kami; demikianlah Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu
lagi.” [ayat 15].
Walaubagaimanapun
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat memberi peluang kepada
mereka untuk bertaubat dan kembali menyertai ekspedisi jihad. Hanya sahaja
peluang ini tidak akan wujud bersama Rasulullah pada zaman Rasulullah kerana
Allah telah menetapkan: “Kamu tidak dibenarkan sama
sekali turut serta dengan kami……(Rasulullah)” [ayat
15].
Peluang
ini hanya akan wujud selepas kewafatan baginda. Allah membuka peluang ini
dengan menggunakan kata kerja akan datang (future tense)sebagaimana
firman-Nya:“Kamu akan diajak
menentang satu kaum……”[ayat
16] Peluang yang dibuka itu ialah ekspedisi jihad menentang kaum yang amat
gagah, iaitu Kerajaan Rom atau Parsi atau mana-mana kerajaan lain di luar
Semenanjung Arab yang memusuhi Islam. Ini sebagaimana firman-Nya:“Kamu akan
diajak menentang satu kaum yang sangat kuat gagah……” [ayat
16] Untuk merebut peluang ini, mereka akan diajaksebagaimana firman Allah:“Kamu
akan diajak……” [ayat 16].
Di
dalam Fiqh Jihad, ekspedisi jihad dan kewajipan umat untuk menyertainya hanya
sah di bawah perintah seorang khalifah.[6] Maka siapakah khalifah umat
Islam selepas kewafatan Rasulullah yang menggerakkan ekspedisi jihad dan mengajakumat Islam menyertainya bagimenentang
kaum yang sangat kuat gagah tersebut ?
Fakta
sejarah mencatatkan bahawa Abu Bakar telah menggerakkan pelbagai ekspedisi
jihad yang berjaya menumpaskan kerajaan-kerajaan lain yang kuat
gagah, khasnya Kerajaan Rom yang
berpusat di Syam. Selain itu usaha menumpaskan Kerajaan Parsi bermula sejak
zaman beliau dan memperoleh kejayaan pada zaman pimpinan ‘Umar bin
al-Khaththab. Yang mengajakumat Islam dalam
ekspedisi-ekspedisi jihad ini ialah Abu Bakar al-Shiddiq radhiallahu
‘anh.
Seandainya
Abu Bakar bukan merupakan Khalifah Allah yang pertama yang berhak selepas
kewafatan Rasulullah, pasti usaha … menentang satu kaum yang
sangat kuat gagah … tidak berlaku pada zamannya.
Beliau tidak akan menggerakkan apa-apa ekspedisi jihad dan tidak akan mengajak
sesiapa menyertainya.
Seandainya
Khalifah Allah yang pertama yang berhak selepas kewafatan Rasulullah ialah ‘Ali
bin Abi Thalibradhiallahu ‘anh, maka ekspedisi jihad dan ajakan kepada
umat Islam menyertainya bagimenentang kaum yang sangat kuat gagah hanya
akan berlaku pada zaman pimpinan ‘Ali. Hakikatnya hal ini tidak pernah terjadi.
Bahkan kerana prioritymenyelesaikan perselisihan
umat, sejarah tidak mencatatkan apa-apa ekspedisi jihad mahupun ajakan
menentang mana-mana kerajaan bukan Islam yang digerakkan oleh ‘Ali bin Abi
Thalib pada zaman pimpinannya.
Justeru
ayat 11 hingga 16 surah al-Fath di atas membuktikan kebenaran jawatan Khalifah
Allah yang pertama yang disandang oleh Abu Bakar al-Shiddiq radhiallahu
‘anh sejurus selepas kewafatan
Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam.
[1]
Iaitu buku 20 Hujah Anti Hadis dan
Jawapannya(Jahabersa,
Johor Bahru 2002), ms. 3.
[2]
Terdapat banyak hadis tentang keutamaan dan kemuliaan para sahabat khasnya
mereka berempat. Antara rujukan yang mudah diperolehi yang menghimpun
hadis-hadis ini ialah kitab Misykat al-Mashabih(مشكاة المصابيح) susunan al-Khatib al-Tabrizi (737H)rahimahullah.
