Ibn Katsir menulis di dalam
kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah Asma binti Umais bin Maadd bin
Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya
diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.
Dari
perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau melahirkan tiga putra yakni
Abdullah, Muhammad dan Aunan.[1]
Perkahwinan dengan Abu Bakar ra
beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali
ra, maka Muhammad bin Abu Bakar menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali
ra.
Setelah
Abu Bakar ra meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib ,
adek suaminya yang pertama.[2] Beliau adalah isteri ke enam bagi
Ali ra.
Perkhwinan
dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil riwayat ini dari Ibnul
Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al Waqidi mengatakan “ Beliau
memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan Aun, adapun Muhammad al Ashghar
berasal dari ummul walad[3].
Dalam hal ini kita dapati ada perselisihan pendapat penulis sejarah.
Suatu
yang istimewa dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Sitti
Fatimah r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan
melayaninya dengan penuh kasih-sayang semasa sakit hingga
detik-detik terakhir hayatnya.[4]
Kalau demikian rapat hubungan
Asma ra dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu
Bakar ra , kerana masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat
Fatimah ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia.
Jadi bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali ra
dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah dirahsiakan
dari pengetahuan Abu Bakar ra.
Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a
hanya ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian
Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah Fatimah
r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!
Benarlah maksud firman
Allah :
“Muhammad
itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras
terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama
mereka,
kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaanNya,
tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.”
(QS: Al Fath 29).
Tulisan
ini boleh juga dibaca di sini : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2080
[1] kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya
Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi
[2] Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi
Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini
[3] Ummul walad adalah hamba wanita
[4] Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi
Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini