Wednesday, July 8, 2015

Hadis Syiah : Wafatnya al Hasan r.a Kerana Di Racun ?

(823)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Sesungguhnya Ja‘dah[1][335] binti As ‘ath bin Qais al-Kindi telah meracuni al-Hasan bin Ali a.s dan seorang hamba perempuannya (al-Hasan a.s). Hamba perempuannya telah terhidu racun, sementara al-Hasan a.s telah termakan racun dan ia telah meresap kedalam perutnya, lalu beliau mati.
– al Kafi

Saudara pembaca perhatikan pula:
Kitab Usul Kafi  – Kitabul Hujah Oleh Kulani – Bab 48
Bab : Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang Tersembunyi Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun ‘ilma ma kana wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa ‘alai-him al-Sya’i salawatu llahi ‘alai-him)
(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada al-Harith bin al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya ‘Abd al-A‘la, Abu ‘Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy‘mi telah mendengar Abu Abdillah a.stelah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka, aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika, melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: “Di dalamnya menerangkan setiap sesuatu
Jadi bagaimana dengan kewafatan al Hasan r.a  – jika ia mengetahui racun mengapa ia makan juga racun itu? itu bunuh diri namanya. Ini bererti ulama Syiah telah mendustakan Abu Abdillah a.s dengan menyebut para Imam mengetahu segalanya lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi.

[1][335] Isteri al-Hasan a.s

Mengenali Syiah: Imam Syiah Mengetahui Semua Yang Akan Berlaku

Mari kita mengenali Syiah daripada kitab besar mereka :
Kitab Usul Kafi  – Kitabul Hujah Oleh Kulani – Bab 48
Bab : Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang Tersembunyi Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun ‘ilma ma kana wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa ‘alai-him al-Sya’i salawatu llahi ‘alai-him)
(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada al-Harith bin al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya ‘Abd al-A‘la, Abu ‘Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy‘mi telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka, aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika, melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: “Di dalamnya menerangkan setiap sesuatu
Saudara pembaca,
Abu Abdillah as yang menjadi sumber hadis Syiah ini adalah panggilan kepada Imam ke 6 iaitu Imam Jafar As Shadiq as. Saudara perhatikan bagaimana perawi atau ulama Syiah telah mendustakan Imam As Shadiq as dengan menyebut beliau as berkata begitu, sedangkan penulisan sejarah dari sumber Syiah sendiri adalah berbedza.
Pada kitab Para Pemuka Ahlul Bait Nabi Terbitan Al Ta’lif, Mu’assassah Al Balagh, tulisan Ali Muhammad Ali  atau kitab terjemahan  berjudul Tokoh-tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi  mencatit:
Pertama
Imam ke Tiga  Iman al Hasan bin Ali as diracun oleh isteri Iman sendiri iaitu Ja’dah binti Al-Asy’ats
Kedua
Di masa pemerintahan Al-Walid, Sulaiman bin Abdul Malik lalu membunuh Imam Ali Zainal Abidin as dengan cara menyusup racun kedalam makanan beliau as.
Ketiga
Maka racun pun masuk ke tubuh beliau ( Iman Muhammad al Baqir as ) – pada nota kaki dipetik dari Muhsin al Amin, A’yan Al-Syiah, Jilid IV halaman 3
Keempat
Dengan membawa niat jahat Yahya bin Khalid ( wazir Harun al Rashid ) berpakat dengan Al Sanadi bin Syahik ( Komandan Polis Rahsia Harun ar Rasdid ) memasukkan racun kedalam bubur gandum yang dimakan Imam Musa al Kazim as. Imam berada 4 tahun dalam penjara sebelum sahid.
Kelima
Imam Ali Ar Reza telah dibunuh dengan racun – pada nota kaki dipetik dari Abul Faraj Al- Isfahani, Muqatil Ath- Thalibiyyin halaman 378
Keenam
Ibnu Bubuwaih mengatakan al Mutashim telah meracun Imam Muhammad bin Ali al Jawad as – pada nota kaki dipetik dari Ibnu Syahrasyub, Al-Manaqib Jld IV. Al Majlisi juga menyebutnya dalam Bihar Al Anwar Jld I
Saudara pembaca,
Jika hadis al Kulani di atas dianggap betul bermakna 6 orang Imam atau ahlbait nabi saw adalah membunuh diri , kerana mereka as mengetahui makanan beracun tetapi terus memakannya. Ini adalah mustahil sifat seorang ahlbait nabi saw.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang bunuh diri dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung terus selamanya. Barang siapa yang minum racun sampai mati, maka ia akan meminumnya pelan-pelan di neraka Jahanam selama-lamanya. Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka ia akan jatuh di neraka Jahanam selama-lamanya. (Shahih Muslim No.158)

Siyah tidak mempercayai hadis nabi saw sendiri termakan racun, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak sedar Imam meraka seramai 6 orang termakan racun !
Hadis riwayat Anas ra.:
Bahwa seorang perempuan Yahudi datang kepada Rasulullah saw. dengan membawa hidangan daging kambing yang telah diracuni kemudian Rasulullah saw. memakan sebagiannya. Lalu perempuan itu dihadapkan kepada Rasulullah saw. dan ditanyakan tentang perbuatannya tersebut, dia menjawab: Aku memang bermaksud hendak membunuhmu. Rasulullah saw. bersabda: Allah tidak akan memberikan kekuasaan kepadamu untuk melakukan hal itu. Menurut satu riwayat, ada tambahan kalimat terhadapku. Para sahabat bertanya: Bolehkah kami membunuh perempuan ini? Rasulullah saw. bersabda: Jangan! Anas berkata: Aku masih tetap mengenalinya (wanita itu) karena hendak mencelakakan Rasulullah saw. tersebut. (Shahih MuslimNo.4060)

Catitan hujung:
Saudara pembaca,
Al Kulaini juga  meriwayatkan di Al Kafi : Bab Sesungguhnya para imam, jika mereka berkehendak untuk mengetahui, maka mereka pasti mengetahuinya. Dari Jafar ia berkata : Sesungguhnya Imam jika ia berkehendak mengetahui, maka ia pasti mengetahui, dan sesungguhnya para imam mengetahui kapan mereka akan mati, dan sesungguhnya mereka tidak akan mati kecuali dengan pilihan mereka sendiri.
Apabila saudara membaca hadis-hadis Syiah di atas baca bersama Firman Allah berikut dan buat penilaian sendiri :
ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ
Dan di sisi Allah jualah segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. (Surah al-An’am ayat 59)
ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari Kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui tentang apa yang ada dalam rahim (ibu mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok; dan tiada dapat diketahui oleh seseorang itu di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya ( Surah Lukman 34 )


Baca Juga :