Sabtu, februari 27, 2016
ALHAMDULILLAH, tokoh
intelektuan Malaysia satu ini sadar dan tobat serta mengaku dengan 'jujur' dan
terbuka pernah menjadi pemeluk agama Syiah dan kini kembali ke pangkuan
agamanya, ISLAM sebagai seorang Muslim. Simak ceritanya yang menarik ini:
Pensyarah Institut
Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Mohamed Ajmal Abdul Razak al-Idrus berkata, selama
lima tahun menjadi pengikut Syiah, beliau juga mendapati para pengikut fahaman
itu terlalu mengabaikan ibadah.
Atas sebab itu katanya, beliau mengambil keputusan meninggalkan fahaman
tersebut dan kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Saya menjadi pengikut Syiah ketika berusia lingkungan 20-an dan pada masa
itu masih belajar di Amerika Syarikat (AS). Saya tertarik dengan Revolusi Iran
pada tahun 1979 yang dianggap berjaya mengangkat martabat maruah Islam.
"Namun dalam tempoh saya di dalam Syiah, didapati ada perkara-perkara yang
saya tidak boleh terima dan tidak logik, antaranya nikah muta'ah dan konsep
imamah. Paling menyedihkan mereka terlalu mengabaikan ibadah khusus kepada
Allah SWT," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
"Konsep imam 12 ini juga berlaku penyelewengan besar, sebab itu saya tidak
boleh terima pegangan mereka yang mengangkat manusia lain lebih tinggi
berbanding para sahabat Rasulullah," katanya lagi.
Dalam temu bual tersebut, Mohamed Ajmal turut mendedahkan tentang kesanggupan
Syiah mengeluarkan dana besar untuk menaja mereka yang benar-benar berminat
untuk menjadi pengikut fahaman itu.
"Syiah mengamalkan ekstremis dan antara salah satu bukti boleh dilihat
daripada perbuatan mereka ketika menyambut hari Asyura iaitu mencederakan diri
sendiri, selain bersikap ganas," katanya lagi. *)
inilah hebatnya rekayasa musuh Islam dan kaum Muslim dari domplengan pengikut 2
bersaudara tokoh besar kaum Muslim lalu direkayasa genetik melahirkan dua
aliran kaum Muslim yang saling bertentangan. Tidak saja masalah antara Sunni
dan Syiah bahkan sesama Sunni ataupun seama kaum Syiah pun pecah
berkeping-keping goolngan yang banyak. Astaghfirullah.
untuk tokoh Indonesia simak: http://www.headlineislam.com/2015/11/inilah-orang-orang-indonesia-yang.html