Oleh : Aburedza
Dimanakah makam Ali bin Abi Thalib r.a ? Membaca Al BidayahWan Nihayah karangan Ibn Katsir (w 774H) kita akan menemui kelainan.
Mengikut Ibn Katsir setelah Ali r.a wafat, kedua puteranya iaitu aI-Hasan dan al-Husein memandikan jenazah beliau dibantu oleh Abdullah bin Ja’far. Kemudian jenazahnya dishalatkan oleh putera tertua beliau iaitu aI-Hasan. AI-Hasan bertakbir sebanyak sembilan kali ( pada catitan kaki disebut bagaimanapun ada riwayat yang menyebut 4 kali – rujuk Thabaqat al Qubra)).
Jenazah beliau dimakamkan di Darul Imarah di Kufah, karena kekhawatiran kaum Khawarij akan membongkar makam beliau. ltulah yang masyhur. Adapun yang mengatakan bahwa jenazah beliau diletakkan di atas kendaraan beliau kemudian dibawa pergi entah ke mana perginya maka sesungguhnya itu adalah berita yang keliru dan mengada-ada sesuatu yang tidak diketahuinya. Akal sehat dan syariat tentu tidak membenarkan hal semacam itu.
Adapun keyakinan kebanyakan kaum Rafidhah yang jahil bahwa makam beliau terletak di tempat suci Najaf, maka tidak ada dalil dan dasarnya sama sekali. Ada yang mengatakan bahwa makam yang terletak di sana adalah makam al-Mughirah bin Syu’bah.
Untuk makluman pembaca al-Mughirah bin Syu’bah adalah seorang sahabat asal suku Tsaqafi ini adalah termasuk cendekiawan Arab. Beliau meriwayatkan banyak hadits dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam dan sempat mengikuti baiat Ridwan, perang Yamamah, penaklukan negeri Syam (Suriah dan sekitarnya) dan penaklukan Irak. Sewaktu pemerintahan Umar bin Khattab ra. beliau ini diserahi memerintah kota Basrah dan Kufah. Beliau sangat di benci oleh kaum Syiah. Beliau wafat pada tahun 50 H
Ibn Katsir memetik AI-Khathib al-Baghdadi ( w 463H) dalam Tarikh Baghdad meriwayatkan dari al-Hafizh Abu Nu’aim dari Abu Bakar Ath-Thalahi dari Muhammad bin Abdillah al-Hadhrami aIHafizh Muthayyin, bahwa ia berkata, sekiranya orang-orang Syi’ah mengetahui makam siapakah yang mereka agung-agungkan di Najaf niscaya mereka akan lempari dengan batu. Sebenamya itu adalah makam al-Mughirah bin Syu1bah
Ibn Katsir memetik Di dalam Tarikh Dimasyq , AI-Hafizh Ibnu Asakir meriwayatkan dari aI-Hasan bin Ali, ia berkata, “Aku mengebumikan jenazah Ali di kamar sebuah rumah milik keluarga Ja’dah.”
Ibn Katsir memetik Di dalam Tarikh Baghdad Abdul Malik bin Umair bercerita, “Ketika Khalid bin Abdullah menggali pondasi di rumah anaknya bernama Yazid, mereka menemukan jenazah seorang Syaikh yang terkubur di situ, rambut dan jenggotnya telah memutih. Seolah jenazah itu baru dikubur kemarin. Mereka hendak membakarnya, namun Allah memalingkan niat mereka itu. Mereka membungkusnya dengan kain Qubathi, lalu diberi wewangian dan dibiarkan terkubur di tempat semula. Tempat itu berada dihadapan pintu al-Warraqin sebelah kiblat masjid di rumah tukang sepatu. Hampir tidak pernah seorang pun bertahan di tempat itu melainkan pasti akan pindah dari situ. ”
Ibn Katsir juga memetik dari kitab Tarikh Islam karangan az-Dzahabi (w 748H)juz Khulafaur Rasyidin halaman 650 , “Diriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad ash-Shadiq, ia berkata, “Jenazah Ali dishalatkan pada malam hari dan dimakamkan di Kufah, tempatnya sengaja dirahasiakan, namun yang pasti di dekat gedung imarah (istana kepresidenan).”
Kemudian Ibn Katsir memetik Ibnu KaIbi [1](737 – 819 H) di dalam Tarikh Dimasyq 12/421 berkata, “Turut mengikuti proses pemakaman jenazah AIi pada malam itu aI-Hasan, aI-Husain, Ibnul Hanafiyyah, Abdullah bin Ja’far dan keluarga ahli bait beliau yang lainnya. Mereka memakamkannya di dalam kota Kufah, mereka sengaja merahasiakan makam beliau karena kekhawatiran terhadap kebiadaban kaum Khawarij dan kelompok-kelompok lainnya.
Kufah (الكوفة) merupakan sebuah bandar di Iraq. Ia terletak 10 km di timur laut Najaf dan 170 km di selatan Baghdad. Dianggarkan bandar ini mempunyai seramai 110,000 penduduk pada 2003. Bersama-sama dengan Karbala dan Najaf, Kufah merupakan salah satu daripada tiga bandar terpenting di Iraq untuk golongan Syiah. Di era Khalifah Saidina Ali, pusat pentabiran dipindahkan dari Madinah Al-Munawarah ke Kufah. Di sinilah Saidina Ali wafat dari tetakan pedang Ibnu Muljam. Makam Saidina Ali bin Abi Talib pula dipercayai Syiah berada di Najaf
Catatan hujung :
1. Apa di catit pada kitab Syiah, Usul al Kafi Kitabul Hujah oelh Kulani: Pada Bab 113
Kelahiran Amir Al-Mukminin A.S (maulid Amir al-Mu’minin a.s)
810-11. Sa‘d bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah Bakir, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah mendengarnya berkata: Apabila Amir al-Mukminin a.s mati, maka al-Hasan, al-Husain dan dua orang lelaki yang lain telah mengeluarkannya sehingga mereka keluar dari Kufah. Mereka telah meninggalkan sumpah mereka, kemudian mereka telah melalui al-Jabanah sehingga mereka sampai ke al-Ghariy, lalu mereka mengembumikannya dan menyamakan kuburnya, kemudian mereka pulang.
2. Demikian perbahasan dimanakah makam Ali bin Abi Thalib oleh ibn Katsir dan sedikit catatan tambahan lainnya. Bagaimana pula hujah Syiah?Adakah Syiah sendiri tertipu oleh pemalsuan sejarah ? Sesungguhnya Allah maha mengetahui….
[1] Dr. Muhammad Amahzun dalam thesis PHDnya menyebut : Ibnu Asakir mengatakan bahawa beliau( Ibn Kalbi ) ini seorang syiah rafidhie
Baca juga :
Mengungkap Misteri Letak
Kuburan Ali Bin Abi Thalib