Ia telah diterjemahkan ke dalam:
1. Bahasa
Inggeris dengan judul al-Hadis (diterjemah
beserta ulasan ringkas oleh Wali al-Din Abu ‘Abd Allah Mahmudi; Islamic Book
Service, Delhi 1998). Lihat jld. 4, ms. 487 dan seterusnya.
2. Bahasa
Indonesia dengan judul Piala Lampu-lampu Penerang (diterjemah
oleh Yusuf ‘Ali; CV. Asy-Syifa’, Semarang 1993). Lihat jld. 6, ms 355 dan
seterusnya.
Selain
itu boleh juga dirujuk buku Mengenal Keutamaan Mutiara
Zaman oleh Hamd bin ‘Abd Allah
al-Humaidi (edisi terjemahan oleh Abu Ihsan al-Atsari; Darul Haq, Jakarta
2002).
Perlu
diingatkan bahawaSyi‘ah sering kali mengemukakan
pelbagai hadis tentang keutamaan dan kemuliaan ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu
‘anhum. Akan tetapi kebanyakan hadis ini adalah lemah (dha‘if) dan
palsu (maudhu’). Pada waktu yang sama Syi‘ah sering
kali menghina para sahabat yang lain. Untuk menjawab penghinaan ini, sila rujuk
buku ‘Abd Allah ‘Abd al-Qadir al-Taliri
(التليري)
yang berjudul Kitab Fadha’il al-Shahabah wa
al-Difa’ ‘an Karamatihim wa Bayan Khatar Mubghadihim wa al-Tha‘inin Fihim (و بيان خطر مبغضيهم والطاعنين فيهم)
(Dar Ibn Hazm, Beirut 1999).
Antara
sahabat yang banyak dihina oleh Syi‘ah ialah
Abu Hurairah semata-mata atas alasan beliau sangat sedikit meriwayatkan, malah
didakwa menyembunyikan hadis tentang keutamaan dan kemuliaan ‘Ali, Fathimah,
Hasan dan Husain. Untuk menjawab kritikan-kritikanSyi‘ah ini,
sila rujuk buku ‘Abd al-Mun‘im Shalih al-‘Aliy – Difa’ ‘an Abi Hurairah (Dar
al-Qalam, Beirut tp.thn.). Bagi sumber selain bahasa Arab, rujuk buku Muhammad
Ajaj al-Khatib yang berjudul Hadits Nabi Sebelum Dibukukan (edisi
terjemahan oleh Akrom Fahmi; Gema Insani, Jakarta 1999), ms. 444 dan
seterusnya.
[3]
Lebih lanjut berkenaan kejayaan-kejayaan para khalifah ini, sila rujuk buku Tarikh
al-Khulafa’ oleh al-Suyuthi (edisi
terjemahan oleh Samson Rahman; al-Kautsar, Jakarta 2001).
[4]
Perlu diingatkan bahawa ketiga-tiga ayat di atas, khasnya ayat 55 surah al-Nur
hanya menggariskan ciri-ciri seorang khalifah tanpa menamakan siapakah khalifah
tersebut. Bererti mana-mana pemimpin umat yang menepati ciri-ciri tersebut,
dialah Khalifah Allah dan umat Islam wajib memberi janji taat setia (bai‘ah)
kepadanya.
[5]
Asalnya dikemukakan oleh Abu al-Hasan al-Asya‘arirahimahullah di
dalam Kitab al-Luma’ (Fasal ke 10). Rujukan penulis ialah edisi
terjemahan oleh R.J. Mc Carthy atas judulThe Theology of al-Ash‘ari(Imprimerie
Catholique, Beirut 1953), ms. 112 dan seterusnya.
[6]
Lebih lanjut lihat buku penulis: Apakah Jihad Di Jalan Allah ?
Buku 2: Hukum dan Syarat-syarat Jihad (Jahabersa, Johor Bahru 2004),
Bab 5.2 dan 6.4.