Istri pertama yang dinikahi Ali ra adalah Fathimah binti Rasulullah
ra.
Beliau memperoleh
dua orang putera, aI-Hasan dan aI-Husain. Ada yang mengatakan putera ketiga
beliau bernama Muhasin, namun meninggal dunia masa masih bayi.
Beliau
memperoleh dua orang puteri, iaitu Zainab al-Kubra dan Ummu Kaltsum al-Kubra
yang kemudian dinikahi oleh Umar bin al-Khaththab ra . Ali tidak
menikahi wanita lain di samping Fathimah hingga ia wafat enam bulan setelah
wafatnya Rasulullah saw.
Setelah Fathimah wafat, Ali ra menikahi beberapa
wanita, di antara istri-istrinya ada yang wafat pada saat beliau masih hidup,
ada yang beliau ceraikan dan ketika wafat beliau meninggalkan empat istri.
Di antara istri-istri Ali ra ( Ibn Katsir menyebut rujukannya
ialah Ath Thabaqat al Kubra )
1. Ummul
Banin binti Hizam. Dari Ummul Banin beIiau memperoleh empat orang putera,
aI-Abbas, Ja’far, Abdullah dan Utsman. Mereka semua terbunuh bersama saudara mereka, al-Husein, di padang
Karbala. Tidak ada generasi penerus keturunan ini kecuali aI-Abbas.
2. Laila
binti Mas’ud bin Khalid bin Malik dari Bani Tamim. Dari Laila beliau memperoleh
dua orang putera, Ubaidullah dan Abu Bakar. Hisyam bin al-Kalbi berkata, “Keduanya juga terbunuh
di padang Karbala. Menurut al-Waqidi, Ubaidullah dibunuh pada peperangan
al-Madzar.
3. Asma’
binti ‘Umais al-Khats’amiyyah, darinya beliau memperoleh dua orang putera:
Yahya dan Muhammad al-Ashghar. Demikian dikatakan oleh Ibnul Kalbi. AI-Waqidi
mengatakan, “Beliau memperoleh dua orang putera darinya, Yahya dan ‘Aun, adapun
Muhammad al-Ashghar berasal dari umnzul walad (hamba
wanita).”
4. Ummu
Habib binti Rabi’ah bin Bujair bin al-Abdi bin ‘AIqamah, ia adalah ummu walad
(hamba wanita) dari tawanan yang ditawan oleh Khalid bin Walid ra dari Bani
Taghlib ketika ia menyerbu wilayah ‘Ainut Tamr. Darinya beliau memperoleh
seorang putera bernama Umar -yang diberi umur panjang 85 tahun- dan seorang puteri bernama Ruqayyah.
5. Ummu
Sa’id binti Urwah bin Mas’ud bin Mu’attib bin Malik atsTsaqafi, darinya beliau
memperoleh dua orang puteri, Ummul Hasan dan Ramlah aI-Kubra.
6. Binti
Umru’ul Qais bin Ady bin Aus bin Jabir bin Ka’ab bin Ulaim bin Kalb al-Kalbiyah.
Darinya beliau memperoleh seorang puteri. ( cetakan pada kitab rujukan
menyebut Binti – tidak menyebut nama – )
7. Umamah
binti Abil Ash bin ar-Rabi’ bin Abdil Uzza bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin
Qushay, ibunya adalah Zainab binti Rasulullah saw. Darinya Ali memperoleh
seorang putera bernama Muhammad al-Ausath.
8. Khaulah
binti Ja’far bin Qais bin Maslamah bin Ubaid bin Tsa’lab bin Yarbu’ bin
Tsa’iabah. la ditawan oleh Khalid bin Walid ra pada masa kekhalifahan Abu
Bakar ash-Shiddiq ra. pada peperangan melawan kaum murtad. la berasal dari Bani
Hanifah. Kemudian ia diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib ra.. Dari
Khaulah ini Ali memperoleh seorang putera bernama Muhammad aI-Akbar (Iebih
dikenal dengan sebutan Muhammad bin aI-Hanafiyah).
Ali bin Abi
Thalib ra memiliki banyak anak keturunan Iainnya dari sejumiah ummu walad
(hamba wanita). Semasa wafat beliau meninggalkan empat istri dan sembilan belas
hamba wanita. Di antara putera puteri beliau yang tidak diketahui nama ibunya
adaIah:
Ummu Hani, Maimunah,
Zainab ash-Shughra, Ramlah ash-Shughra, Ummu Kaltsum ash-Shughra, Fathimah,
Umamah, Khadijah, Ummul Kiram, Ummu Ja’far, Ummu Salamah, Jumanah dan Nafisah.
AI-Waqidi
berkata, “Generasi penerus keturunan Ali ra ada lima; aI-Hasan, al-Husain,
Muhammad bin al-Hanafiyah, aI-Abbas al-Kilabiyah dan Umar bin at-Taghlibiyah.”
Catitan Hujung:
Daripada maklumat di atas kita dapati Ali
ra telah memberi nama anak-anaknya termasuk nama Abu Bakar, Umar dan
Usman. Pemberian nama ini adalah satu bukti percakapan sejarah bahawa Ali ra
sangat mengasihi ketiga-tiga khalifah sebelumnya. Bagaimana mungkin hadis-hadis
Syiah mengatakan sebaliknya.
Rujukan : Al Bidayah Wan Nihayah oleh
Ibn Katsir